Wednesday, December 31, 2014

PENUTUP TAHUN 2014

Seminggu aku balik kampung nak jemput Abang Long yang dah selamat bersunat ngan Abang Danny yang setia menemani abangnya, walaupun mak aku cakap gemor menangis memanjang.  Memang le Abang Danny tu kememe, manja, tak bole lasak-lasak, merengek jer kerojenya.  Aku balik Sabtu 20 Disember.  Masa tu pun dengarnya dah ada kawasan-kawasan yang aku lalui tu dah mula naik air.  Tapi Alhamdulillah aku selamat sampai ke kampung dengan selamat.  Balik kampung sambil-sambil nak beli barang-barang nak bawak gi 'posting' sekali.  Hari Ahad dok umah lepak-lepak sambil rehatkan badan dulu sebab seharian dok dalam kete hari sabtu tu.

Hari Isnin, aku ajak kakak aku gi beli barang kat KB.  Hujan kat KB renyai-renyai dan kadangkala lebat sepanjang aku ke KB hari tu.  Amboi cam tukang lapor kaji cuaca plak.  So aku beli ler sumer barang-barang yang nak bawak.  Sambil tu beli barang nak wat kenduri hari Khamis, sebab mak aku ingat nak makan kambing.  Dari pagi sampai petang aku kat KB hari tu, kiranya setlekan terus barang yang nak beli, malas nak ulang alik lagi.

Esoknya Selasa, aku sambung beli barang kat Jelawat plak, sebab ada jgak barang kat KB murah ada jgak barang kat Jelawat yang murah, so aku beli plak kat Jelawat, siap jumpa bekas Pengerusi Proton lagi, beli barang kat pasor Jelawat, rileks jer, bawak barang penuh tangan cam orang biasa, dan aku pasti orang kampung tak kenal pun dia, sebab aku cakap kat kakak aku, tu, Tengku Mahaleel, kak aku cam tecengang sapa pulak katanya, sah la tak kenalkan, rileks jer bawak kete GTR masuk paso, aku jer la yang kagum sebab dia sempoi giler, orang lain mana nak kenal pun sapa dia, silap aku tak gi selpie ngan dia. Dah habis beli kat Jelawat aku balik rumah, lepak-lepak, gelak-gelak sambil cerita-cerita ngan mak ayah aku.

Hari Rabu, dah mula keluar berita Kuala Krai, Gua Musang dah mula dinaiki air, masa tu hujan masih lagi renyai-renyai.  Dalam satu hari, hari Rabu tu, sekejap jer dengar cerita air dah makin melimpah. Dok borak-borak ngan family aku, mungkin air dari hulu tu, air lalu, sekejap jer kot.  So kitaorang pun dengar berita jer dari semasa ke semasa yang paras air makin meningkat dan ramai yang dah dipindahkan.  Sampai la ke saat aku menulis ni masih ramai lagi yang dipindahkan, sampaikan malam Sabtu yang aku nak balik KL, semua stesen minyak dah kehabisan minyak, bepusing aku cari pam minyak yang ada kat sekitar Bachok nak isi minyak untuk balik esoknya.  Ruang udara rumah aku kat kampung memang macam tengah perang sebab dengar helikopter sepanjang masa.  Sedih tengok kawasan yang terlibat.  Ayah mertua aku kat Seremban pun tanya khabar, Alhamdulillah kampung aku selamat dari banjir, tapi bekalan minyak, kedai, pasar dah mula kekurangan bekalan sebab terputus hubungan untuk suply barang-barang.  Nasib baik aku cepat beli barang-barang hari tu, kalau tak memang tak boleh nak beli, sebab KB pun air naik.

Hari Khamis mak aku wat kenduri, saudara aku dari Tanah Merah datang bagitau yang kawasan dia pun dah terjejas teruk, letrik dah terputus, line telefon dah tak der, tapi, ye la orang kampung situ masih tau mana jalan yang boleh keluar.  Saudara aku kat Pengkalan Chepa call, dia langsung tak boleh keluar sebab air depan rumah dia dah paras lutut. Padahal rumah dia tinggi.  Memang luar biasa banjir tahun ni, sebab jalan penghubung dari rumah aku ke Airport pun air naik dengan laju.

