Sunday, May 18, 2014

Chocolate Indulgence

Hari ni main masak-masak ngan En. Khush, ntah apa angin n mood dia nak buat kek plak katenya.  Selama ni dia memang suka tengok aku wat kek, semangat dia bertambah berkobar-kobar sebab kek ni his favorite..so aku rasa bermurah hati nak kongsi resepi kek kegemaran En. Khush ni dengan korang, sebab En Khush yang buat petang tadi, makanya aku berkesempatan la amik gambo, kalau aku yang buat memang tak sempat nak snap la, mana nak buat kek mana nak snap pic, aku bukan nya jenis yang suka kongsi resepi macam-macam, sebab aku hanya pandai buat menu tertentu jer hihihi..so sebelum aku melalut lelebih korang cuba jer la resepi chocolate Indulgence ni.  Kek ni remeh sikit, perlukan kesabaran yang tinggi, sebab banyak step dan banyak bahan-bahan yang digunakan, kene banyak sabar, sebab tu kat secret resepi kek ni mahal, bagi aku bahan-bahan yang digunakan pun mahal la..so Selamat mencuba la yer...

RESEPI KEK COCHOLATE  INDULGENCE 

Bahan A 
2 biji telur
215 gram gula castor

Bahan B (perlu diayak yer..)
145 tepung 
50 gram serbuk koko
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan butter cair
1/2 sudu besar esen vanila

Bahan D
1/2 cawan air mendidih

CARA-CARA
Pukul A sampai kembang, kemudian masukkan B dan selang seli dengan C, gaul hingga sebati.  Bila dah sebati masukkan D, setelah itu masukkan dalam loyang, aku guna loyang 8 inci, sebab nak tebal sikit, nanti nok potong jadi 4 lapisan, kang ternipis, susah plak nak potong nanti. Kemudian bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 45 minit hingga 1 jam, bergantung pada jenis oven masing-masing la ek, sebab tu suhu oven aku.  Bila dah masak sejukkan kek dan biarkan betul-betul sejuk.  Kalau nak senang macam aku, masuk dalam peti ais, aku kan bukan jenis sabar, aku masuk je lam peti ais.

WHITE CHOCOLATE FILLING

Bahan A
75 gram butter
50 gram gula ising

Bahan B
50 gram white chocolate

Bahan C
150 gram fresh cream

Cara-caranya
Pukul butter ngan gula aising hingga gebu,  ketepikan. Double boil white chocolate hingga cair dan terus masukkan dalam campuran A tadi.  Sebatikan dan ketepikan. Kemudian Pukul C dan masukkan dalam Bahan A dan B tadi.

CHOCOLATE FILLING

Bahan A
75 gram butter
50 gram gula aising

Bahan B
50 gram dark chocolate

Bahan C
150 gram fresh cream

Cara-caranya (sama jer ngan white chocolate tadi yer)
Pukul butter ngan gula aising hingga gebu, ketepikan. Double boil dark chocolate hingga cair dan terus masukkan dalam campuran A tadi.  Sebatikan dan ketepikan. Kemudian Pukul C dan masukkan dalam Bahan A dan B tadi.

Tibalah masanya time melapis kek, yang ni pun aku rasa leceh skit sebab tak nak bercampur antara white dengan dark chocolate, so bagi aku, aku guna spatula yang berlainan.

