Anniversary

Wednesday, November 21, 2012

Terimbas..

Baru-baru ni, result UPSR 2012 dah kuar, semenjak dah tak dok LPM ni, aku kurang alert ngan tarikh-tarikh pengumuman exam neh, kalau dulu sebelum umum secara oficial, aku dah tau dulu bila result exam nak kuar, maklum ler, schedule tauke LPM lam pale..tapi skang sapa tauke kat situ pun aku dah tak amik kisah, walaupun aku still berhubung lagi ngan member-member kat LPM nun, expecialy Jue and my best technition LPM.  

Family terdekat aku tak der yang amik UPSR, just anak buah kepada anak sepupu aku, aku pun tak tau dah apa title dalam family, kira dua pupu ker, cucu sepupu ker, berkupu-kupu ker, entah ler, tapi still dalam kategori keluarga la kan.  Aku tak der call budak tu sendiri tanya result, just call mak cik dia jer, so borak-borak and borak-borak aku pun tanya la anak buah dia dapat berapa A, ye la nampak skit cam concern kan, so dia bagitau dapat 2A, 3B,1C. Aku pun cakap, ok ler tu, dapat gak A, lagi pun budak-budak skang neh standard pemarkahan tinggi, kategori pandai ler tu kan, tapi mak cik dia cakap, kalau ada kategori FB pun leh jugak dapat A, sebab dia ni, kuat sangat main FB.  Eh..eh..sentap acik, salah ke main FB, bole jadi penyebab tak leh fokus ker kalau main FB.  So dengan kata lain kalau tak cemerlang dalam exam seseorang tu tak leh berjaya ker..mana lah tau suatu hari nanti dia pulak boleh cipta rangkaian sesawang yang lebih hebat dari FB kannn..

Jadi memori aku terus terimbas semula ke zaman aku sekolah dulu,  teringat balik aku ngan sepupu aku sorang lagi yang kuat main netball,  terus terang kitorang kurang fokus dalam pelajaran, sebab kitorang suka bersukan, so..pendekkan cerita lepas SPM aku melanjutkan pelajaran dalam peringkat Diploma kat Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, sorang lagi ke form 6, sorang lagi amik exam balik,(tapi yang repeat exam tu sambung ke UiTM).  Namun aku tetap diperkecilkan, sebab just POLI jer kot kan..ye la sapa la aku kan..yang form 6 pulak of course la ke Universiti, lepas aku habis Poli, aku menganggur dalam setahun, then bila aku dapat kerja, still lagi diperkecilkan, ye la gaji Diploma berapa sangat la kan...tapi aku enjoy with my job,  yang kuar U masa tu still lagi kehulu kehilir mencari kerja, sedangkan aku masa tu dah dapat anak sorang dan sedikit stabil dengan pekerjaan yang tetap..ewahhh..

Dan skang walaupun dengan hanya gaji melalui seketul diploma tu, aku dah mampu miliki apa yang aku nak, apa sangat la yang kita nak kan bila dah berkeluarga neh, off coz la rumah untuk berlindung, makanya skang aku bersyukur sangat-sangat dengan apa yang aku ada, yer la maksudnya di sini, walaupun tidak memiliki ijazah sekalipun semua orang boleh berjaya, jangan lah perkecilkan orang, moral jugak untuk aku..jangan telalu sangat push anak sendiri untuk pandai dan mengikut apa kehendak kita, sebab kita masa dulu pun bukan ikut sangat kehendak mak ayah, kita buat apa yang kita nak buat kan..,dengan seketul diploma tu jugak la, skang aku telah hampir mencapai impian aku, walaupun mungkin lambat lagi, tapi aku happy dengan kehidupan aku sekarang, sebab aku tau doa mak aku selalu mengiringi setiap langkah ku..

p/s : tetiba lak emo tak tentu pasal uhuk..uhuk..uhuk.. 

  


Tuesday, November 20, 2012

DANNY YANG KEMEME..



Nama saya AHMAD ALIM DANIE, hobby saya menangis..cite-cite saya nak jadi otomen, umur saya 4 tahun..
Danny yang kememe...apa maksud Danny kememe tu aku pun tak tau..tapi aku panggil dia kememe sebab dia suka nangis, kuat merajuk, manja, pantang kene usik, kuat mengadu, suka merengek..semua ada pada AHMAD ALIM DANIE nih.  apa punya perkataan aku kutip.. kememe tu pun aku tak tau..tapi dengan suka merengek Danny ni, kadang-kadang wat aku hilang sabar, geram dan macam-macam.  Dalam satu hari dia tak pernah tak menangis, bukan sekali dua, tapi berkali-kali, sometimes setengah jam sekali, Adik dia si Ayish kibung pun tak cenggini, kuat jeles pun iya jugak, sebab dia anak tengah ke? sebab ramai orang kata anak kedua ni, memang perangai dia lain macam sikit, iya ke? aku tengok Mak Ngah dia anak kedua, ok jer, lemah lembut, sopan santun, lembut hati..tapi si Danny ni, dia la yang paling keras hati, kalau dengan Abang Long aku boleh pot pet..pot pet, dan Abang Long sepatah pun tak kan menjawab, semua yang aku cakap Abang Long akan dengar, walaupun aku tak tau la masuk telinga kiri kuar telinga kanan..sekurang-kurang nya tak der la kita rasa panas hati bila dia diam, tapi Danny ni, kalau berkeras, dia akan berkeras balik dengan kita, sekali aku cakap 4 kali dia jawab, ada jer jawapan bernas dia bagi kat aku, tu baru 4 tahun , besar nanti cam mana ler nih..kalau keluar gi mana-mana, dia akan ikut kaki dia jer..tak hirau orang..pernah satu kali tu..ada peristiwa  yang tak boleh aku lupa dengan Danny ni, tapi aku tak leh cerita, sebab tak sanggup nak ingat balik peristiwa tu..boleh jadi giler aku...uwaaaa....

