Anniversary

Wednesday, January 28, 2009

Life Begin 40

Betul ke lelaki bila menjangkau umur 40 tahun, kehidupannya baru bermula(Life begin 40), bukan ke bila umur yang hampir menjangkau setengah abad ni, waktu kita berubah, waktu kita mencari kesedaran, waktu kita menghitung hari sebelum jasad dimakan ulat, waktu kita menginsafi diri, dan macam-macam waktu yang sewaktu dengannya. Namun apa yang aku lihat kebanyakan lelaki yang menjangkau usia begini, keladinya makin menjadi(keladi bila dah tua makin gatal). Adakah disebabkan oleh faktor usia isteri juga memainkan peranan, menyebabkan lelaki berpaling tadah, menyebabkan lelaki kehausan akan kepuasan, menyebabkan lelaki mencari hiburan luar dan macam-macam sebab lagi sebagai alasan untuk mencari pucuk-pucuk muda sebagai ulam baru, ataupun salah wanita kerana terlalu setia, kerana terlalu menurut, kerana terlalu sabar, kerana terlalu berlembut, kerana terlalu menyanyangi dan bermacam-macam lagi kerana, yang boleh menjadikan lelaki bosan.
Apakah kehendak insan yang bergelar lelaki sebenarnya? apakah peranan wanita untuk menjadikan lelaki seorang yang setia?, jawab lah wahai insan-insan yang bergelar lelaki, kerana jawapan hanya ada pada dirimu, susah sangatkah untuk setia, sedangkan kamu hanya dikurniakan Tuhan dengan 9 akal dan 1 nafsu. Adakah wanita perlu membelaimu?, perlu memujamu?, perlu mengikut kehendakmu?, perlu bersabar dengan karenahmu ataupun perlu mengikut telunjukmu? memang ada kan wanita yang sebegitu?, tapi sifatmu wahai lelaki tetap mata keranjang.
Memang susah nak cari lelaki yang benar-benar setia, ataupun perempuan sekarang ni nak cepat hidup senang, maklum la, lelaki bila dah umur macam ni dah stabil, dah ada harta berganda-ganda, duit berkoyan-koyan(makan dipinggan minum dicawan), dah tak fikir dah samada lelaki tu tua ke, suami orang ke, bapa orang ke, asalkan money..money..money...ye la..perempuan sekarang ni materialistik..hipokrit...realistik..plastik...dan macam-macam tik.. lagi..berbeza dengan perempuan kalau dah ada harta sendiri, dia tak hairan dah pada lelaki, cumanya dia(perempuan) lebih pentingkan anak-anak yang bole menjaganya dimasa tua. Tapi lelaki, pentingkan nafsu semata-mata, asalkan hati senang, tak fikir panjang nak lakukan sesuatu. Ntah la, mungkin zaman dah berubah, teknologi dah canggih, jadi manusia pun lupa diri, lupa yang kita akan mati. Makin tua..makin menjadi, bukan nak ikut resmi padi, makin tua makin tunduk(nak mati la tu), tapi ikut resmi keladi, makin tua, makin menjadi gatalnya(pepatah baru tu)..so..fikir-fikir la wahai lelaki, bila dah tua jadikan teladan untuk anak-anak, bukan nak tunjuk ego pada anak-anak, bak kata pepatah bapak borek anak rintik,bila dah telentang tak boleh bangun baru terfikir kesilapan lalu.
p/s- Banyak aku nak tulis sebenarnya, tapi terpaksa diedit, supaya tak menyinggung perasaan mana-mana pihak, aku ada 2 anak lelaki, harap-harap macam papanya yang memang setia, tak tahulah 10 tahun akan datang.

Thursday, January 22, 2009

aNniVerssaRy...

Tahun ni, sambut annivessary sekali ngan besday adik Danny, tahun ni, leh la sambut anniverssary best-best sikit, tahun lepas sambut dalam spital jer..huhuhuhuhu...abg nak beli kek pun coz x leh makan, present pun abg x bagi sebab dah terlupa, happy sangat dapat baby, kiranya tu, hadiah annivessary untuk kita tahun lepas la, tapi tahun ni abang nak bagi apa kat ayang...? anyway, thanks a lot, coz u' re the best man that i had.


Lip..lap..lip lap...dah 5 tahun kita bersama...abang dah bagi kebahagian yang cukup sempurna dalam hidup ini, bersama ayang disaat ayang sedih dan gembira, mendengar setiap masalah yang ayang hadapi, abang tidak pernah berubah daripada kita belum kahwin sehingga la sekarang, sebelum kahwin abang kurus..sampai sekarang macam tu jugak...hehehehehe..tapi Alhamdulillah, abang dulu dan sekarang tetap sama, kasih abang tak pernah berubah, sayang abang.....