Sebelum tu korang keluarkan kek dari loyang tadi dan potong sehingga menjadi 4 lapisan, tak boleh tidak kene 4 lapisan jugak sebab kek ni kene selang seli antara white dan dark chocolate.
Kemudian letak kek untuk lapisan pertama, kemudian sapu white chocolate hingga rata, letak kek balik dan sapukan dark chocolate, begitulah seterusnya sehingga selesai.
nampak tak kek En. Khus tu, haaa cam tu la bila dah siap melapis, bila dah siap cream yang lebih tadi dicampur sekali untuk salut keseluruhan kek, jangan sampai nampak isi kek tu.
Salut keseluruhan kek korang macam yang En. Khush tengah buat tu, dia tu dah macam dok menyimen batu bata dah aku nengok nya, dah la pakai kain pelekat jer hahaha..buat sampai la kek korang kemas dan cantik.
Aku guna lapik yang boleh pusing-pusing tu senang sikit nak simen habis kek tu, sebab tak pro kan, kalau dah pro tak yah guna tak per, mesti licin punya, tapi En. Khush lagi la tak pro bila dia pusing jer lapik tu, nampak isi kek dia hahaha..dah kene salut balik, kene buat dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut baru kemas, tang ni memang kene saba sebab kek mesti kene licin, sebab bila letak ganache nanti tak rata.
Haaa..kan dah kemas kek En. Khush tu, tapi aku tengok pun tepi tu nipis sikit, tapi korang salut la bior tebal sikit ek, tapi ni pun dah ok sangat untuk studeng yang baru belajo macam En. Khus ni kah kah kah...aku suruh tebal bukan apa, nanti bila korang potong korang boleh nampak cream kat bahagian atas dengan tepi tak sama nanti, tapi nak makan sendiri bole jer kan? Dah siap masukkan sekali lagi kek korang dalam peti ais, kasi kek ni keras sikit sebelum kita letak chocolate ganache kat bahagian atas nanti.
Chocolate Ganache
Cara-cara buat cholate ganache
Panaskan 250 gram fresh cream, dan 150 gram coklat masakan campur sekali dan akhir sekali masukkan 1 sudu besar golden syrup kacau hingga sebati.  Biarkan coklat ganache sejuk sebelum dituang ke atas kek korang tadi.
Cara tuang coklat tu korang tengok cara En. Khush tuang tu, tuang kat atas jer dan biarkan coklat tu meleleh sehingga menutupi keseluruhan kek tadi.
Bila dah menutupi keseluruhan kek, korang kemaskan la sikit kat lapik kek tu, buang coklat lebih-lebih tu, pandai-pandai la korang nak kemaskan lapik tu, guna la tisu ke, kain ke, asalkan lapik tu bersih dan kemas.
Sebagai hiasan letak la kat tepi tu coklat parut, pandai korang la nak hias cam mana, nak letak strawbery ke, coklat yang keping-keping tu nak cucuk ke, boleh jer, terpulang pada kreativiti masing-masing.
Ni kreativiti En. Khush, suka-suki hati dia jer, nak letak white chocolate kat atas tu, layankan ajer la, dah kata dia yang buat, tapi kalau aku aku suka letak snow kat atas tu, nampak la skit cam kat secret recepi tu.
 Tadaaa..dah siap kek chocolate indulgence En. Khush, dengan hiasan mengikut kreativiti dia sendiri..haihhhh..
Ni, hiasan aku, letak coklat parut kat bawah jer, yang En. Khush tu habis gi tepek kat kek, baru sedap katenya, terpulang la kat korang nak hias cam mana pun, asalkan korang suka yer..
Bila dah potong cenggini la jadinya, tak tau la jadi chocolate indulgence ke idok, tapi rasanya memang sama, bagi aku la, kang kata aku perasan pulak, bole jer gugel cari resepi lain, ni cara aku buat, ada macam-macam jenis resepi, terpulang pada korang mana nak ikut.

~ SELAMAT MENCUBA~

Wednesday, May 14, 2014

Mei 2014

Bulan Mei  bulan aku dilahirkan..bulan Mei tahun ni..bulan yang bz gile , aku rasa setiap minggu ada aktiviti, start dari 1 Mei ari tu aku g Royal Belum, Grik, Perak, ikut Biro Reakreasi opis aku, selama 3 hari aku bersantai atas boat house with handphone out of coverage, lepas tu hujung minggu sibuk ber'netball' plak, minggu berikutnya ada bowling MAKSWIP, walaupun main cam haremmm..tp macam mana boleh ter'join' aku pn x tau, baling jer la ikut suka, walaupun setiap tahun keputusan cam hampeh jer pown..

Minggu Keempat Mei gi kursus stress plak kat Janda Baik, nampak sangat cam aku stress kan?, tapi aku suka kursus stress, semestinya la hilang stress, sebab mana ada ceramah bagai kan, tak tau la kursus kali ni, tapi kalu ikut kursus stress yang pernah aku ikuti lepas-lepas cenggitu la.

Minggu kelima Mei sangat-sangat krem, dengan majlis kawin anak buah lagi, kene kursus secretary lagi, rasa cam nak ponteng, tapi call PSM kene wat surat plak, malas plak nak macam-macam, hadir la jgak, dan terpaksa lari ke majlis kawin Amir kat Shah Alam.  Nasib baik kursus habis hari Ahad, boleh la chaw awal skit.  Bila dah ada kursus, datang bertubi-tubi plak.  Tahun lepas, aku antar buku log latihan kosong sebab memang x der kursus, yang ada ceramah-ceramah dalaman jer, tahun ni dah ada kursus ni, pegi jer la.

Tepek gambo ni jer la, sempena mengingati bulan Mei, bulan kelahiranku. Cerita Royal Belum, cerita bowling, cerita kursus, akan dihapdate bila kerajinan mendatangi, cerita celebrate besday ni pun x sempat lagi nak story mory.

Eh lupa plak selain dengan kebizian terlampau ni, bulan Mei banyak hari-hari special rupanya, Hari Ibu, Hari Jururawat, Hari Guru, Harijadi aku hehehe..

Sekian cerita di bulan Mei, sekejap ajer masa berlalu dah 5 bulan kita melalui tahun 2014.