Ni dalam masa satu hari tapi berlainan waktu, ada jer yang akan wat dia menangis
Dengan Danny ni aku kene banyak berdiplomasi, kene reverse psikologi..kalau nak suruh dia tak boleh dengan cara menyuruh or dengan cara keras, mesti kene lembut-lembut, bagitau elok-elok, macam tu la jugak kalau nak mintak barang dia, kene mintak elok-elok, lepas tu kene pulang balik kalau dah tak nak main atau dah tak nak guna, macam tu la yang selalu Abang Long buat, kadang-kadang Abang Long geram, dia sorok terus mainan dia, mula lah bising satu rumah dengar dia mengamuk, pagi-pagi nak gi nursery pun satu hal jugak si Danny nih, kalau Abang Long aku boleh kejut panggil nama dari jauh jer..Abang Long dah boleh bangun, tapiii..Danny, kene pergi kat dia..usap badan dia elok-elok..cakap nak gi nursery belajar.. nanti pandai, kene mandi..baru dia bangun dengan ceria, tapi kadang-kadang bila aku dah lambat, terus aku kejut jer..apa lagi mengamuk la..tu belum lagi aku mandikan dia, cam mak tiri aku neh..huhuhu..nak wat cam mana, terpaksa dah, tu belum lagi baju yang dia tak nak pakai, kene ambik baju lain, bila dia amik baju sendiri, ntah apa-apa pulak, bila aku tak kasi, mengamuk lagi, mainan tak jumpa pun mengamuk, tak der bekal gi nursery pun mengamuk..tahap dia suka mengamuk tak kira tempat, umah orang pun dia leh mengamuk, kuar makan dia leh mengamuk, tempat makan tu panas dia mengamuk, hamboii..kemain demand lagi, tu yang menyebabkan En. Khush jarang nak kuar makan kat luar, sebab mikir 3 hero dia nih leh tak kenyang makan..
wajah-wajah Danny yang kememe..huhuhu..
Mak Ngah ngan Mak Lang dia pun kalau nak bawak gi mana-mana susah nak jamin budak Danny neh, sebab dia tak kira orang dia akan pasang volume radio dia di mana-mana saja..hahaha..tapi walaupun dia ketegaq sikit, kememe, kuat merajuk, menangis, tapi...dia pick up dalam segala hal, dia cepat tangkap apa yang aku cakap, baru umur 4 tahun dah boleh baca 2 suku kata, padahal aku tak der hantar dia tadika pun, ingatan dia kuat, apa yang aku cakap, mana tempat aku bawak, apa yang pernah aku bagitau, dia akan ingat setiap perkara, malah dia boleh ulang balik kat aku sebiji-sebiji macam yang aku cakap kat dia..dia gak terlalu sayangkan Abang Long, dia akan menagis tak hengat dunia, kalau tinggalkan Abang Long kat umah atuk or kat kampung aku, dengan Ayish pun dia akan mengalah, dia akan bagi apa yang Ayish mintak kat dia, tapi akan menangis kesedihan, tak nak bagi, kesian... sebab adik nak, kalau bagi dia sayang pulak, last-last dia bagi jugak, tapi dia akan nangis kesedihan..Danny..Danny..macam-macam.., cam ni la ragam anak-anak,  tiga anak, semua lain -lain perangainya, sebab tu la sebagai ibu bapa, kita kene sabar dengan karenah anak, sebab diorang adalah amanah yang harus dijaga.  Tapi apa pun diorang tetap mewarnai hidup aku dan En. Khush dengan ragam dan perangai masing-masing..sometimes berkeras juga perlu untuk kebaikan diorang, bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya..kalau dah jadi buluh, semua dah tak guna, ewahhh..siap dengan pepatah-pepatah bagai lak..


tak kira tempat, waktu dan masa..hobby saya adalah menangis hahaha..
Percaya tak? Danny tak pandai makan nasi guna tangan, dia akan makan guna sudu, cam omputih lak aiii..setiap kali nak makan nasi kat umah dia akan mintak sudu, sebab kalau pakai tangan dia cakap tak kenyang..hahahaha..Danny...Danny..cam macam la awak neh..

Tapi kalau time dia tak mengamuk..muka kemain manis lagi, makin hensem....tambah pulak ngan kepetahan bercakap dia tu..memamg tak terlawan, ader.. jer ayat-ayat baru dan power kuar..


Danny gak pandai memujuk, kalau dia mengamuk lepas tu aku tak layan, lama-lama dia yang datang balik kat aku, En. Khush pun bole cair kalau dengar ayat-ayat power dia, ermmm..yo lah Danny.. jangan jadi mat romeo dah la yer..

Saturday, November 17, 2012

Spent time With Abang Long

Title oram putis ko..hamboiii..tak hagak-hagak..sepanjang cuti seminggu hari tu, tak ader apa yang dapat aku isikan selain pegi ke rumah mak cik pareedah kat Bangi tu, sampai kan Abang Long bising, mummy ni asik-asik gi beli tudung, boring la..  di sebabkan rengekan dan omelan Abang Long, kesian pulak nengok anak jantan aku neh..sementelah (apa perkataan ni, bedal je la asalkan bunyi sedap) dia dah besar looo ni..aku selalu asik kene bebel kat Abang Long, kadang-kadang kalau aku bertekak ngan En. Khush dia yang cakap kat aku balik, alaaa..mummy ni, biar lah papa nak buat apa pun, dia dah besar, ishh mummy ni.....ada dia leh cakap cenggitu kat aku..hamboiiii pandai awak ek, bebel kat mummy balik..ye la..ye la..sebab memang geng papa, geng main game, geng kumpul keter  mainan, geng main kete kontloi (cara Danny cakap, sebenarnya kete kontrol) mummy jgak la yang tak der geng..huhuhu..