Berkenalan...


Saat ayang kenal abang, bukannya trus tangkap cintan, nak kata hensem..ermmm..bole la(jahat tak), nak kata banyak duit, bole tahan la..coz dah bawak kereta gi kerja, nak kata macho..ermmm..sopan sangat..tapi masa tu belum kenal sepenuhnya, tapi disebabkan abang sopan dan baik hati, baik ayang ngorat abang dulu kan? first time kuar ngan abang pun, kuar ramai2 saje nak test, macam mana, so far OK. Lepas tu, ajak abang kuar berdua lak, masa ni la yang buat ayang teruja sikit ngan abang, bila seronok jalan2, abang singgah masjid untuk semayang Zohor, masjid As Syakirin kat KLCC. Lepas tu pusing2 lagi kat Lake Garden, abang singgah lagi kat Masjid Wilayah Jalan Duta, semayang Asar. Start daripada tu la ayang terus ngorat abang dulu, sebelum abang kene kebas hahahahaha...yang lain tak penting, asalkan abang boleh didik n bentuk ayang jadi wanita solehah...eceh...

Bercinta....

Lepas tu SMS ngan abang, yang best abang tak berkira ngan ayang, calling2 ayang setiap masa dan ketika, lepas tu plak hari minggu abang sanggup turun dari Seremban ke KL(masa tu minyak n tol murah lagi), masa tu ayang layan2 gitu jer abang kan? tapi abang bagus tak putus asa, tiap kali keluar ngan abang semua masjid ayang kenal(bangga nya masa tu kalau dapat suamikan orang cam abang)sampai masjid, kat masjid India yang penuh sesak ngan India2 muslim tu pun abang bawak ayang semayang kat situ, abang ni la..ikut2 dan. Tiap kali nak kuar abang mesti pesan kat ayang bawak telekung, abang sanggup galas beg galas ayang kan?syoknya masa tu...

Yang buat ayang lagi suka kat abang, bila ayang merajuk,abang mesti pujuk punya,abang boleh tahu nada ayang merajuk bila cakap, tukar panggilan 'saya..awak..saya..awak..' lepas tu off hanset..malam2 pun abang datang rumah sewa ayang, bila ayang off handset,sanggup tunggu ayang berjam2 kalau tahu ayang keluar ngan orang lain. Abang tak pernah nak control-control ayang, buat tu x boleh..buat ni x boleh, asalkan ayang pandai jaga diri, abang x kisah, abang memang terima ayang seadanya..kalau ayang balik kampung , abang sanggup jemput ayang pukul 5.00 pagi, selalunya abang yang akan tunggu ayang, kalau ayang lambat pun abang x pernah merungut, sampai la sekarang, kalau abang jemput ayang balik opis, ayang lambat turun ker, ayang kene tunggu bos habis meeting sampai kul 7.00 malam pun abang tunggu jugak ayang dengan anak2 walaupun terpaksa tunggu 1 jam lamanya.


Bertunang...
b
Raya ketiga tahun 2003, abang masuk minang, ermmm...ayang pun x tau cam mana abang lamar ayang, setahu ayang abang x tanya ayang pun, abang trus jer cakap nak pinang, ingatkan nak buah pinang hahahahaha...padahal dalam hati ayang, tengah tunggu abang cakap cam tu jer, saje buat2 x paham, lagi satu, nak tunjuk la, ayang ni ramai lagi peminat kalu abang x masuk pinang pun,hahahaha..bagus abang ni bertindak cepat,haaa...lepas bertunang kasih abang pada ayang makin terasa, bila abang sanggup ikut ayang balik kampung, bestnya....sebab memang nak abang sesuaikan diri ngan family ayang, abang boleh semayang berimam ngan ayah ayang, tanpa takut, boleh bergurau ngan anak2 buah ayang, abang pandai sesuaikan diri..x sangka dlm diam abang ni pun main redah jer..

ab
Berkahwin...
ab
22 Januari 2004, kita sah menjadi suami isteri, Alhamdulillah bersama ngan abang, ayang bahagia, abang 2002 hingga 2009 still abang yang ayang kenal 7 tahun yang lalu, dengan ditemani dan dihadiri dengan 2 permata hati kita..semoga kasih abang pada ayang dah anak-anak kian mekar...HAPPY ANNIVERSARRY....







Tuesday, January 20, 2009

Tag????

