Anniversary

Wednesday, April 23, 2014

Besday Ayish 3rd years Old

Ini 1 lagi kes..anak dah celebrate besday bulan lepas, bulan ni baru hegeh-hegeh nak hapdate, orang ada blog..ko pn sibuk nak blog..tapi nk hapdate..pemalas Ya Rabbi.

Tapi tak per la citer jugak la kan, walaupun sudah sebulan ketinggalan, at least ada la jgak story nya.  23 Mac 2014 its Ayish Besday, cam biasa celebrate ngan abg-abg nya ajer..

Budak Ayish skang ni obses dengan kartun minion, tak leh tengok minion, mesti nak, kalau gi bakery pun, nampak menatang minion tu nak beli, sedangkan benda tu orang nk letak kat kek, dah tak pasal-pasal kene beli.  Tak yah la nak bebel banyak-banyak, sebab cerita pun udah basi dong, so cam biasa, tepek gambo ajer...

Kek Ayish tahun ni, wat bentuk cup cake jer, sebab budak ni suka sangat dengan bananana ni, mummy tempah red velvet cup cake, order dari auntie Fara (Mummy Zara Cottage). Nampak jer kek ni, sorang pun tak leh kongsi hookey...all this are mine..
Dok ngadap la kek ni, tak sabar sabar nak makan..
Kalau abang-abang nak, kene mintak elok-elok baru dia kasi, dapat la abg merasa kek banana Ayish ni sorang satu
Walaupun tiap tahun tak pernah celebrate besar-besar besday anak-anak mummy ni, tapi mummy tak pernah lupa nak celebrate even with family members only, tapi mummy tetap happy tengok anak-anak mummy membesar dengan sihat dari setahun ke setahun.  Happy Besday to Ayish, semoga menjadi anak yang soleh, hormat kepada orang tua dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.  Mummy loves all of u..

Adios..

Monday, April 21, 2014

Wisma Putra Netball Team

Sepanjang 3 tahun berada di Wisma Putra, ni kali kedua aku join Netball  MAKSWIP  under Wisma.  Tahun pertama ada Erni, dia yang arrange anto team Wisma ke perlawanan MAKSWIP sebab dia pun memang minat netball.

Ni sukan peberet aku selain bowling.  Sepanjang tahun aku memang kerap main netball, sampai gelap-gelap muka.  Tapi kalau dah minat kan, gelap pun gelap lah. Minggu sebelumnya tu aku main ngan team JPM, aku memang banyak join Jabatan lain kadang ngan JPJ, JPM, pastu team campur-campur dan yang terbaru, aku dah dirisik pulak oleh Kastam..hihihi..tu bukan sebab En Khush hookey, tu sebab masa main ngan sukan Universiti hari tu terjumpa ngan orang Kastam, so dia ajak aku join diorang plak bulan Mei nanti, perasan tak aku? konon bagus la kan, ramai import..puiiii..

Dah ler melalut ke lain plak, jangan nak up sangat laa..balik ke cerita aku tadi, masa tahun 2012 ke MAKSWIP Wisma layak ke suku akhir, tapi masa suku akhir kitorang kalah dengan LHDN.  Tahun 2013, tak sempat nak anto team ke MAKSWIP, sebab Erni dah posting ke Cairo, so dia dah bagi aku untuk jadi penyelaras netball.  Aku dah la tak ramai lagi kenal orang.  Sib baik ada Kak Shima and Saadah yang memang banyak membantu, bagitau sapa yang pernah join MAKSWIP sebelum-sebelum ni.  Tapi sebab last minute dan tahun lepas netball untuk MAKSWIP hujung tahun ramai yang tak dapat join sebab kekangan kerja.  Tahun ni, 2014, Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya jugak anto team Wisma ke MAKSWIP. Walaupun kalah tapi aku bangga dengan komitmen yang diorang berikan sepanjang perlawanan berlangsung.
Ni la team Wisma Putra, aku akui diorang memang boleh main, bukan kalah tak melawan, kalah dengan penuh bergaya lagi, tapi mungkin sebab kurangnya training, so masing-masing tak der fitness, tapi diorang memang ada skill.
Lagi satu tang baju tu, baju tu sebenarnya aku yang pilih, dah memang aku gemor warna pink, makanya pink ler pilihan aku, dah kate penyelaras ye dak..pilih ikut taste aku ler..terima kasih banyak-banyak kat korang sumer yang terlibat dalam menjayakan netball MAKSWIP untuk Wisma Putra tahun ni, especially Yanti, Kak Rozalah, Kak Timah, Kak Ayu, Kak Normah, Kak Shima, Ain, Heti, Nurul, Huda, Wani dan yang paling best is our manager, Deng...memang salute kat Deng sebab dia memang manager yang sangat-sangat-sangat bagus..thumbs up to Deng..harap tahun depan kita leh main sama-sama lagi, eh sempat lagi ke aku..kikiki...berangan sokmo aku ni kan??