Jadi disebabkan rengekan Abang Long makanya aku pun bawak la dia jenjalan nak lepaskan gian dia, asik kene tinggal kat umah jer..disebabkan mummy berangan suatu hari nanti kot-kot boleh menjegok ke negara bersalji, jadi mummy pun bawak la Abang Long main ais skating kat Sunway Piramid, dah la time cuti sekolah, nak cari parking pun susah, naik stress dibuatnya, tapi sebab anak jantan neh..ikutkan ajer ler..sok-sok aku dah tua kang dia plak tak nak bawak aku..kene ingat tu..

main tak hengat..bila leh pusing kat lantai berais neh..
siap slight-slight..
Aku ingat lagi pest time, bawak dia main menatang nih, konon aku yang nak main, sebab aku boleh main roller blade, tapi bila main menatang neh aku tak reti, asik berpaut kat tepi-tepi dinding jer..jenuh try lepas tangan, jatuh begolek,malu plak aku, terus fed up tak nak main dah, tapi budak Abang Long neh, sungguh aku suprise nengok dia bole mengelincir dengan rileksnya..heran campur pelik plak.. memang ler dia boleh main roller blade dengan hebatnya, tapi tu kat simen, tahap kelicinan tu tak der macam ais skate neh, tapi boleh jer dia main cam rilek jer, adoi..jeles-jeles..siap leh pusing-pusing lagi..

budak ni suka gi tempat orang yang ramai-ramai sebab boleh elak-elak..eh..eh gemor plak wat cenggitu,,muka   Abang Long mummy nampak tu memang saje nak tunjuk kat mummy kan..kan..kan..haishhhh..jeles melampau mummy neh..
Tak per Abang Long, siap la..mummy nak mintak coach nanti..walaupun Abang Long rela hati nak pimpin mummy masa main neh..mesti la Abang Long tak larat..nanti kalau mummy tergolek, konpom-konpom Abang Long pun tergolek sama..jadi untuk hari tu aku pun tak main le..huhuhu..sedih tau..


Sambil menunggu Abang Long, mummy pun posing sendiri la..nak main kang..tergolek tak der orang nak selamatkan plak.



Tak lupa gak bawak dua orang anak buah aku yang muka bengang masa suh beratur kat umah mak cik Pareedah kat Bangi tu, sebagai upah terpaksa la maniskan muka ketat budak dua orang neh bawak jgak main kat sini, best la korang ek leh pimpin-pimpin tangan main, lepas tu nak tergelincir, sajer jer masa kat jejaka-jejaka hensem, siap korang pegang tangan diorang lagi..ish..ish..tak patut..tak patut..tapi kalau Che su anak dara pun Che Su wat gak cenggitu, dah anak tiga neh, kalau wat kang ada yang kene plak..hahaha..ermm..dah sumer main..tinggal la aku sorang-sorang congok kat luar tunggu beg-beg diorang..huh..jeles hakak tau..


Hah..tengok....nak!!! main jugakkkk..uwaaa..sambil hentak-hentak kaki, tapi ok la kan..mummy leh gak begantung kat tepi dinding..cer suruh En. Khush, langsung tak nak try..haaa..takut ler tu hilang kejantanan..hihihi..

Friday, November 16, 2012

PAREEDAH MERASUK

Adui lama giler tak tengok blog, sebab masa cuti seminggu sibuk dok tunggu Butik Fareeda, dari sesudah subuh sampai matahari meninggi, osah gilo skang neh..aku tak tahu, mana punca aku boleh mengiler sangat-sangat dengan mak cik Paridah neh. Sebelum ni, kalau aku tengok orang post kat fb or tag aku, dengan harga yang aku rasa boleh melopong dan meleleh air liur tambah pulak orang berebut-rebut book aku rasa cam pelik kenapa orang sampai cam ni sekali, fenomena yang aku rasa agak luar biasa, bila kawan-kawan aku cerita, ko jangan la terkena rasukan neh, sebab kalau dah terkena susah nak ubat, berhantu..aku kata, eleh..apa sangat yang korang dok giler-giler sangat neh, apa special nya, aku tengok biasa jer, yang makin aku heran, baju kaler lain, tapi pakai tudung langsung yang tak ada kene mengena ngan kaler baju, pulak tu, nak membeli pun kene beratur, ada satu masa kene beratur pulak ambik nombor, heran-heran..

Sebelum fenomena ni tercetus Aida dah pakai dulu tudung Fareeda yang jenis lilit-lilit yang ada ropol-ropol tuh..memang caannntik sangat, aku pernah la tanya dia kat mana beli then dia bawak aku gi butik Fareeda kat Bangi, masa tu butik dia kecik jew, kene naik tangga, kat bahagian atas, aku cari gak tudung cam Aida tu, tapi tak der, sebab... paten Fareeda ni limited katanya, pulakkk dahhh..aku ni ketinggalan zaman la ropenya, orang dah pakai berzaman aku baru cuba nak try, tapi tak jadi beli jugak sebab tak ader yang berkenan di hati, sooo aku pun terus tak menerai cik pareedah dah, tapi aku pun bukan la iya-iya berminat, cuma soo-soo jew, ye lah, aku kan terkenal dengan mak cik blink-blink mana bole tukar imej lagi kan.

Yang membuat lagi aku mengila dengan mak cik pareedah ni, bila orang tengah makin fanatik nih, konon nak ikut tren la kot, sekali lagi la si Aida bawak aku gi Bangi, time lunch hour, masa tu aku bongok-bongok tak paham, naper diorang ni ada kat sini tapi tak beli, soo aku ngan Aida pun masuk cam biasa, ayu-ayu gitew, sambil memilih nak beli paten cam mana, tapi aku tengok kat rak kosong..kosong..kosong..apo polik kosong neh, tapi orang beratur neh..rupa-rupanya diorang tunggu stok turun, aku pun cam bodoh-bodoh jgak ngan Aida gi la beratur, siap ada line untuk beratur tuh,,osah gilo..eh..sekali stok turun, lepas dia susun-susun pastu dia bukak penghadang line tempat beratur tuh, mak aiii..cam kobau baru kuar kandang..serbuuuu...on your mark get set go..terkejut aku..ye la..pakai cantik-cantik..bila time berebut hilang semua cantik..kata gojes..hahaha..aku dok gelak ngan Aida..so aku pun tak der la berebut..just lenggang-lenggang kangkung sambil membelek-belek..tapi ada la kakak tu..yang memang fans giler ngan mak cik paridah neh..dia mintak tolong aku ngan Aida bayar sebab limit boleh beli selai sorang jer, siap bagi upah lagi tolong bayar, bertapa besarnya fenomena yang melanda ini, sepanjang jalan aku asik gelakkk jer..cam pelik tengok kelakuan wanita-wanita melayu yang comel lagi anggun tu..berebut, tapi kalau dok kat situ, kalau dah 10 orang mintak bayar dah 100 henggit..lumayan..lumayan..balik umah aku pun terus la mencuba-cuba untuk pertama kalinya selendang mawar, Fareeda..yang aku rembat jgak kat butik tadi, ye la..first time, gigil akak nak membayor tadi dik..mahal ko..fuuuhhhh...lelap mata kjap..nak try punya pasai..