Alamak...sebenarnya aku di tag oleh anak buahku Aida at Pelangiku. Aku pun tak paham undang2 bila ditag ni, so aku buat apa yang aku paham je la.

The rules are to post the 4th picture from the 4th folder on your computer where you store your pictures*, explain the picture, then tag 4 of your friends to share their pictures, too. Don't forget to let them know they've been tagged by leaving them a comment on their own blog.

Rules petama kene post gambar

So...aku post gambar ni..

Rules kedua, explain gambar...

Gambar ni, aku amik masa nak gi Penang untuk Sukan MSKPPM, aku suka gambar ni sebab ni gambar ngan kawan-kawan kaki bowling, walaupun aku tak berapa reti main, tapi diorang ni la yang selalu aku join untuk tambah pengetahuan,2 orang tu players bowling MESCA,aku plak pemain netball yang tak asing lagi la, hehehehe yang tengah dokong anak aku tu nama dia Finas,kerja kat bahagian Audit Dalam, KPM, dia memg star bowling, pernah wakil Perak, memang terer la dia,yang tengah tu nama dia Wan Rosliza, aku panggil dia Kak Liza, players bowling MESCA yang lemah lembut dan sopan santun,tapi bila baling bola bowling dengan keberatan 13 paun laju tahap tenuk,dia la yang selalu teman aku main bowling tiap-tiap hari Jumaat,waktu tengahari, main dengan pakai baju kurung dan berkebaya, tapi tetap champen..

Rules ketiga tag member lain..

Tak tau la nak tag sapa, coz nanti kalu aku tag anak2 buahku, nanti dok ulang alik jer, so aku tak der sapa yang nak ditag, rules yang ketiga ni nanti lain masa aku ikut, bila aku ngikut dan berkenalan ngan blog2 lain k...

Monday, January 19, 2009

PEKAK KAH AKU?

Nak..tau tak, ni cerita terbaru aku dengan My Boos baru aku, siapa lagi Tn Hj la, semalam dia tanya aku, pasal transport dia ke Cyberjaya...masa tu aku kebetulan datang lambat ke opis(mana azam x nak lambat ni), lepas tu aku pun masuk la bilik dia sambil2 bawak paper hari tu masuk dalam, lepas aku letak paper atas meja dia pun tanya aku

Boos : Risha, transport saya hari ni pukul berapa?

Aku : Apa dia, Tn Hj, x berapa jelas la..( Tn Hj aku ni dia memag cakap perlahan, ye la nama pun Tn Hj)

Boos : Transport saya pukul berapa?

aku x dgr lagi, aku pun jalan la sikit, sampai btul2 kat meja dia

Aku : Apa Tn Hj?

Dalam hati, alamak mesti tn hj ni cakap, apa la dapat PA pekak plak..

Boos : Transport saya ke Cyberjaya pagi ni pukul berapa?

Aku : Ooooo...pukul 8.15 Tn Hj, sorry la Tn Hj, telinga saya x brp clear hari ni, sebab pagi tadi masuk air dalam telinga, skang ni pun bunyi..doinggg..doinggg...doinggg...lagi..hehehe..

Tn Hj, buat muka selamba jer..

Aku : Ermmm...sayaa..sayaaa...keluar dulu la ya...(sambil aku tersengih-sengih keluar)

Sebenarnya aku nak cover sebab aku x dgr apa yg boos aku cakap, terpaksa la, cakap macam tu, ntah macam mana leh keluar plak idea mcm tu...hahahahha

Thursday, January 15, 2009

Flyers Bowling Baru..Yang terdahulu abaikan..

Buat semua kakitangan Lembaga Peperiksaan, KPM, jemput lah beramai menyertai pertandingan ni, peluang untuk mewakili MESCA peringkat bahagian terbuka untuk anda, sekiranya tersenarai 4 peserta teratas. Daftar lah sekarang..tarikh tutup 29 JANUARI 2009