Hari Sabtu, aku nekad nak balik KL, walaupun aku tau mak aku risau sebab dalam keadaan cuaca tak menentu ni, tapi aku kene balik sebab Isnin dah mula kerja.  Satu-satunya jalan yang boleh keluar dari Kelantan masa tu, melalui, susur jalan pantai ikut Terengganu.  Alhamdulillah, sepanjang jalan tak der plak kene banjir, sampai la kawan aku wat sap kat grup DSK, jalan exit ke Temerloh dah tutup sebab banjir.  Tapi masa tu jalan lama ke KL yang melalui Maran kuar tol Lanchang bukak lagi. Pecut la En. AKAR nak suh cepat sampai sebab takut jalan situ pun tutup.  Masa tu kitorang tak terfikir langsung jalan ke Kuantan ikut Muadzam Shah masuk felda tu sumer, padahal jalan tu kitorang penah lalu.  Masing-masing cam bengap kejap.  Dalam pukul 4, sampai tol maran dengan redah jam bagai, gigih nak sampai jugak ke Jalan Kampung Sawah.  Apa, tekaan kitorang betul, sampai jer kat Kg. Awah polis dah suh patah balik, air melimpah dengan lajunya.  Bengap tak aku laki bini di situ, padahal kalau aku tak lalu LPT terus masuk Kuantan, dah lepas ke KL, sebab masa aku sampai kat Exit ke Temerloh tu baru pukul 4 petang.  Tapi dua-dua bongok redah jugak, kitorang rugi masa 3 jam redah jamed.  Tak per la redho, ada hikmah di atas semua yang berlaku.

So, aku patah balik ke Kuantan, korang bayangkan patah balik ke Kuantan dalam 84KM dari Maran. Sampai Kuantan dah pukul 10.00 malam, bepusing pulak cari hotel. Last-last dapat Duta Sands kat Jalan Beserah.  tido la semalam kat Kuantan.  Esok tu nekad lalu Muadzam Shah.  Pagi-pagi dah kuar hotel, breakfast pun dalam kete jer, sebab tak nak buang masa.  Berhenti pun time isi minyak jer. Lalu la jalan Muadzam Shah, masuk Serting, Felda Palong, Bahau, Batu Kikir, Kuala Pilah dan terus ke Seremban.  Sampai Seremban pukul 1 tengah hari.  Kitorang singgah umah Pak Mertua aku.  Badan dah tak larat.  Masing-masing tebungkang tido sampai kul 6.00 petang.  Lepas tu baru aku balik Sepang.  Abang Long ngan Danny aku tinggal kat Seremban.  Diorang pun dah cemuih naik kete, so diorang tak kisah pun aku tinggal umah atuk kat Seremban.  Lepas tu baru aku call mak aku kat kampung bagitau dah selamat sampai KL.  Perjalanan aku 2 hari yang amat memenatkan.  5 negeri aku lalu nak sampai umah aku.  kelantan, Teganu, Pahang, Negeri Sembilan baru la Selangor.  Jalan-jalan, pusing-pusing Pantai timur betul aku.  Lalu 5 negeri habis minyak begelen-gelen.  Tak per la penutup tahun 2014 aku di Mesia katenye.  Yang penting aku and family selamat.

Thursday, December 18, 2014

Dugaan Untuk Aku..Alhamdulillah

     Dalam fikiran aku sekarang ni terlalu banyak yang tengah berselirat, aku tak tahu nak mulakan dari mana.  Sama ada ini dinamakan masalah atau aku sekarang tengah diuji olehNya.  Datangnya masalah itu adalah sebahagian daripada ujian dan dugaan dari Allah untuk aku, yaaa...mungkin.  Alhamdulillah aku sebenarnya telah dapat apa yang aku inginkan, tetapi perjalanan itu tidak lancar dan tidak mudah, ada saja halangan dalam aku melalui untuk mencapai ke arah yang aku inginkan itu.  Dengan itu aku terima ketentuan itu sebagai takdir qada' dan qadar Allah, yang mungkin itu adalah masih lagi bukan rezeki aku, yang penting aku bekerja dengan ikhlas, untuk mencari rezeki yang halal demi membesarkan amanah yang Allah berikan untuk aku, iaitu anak-anak.