Ni la tudung pertama aku dari Fareeda, memang selesa giler rupanya..
bukan tipu..bukan dusta..ewahhh..sampai cam tu sekali..ye lah aku pun bukan dibayo untuk promote ke haper..tapi memang selesa..awning dia terletak jer kat kepala..tak licin..muka pun nampak berseri jer..hahaha..tetiba..

aku pinjam anak buah aku untuk berebut sebab nak beli banyak sikit kan..leh sorang selai dapat la tiga helai..dak gitew..
muka bengang anak buah aku kene paksa beratur hahaha..

start daripada tu aku dok ulang-ulang gi Bangi, sampai En. Khush pun terseret sama kene beratur sekali menemankan bini dia yang dah meroyan tahap giler babi neh..pasrah jer la..yang buat aku sakit hati tu, gi subuh-subuh hari sebab nak dapat nombor depan-depan, tapi bila dah dapat, masuk kat butik dah tak der apa dah..sumer tinggal yang tak berkenan di hati, huhuhu...tapi yang bestnya tu, aku beli jer..sebab dah alang-alang masuk dan susah payah nak dapat nombor, lepas tu aku test-test la let go balik kat sapa-sapa yang nak, rupanya cam pisang goreng, letak tak sampai 10 minit kat FB, ramai pulak yang PM-PM nak, yer la..sapa sanggup nak beratur subuh-subuh hari dek non oiii..giler nak dapat susah, dah la stok terhad, kene berebut-rebut lagi, nak cari yang gojes pun cam haram jadu..beli online lagi senang la kan..ermm..lagi la aku meroyan nak gi lagi..yang aku lagi teruja tu..yang dah pakai pun kalau jual laku lagi, pre love gitu..ye la tudung mahal kan..nilai tinggi la..aku pun jaga elok-elok la tudung-tudung aku sumer yang dah aku rembat, walaupun baru dua tiga helai..hehehe..still lagi ada yang aku nak tapi sampai skang lum dapat lagi..nampak gayanya ada lagi yang  akan pergi menunggu subuh-subuh hari kat butik makcik paridah neh..

tengok..orang beratur, ni bukan masa sistem bernombor, kene tunggu la sampai butik bukak

lepas subuh jer aku dah tercongok kat butik mak cik paridah neh..nampak En. Khush stress kene kejut bangun kul 5 pagi hahaha..sabar..bang yer..sabar ye..masa ni pun nombor dah beratus dah neh

sambil nunggu dari subuh-subuh hari tadi sampai meninggi hari, dah 2  ke 3 jam menunggu, mesti la kenai orang sebelah menyebelah, tengok..sumer kene rasuk ngan mak cik pareedah, tapi cantik kan kan..tudung yang aku admire tu orang depan aku tu pakai, tak nampak lak dlm gambo neh tapi sampai looo ni still tak dapat lagi..

dok congok sesudah subuh nombor dah banyak neh, belakang aku ramai lagi yang quequ

ni antara koleksi yang dah aku let go..sebab aku tak ader baju, tapi yang warna grey kat atas tu rasa cam menyesal lak jual sebab dah tak jumpa dah huhuhu..
ni lah koleksi aku yang dah berjaya aku kutip..bersusah payah ko hamboiii...
ni la pest time datang opis with mak cik paridah..boss tengok cam nak puji, tapi malu pulak hihihi auwwww...walaupun dia just cakap, wahhh u look purple..tapi sebenarnya saya nampak nyata jelita kan kan kan..hahaha..PA boss yang sedang perahsannn..
Hari ni pun sebenarnya cam tergedik-gedik lagi nak gi, sebab hari ni last sistem bernombor, lepas nih kene berebut balik..letih mak jemah tau kalau kene tolak-tolak, cam orang nak bagi bantuan kemanusian banjir jer gayenya masa nak merembat tudung, adoi..tapi memandangkan hari kerja..akak..redho jer la..hope yang aku nak tu, still tak ada lagi hari ni. Mood nak sedapkan hati la ni, lagi pun wiwit pun dah makin susut jgak ni, siap En. Khus cakap, bawak ngucap yer..ayang yer..nanti abang azan kat telinga..hahaha..tapi..my beloved hubby still sporting coz leh heret sama beratur di butik mak cik paredah..muhahaha..

Friday, November 9, 2012

JOM KITA MENCEKIK

Kalau sebut pasal makan dah macam-macam tempat dah budak 2 ekor neh bawak aku makan, maklum la aku ni kan peghak sket, mana nak tau sangat bab-bab tempat makan neh..yang aku tau, Subway, McD, KFC, Rasa Mas, itu je la yang aku tau, tempat pelik-pelik sikit, aku takut nak masuk, sat lagi tak reti nak order..malu la..pakai vougie da vass blink-blink tetiba tak reti..wa kah..kah..kah..

Tapi tiap kali aku gi Alamanda, aku ada perasan Restoren Bumbu Desa tu, bos pun pernah suh  aku wat reservation kat dia nak makan kat situ, tapi aku tak pernah lagi try makan kat restoren tu, makanannya ala-ala Indonesia ya buk, tapi bila ku bilang sama bapaknya En. Khush, mau cuba makan di situ, dia enggak mau, katanya ish..makan gimana neh..

Adoi..En. Khus ni..lagipun dia bukan suka gi tempat pelik-pelik, nak-nak bila sebut nak makan kat luar, kene tanya 40 kali kalau nak kuar makan ngan dia, sebabnya, anak-anak dia cam ulat, nak makan pun tak kenyang..
Budak Aida ngan Budak Kak Jenor, makan asik nak tempat ber'aircond jew,,aku makan kat sup power pun dah sodap..ish..ish..
Memandangkan Aida bermurah hati nak belanja aku ngan Kak Jenor, so aku pun pollow jer la mak cik dua orang neh, Aida lak sejak dia peknan neh, makan asik nak ala-ala kampung jew, ish datang mana peel cam tu aku pun tak tau, ko cuti la wei balik dok kampung makan lam kobun doroan..sodap wehh..