~SYABAS WISMA PUTRA..LOVE U ALL..WP NETBALL TEAM~

Sunday, April 20, 2014

Makan Lagi

Sejak jumpa diorang semula, keje aku asik makan je. Asal makan jer jumpa asal jumpa jer makan. Tapi ni aku memang dah niat dah lama nak belanja diorang-diorang ni makan kat Seoul Garden, kebetulan pulak ada promosi kat groupon, apa lagi cepat-cepat la aku beli, tanya diorang sapa yang nak join, dengan harapan sorang dua jer nak nak join kan, sebab selalunya diorang busy jer manjang, tapi kali ni pree plak dah, ditambah plak makan pree, diorang ni memang pantang offer betul la, jahanam duit aku. Hahahaha.... Tak per la sekali sekala.  Kitorang set time hari Jumaat sebab rehat lama sikit, tapi kebetulan lagi Jumaat tu aku cuti, sebab nak beli set body care untuk hantaran Amir, makanya kitorang janji jumpa kat Mines.  En Khus pun cuti tapi dia tak leh join ler sebab hari Jumaat, nak gi solat Jumaat, so dia tinggai jer aku kat Mines, leh la aku poya-poya ngan geng DSK.
Bila dah jumpa x der keje lain, bergossip je tau, eh tapi aku x der la gossip pasal orang, er.. er.. ada la jugak..sikitt..yang muka Eta berkerut-kerut, ntah apa aku cakap kat dia pun dah lupa, maklumlah sejak dah ada header cantik ni rajin pulak aku nak ber'belog' kikikiki.
Haaa..ni Eta guna monopos..eh monopod, best jugak ada monopod ni, tak yah la suruh orang amik gambo, leh amik sendiri jer, dah macam jolok cangkul bila nak bermonopod ni..Eta jual 60 hinggit jer monopod ni, aku pun rasa nak beli, cam best jer kan, leh selfie jauh skit dari camera, ini tak kalu selfie penuh skrin henpon..
Ni haa..model monopod, cenggitu la bentuknya, tu pendek, leh laras nak panjang ke nak pendek ker, eh tak yah la nak peghak sangat Rysha oiii..semua orang pun tau la, ko jer yang baru jumpa and pegang menatang tu, nak guna pun idok reti, tak per..tak per..nanti aku beli, 
Haa..ni selfie dari angel dari arah Kak yati pulak pegang menatang monopod tu, cantik kan..macam orang lain yang tolong amik kan gambo, tapi kalu aku pegang sah la gigil-gigil dah macam orang sakit parkinson, dah goyang-goyang pulak gambo.
Sambil makan, sambil gosip sambil bermonopod sambil gelak-gelak, tak sedar dah kul 3.00 petang, giler lama kitorang dok kat situ, makan pun banyak giler, penuh meja masing-masing hangkut makanan maklumla buffet, makan tak hingat ler..dah kenyang maka nak balik ler, sebab depe ni keje, aku jer yang tak keje, En Khush cakap balik ler ngan diorang nanti dia amik kat Putrajaya, sebab nak anto Bang Long kelas KAFA, aku pun tumpang Kak Ma, dia bawak kete ayoh katernya, beso boleh ler aku numpang.
On the way ker parking, sempat lagi bersefie ngan monopod Eta ni, gambo pun cantik, siyess aku suka gamba ni, sebab monopod ke, sebab henpon ker atau sebab orang dalam gambo ni sumer nya cantik-cantik, maka dengan kata lain cantik la jadinya muhahahaha..gile best puji diri sendiri, orang yang lalu lalang tengok jer la kepehgakkan kami berselfie menggunakan monopod, ni citer makan kat Seoul Garden ker citer pasal monopod ni, mana-mana lah..tengah nak balik tu En Khush call cakap dia tunggu kat opis Eta sebab malas pulak nak anto Abang Long ke kelas KAFA malas nak nunggu sampai petang, maklum ler dua-dua cuti, balik umah teruih jer la.  Sampai opis Eta, dah nampak En. Khush terconggok kat tepi Ali Maju, masuk keter, siap perli lagi, kenyangnya leh makan Seoul Garden, lorr laki aku tak makan lagi ropenya lepas semayang Jumaat tadi, nak tak nak on the way balik drive thru ler kami McD Kota Warisan.  Sampai umah sebab aku dah kekenyangan teruih tebongkang depan tibi.