Tuesday, January 13, 2009

SYMP

Today..is very berserabut sikit, dari dulu lagi cakap pasal fail meja ni aku boring, bukan apa, fail meja bos aku pun aku yang kene buat, aduyaiii...baik aku jadi Timbalan Pengarah cam ni, huhuhu..tu la dulu x nak belajar pandai-pandai.eh..pandai la jugak boleh jadi orang kanan Timbalan Pengarah, taaapiii...kena pandai lagi, macam kawan-kawan aku satu sekolah, jumpa sorang dengar jadi cikgu, dengar pulak..jadi doktor,jumpa lain plak dengar pulak jadi engineer,ermm..tapi ye la rezeki masing-masing, balik pada fail meja tadi, pening ni, nak buat ni, skop kerja dia dah la besar, ye la, bos no 2 selepas pengarah, patutnya ni Pengurusan la yang buat, kumpul semua senarai tugas, kuasa dan hubungan pegawai, lepas tu buat la dalam satu format, ni aku plak, dah la nak mintak dengan Ketua-ketua Sektor bawah aku ni segan sikit, ye la, Ketua Sektor pun sumer Datin-datin...adui...tapi x per la, Tn Hj punya pasal buat la,...dalam pening-pening ni pun, terubat la sikit bila member sebelah bilik ni baru balik Sarawak, bawak ole-ole dari Miri, cee...gumbira la sikit...muka ada sunyummm...(petikan dalam do re mi). Ni Tn Hj ada meeting, hari-hari meeting, pagi petang meeting, dah la kes pindah bilik ni, hati rasa kecopot lagi, bilik kene pinjam coz bilik pengarah wat renovation,sadis...walaupun bilik yang ni ok, tapi x le sebesar dan seselesa bilik lama, x per la..SYMP kan(Saya yang menurut perintah) ikut je la...

Saturday, January 10, 2009

Panggilan Manja Anda

Dalam kehidupan seharian kita, samada bersama kawan-kawan saudara mara mesti ada panggilan yang orang panggil kat kita kan? macam aku, kat opis, aku biasakan nama kalu borak dengan mak cik2, ngan kawan-kawan, ko..aku..jer..,ngan adik2 akak..ish akak ker..kalau dengan keluarga dioarang panggil aku adik..kalau anak buah panggil plak che su...syok nya(itu belah aku la)...belah abang plak,panggil aku kakak..anak buah panggil Mak Long..(mak..??ish..tuanya..)Macam tu jugak dengan pasangan, aku tertarik nak tulis ni bila bersama kawan-kawan, diorang selalu bercerita tentang pasangan diorang, x kira la samada boyfriend atau suami. Sebab panggilan2 yang diorang panggil kat pasangan sekarang ni advance2.
.
So, aku nak bagitau la disebalik panggilan aku dan suami aku banyak kisahnya, dulu, mula-mula kenal kitorang hanya biasakan,saya..awak..saya..awak,..awak-awak..biawak..hahahahaha, lama la jugak dok awak..awak..ni, lepas tu, tukar panggil abang, dulu kalau aku dengar couple2(masa bercinta la dah kahwin ok) panggil abang..aku menyampah...last-last aku panggil, aku plak kene kutuk,kwang..kwang..kwang,yang lagi aku geli, bila mula-mula husband aku panggil aku sayang...rasa macam meremang satu badan,sampai nak terkucil, tp aku tahan Jebat...masa ni dah bertunang kira ok la, dah ada ikatan, tapi aku nak hilangkan bunyi sayang tu, sebab bunyi cam..poyo jer kan, aku pun biasakan la aku ayang..kalu sebut cepat depan member2, dengar la macam I jer...(cover beb..cover..)Lepas tu bila dah biasa, sajer nak menunjuk lak...ye la sapa x bangga suami panggil ayang beb..tanda sayang kat kita tuuu...., sampai la sekarang panggilan dia tetap ayang kat aku, walaupun dah anak dua..sebab...masa mula-mula anak aku dapat sebut 'mummy and papa' kat kitorang, aku pernah la panggil dia papa, kene marah beb..dia tak suka kalau aku panggil dia papa...kata dia, panggilan isteri untuk suami, bukan sama taraf dengan panggilan anak untuk bapa, status isteri disisi suami sebagai orang kanan suami, masing2 ada level dia,sebagai contoh...
.
isteri : Papa jom makan...
anak : Papa jom makan...
.
Sekarang ni apa bezanya kedudukan isteri disisi suami?, sama level ngan anak-anak ke? aduh!!! kene syarahan la puleekkk..start daripada tu..aku tak pernah tersasul dah..kecuali suruh apa-apa melalui anak, baru la sebut 'mummy or papa', tapi yang bestnya abang long ni, kalau dia panggil papa dia ke, mummy dia ke, 2, 3, kali buat tak layan, dia pun cakap, 'abang dengan ayang ni x dgr ker"?hahahahahaha...sebenarnya motif husband aku nak, anak-anak dia tau..biar sampai tua papa and mummy dia loving couple....(perasan)..
.
Sebenarnya, panggilan ni menunjukkan rasa sayang kita kat seseorang tu, tapi biar la kene dengan caranya ek...aku suka bila member kat opis aku ni, diorang ni,kira tengah cintan cintun la, dia just biasakan I..YOU...je..,"you..you bole tak i nak beli kasut baru...pakai kreadit kad you ek"?..bila aku tanya, dia jawab lum ada apa2 kak, tunggu kitorang kahwin...pasangan brutal macam ni la best...orang kata jodoh panjang...ye la bila dah kahwin tukar panggilan, kan rasa kelainannya tu, mesti lagi loving..korang rasa macam mana..bagi la suggesstion..masing-masing punya pendapat kan? ini..belum apa2 dah cik adik..cik abang...baby..honey..jangan mara aaaa....hihihihihihi
.
p/s : Hanya luahan hati, x der kene mengena dengan yang hidup atau pun yang telah mati.Ingat.... kat anak buahku nak anak dia panggil dia bunda...hahahahaha...