Pilih ler..nak lauk apo, den pollow jew..tak ghoti nak nyobut eh..maklum la pes time, tengok la bilo den pandai nanti..
Disebabkan budak dua orang ni reti serba mak nenek lauk pauk kat sini, aku ngikut jer la korang makan apa pun, sebab tekak aku ni belum pernah lagi menolak apo jenis makanan pun, kecuali kalau ko goreng batang kayucelup tepung  jo, mungkin aku tolak, hehehehe

Sebahagian lauk pauk masakan Indonesia ya..

Waduh..banyak bener deh 

Cepat buk..pilih apa lauk nya..bagi yang enak-enak ya..
Diorang dok pilih lauk aku peghak tengok keliling kat situ,
Cam boleh makan jer timun ngan Apple ni, kalau aku rembat rasanya diorang tak perasaan kot mata menatang ni buta sebelah nanti

Lepas pilih lauk kita dok pilih air lak

Lepaih tu aku tak tahu la jenis apa lauk  yang diorang ni pilih, sebab si kak Jenor sampai ke halia orang buh dalam sayur pun dia cekik, ish..ish sampai ke situ sekali dia punya lapo..hahaha, macam-macam lauk. diorang ni pilih tapi aku makan kentang yang masak sambal tu campur tempe je, sedap giler, nasi panas-panas pulak tu, siap mintak ngan Aida nak tambah lagi lauk tu..disebabkan dah kelaparan dan ke'excited'kan nak rasa lauk-lauk kat situ, lupa pulak nak snap gambar-gambar lauk yang diorang pilih, tapi yang aku ingat paru, udang,kailan dan sumer dimasak dengan cara Indonesian ya..

hah ko..licinnn daaa...Air kelapa nya memang enak banget..
Apa pun tima kaseh la pada yang tukang kuorkan bajet untuk jamu 2 ekor makhluk yang cam kelaparan ni ya, moga murah rezeki, tambah-tambah pulak bawak baby, sejuk baby dok lam perut tu, sebab mak dia dah amal kebajikan hehehe..nanti lain kali, panggil-panggil la lagi yer kalau rasa nak kuorkan bajet lagi, perut aku ni sentiasa alu-alukan..ha..pada sapa-sapa nak keselesaan pun boleh try makan kat sini, tapi aku rasa kalau bawak hero-hero aku tu memang tak kenyang makan kat sini sebab sumer guna kaca, jap lagi pinggan, cawan, sudu, jatuh berderai kat lantai, jadi nanti kalau nak berdua-dua ngan En. Khush boleh ajak dia makan kat sini.  nanti kita gi ye bang..(sambil kelip-kelip mata).








Thursday, November 8, 2012

MACAM-MACAM AYISH KIBUNG

Semenjak dua menjak ni budak tenit Ayish kibung ni dah rase makin besar, , makin menjadi-jadi perangainya, kalau time aku cuti weekend, pandai plak bagun tido pagi-pagi lagi, lepas tu turun bawah gi sepah umah, pantang atas meja makan ada lauk ker..pinggan ke..semua dia kombah campak ke bawah.  Dah la budak suka menyampak barang kata Abang Danny.  Baru-baru ni pun dia ada mencampak iPad aku dari atas sampai ke bawah, aku hanya mampu mengelip-ngelip mata sambil melelehkan air mata tengok iPad yang terpaksa aku beratur untuk dapatkan dulu berderai..uwaaa...tak leh ingat time tu, nak marah pun dah tak mampu, kalau marah pun bukan budak kenit ni paham pun habis tinggi dia wat muka sambil sengih-sengih berlari ke sana ke mari keliling rumah.  Sudahnya aku membebel kat En. Khush suh baiki jugak iPad tu, puas la En. Khush google sana, google sini nak cari mana bole baiki screen iPad tu, tapi sampai skang pun idok membaiki lagi,,haihhhh..

Kalau time pagi-pagi nak gi nursery, asik berperang jer dalam keter, skang dia wat perangai nak pegang streng, konon-konon dia la yang bawak keter, salah aku jugak, masa aku brestfeed (BF) dia dulu, aku selalu BF dia sambil bawak keter, ye la, kalau dah dia melalak tahap tak hengat, sampai cam nak terkoyak anak tekak, tak kan aku nak bior jer, mesti la aku angkat and sua nenen, lagi satu budak tenit nih, kalau aku ada memang langsung tak nak botol, nak berenti tepi jalan takut, mana la tau tiba-tiba datang perampok kasi samun aku..ishhhh mintak jauh lah, En. Khush selalu marah kalau aku BF sambil drive, bahaya kot..tapi nak wat cam mana terpaksa. Kalau ada roadblock aku sorok dia lam shawl..