     Alhamdulillah, sepanjang aku bekerja dari tahun 2002 aku selalu dapat kepercayaan dari boss, dari Kastam membawak ke KPM lagi hingga lah aku bertukar Bahagian dalam KPM dan sekarang aku di KLN, aku masih dapat memberikan komitmen yang baik sebagai seorang setiausaha dan masih mendapat kepercayaan dari boss dalam melaksanakan tugas-tugas.  Tapi mungkin kepercayaan yang boss berikan selalu disalah ertikan seperti aku gunakan boss untuk kepentingan peribadi atau kaki ampu, kaki kipas, kaki bodek dan segala kaki lagi.  Itu dah lumrah kehidupan, so biarkan lah dan aku tak pernah kisah dengan apa yang orang-orang kata dan anggap terhadap aku, asalkan anggapan Allah terhadap aku adalah untuk bekerja dengan seikhlas hati, kerana itu adalah sebahagian daripada ibadah.  Aku bukan kata aku ni baik, tapi untuk meraih kepercayaan boss bukan situasi yang senang.  Aku pernah dapat boss yang garang giler, pernah campak fail atas meja, baling surat, lunch hour aku tak der sebab kene serve boss makan, kene jadi driver boss antar dia nak gi shopping, kene jadi nurse bila darah tinggi dia naik, and end up kitorang jadi kawan sampai sekarang even dia dah pencen.

aku jenis tak pandai pun nak ambik hati boss, sebab kadang-kadang aku tengok orang-orang lama, kadang-kadang boleh bergurau dengan boss, may be diorang dah kenal boss-boss tu dari zaman diorang gred bawah lagi, tapi aku memang tak pandai, apa yang boss suruh aku buat, nak bergurau gelak ketawa aku tak reti.  Ok stop pasal tu.

Apa aku nak cerita skang Alhamdulillah, apa yang aku impikan sudah hampir tiba, iaitu bertugas di luar negara.  Tidak pernah terduga sepanjang hidup aku akan diberi peluang untuk mencari pengalaman di negara orang.  Negara mana akan aku bagitau nanti bila dah sampai sana, tak feel la bg tau skang hehehe... aku akan berhijrah bulan Januari 2015.  Skang tengah bz prepare apa-apa yang patut.  Apa yang aku terfikir skang adalah setiap kejadian yang berlaku itu ada hikmah-Nya.  Sepatutnya aku kene pergi bulan Jun hari tu, tapi disebabkan banyak komitmen dengan tugas di opis so aku kene postpone dan akhirnya impian itu semakin hampir.

Nak kata seronok tak juga, macam-macam aku fikir skang ni, pasal En. AKAR yang tepaksa berkorban cuti tanpa gaji, sekaligus hilang servis kekananan.  Fikir Abang Long ngan Danny, nak kene belajar cara hidup negara orang. Sekolah di negara orang.  Dan yang paling aku terasa sekarang terpaksa meninggalkan mak dan ayah aku.  Ayah aku selalu cakap yang dia dah makin tua, tapi anak bongsu kesayangan dia ni makin nak gi jauh.  Tapi aku selalu cakap kat ayah dan mak aku, supaya redha kerana ini untuk mencari rezeki demi membesarkan anak-anak sebagaimana mak dan ayah membesarkan anak-anak mak dulu.  Alhamdulillah diorang faham dan apa yang aku dapat ni adalah berkat doa yang tak penah putus dari mak dan ayah aku untuk tengok aku hidup senang.

Aku bersyukur kepada Allah yang memberikan rezeki yang tidak terhitung nilainya ini.  Berkatilah kehidupan aku dan keluargaku walau di mana kami berada dan kuatkanlah iman kami untuk terus menuju ke jalan-Mu Ya Allah.  Beri la aku kekuatan untuk aku membesarkan anak-anakku menjadi insan yang soleh di dunia dan akhirat. Aminnn....

Tuesday, December 16, 2014

Abang Danny dan giginyer..

Ramai kot dah tau yang aku akan bertugas di luar negara, tapi ramai yang tak tau ke mana kan..kan? Gedik sangat nak rahsia-rahsia gitu, cam nyampah pun ada.  Aku banyak letak picture kat IG dengan caption barang-barang yang nak bawak ke ombesea, tapi bila orang tanya nak berhijrah ke mana, terus aku tak jawab.  Bukan aku tak nak jawab, tapi kalau jawab kat comment tu, cam public sangat, nanti orang viral kan acaner..wahhh sampai gitu ko.  Ye la tak boleh la kecoh-kecoh kat seluruh alam aku akan ke mana.  Tapi aku akan jawab bila ada rakan-rakan yang terus PM aku personaly, kalau tanya kat ruang comment tu jawabnya memang tak la aku nak jawab.

