Wednesday, January 28, 2009

Life Begin 40

Betul ke lelaki bila menjangkau umur 40 tahun, kehidupannya baru bermula(Life begin 40), bukan ke bila umur yang hampir menjangkau setengah abad ni, waktu kita berubah, waktu kita mencari kesedaran, waktu kita menghitung hari sebelum jasad dimakan ulat, waktu kita menginsafi diri, dan macam-macam waktu yang sewaktu dengannya. Namun apa yang aku lihat kebanyakan lelaki yang menjangkau usia begini, keladinya makin menjadi(keladi bila dah tua makin gatal). Adakah disebabkan oleh faktor usia isteri juga memainkan peranan, menyebabkan lelaki berpaling tadah, menyebabkan lelaki kehausan akan kepuasan, menyebabkan lelaki mencari hiburan luar dan macam-macam sebab lagi sebagai alasan untuk mencari pucuk-pucuk muda sebagai ulam baru, ataupun salah wanita kerana terlalu setia, kerana terlalu menurut, kerana terlalu sabar, kerana terlalu berlembut, kerana terlalu menyanyangi dan bermacam-macam lagi kerana, yang boleh menjadikan lelaki bosan.
Apakah kehendak insan yang bergelar lelaki sebenarnya? apakah peranan wanita untuk menjadikan lelaki seorang yang setia?, jawab lah wahai insan-insan yang bergelar lelaki, kerana jawapan hanya ada pada dirimu, susah sangatkah untuk setia, sedangkan kamu hanya dikurniakan Tuhan dengan 9 akal dan 1 nafsu. Adakah wanita perlu membelaimu?, perlu memujamu?, perlu mengikut kehendakmu?, perlu bersabar dengan karenahmu ataupun perlu mengikut telunjukmu? memang ada kan wanita yang sebegitu?, tapi sifatmu wahai lelaki tetap mata keranjang.
Memang susah nak cari lelaki yang benar-benar setia, ataupun perempuan sekarang ni nak cepat hidup senang, maklum la, lelaki bila dah umur macam ni dah stabil, dah ada harta berganda-ganda, duit berkoyan-koyan(makan dipinggan minum dicawan), dah tak fikir dah samada lelaki tu tua ke, suami orang ke, bapa orang ke, asalkan money..money..money...ye la..perempuan sekarang ni materialistik..hipokrit...realistik..plastik...dan macam-macam tik.. lagi..berbeza dengan perempuan kalau dah ada harta sendiri, dia tak hairan dah pada lelaki, cumanya dia(perempuan) lebih pentingkan anak-anak yang bole menjaganya dimasa tua. Tapi lelaki, pentingkan nafsu semata-mata, asalkan hati senang, tak fikir panjang nak lakukan sesuatu. Ntah la, mungkin zaman dah berubah, teknologi dah canggih, jadi manusia pun lupa diri, lupa yang kita akan mati. Makin tua..makin menjadi, bukan nak ikut resmi padi, makin tua makin tunduk(nak mati la tu), tapi ikut resmi keladi, makin tua, makin menjadi gatalnya(pepatah baru tu)..so..fikir-fikir la wahai lelaki, bila dah tua jadikan teladan untuk anak-anak, bukan nak tunjuk ego pada anak-anak, bak kata pepatah bapak borek anak rintik,bila dah telentang tak boleh bangun baru terfikir kesilapan lalu.
p/s- Banyak aku nak tulis sebenarnya, tapi terpaksa diedit, supaya tak menyinggung perasaan mana-mana pihak, aku ada 2 anak lelaki, harap-harap macam papanya yang memang setia, tak tahulah 10 tahun akan datang.

9 comments:

  1. Bila isu macam ni ianya menghantui diri. Rasa macam xbersedia nak berlaki..nak Berwanita pun xleh Haram jadi lesbian la pulak.. Dunia..dunia

    ReplyDelete
  2. erm...lelaki tetap lelaki...
    saya ckp berdasarkan pengalaman...
    berlaku dalam keluarga sy...
    sebagai perempuan apa yg penting ialah mencari lelaki yg dapat menyayangi kita sepenuh hati...

    ReplyDelete
  3. susah nak disangkal....apa yg penting...ikut kata hati mmg parah..tapi...ada kalanya, perkara sebegini dtg tanpa diminta..hadir tanpa dipaksa...

    ReplyDelete
  4. insyaAllah dgn doa dan usaha kite dpt yg terbaik...klu tidak itu adalah ujian...sabar jelaa...Tuhan tidakkan pernah mempersia2 ketabahan seorang insan...

    ReplyDelete
  5. Kita nena yakin dengan jodoh dan ketenduan Tuhan. Jika dah ditakdirkan bermadu nak buat mcm mana. Bagi saya redo jer asal saya dan anak2 tidak dipersiakan dan suami bertanggung jawab. Saya tak nak tanggung dosa.

    ReplyDelete
  6. yesss...yang penting suami bertanggungjawab dan adil, hidup jangan tamak...setakat perlu "berkongsi" dengan orang lain apalah sangat daripada ikutkan rasa hati yang marah..soal jodoh kan kerja Tuhan...siapalah kita nk menghalang kuasaNya

    ReplyDelete
  7. Kajian menyatakan 80% perselisihan faham rumah tangga org Melayu disebabkan keinginan suami utk berpoligami. Kawinlah kamu 2,3 dan 4...andainya tidak dapat berlaku adil memadailah dengan 1. Mmg patutla Man bila umur melepasi 40 dah ada ura2 nak kawin lagi. Tak pelik juga ada yg dalam lingkungan 30an pun ada. Jika lelaki tak ada keinginan mcm tu, i'm sure bukan lelaki la. Haiii..laki aku..laki aku. Sanggupkah aku menghadai keadaan ini ;andainya aku dimadu.

    ReplyDelete
  8. suami inda beduit, banyak hutang, duit belanja dapur dan anak dibantu isteri,jarang mengingati tuhan, sebenarnya tidak layak bernafsu besar. sebab tidak dapat membimbing anak bini kejalan allah. kedunia cangih tampa sempadan n ugama boleh lah.

    ReplyDelete

jangan segan-segan nak kritik..i like..