berperang berebut streng ngan budak tenit ni, tukang amik gambor, Abe Danny..hahahaha..
Satu lagi hobby budak kibung ni suka wat muka kalau orang tangkap gambar, sebab dia suka tengok muka dia kat screen time aku nak amik gambor tuh, suh senyum elok-elok dia wat muka lak, bila aku cakap..meh-meh amik gambar, automatik terus wat muka, belum snap lagi tu..lepas tu berebut tipon, dia pulak yang nak amik gambo aku.  Tak pun suh buka you tube nak tengok peberet muzik, gummy bear.  Kadang-kadang sampai melalak-melalak bila aku tak kasi dia pegang phone, ye la aku dah serik, takut jadi cam iPad, tak mampu dah mummy nak beli lagi nak oiiii...tu pun berikat perut, berhempas pulas mummy nak dapat tu, uhuk..uhuk..uhuk..jadi setiap kali dia tengok  muzik video peberet dia aku kene ada sebelah, takut sat lagi handphone aku dah ada lam sinki kat dapur.  Pernah satu hari tu aku bangun pagi nak gosok gigi, cari-cari berus gigi dah tak de, terpaksa la guna berus gigi En. Khush untuk hari tu, tak kisah pun bergilir-gilir berus gigi, dah nama pun laki, benda lain ko boleh kongsi-kongsi, ni kan pulak berus gigi kan, cari punya cari punya cari, rupanya si budak tenit ni  dah campak berus gigi aku lam lubang jamban masa dia mandi ngan abang-abang dia, adui, termasuk yang dia buang tu dah 3 kali aku bertukar berus gigi, yang buat aku sakit ati tu, asik berus gigi aku jer yang dia amik, berus gigi En. Khush tak der pulak campak sana sini,  berus gigi dia lagi la, gi tonyoh-tonyoh kat dalam lubang saliran air kat jamban tu adoiiii..sabo jer lah..satu hari tu aku ngan family tengah bersantai-santai kat hall, rumah aku ni 24 jam asik citer kartun jer, bukak jer TV chanel cartoon, bukak jer TV chanel cartoon, cartoon chanel  bukak TV,eh eh.. lepaih tu En. Khush cari la remote Astro, satu hari satu malam kot dok mencari, nak tukar chanel pun payah..last-last dia terpikir nak cari kat tong sampah, sah remote tu elok jer dah bergelumang ngan sampah lam tong tu, dalam dok mencari remote tv tu, terjumpa pulak remote kipas sekali, nak tak nak kene la gali sampah tu nak keluarkan remote kipas, kalau astro tu tak per la, leh gi beli baru, tapi kalau kipas, kene la amik jgak, mana boleh ganti-ganti lain..nak tak nak amik dua-dua remote tu, tapi kalau aku memang tak la, En. Khush yang amik remote tu dan bersihkan elok-elok.


haaa..tengok la muka dia tu, bila tala camera, ada jer muka shomel tu buat mimik

wat muka kat screen phone

suka berangan cam mummy gak, dok depan cermin sambil nyanyi-nyanyi,
kat tangan tu pegang sikat konon-konon mic
suka main sorang-sorang, lepas tu datang abang dua orang tu kacau, mengamuk lagi sambil campak-campak sumer keter kat abang-abang dia
 Budak tenit kibung ni suka main sorang-sorang, sebab abang-abang dia suka kacau, nak-nak Abang Long, bila aku marah dia kacau adik, dia kata mummy.. adik comey la bila nangis, ada pulak cenggitu, tapi bila aku pulak yang usik, Abang Long pulak yang marah aku, siap pujuk adik dia lagi, sambil dokong adik yang besar tu, bawak gi main tempat lain, tapi tu sekejap jer la, lepas tu dia la pulak kacau, sebab nak tengok adik merajuk, nangis, pastu dia nak pujuk.  Macam-macam diorang neh.  Tapi tiap kali tengok diorang ni la, balik keje penat-penat, tengok budak-budak ni kat pintu terus hilang penat.  U all permata hati mummy, walau mummy ni dah cam tarzan kat umah, tapi korang la penyeri hidup mummy ngan papa...muah..muah..

Tuesday, November 6, 2012

TASKA vs BIBIK

Hari ni rasa cam sedikit angin ngan cikgu-cikgu kat nursery Danny ngan Ayish..dah la hari Isnin, memang la budak tak nak masuk nursery lepas cuti dua hari sebab dah berkepit ngan mak apak hujung minggu tu, cuba  laa pujuk skit budak-budak ni, ni tak diorang biar jer..sakit ati aku nengok nya..sian kat anak aku yang kecik tu, nangis tak nak masuk, mana aku sampai ati nak nengok budak tu menangis kat situ, mesti la aku pujuk elok-elok, bagi susu, letak kat kusi, peh tu amik bubur suap dulu, yang lagi aku angin tu, pengasuh-pengasuh kat situ still wat derkkkk jew..kemain lagi suh panggil cikgu kat diorang neh, tapi wat kerja cam nak tak nak jer, dah ko tu nak keje kat situ cuba la ikhlas sikit, bukan aku tak bayar pun, dah la bayar mahal tapi keje pemaleh, kadang-kadang tu aku tengok rambut anak aku kemain berminyak lagi, tapi sebenarnya korang tak mandikan pun, letak minyak jer lebih, adui..nak komplen kang nanti anak kita lagi terbiar, saba Risha..sabar..

Tapiiii..letak nursery ni ada kebaikkan nya jugak, Danny dah boleh baca dua suku kata walaupun baru umur 4 tahun, walaupun aku tau, budak-budak sebaya Danny yang dah sekolah dah boleh baca pun, tapi ada aku kisah anak orang lain, sebab Danny aku nak hantar sekolah tahun depan, malas la aku baru empat tahun dah mengeletik suh anak pandai itu, pandai ini, bior ler kehendak dia sendiri, tapii..letak nursery jugak la Danny pandai pakai baju sendiri, mandi sendiri, bukak baju sendiri, amik air sendiri, makan sendiri, tak payah semua benda kene suap, cuma yang buat aku sakit hati, tengok cikgu-cikgu a.k.a pengasuh-pengasuh kat nursery tu, wat cam nak tak nak jer..macam tu la jugak si budak tenit Ayish, baru setahun setengah tapi dia dah pandai amik beg dia sendiri, amik botol susu sendiri, simpan botol susu sendiri, buang sampah dalam tong sampah, bukak pampers sendiri bila masuk bilik air, pastu buang pampers dia lam tong sampah, semua dia dah pandai.

Yang lagi best dalam setahun setengah, Ayish dah pandai nyanyi Twinkle-Twinkle la, Dancing Bones la, bunyi haiwan la, walaupun pelat, tapi tetap dengar melody-melody yang dia nyanyikan tu.  Aku terfikir jugak nak amik bibik, tapi En. Khush cakap, boleh nak amik bibik tapi boleh tak amik orang tempatan, sebab dia tak percaya 1000% kat orang Indon, lagi satu dia rimas bila ada orang asing dalam rumah. Nak peluk-peluk, cium-cium, nak dok terkangkang kiok kat hall pun rimas.  Mana ada budak-budak skang ni nak keje rumah orang En. Khush oiiii...baik diorang keje kilang, ada gak time off nya.  Tapi ok jugak kalau diaorang nak keje umah orang dari pukul 7.00 pagi sampai 6.00 petang, tak payah tidur kat umah majikan just gi keje cam orang keje-keje opis tu, tapi tak ader kan? Bila tengok citer kat TV tu senang pulak diorang dapat Pembantu Rumah, cam Mak Jah la..Mak Timah la, Mak Jemah la, mana diorang cari ek, kita ni kemain susah lagi nak cari, orang-orang cam Mak jah tu tak der pulak nak datang mintak keje ek? dah nama nya pun drama..mek Risha oiiii..aku pun pening..lagi bagus kalau aku boleh dok umah jaga sendiri anak-anak..lagi bagus, tapi nak keje,,sebab dok rumah rimas..cuti bersalin 3 bulan pun aku boleh sampai 70 hari jer..sebab dah tahap maksimum keboringan.  Hakikatnya buat masa ni tahan jer la dulu letak anak kat taska..sampai aku boleh move dari Mesia ni..