Skang tengah prepare barang-barang yang nak bawak ke sana nanti. Al maklum la pegi negara orang, tempat yang tak penah aku jejak kaki pun.  Ye la aku mana ada gi melancong ke luar negara pun, kalau ada pun se je la, ke Krabi.  Teringin jugak nak pegi macam kawan-kawan lain, tapi bila anak sekolah ni, banyak komitmen lain.  Tak pe la, aku dulu pun kalau cuti sekolah mana ada ke mana, cuti sekolah je tolong mak aku tanam tembakau, anak petani, memang cenggini.  Udohhh..jangan nak sendu-sendu segala.

Awal Bulan 12 hari tu, dah hantar Abang Long balik sunat kat kampung.  Dah setle satu bab, pasal sekolah Abang Long pun dah settle, lepas tu hal gigi Danny plak.  Ok aku nak cerita perihal gigi Ahmad Alim Danie ni.  Dia ni dari kecil lagi memang pelik-pelik, kene operate la, ni hal gigi pulak.  Gigi dia yang depan tu pernah tercabut sebelum ni, so aku expect tu gigi kekal la, tapi bila tumbuh gigi kat depan tu bukan gigi kapak, tapi gigi tajam macam gigi taring.  Aku pelik la, apsal tumbuh gigi taring kat tpt gigi kapak.  Aku bab gigi ni memang pantang, sebab bagi aku gigi itu penyeri..wahh ayat..cam hakk tuihhh jer. Tapi laki tak pulak ko pilih yang gigi lawo..jangan sekali-sekali keluor kenyataan gitu, itu ada lah jodoh, orang kata yang kita tak nak tu la kita akan dapt keh..keh..keh..ni kalau En. Akar baca ni, mau sentap. Ahhh..dia bukan tau sangat blog-blog sendu aku ni, kelammm..

Bebalik pasal Abang Danny, lepas gigi dia tu tumbuh yang taring kat sepatutnya gigi kapak tu, makanya aku pun bawak le ke klinik gigi, off course la jumpa doktor gigi yang aku memang selesa ngan dia. Sape lagi kalau bukan Dr. Norshah kat Bangi tu. Doktor tengok je gigi Danny, dia kata slalunya ni gigi extra.  Eh..gigi pun ada extra ke? aku memang tak pecaya siap cakap, ye ke doktor, tapi gigi susu dia dah tecabut, yang naik ni mesti la gigi kekal kan.  Ishhh..maknya ni, meh kita x-ray.  maka x-ray la gigi Abang Danny. Doktor siap tunjuk lagi gigi yang di x-ray tu, rupanya ada la gigi kapak nya kat atas tu, tapi jauh lagi, sebab masa aku bawak Danny tu, umur dia baru nak masuk 6 tahun. So doktor kata gigi extra ni tak bole cabut lagi, kene tunggu sampai umur dia nak masuk 7 tahun sebab peringkat umur dia ni, gigi kekal belum lagi nak tumbuh kalau tak silap aku la, cenggitu la doktor cakap tak ingat dah, 2 tahun yang lalu kot.  Makanya kene la bior je gigi Abang Danny cenggitu dulu.  Doktor cakap kalau tak buang gigi extra tu, gigi tu akan dok je kat situ, dan gigi kapak yang kekal akan mencelah nak keluar ataupun tak kan keluar langsung, tak comey la jadi nya.  Jaga gigi anak comey-comey pun payah jugak bila dah elok sangat nak tercabut pun susah.
 Jadi, sebelum balik kampung ari tu, aku pun hantor ler balik Abang Danny kat doktor, nak cabut giginya.  Doktor tengok x-ray balik, gigi kapak yang sebelah pun dah panjang, lepaih tu cabut ler taring kat depan tu.  Aku ni jenis yang cepat risau.  Aku tanya doktor balik, betul ke akan naik ni doktor.  In Shaa Allah, bendanya ada, sama ada turun tak turun gigi tu, bukan kita punya kuasa Allah yang punya kuasa, tapi giginya ada. Alamak insap aku.  Betul jugak cakap doktor tu, maknanya aku la yang patutnya berdoa semoga anak aku ni sempurna hendaknya.  Aminnn...
Seriau, aku tengok doktor cabut gigi, ilek jer doktor cabut, kejap jer..tengok-tengok cabut dah.


