Aku : Selamat pagi, Pejabat Pengarah
Pelanggan : Bole saya cakap ngan bos awak!!!( dalam nada yang keras)
Aku : Minta maaf encik Dato' x der, dia sekarang tengah bercuti haji, ada apa2 yang bole saya bantu ker.
Pelanggan : Bos awak x der, x kan x der pengganti!! ( nada keras lagi)
Aku : Ada encik, tapi sekarang dia meeting. Ada apa yang bole saya tolong encik ker (nada yang cukup ayu seayu ayunya)
Pelanggan : Habis tu kalu yang tu cuti haji, yang ni meeting, tutup pejabat la!!!
Pelanggan : Saya nak dapatkan salinan sijil SPM anak buah saya, minggu lepas saya dan pergi pohon, orang kat kaunter cakap boleh dapat 2 minggu lagi.Tadi saya call la kaunter tu, orang kat kaunter tu cakap minggu depan baru siap. Ni macam mana kerja ni, kejap 2 minggu kejap 3 minggu, anak buah saya dah nak guna sijil tu, nak guna untuk interview ni, tapi jawapan yang saya terima tak siap. Benda ni takkan tak bole siap, lagipun dah dua minggu, buat kerja ke tak ni, macam mana kakitangan kerajaan kerja LEMBAB ni, tolong la buat kerja dengan Ikhlas kerana Allah, bukannya buat kerja nak dapat gaji makan bulan-bulan tak berkat rezeki awak tau, ini cuti la, x der pejabat la, macam mana nak berurusan macam ni, so macam mana saya nak dapat keputusan samada bole ke tak saya dapatkan sijil tu petang ni.
Aku : Nak mintak tolong orang tapi marah-marah macam ni,ish..geramnya aku
(cakap dalam hati)
Saya tak boleh buat keputusan encik,kene tunggu Timbalan Pengarah jugak ni, sebab dia saja yang boleh buat keputusan.
Padahal bukan aku tak boleh tolong tapi aku bengang sebab dia bekeng(garang) sangat,sebelum ni pun yang berstatus Dato' mintak tolong aku, tak pernahnya garang macam ni, dalam masa 3 hari pun aku bole buat,ini aku rasa orang kat kaunter tu malas nak layan dia sebab kurang ajar sangat. Sijil anak menteri pun aku pernah setlekan bila pegawai khas tu datang tapi bos aku tak ade,ok aje..
Dia masih membebel bla..bla...bla..hati ni panas ni, last2 aku letak gagang atas meja aku loudspeaker, aku pun buat kerja lain, tiba-tiba...
Pelanggan : Helo..helo..awak dengar ke tak ni, macam mana nak setlekan masalah saya ni.
Aku : Sapa suruh anak buah encik tu hilangkan sijil tu, dah tau sijil tu penting hilangkan buat apa, saya ni dah berpuluh-puluh tahun tinggalkan SPM,elok lagi sijil tu, siap laminate lagi, dah la nak interview, macam mana nak kerja kalu sijil pun boleh hilang, ntah-ntah bila kerja asyik cuai jer buat kerja..
(dalam fikiran je la, kalau lah aku bole luahkan perasaan marah aku ni, berapi-rapi aku marahkan dia dalam phone tu, baru padan muka..tapi sabar lagi..
Aku : Ye..ye..encik..ada apa2 lagi ker..
Pelanggan : Saya nak keputusan ni, macam mana bole ke tak?
Aku : Encik kalu sekarang saya bole buat keputusan, immediatly saya bole bagi, encik nak sijil apa, sijil SPM,PMR,UPSR..encik..encik..hello..encik..
Lor..talian terputus rupanya..aku pun letak phone..tiba-tiba telefon ringging balik..aku dah cam dah nombor yang tertera kat skrin tu, sebab telefon office aku ada nombor naik macam handphone jugak..
aku pun angkat..belum sempat aku cakap hello...
Pelanggan : Kenapa awak putuskan talian tadi..
Aku : Bila masa saya putuskan talian, saya cakap helo-helo encik senyap jer..kalau saya putuskan talian saya tak jawab panggilan ni..
Pelanggan : mana awak tau saya yang call..
Aku : Encik, telefon saya ni digital, keluar semua nombor...
Pelanggan : kakitangan kerajaan ni memang LEMBAB, tolong la ubah sikap sikit, jangan dicop sebagai kakitangan kerajaan yang LEMBAB, kerja sambil lewa jer..
Aku : Astaghfirullahalazim....!!!!!dengan nada yang tegang dan kuat
Pelanggan : Ermmm...baiklah nanti suruh bos awak call saya balik..
pap..!!! terus letak telefon..
Petang..Tn Haji masuk jer, aku bagitau, dia pun bercakap la dengan pelanggan yang hampeh tadi, siap mengadu lagi kata pegawai kaunter kurang ajar, aku dengar Tn Haji dengar jer, lepas letak telefon, Tn Haji call kaunter tanya sapa yang jawab call tadi, sapa nak mengaku, tapi aku rasa orang kat kaunter tak salah mungkin sebab dia tu kurang ajar, tu yang dia pun kurang ajar, Tn Haji..pun terkocoh-kocoh keluar tanya aku sapa boleh setle, aku pun call pegawai yang incharge dan dia bercakap dengan Tuan Haji, tu pun hari Isnin ni baru bole siap. Dalam hati aku padan muka dia..
* sakitnya hati aku kena maki LEMBAB, Tuhan saja yang tahu..
perghh! tak menahan laa.
ReplyDeleteEncik... budi bahasa budaya kita.. haihh!
tu la..lupa nak cakap cam tu la..
ReplyDeletekeje PA ni la dugaannya...
ReplyDeletekalau saya la kak, memang saya dah maki balik pelanggan tu...sopan tetap sopan..
tapi, kalau dah orang camtu, tak payah lagi bersopan santun...
nak orang hormat kita, kita kena hormat orang...
erm..mesti pakcik tu dah nak monopos...
bukan PA jah..sebenarnya sume yg keje gov kene gini...kat kewangan nih pon sama...nak tanya pasal kptsn perikso tanya kat kew...pahtu marah2..ngokngek sungguh....
ReplyDeletepeh..memang penyabar mun nih sis...syabass!!!