Saturday, November 3, 2012

TAHNIAH ABANG LONG

Alhamdulillah, untuk tahun kedua Abang Long telah dipilih lagi untuk menjadi pengawas sekolah, Jumaat hari tu, dengan penuh gembira dia bagi surat pelantikan pengawas untuk tahun 2013.  Aku sebenarnya tak mengharap sangat tahun depan Abang Long still jadi pengawas, memandangkan peperiksaan akhir tahun dia baru-baru ni drop, tambahan lagi dia selalu lambat ke sekolah, asik kene tulis nama jer, kalau time geng-geng dia yang jaga pagar terlepas lah tulis nama, tapi kalau abang-abang, akak-akak darjah 6 tu, sah-sah, nama kene tulis, tapi bukan salah dia pun kalau lambat, mummy ngan papa yang selalu lambat, lagipun Abang Long tak pernah menyusahkan aku pun kalau time bangun pagi, yang problem bangun pagi ni, mummy ngan papa, kadang-kadang Abang Long sampai cakap, "naper mummy ngan papa lambat hantar Abang Long, selalu kene tulis nama," aku cakap, Abang Long cakap la kat pengawas tu, bukan Abang Long lambat, mak saya yang lambat", tapi maunya dia nak jawab cenggitu, sebab Abang Long bukan jenis melawan pun, ngikut jer.. tapi Alhamdulillah dia masih lagi dipilih untuk tahun depan.

Tapi Insyaa Allah,  tahun depan mummy tanam azam baru, tak nak hantar Abang Long lambat lagi ke sekolah ye.  Syukur Alhamdulliah dan tahniah kat Abang Long sebab berjaya temuduga untuk pengawas sekolah tahun 2013.  Mummy bangga ngan Abang Long tapi ingat tahun depan jugak mummy harap Abang Long boleh baiki keputusan peperiksaan tu balik dengan cemerlang. CONGRATS MY SON

Thursday, November 1, 2012

Tragedi Oktober


Bulan Oktober ada dua tarikh istimewa dalam family aku, 5 Oktober besday En. Khush dan 29 Oktober besday Abang Long, tapi yang 5 Oktober tu aku wat-wat lupa jer, dah besar panjang tak yah la nak beria-ria potong kek bagai la hai, sekadar open table untuk aku anak beranak kira ok dah, tapi kalau besday anak-anak tak leh la wat cenggitu kan..nanti asik berbisik jer kat telinga, naper tak potong kek.  hamboi..tau-tau jer budak-budak zaman lo ni.  Pejam celik pejam celik, dah besar panjang dah anak-anak mummy ni, mummy still ingat lagi 15 Ramadhan, bersamaan dengan 29 Oktober 2004, jatuh pada hari Jumaat, sama dengan 8 tahun yang lalu, mummy bertarung nyawa jam 6 pagi hingga 11 pagi untuk mengeluarkan seorang baby yang diberi nama Ahmad Aliff Daniel, baby pertama dalam hidup mummy ngan papa, baby yang telah menaiktaraf gelaran untuk Puan Risha ngan En. Khush menjadi gelaran mummy and papa.  

Jam 6 pagi lagi mummy dah siap mandi dan siap-siap nak gi kerja, walaupun masa tu dah rasa sikit-sikit macam sakit perut nak berak, tapi tak berak-berak pun, En. Khush siap nak gi keje,  lagipun aku tak bagitau dia pun yang aku dah rasa memulas-mulas. Masa tu pulak bulan puasa, jadi awal masuk opis, tapi hati ni rasa tak sedap, tengok due lambat lagi, nak bersalin dah ker, maklum lah beranak sulung mana nak tau sakitnya cam mana.  Call mak kat kampung tanya, tapi mak cakap better gi sepital, baru tau dah dekat ker cam mana ker.  En. Khush pulak siap pesan, "abang gi keje ya, nanti apa-apa hal call abang" laa..abang nak gi keje..eh eh boleh pulak cenggitukannn.., rasa sakit  cam makin terasa, mak cakap gi la minum air zam-zam Insyaa Allah dipermudahkan, aku pun buka la puasa untuk hari itu, sekali lagi En. khush cakap, "nak buka poser ker?" laaa..aku ni dah la nak beranak boleh pulak dia tak kasi aku bukak poser..cam tak panik langsung, aku tengok kalau dalam TV tu, bini nak bersalin, laki bukan main panik lagi, tapi En. Khush ni, cam tak der perasaan langsung...ayoooo laaaa..saba je aku. Lepas tu aku terus siap-siap nak gi sepital, sampai kat Dewan bersalin Hospital Putrajaya, dulu sepital Putrajaya tak la sesesak cam skang ni, siap leh lengang lenggok lagi nurse-nurse kat situ, daftar masuk dan bagitau nurse yang aku ada contraction, terus panggil doktor cek bukaan, masa tu aku tak kisah pun apa diorang buat kat aku, berserah jer la, yang lagi bestnya doktor cakap "anak sulung kan?, lambat lagi ni, saya bagi MC hari ni, lepas tu kalau makin kuat datang balik sepital ya"  bongok apa doktor ni, aku dah nak beranak kot, boleh pulak ko suh aku balik-balik, tapi aku dah nekad dah, nak dok situ, kalau rasa nak teran aku teran jer nanti, ko ingat apa!! boleh tahan-tahan ker?, tapi nasib baik la ada sorang nurse tu tengok aku lain macam jer, sekali dia kata meh la saya tengok lagi sekali, so aku ikut jer la dia, sekali cek dah terbukak 7cm, terkejut giler nurse tu cam mana leh cepat, terus dia panggil balik doktor tadi dan bagtau yang aku dah 7cm, Doktor yang agak pakar tu(buweekkkk) pun pecahkan air ketuban dan terus ke labour room.  Tak der la lama pun nak tunggu bukaan ke 10cm, rasa sakit tak la seteruk yang macam citer lam TV tu sampai terjerit-jerit, melolong-lolong, aku siap boleh gelak-gelak ngan nurse tu dan siap halau En.Khush kuar dari labour room tu, tak payah la nak pegang-pegang tangan aku, nak bagi semangat kat aku bagai, kalau En. Khush ada kat sebelah, lagi rimas aku rasa, menyemak jer kat sebelah, biar lah aku sorang-sorang jer nak teran, ko tak yah la nak susah-susah macam merasai apa yang aku rasa kan..sekadar doakan bini abang ni selamat melahirkan pun dah cukup, tapi sebelum En. Khush keluar, aku minta maaf minta halal makan minum dan segala-segalanya, maklum la nak berjuang ni, jadi En. Khush pun tunggu la kat luar, jangan risau ek, ayang boleh tahan lagi dan Alhamdulillah Allah berikan aku rasa sakit tak lah selama sesetengah orang yang menjangkau masa berjam-jam dan ada yang sampai sehari semalam, aku rasa betul-betul sakit masa nak teran jer, sekali lagi Allah permudahkan urusan aku, bila dua kali push jer, baby seberat 3.6kg tu dah keluar, anak sulung, besar pulak tu, luka kat situ tak payah cakap la,rasa cam rabak jer..  nak duduk pun sakit, tak boleh duduk dengan betul, bila dah kuar baby, semua sakit dah hilang, tapi sakit kat situ pulak yang terlebih sakitnya, setiap malam nangis sebab berdenyut kat tempat jahitan tapi setiap kali nampak muka Abang Long cipung tu sakit pun terus hilang.  