Wednesday, April 2, 2014

Hang out lagi with DSK 99 again

Ini cerita zaman bulan Januari ke Februari 2014, aku lupa dah..lama dok dalam draft..tak sempat edit2..soo..dah lama sgt..publish ajer ler..

Sejak perjumpaan pertama kami di umah Dato' Jalal pada Oktober tahun lepas, makin galak kitorg jumpa. Makin lama makin rapat dan mesra.  Husband and wifi..eh wife masing-masing pun makin sporting.  Kali ni kitorang jumpa di Bagan Lalang.  Perjumpaan makan-makan yang tidak dirancang secara official, just ennaouce kat grup, sapa nk join, kolek duit skit sorg, trus plan nak makan kat situ.  Makan rebut-rebut, memang best giler..
Hah ko..meja kami sepanjang-panjang tu haa..hujung-hujung ni geng husband masing-masing, time makan lupa anak sekejap, sib baik la husband masing-masing sporting moting, diorg yang layan anak, kitorang makan sambil borak, lupa sekejap pasal anak.
 yang join pun tak ramai, tapi hapenning, ada la dalam 5 family.  Tapi makan meriah Ya Rabbi..sambil makan sambil borak, sampai tak sedar ikan dah tinggal tulang.  Aku akan kenang saat-saat macam ni sampai bila-bila, sebab tu aku nak abdikan dalam blog ni, walaupun sebenarnya aku tak tau nak tulis apa..rasanya tepek gambo pun jadi ler..yer dokkk???
Aku dok sebelah wife Padil, dia dah la peknan tapi makan tak der la macam aku yang mengalahkan orang peknan ni, makan pun cubit pakai tangan jer sumer..lantak ler sumer pun dah tak kisah..

Tu..dia..makan tak hingat apa dahh..kopek ketam tanpa segan silu mengokak ketam tu sampai licin..

Nahhh..hamek ni, kepala ikan, tak der nasik kot dalam pinggan masing-masing, penuh ngan lauk, tapi seyess..memang sedap makan kat sini, tapi kene gi awal la, kene booking dulu, kalau tak jangan harap la dapat meja, tak pun beratur nak pilih lauk.  Lama gile kot, sib baik ada husband si Intan, dia biasa cenggini, pandai pulak dia bajet lauk ngan orang.  Kenyang sehingga menggosok perut.
Eta pi jolok plak kepala ikan tu kat Intan, aku ingat nak jolok pepahat tu kat Eta, sebab dia memang tak suka makan pepahat, aku sorg kot yang gomoi pepahat tu sampai licin, yang lain aku memang berebut ngan diorang,  anak masing-masing dah tak kisah mak dah, sumer dok layan diri sendiri, sib baik la behave and paham mak diorang ni tengah sewel bila jumpa sekali sekala.
Lepas makan begambor ler kitorang ni, tingai kami-kami jer, yang laki masing-masing dok leka borak..sib baik ler diorang pun satu kepala and bole join, so pandai-pandai le depe bawak diri, yang best tu En. Khush sempat lagi yer, mengadu ngan husband Amnah, cakap Raya Puasa, Raya Haji, Raya Cina, apa-apa raya la, mesti balik Kelantan, hamboiii..pandai naa..belakang-belakang cita..kemain lagi..
Ni plak geng anak2 DSK..anak aku ngan Che ta hover tau, siap peluk-peluk lagi..
Ni..ha zoom in, anak aku..mesra la sgt khennnn...tapi apa yang seronok, bila mak berkawan, anak-anak pun rapat sebab sentiasa jumpa, anak aku sampai kenal mana satu auntie Eta, auntie fara, uncle Padil, sebab selalu sangat dok cerita kat diorang pasal kawan mummy dari belajar lagi, hopefully hubungan ini kekal sampai akhir hayat.

Adios...