Friday, January 9, 2009

BOIKOT

Sebut pasal kekejaman zionis, dalam paper sibuk suruh kita boikot produk keluaran Israel, tapi terdaya kah kita nak bagi bantuan pada Palestin dengan memboikot produk-produk Israel, yang rata-ratanya produk diorang bukannya hanya di negara kita sahaja, kenapa kita kaum seagama tidak cuba bersatu dan menentang musuh-musuh Allah ni?, jawapanya satu, kita tak berdaya, walaupun Mesir cuba lakukan gencatan senjata disana,namun kadar kematian semakin meningkat, seluruh negara berduka dengan kekejaman yang dilakukan apabila melihat, saudara mara, keluarga dan sahabat handai meratapi kematian kaum keluarga mereka, berpuluh-puluh jenazah disembahyangkan setiap hari. Namun rejim Zionis masih galak melancarkan perang.





Dalam pada paper mewar-warkan tentang boikot produk Israel dan sekutunya, tapi saya lihat di restoren-restoren makanan segera, masih ramai yang beratur, di Starbuks masih seronok meneguk mocha creamer, barangan bayi Jonhson n Jonhson masih dibeli, macam mana cara kita nak boikot tu, kalau produk mereka mempunyai kualiti dan standard kelas yang tersendiri, perkataan yang senang difahami ' high kelas', minyak wangi Estee Lauder,Boss,Revlon dan ect...semua tu menjana ekonomi negara, melainkan kalau ada pihak-pihak tertentu terus sekat produk mereka mamasuki negara, dan tidak dijual, itu mungkin bole melumpuhkan sistem ekonomi mereka...btul x?..ceh bercakap macam orang politik..lak..namun apa-apa pun kita sebagai kaum yang seagama hanya mampu memanjatkan doa supaya kekejaman ini dihentikan. Sama-sama la boikot produk Israel...
.
Sumber : Gambar dipetik daripada Berita Harian, Khamis 7 Januari 2009 dan gambar boikot, copy blog Pelita89- Jangan mara..aaaa....

Lawak Opis

Anis : Kak, naper akak letak tepi paper ni, akak x baca ker, sebelum bagi Tn Hj
t
akak : Akak, x leh tgk la Nis, paper untuk 2,3 hari ni.
t
Anis : Nape kak..??
t
akak: Akak sedih dan sayu, bila tengok muka depan, ramai budak2 kecik terkorban,kekejaman zionis...akak sedih, sebab tgk diorang macam tgh tido, tp sebenarnya dah jadi mayat.
t
Anis : Btul la kak, paper hari ni pulak tunjuk gambar kepala budak, pastu badan tenggelam,kepala jer timbul lepas rumah dia runtuh kene bom..eee..sedihnya. Kejam btul Israel ni, sian diorang kat Zuma tu.
.
Masa tu, akak tengah tengok gambar kat paper, outomatik kepala akak dongak pandang anis bila dengan perkataan ZUMA...
.
akak : Nis, ko baca ke x paper ni.?
.
Anis : Naper kak..? muka x bersalah..
.
Akak : Setahu akak, ZUMA tu game..ko ni la..nampak sangat kepala otak tu game jer..ada ker ZUMA..GAZA la..
.
akak gelak bagai nak terburai urat perut, hilang mood sedih aku, muka poyo jer trus keluar...
.
akak : Sambung gelak ....hahahahahahahahaha