Monday, December 8, 2014

Abang Long dah Besar

Anak lelaki aku dah jadi anak teruna dah.  Minggu lepaih balik kampung, hantar Abang Long sunat.  Ingat nak sunat tahun depan, tapi dah kene ke ombesea, kene la aku sunat siap-siap. Lagi pun Abang Long dah 10 tahun, dah boleh sunat.  Aku tepek gambo Abang Long sunat kat IG diorang tanya aik..baru sunat?? eh salah ke baru sunat, dah 10 tahun macam besar sangat ke baru nak sunat, kalau ikut hati aku darjah 6 baru aku nak suh sunat.  Bagi aku tak pelik pun, orang dulu-dulu pun sunat umur 12 tahun.  Kenapa skang pelik pulak kalau sunat umur 11 or 12 tahun.  Bila aku cakap, tu la sunat anak awal-awal lepaih tu cepat beso cepat gatainya.  Amboi kasar jawapan aku kan? siap cakap lagi tak semestinya gitu, kata deme.  Tapi bagi aku memang gitu, sebab apa aku kata gitu, sebab budak lelaki lambat matang, bila dah sunat awai, dia pikir macam dah beso, umur baru 12 tahun tapi fikiran macam umur 10 tahun, kalau tak, tak kan ada pepatah untuk orang laki, life begin 40.  Kemain lagi deme, umur 40 baru nak galak, tak hingat ke kubur dah mangil-mangil nu..hamboi emosi plak aku.

En. AKAR kata masa sunat tu, tak diam mulutnya, tanya dah sudah ke belum, agaknya nak cover takut dia bercakap tak hingat, yang sebelah dia tu anak buah aku, sepupu Abang Long, yang tu pulak pesen diam, tak becakap sepatah pun, diam 2 hari 2 malam.  Malam petama besunat, tak tidur En. AKAR, kejap-kejap kejut papa, suh tengok, sebab dia kata darah.  Kul 4 pagi aku bangun, tapi dia tak nak aku tengok, dia kata pompuan mana boleh tengok.  So, lepaih tu dengan snang hati la aku tido kroih-kroih, En. AKAR je la yang bangun, Abang Long nak kencing la, suh lapik kaki ngan bantal la, kain tesingkap la, kalah aku beranak hahaha..

Abang Danny, tengok Abang besunat, balik rumah terus cakap, mummy Abang Danny tak nak sunat hahaha..pengalaman anak nak membesar.  Sib baik sunat kat kampung, ramai dayang-dayang dan inang-inang tolong jaga. hantar air, bagi makan nasik, siap hantar kat tempat tidur ko, mummy beranak dulu pun kene makan kat meja kat dapur nu. Ikan pun Abang Ngah anak buah aku yang tolong bakar untuk adik-adik yang bersunat ni.  Papa dia tolong bawak gi bilik ayor jer, dengan lap badan sebab tak boleh mandi lagi.  Bab makan semua anak-anak kakak aku yang pompuan tu tolong buatkan.  Amboi senang banyak mummy ni.  Abang Long besunat cara dulu-dulu jer, kata En. AKAR, sebab En. AKAR pun tak nak, yang pesen-pesen skang, cam lazer la, smart claim la, ramai komplen lambat baik katanya.  Aku memang idok tau la, ngikut jer la apa kata papanya.  Hari ketiga sunat aku dah balik KL. Hari kelima aku call tanya, dah pakai seluor, bior benor Abang Long ni.  Dia kata tak sakit dah.  Aku tanya kakak aku dia kata ok.  Apa-apa la, asalkan dah elok.  Tak sabar mummy nak balik kampung 2 minggu lagi ni.  Balik amik Abang Long ngan Danny, beli barang peh tu antor Abang Long kat Seremban pulak.  Bagi ler bior adil, separuh Kelantan, separuh Negeri Sembilan, sebab lepaih tu lama pulak dah tak jumpa.

Mummy jugak la yang kesunyian kat rumah.  Mummy tengok papa, papa tengok mummy, ada yang kecik tu pun main sorang-sorang boring, last-last merengek konon-konon cam baby.  Haih macam-macam.  Sementara nak besar macam tu ler, kerenah anak-anak ni.

Sunday, December 7, 2014

FAREWELL

 Dah masuk Disember, maknanya dah hujung tahun.  Siyes memang cepat masa berlalu, maknanya dah hampir 12 bulan untuk tahun 2014.  Tahun depan aku akan berhijrah untuk mencari pengalaman baru dan berdepan dengan cara hidup dan budaya baru.  Doakan kami sekeluarga sentiasa dilindungi dan diberkati ya.  Oleh kerana aku akan ditukarkan jauh nun di seberang laut, minggu lepas opis aku wat ler makan-makan untuk aku ngan 2 orang lagi staff yang akan bertukar ke seberang jgak.  Maknanya 3 orang sekali gus yang akan keluar Bahagian.