Hari ini, tarikh yang sama tapi  berlainan tahun, maka usia Abang Long pun dah menjangkau 8 tahun, dah besar, asik bergaduh ngan mummy jer, adik nangis pun Abang Long yang kena, suruh itu ini pun Abang Long jugak yang mummy panggil, pergi kedai or pasar pun Abang Long jugak yang mummy bawak, sebab boleh tolong mummy angkat barang, ikut mummy main netball pun Abang Long jugak sebab boleh jaga mummy, teman mummy tengok wayang bila mummy mengeletis nak tengok wayang, Abang Long yang temankan setiap Jumaat masa lunch, pendek kata skang mummy dah boleh harapkan Abang Long. jaga adik pun abang long, mandikan adik pun Abang Long, kemas mainan yang adik sepah pun Abang Long, sampai kadang-kadang Abang Long cakap naper asik Abang Long yang kene, sebab Abang Long dah besar, dah boleh diharap untuk menjaga adik-adik. Abang Long pun dah tinggi sampai kat ketiak mummy, tinggi nya macam budak umur 11 tahun, mummy jugak nak Abang Long tau yang mummy sayang sumer anak-anak mummy.

Abang Long ni jenis tak banyak keranah, paling senang kejut bangun pagi gi sekolah, agaknya sebab lahir dalam bulan Ramadhan kot, Abang Long jugak senang kejut bangun sahur, puasa start dari 6 tahun lagi walaupun masa tu selalu tinggal puasa, tapi yang membanggakan mummy dan papa, dah dua tahun Abang Long tak tinggal puasa, kalau mummy marah, wat-wat cam tak dengar, masuk telinga kanan kuar telinga kiri dan buat mummy makin naik angin, tapi Abang Long tetap membanggakan mummy.  Yang susah nak berebut ngan orang, yang lurus bendul, kalau lambat datang sekolah siap gi bagi nama kat pengawas sekolah yang dok congok kat tepi pagar tu suh tulis nama, yang kuar sekolah paling lambat sekali, orang lain berlairi-lari keluar tapi Abang Long leh lenggang lenggok lagi, yang selalu main-main kalau mummy nak cepat, yang selalu kene bepaksa suh baca buku, yang dalam kepala asik pikir nak main jer, yang boleh buat air milo sendiri untuk bawak ke sekolah, yang tak pernah mintak tolong mummy nak bekpes pagi-pagi, janji ada susu dan coco crunch,Abang Long leh amik sendiri, pendek kata Abang Long sebenarnya tak pernah menyusahkan mummy dalam urusan seharian Abang Long, dan mummy bangga sangat dalam usia Abang Long skang ni Abang Long dah boleh buat sendiri semua, tak perlu mummy yang amikkan baju lepas mandi, tak perlu mummy susun buku ke sekolah, tak perlu mummy hantar makanan bila tengah hari sementara nak tunggu kelas KAFA, semua Abang Long manage sendiri...pandai anak mummy... dan....

Sempena Besday Abang Long yang ke 8 tahun ini, mummy doakan Abang Long menjadi anak yang berguna, anak yang soleh, anak yang boleh menjadi ketua untuk adik-adik, anak yang boleh menjaga mummy ngan papa dan anak yang semakin bijak dan matang.


HAPPY BESDAY AHMAD ALIFF DANIEL BIN AHMAD KHUSHAIRY
YANG KE 8 TAHUN, 29 OKTOBER 2012


happy besday abang Long, walaupun berebut ngan Danny nak potong kek,
tapi Abang Long tetap mengalah untuk adik-adik

hover tau Abang Danny, cam besday dia lak

ni jer yang mampu mummy ngan papa celebrate besday Abang Long

meh-meh danny, kita potong sama-sama yer,
sebab ni pun kek danny gak, terharunya mummy tengok Abang Long masa ni

dah jadi anak bujang dah anak mummy ni..yang bercita-cita nak jadi ustaz

nampak tak adik Abang Long tu, yang memang asik kelaparan jer, cam tak pernah makan seminggu tiap kali jumpa makanan, tak toleh kiri kanan dah..kibung..kibung..