Wednesday, January 7, 2009

Apa yang tersirat difikiran LELAKI

Disini aku suka untuk berkongsi 1 cerita yang pernah aku baca, cerita ni member aku yang email kan kat aku, bila direnungkan, cerita ni ada betulnya, tapi Alhamdulillah selama aku bergelar isteri, memang suami cukup suka bila aku bergaya, nak-nak bila kita berjalan berdua dengan dia, pastinya akan ada mata nakal lelaki lain yang pandang, seolah-olah isterinya cukup cantik di mata orang lain juga, sapa tak bangga beb...sebab tu la, suami ku tidak pernah 'complain' cara aku berpakaian asalkan tidak menjolok mata, apatah lagi di rumah, kecuali kalau dirumah mertua, tak pun mertua datang ke rumah, of course la kene sopan, pakai kain batik jer, padahal cover seluar pendek kat dalam..hahahahaha...
Perenggan
Baca la cerita ni sebagai renungan untuk kaum wanita..kalau yang terkena tu ubah la ek...biar kita sentiasa dipandang tinggi. Kita sepatutnya berada dirusuk kiri lelaki sebagai tanda dilindungi bukan dijadikan pengalas kaki untuk insan yang bergelar lelaki...
Perenggan
Renungilah dan fikir-fikirkan bersama....
Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak,Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.. Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumahtangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dansetelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.
Tab
Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya. Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.
Tab
Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.
Tab
Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain. Dia dengan berani memberitahusaya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya berT-shirt dan berkain batik. Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yangdibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2. Tiada topik menarik separti temanwanitanya yg boleh bercakap pasal politik, carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenalidunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.
Tab
Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan. Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.
Tab
P.S. Penting di sini kita memahami erti perkahwinan.Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita.Perkahwian adalah sebahagian kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah..Insya' Allah. Jangan dah terlanjur baru nak terngadah.
Tab
Ayg :Nasib baik la, lepas masak baru ayang mandi, siap lawa-lawa kan bang kan..hehehehe...kadang-kadang abang plak pelik malam2 pakai make up, siap pakai bulu mata 'bling-bling' lagi...buang tebiat ke bini aku ni..hahahahaha
"nanti aku pakai bedak banyak-banyak baru kau tau"- petikan dari Filem Pendekar Bujang Lapok

Adikku 'DANNY'

Korang tengok la adik Danny ni, dah ada ciri-ciri nak tiru Abang Long dah ni, papa dia pasang game bola, papa sendiri yang main, konon dia la yang main..siap tekan-tekan lagi, aku amik gambar pun dia x layan, selalunya kalau nampak jer camera automatik pose...



Tengok la jari dia dok tekan-tekan tu, sampai tercacak jari telunjuk, yang kelakarnya TV game ni dah rosak, gambar di screen hilang-hilang, so bila hilang, papa dia akan ketuk TV ni, maklum la, TV ni dah tua, zaman arwah wan belah abang lagi, tapi masih boleh bernafas lagi, sementara nak tunggu dia terus kondem, wat tempat main game la, sebab TV besar kat depan, aku haramkan, digunakan untuk bermain game, takut nanti cepat rosak, orang kata, TV kalu wat main game lagi cepat KO,bila screen hilang-hilang, yang si kecik ni la tukang ketuk. Kadang-kadang, screen tak hilang pun dia ketuk jugak..hahahahaha...adik..adik...

****"kakar la, adik ni"*****(tiru gaya bang long cakap)

Tuesday, January 6, 2009

1st Day Bersekolah

( nak gi sekolah wat rambut pacak)

Semalam 1st Day hantar anak aku sekolah, btul la orang cakap, anak x apa-apa mak yang lebih-lebih, maklum la, ni dia dah btul2 tadika, dulu tu panggil sekolah jugak tapi nussery, lagipun tengok muka dia muram jer, masuk pintu sekolah pun muka x der mood, bangun pagi tu pun dia dah cakap "mummy, abang long x nak sekolah baru" tapi sebagai seorang ibu yang nak anak dia berjaya, pujuk la dengan bawak peralatan sekolah dan beg sekolah BEN10 yang memang aku n husband beli sebab nak umpan dia.