Aku gi lambat lagi, ikut perancangan In Shaa Allah, 23 Januari 2015, tapi sebab yang sorang lagi tu akan pegi 30 November,so, buat sekali gus terus la, senang tak yah la banyak-banyak kali kan. Sebenarnya acara ni, dah macam acara tradisi Bahagian aku, setiap kali ada yang keluar mesti buat makan-makan.  Of coz la kalu dok kat wisma ni, keluar masuk Bahagian tu perkara biasa, tahun ni sajer aku rasa dah  4 kali buat farewell kot.  Tapi farewell sebelum-sebelum ni, aku yang urus, tapi kali ni dah ada orang lain yang uruskan.  Wahhhh..rasa dihargai gitu kikiki..

3 tahun aku dok Bahagian terasa baru semalam melangkah kaki ke Wisma Putra, wahhh ayat tak hengat.  Tapi aku happy dok kat Bahagian ni, banyak pengalaman yang cukup beharga yang dah aku pelajari.  Tambahan pulak, Bahagian aku ni la yang menguruskan semua hal ehwal pegawai yang berada di luar negara, cam hal persekolahan, perubatan, tambang.  Kiranya sedikit sebanyak dah ada pengetahuan apa yang berlaku di luar sinun. Alhamdulillah kerana aku di beri peluang sebegini.  Sama ada best ke tak aku tetap akan lalui dan anggap itu semua adalah pengalaman untuk aku.
Ni la ahli keluarga di opis aku.  Suka duka bersama tidak akan aku lupakan.
Terima kasih semua

Dan part paling best bila dapat hadiah ler kikiki. Tak sangka aku dapat hadiah yang memang dah lama aku nak cuba.  Selalu cakap ngan diorang nak try pakai shawl, tapi nanti muka bulat.  Diorang cakap cuba la dulu, nanti kat sana sejuk, tak sesuai pakai baju tebai ngan tudung kak pidah, kalau time tak sejuk, pakai la kak pidah.  Sekali betul-betul diorang bagi aku shawl.  Mula-mula bukak tu, cam nak tak nak jer pakai, jadi ke tak ni.  Sekali En. AKAR cakap, cer try nak tengok.  Aku cakap alaaa..nanti nak belit-belit lagi.
Sekali aku try, eh jadi...jeng..jeng...jeng...terus tepek gambo kat IG.  Semua puji cam nampak muda gitu, habis sebelum ni aku nampak cam mak cik-mak cik la, cheh.., apa lagi, aku dah start menggila kat shawl la pulek..yang bestnya shawl ni tak yah nak lilit-lilit bagai pun, pin jer kat dagu tu, pusing jer pastu pin lagi sekali, taraaaa..terus terletak..aku pelik pulak, naper muka aku tak nampak bulat.  Selalunya pakai gini nampak bulat yang amat, ishhh..musykil ni, adakah muka aku dah kurus..hehehe..apa lagi, balik kampung, aku rembat 2, 3 lai shawl, tak der la mahai pun, selai 15 hinggit jer kikiki...
See...see...nampak muda kan..kan..kan..buwekkkk sila muntah ijo..aku dah start suka bershawl dah skang.  So kalau ada sapa-sapa nak bagi hadiah lagi, sila la bagi shawl, sebab aku dah start kumpul shawl. En. AKAR suh aku let go jer kak pidah aku tu sumer, tapi tudung Kak Pidah aku dah old fesen, sapa nak beli, ada tu pun kesan pin banyok bebenor, sah la kalau juai, jasa dapat maki jer nanti, baik tak payah, baik aku simpan bikin pusaka saja,  nanti dah boring shawl aku pakai ler balik Kak Pidah tu, ye dak..lagi pun aku pikir, nak fly nanti senang lipat kecik-kecik masuk beg, Kak Pidah kita hantar masuk kontena, naik kapai, jalan ikut laut, shawl yang murah ni jugak la dapat naik katebang. OK la aku nak gi meround sekejap, cari barang nak bawak sana, tepek gambo aku borong kicap kat IG sumer tekejut, cam nak meniago kedai runcit, tapi nak buek cam no, dah laki ngan anak-anak hantu kicap, cam citer hantu botol kicap.  Aku tak kisah sangat benda lain tak der, jangan kicap tak der, mau tak makan nasik anak-anak aku tu. OK la babai..zaijian..