Anniversary

Tuesday, January 6, 2009

1st Day Bersekolah

( nak gi sekolah wat rambut pacak)

Semalam 1st Day hantar anak aku sekolah, btul la orang cakap, anak x apa-apa mak yang lebih-lebih, maklum la, ni dia dah btul2 tadika, dulu tu panggil sekolah jugak tapi nussery, lagipun tengok muka dia muram jer, masuk pintu sekolah pun muka x der mood, bangun pagi tu pun dia dah cakap "mummy, abang long x nak sekolah baru" tapi sebagai seorang ibu yang nak anak dia berjaya, pujuk la dengan bawak peralatan sekolah dan beg sekolah BEN10 yang memang aku n husband beli sebab nak umpan dia.

Tengok dia senyum, sejuk sikit hati ni, semalam aku siap-siap cuti lagi sebab takut, kot-kot dia menangis tak nak masuk pintu, tapi rupanya dia ok, tambah lagi dia jumpa kawan lama dia masa sama nussery dulu, bila dah ada geng ok la dia. Perasaan ibu mana yang tak gembira bila tengok anak membesar depan mata, pastu dah bersekolah, rasa macam..eh..dah tua rupanya aku ni, rasa perasaan seronok bila pagi boleh siapkan anak ke sekolah, siapkan makan, dan hantar dia ke sekolah, yang lagi syok bila papa dia nak tolong pakaikan baju, dia akan cakap,"nak mummy buat" aduh..terasa dihargainya jasa seorang ibu ni, walaupun kadang-kadang terasa penat, sumer kerja kita yang kena buat, sampai kat office pun kena layan kerenah bos lagi, aku pun selalu suarakan kat abang nak amik maid, kurang-kurangnya walaupun maid tu tak masak, hal-hal lipat kain, basuh kain ada la yang boleh tolong setlekan, tapi abang memang tak percaya kat maid ni, tambah-tambah, bila ramai dikalangan kawan-kawan dia yang dah terkena, termasuk la kakak aku sendiri, maid lari, curi barang rumah, sumer sekali kene angkut, sebab tu kalau aku mengadu penat, abang akan faham dan dia akan ringan tulang tolong aku didapur.
selang
Walaupun dia tak masak, kurang-kurangnya pinggan or sayur-sayur tu dia boleh basuhkan dan potongkan, tak pun tolong jaga anak-anak, tapi bila tengok anak, perasaan penat pun hilang,apatah lagi bila Abang Long akan cakap"mummy masak apa..ermmm sedapnya mummy masak", lagi la hati ini berbunga-bunga cinta. Nasib baik la, dapat suami yang cukup memahami dan bertanggungjawab, kalau pagi plak dia akan pergi tadika sama-sama hantar Abang Long, tengahari plak kena jemput Abang Long, hantar gi Iqra', petang waktu balik kerja, kalau aku x sempat, dia yang akan jemput semua anak-anak balik rumah. Dah nama pun hidup berkeluarga kan?. Sebenarnya Iqra' tu papa dia pun bole ajar, waktu malam, tapi kalu papa dia ajar, dia banyak main, bukan dia x tau alif, ba, ta tu, tapi suka melilau-lilau bila tgk adik bersenang lenang dok main kereta, yang si papa ni plak, ajar anak macam trus nak suruh pandai, tiap kali ajar, tiap kali tu la lepas ngaji merajuk, kalau macam ni baik hantar ngaji kat orang. Ermmm...bahagianya dapat jadi seorang isteri, ibu dan wanita yang berkerjaya sekaligus. Memang btul la, Tuhan jadikan wanita ni sungguh istimewa.



(call wan dulu, bgtau nak gi sekolah baru)

6 comments:

  1. ohh ni kena tepon wan dlu la sblom g skola?
    ahaha. rambot abg long cm landak la. heheeh!

    ReplyDelete
  2. time ni kak mira pun ada la.. huhu.. dok breakfast mkn biskut tiger cicah teh O panas huhu

    ReplyDelete
  3. hahahahaha..jgn bising makan biskut jer..biskut pun sodap..tiger susu tu..

    ReplyDelete

jangan segan-segan nak kritik..i like..