Tengok dia senyum, sejuk sikit hati ni, semalam aku siap-siap cuti lagi sebab takut, kot-kot dia menangis tak nak masuk pintu, tapi rupanya dia ok, tambah lagi dia jumpa kawan lama dia masa sama nussery dulu, bila dah ada geng ok la dia. Perasaan ibu mana yang tak gembira bila tengok anak membesar depan mata, pastu dah bersekolah, rasa macam..eh..dah tua rupanya aku ni, rasa perasaan seronok bila pagi boleh siapkan anak ke sekolah, siapkan makan, dan hantar dia ke sekolah, yang lagi syok bila papa dia nak tolong pakaikan baju, dia akan cakap,"nak mummy buat" aduh..terasa dihargainya jasa seorang ibu ni, walaupun kadang-kadang terasa penat, sumer kerja kita yang kena buat, sampai kat office pun kena layan kerenah bos lagi, aku pun selalu suarakan kat abang nak amik maid, kurang-kurangnya walaupun maid tu tak masak, hal-hal lipat kain, basuh kain ada la yang boleh tolong setlekan, tapi abang memang tak percaya kat maid ni, tambah-tambah, bila ramai dikalangan kawan-kawan dia yang dah terkena, termasuk la kakak aku sendiri, maid lari, curi barang rumah, sumer sekali kene angkut, sebab tu kalau aku mengadu penat, abang akan faham dan dia akan ringan tulang tolong aku didapur.
selang
Walaupun dia tak masak, kurang-kurangnya pinggan or sayur-sayur tu dia boleh basuhkan dan potongkan, tak pun tolong jaga anak-anak, tapi bila tengok anak, perasaan penat pun hilang,apatah lagi bila Abang Long akan cakap"mummy masak apa..ermmm sedapnya mummy masak", lagi la hati ini berbunga-bunga cinta. Nasib baik la, dapat suami yang cukup memahami dan bertanggungjawab, kalau pagi plak dia akan pergi tadika sama-sama hantar Abang Long, tengahari plak kena jemput Abang Long, hantar gi Iqra', petang waktu balik kerja, kalau aku x sempat, dia yang akan jemput semua anak-anak balik rumah. Dah nama pun hidup berkeluarga kan?. Sebenarnya Iqra' tu papa dia pun bole ajar, waktu malam, tapi kalu papa dia ajar, dia banyak main, bukan dia x tau alif, ba, ta tu, tapi suka melilau-lilau bila tgk adik bersenang lenang dok main kereta, yang si papa ni plak, ajar anak macam trus nak suruh pandai, tiap kali ajar, tiap kali tu la lepas ngaji merajuk, kalau macam ni baik hantar ngaji kat orang. Ermmm...bahagianya dapat jadi seorang isteri, ibu dan wanita yang berkerjaya sekaligus. Memang btul la, Tuhan jadikan wanita ni sungguh istimewa.



(call wan dulu, bgtau nak gi sekolah baru)

Friday, January 2, 2009

Sabar itu Separuh daripada imannnn...

Hari ni start tahun baru 2009 bersamaan hari pertama aku bekerja di tahun baru. Ingatkan azam tahun baru ni tak nak datang lewat, so pagi tadi datang awal la, pukul 7.45 a.m dah sampai office, jalan clear je pagi ni,ermm..may be ramai cuti kot, coz alang kepalang 1 hari jer terus sambung cuti sampai Ahad, termasuk la suamiku..pagi tadi masa nak datang office pun dia masih lena di ulit mimpi, waaa...jeles nya, ikutkan hati nak jugak EL hari ni, lagi pun bos bukan ada. Sampai office..bukak pintu, bukak lampu, letak beg dalam laci,on komputer..tiba2 telefon ringging...maka terjadi la situasi ini..yang amat menghampehkan aku...

Aku : Selamat pagi, Pejabat Pengarah

Pelanggan : Bole saya cakap ngan bos awak!!!( dalam nada yang keras)

Aku : Minta maaf encik Dato' x der, dia sekarang tengah bercuti haji,
ada apa2 yang bole saya bantu ker.

Pelanggan : Bos awak x der, x kan x der pengganti!! ( nada keras lagi)

Aku : Ada encik, tapi sekarang dia meeting. Ada apa yang bole saya tolong
encik ker (nada yang cukup ayu seayu ayunya)

Pelanggan : Habis tu kalu yang tu cuti haji, yang ni meeting, tutup pejabat la!!!
(nada keras dan keras lagi)


Dalam hati aku sabar..sabar..gunakan komunikasi yang terbaik dalam menangani masalah.


Aku : Bukan macam tu encik, sebab sekarang ni dia tengah meeting, kalu ada apa-apa encik boleh bagitau saya dulu, tinggalkan nama dan nombor telefon encik, bila dia balik nanti saya akan call encik balik secepat mungkin.

Pelanggan : Dia meeting kat mana, x boleh bagitau dia sekejap ker!!!.
(nada keras lagi dan lagi)


Ya Allah, kuatkan iman hamba mu ini.


Aku : Meeting ni SULIT encik, kalu urgent pun en bagitau saya dulu mungkin saya boleh bantu.

Pelanggan : Saya nak dapatkan salinan sijil SPM anak buah saya, minggu lepas saya dan pergi pohon, orang kat kaunter cakap boleh dapat 2 minggu lagi.Tadi saya call la kaunter tu, orang kat kaunter tu cakap minggu depan baru siap. Ni macam mana kerja ni, kejap 2 minggu kejap 3 minggu, anak buah saya dah nak guna sijil tu, nak guna untuk interview ni, tapi jawapan yang saya terima tak siap. Benda ni takkan tak bole siap, lagipun dah dua minggu, buat kerja ke tak ni, macam mana kakitangan kerajaan kerja LEMBAB ni, tolong la buat kerja dengan Ikhlas kerana Allah, bukannya buat kerja nak dapat gaji makan bulan-bulan tak berkat rezeki awak tau, ini cuti la, x der pejabat la, macam mana nak berurusan macam ni, so macam mana saya nak dapat keputusan samada bole ke tak saya dapatkan sijil tu petang ni.


Aku : Nak mintak tolong orang tapi marah-marah macam ni,ish..geramnya aku

(cakap dalam hati)

Saya tak boleh buat keputusan encik,kene tunggu Timbalan Pengarah jugak ni, sebab dia saja yang boleh buat keputusan.

Padahal bukan aku tak boleh tolong tapi aku bengang sebab dia bekeng(garang) sangat,sebelum ni pun yang berstatus Dato' mintak tolong aku, tak pernahnya garang macam ni, dalam masa 3 hari pun aku bole buat,ini aku rasa orang kat kaunter tu malas nak layan dia sebab kurang ajar sangat. Sijil anak menteri pun aku pernah setlekan bila pegawai khas tu datang tapi bos aku tak ade,ok aje..

Dia masih membebel bla..bla...bla..hati ni panas ni, last2 aku letak gagang atas meja aku loudspeaker, aku pun buat kerja lain, tiba-tiba...

Pelanggan : Helo..helo..awak dengar ke tak ni, macam mana nak setlekan masalah saya ni.

Aku : Sapa suruh anak buah encik tu hilangkan sijil tu, dah tau sijil tu penting hilangkan buat apa, saya ni dah berpuluh-puluh tahun tinggalkan SPM,elok lagi sijil tu, siap laminate lagi, dah la nak interview, macam mana nak kerja kalu sijil pun boleh hilang, ntah-ntah bila kerja asyik cuai jer buat kerja..

(dalam fikiran je la, kalau lah aku bole luahkan perasaan marah aku ni, berapi-rapi aku marahkan dia dalam phone tu, baru padan muka..tapi sabar lagi..

Aku : Ye..ye..encik..ada apa2 lagi ker..

Pelanggan : Saya nak keputusan ni, macam mana bole ke tak?

Aku : Encik kalu sekarang saya bole buat keputusan, immediatly saya bole bagi, encik nak sijil apa, sijil SPM,PMR,UPSR..encik..encik..hello..encik..

Lor..talian terputus rupanya..aku pun letak phone..tiba-tiba telefon ringging balik..aku dah cam dah nombor yang tertera kat skrin tu, sebab telefon office aku ada nombor naik macam handphone jugak..

aku pun angkat..belum sempat aku cakap hello...

Pelanggan : Kenapa awak putuskan talian tadi..

Aku : Bila masa saya putuskan talian, saya cakap helo-helo encik senyap jer..kalau saya putuskan talian saya tak jawab panggilan ni..

Pelanggan : mana awak tau saya yang call..

Aku : Encik, telefon saya ni digital, keluar semua nombor...

Pelanggan : kakitangan kerajaan ni memang LEMBAB, tolong la ubah sikap sikit, jangan dicop sebagai kakitangan kerajaan yang LEMBAB, kerja sambil lewa jer..

Aku : Astaghfirullahalazim....!!!!!dengan nada yang tegang dan kuat

Pelanggan : Ermmm...baiklah nanti suruh bos awak call saya balik..

pap..!!! terus letak telefon..

Petang..Tn Haji masuk jer, aku bagitau, dia pun bercakap la dengan pelanggan yang hampeh tadi, siap mengadu lagi kata pegawai kaunter kurang ajar, aku dengar Tn Haji dengar jer, lepas letak telefon, Tn Haji call kaunter tanya sapa yang jawab call tadi, sapa nak mengaku, tapi aku rasa orang kat kaunter tak salah mungkin sebab dia tu kurang ajar, tu yang dia pun kurang ajar, Tn Haji..pun terkocoh-kocoh keluar tanya aku sapa boleh setle, aku pun call pegawai yang incharge dan dia bercakap dengan Tuan Haji, tu pun hari Isnin ni baru bole siap. Dalam hati aku padan muka dia..

* sakitnya hati aku kena maki LEMBAB, Tuhan saja yang tahu..