Anniversary

Thursday, October 23, 2014

Save Journey

Hujung-hujung tahun ni asik ulang alik KLIA jer la, ngantor orang-orang posting ke ombesea.  Nak tunggu turn sendiri lambat lagi, tak per la amik mood dulu hehehe...

Bulan ni saje 2 orang dari Bahagian aku posting ke luar negara.  Bos aku ngan sorang EO kat opis aku. 8 haribulan hari tu ngantor bos aku, dia ke Tashkent, Uzbekistan.  Sedih jugak la, sebab sepanjang aku kat Wisma Putra ni, aku banyak belajar dari dia.  tak pernah kedekut ilmu, tak simpan-simpan dalam hati, dia terus cakap jer.  Bos yang tegas tapi fleksibel.  Mula-mula aku report duty kat sini, dia terus ajar aku pasal Kedutaan Besar Malaysia ngan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di luar negara.  Dari dia la aku dapat tau beza Embassy ngan High Commission.  Rupanya tiap kali gi kusus kat Wisma Putra ni, mesti tanya apa beza Embassy ngan High Commission.  Bukan takat tu ajer Konsulat pun dia bagitau apa ke bendanya. Aku bersyukur sangat dapat Bahagian ni.  Walaupun pada mulanya aku rasa stress, ye lah sebab baru kan, banyak benda kene belajar.  Tapi lama kelamaan aku seronok dan sayang dengan Bahagian aku sekarang, dari boss sampai ke staff semua sporting.  Team yang  sangat best.

Tak sangka plak ramai jugak yang datang antor boss aku malam tu.  Boleh dikatakan semua dari Bahagian aku datang antor Dato'.  Rasa sedih jugak, sebab dah 3 tahun lebih aku bekerja dengan dia. Dah serasi bersama gitu.  Lepas hantar Dato' minggu depannya pulak tu ngantor EO aku pulak, dia posting ke The Hague, Netherland, patutnya dia gi bulan Julai kalau tak silap, tapi sebab rezeki dia tahun ni, dapat menunaikan haji, so lepas haji dia terus bertolak ke The Hague.  Masa aku hantar dia tu, baru 2 hari balik dari mengerjakan haji.  Rezeki dia kan. Insyaa Allah, rezeki aku next pulak, hehehe..
 Ni la boss aku, baju yang aku pakai tu boss aku bagi, special aku pakai nak antor dia, kemain lagi kan.  
 
 Ni la sebahagian staff kat Bahagian aku.  Penuh KLIA dengan kitorang 
Yang kepala botak yang kat tengah-tengah tu EO aku, dah jadi Tn. Haji. Seronok bole gi ramai-ramai ngantor ke KLIA gini. Agaknya kalau aku, dah mencurah-curah air mata ni.  Aku yang hantar diorang pun aku pulak yang sedih. Over betul. Bulan November ngan Disember ni pun ada lagi staff kat opis aku gi ombesea. Rombongan cik kiah lagi la kita ke epot.  Aku??? tungguuuuu...Insyaa Allah...soon..

Monday, October 20, 2014

Dobi Self Service

Laaa...dah minggu ketiga Oktober dah, rasa baru jer masuk bulan 10, tiap kali nak hapdate blog, cenggitu la, dari sehari ke sehari lepas tu tengok-tengok dah nak habis sebulan.  Bulan ni besday En. AKAR, tapi tak sambut pun, siap kene perli lagi ada, bini pandai buat kek, tapi haremm sebiji kek pun tak nampak.  Nak buat kek kene amik mood abang sayang oiiii, jadi..tak kira la besday anak ke, besday apak ke, kalau malas nak buat memang idak la buat. Minggu depan besday Abang Long, so aku kene amik mood buat kek untuk anak teruna aku tu.

Ntah la semenjak dua menjak ni hati tak tenteram, tak tau la napenya.  Ada benda yang rasa sangkut jer, so nak masak ker nak buat kek ker semua tak der mood.  Minggu lepas aku kusus seminggu, tak masuk opis tapi ngadap jem ke IDFR seminggu rasa pening pale.  Lege minggu ni dah masuk opis.  tapi bosan jugak sebab bos yilek.  Rasa nak bercuti ni, tapi dok umah pun aku malas jugak.  Pendek kata sume malas la.

Disebabkan kemalasan yang teramat sangat, aku nak citer kat korang basuh kain pun aku gi self servis dobi depan umah aku.  Depan umah tu idak la jugak, kene naik kete la, tapi tak sampai pun 2 minit.  Tapi bila basuh baju kat situ aku jadi rajin sikit.  Sebabnya sambil tunggu kain kering aku boleh lipat kain, so, balik umah kain dah belipat, eh tapi idaklah aku basuh kat situ pun, aku basuh siap-siap kat umah, gi keringkan kat situ.  Motif, malas nak menyidai kain.  Kalau basuh kat situ mahai jugak la kalau 14kg pun dah 7 hinggit, kain aku pulak sah-sah la 25kg, tu pun dah saploh hinggit, baik aku keringkan jer baru 8 hinggit, jadi aku kering pakai 2 dryer.  Satu dryer baru 4 hinggit, so 2 dryer 8 hinggit, boleh masuk untuk 2 bakul.  ok tak? bagi aku ok sesangat la, daripada nak sidai nak angkat, ampaian plak tak cukup.  so selesai la masalah kain belonggok.

Nanti aku citer la nape aku skang cam orang sasau.  ada sebabnya, tapi kene sabar dulu, nanti aku citer.  Skang memang tengah tak stabil. Sabar itu separuh daripada iman.  makanya sabar dan terus bersabar la wahai hati.  Ok lah, kisahnya kalau lain kali nak basuh comfeter ke toto ker, sumbat jer lam menatang mesin gedabak ni, buh 7 hinggit, settle.  Daripada gi dobi kene 12 hinggit. K bye..


Friday, October 3, 2014

Selfiee..ko..


Semalam, opis aku ada anjurkan Symposium Psikologi kali ke-2.  Kalau dibandingkan motivator tahun ni dengan tahun lepas, bagi aku tahun lepas lagi best .  Tahun lepas motivator bagi ceramah siap dengan sound efek, siap dengan gaya, ada hubungan dua hala antara audience ngan motivator, tahun ni, lebih kepada mendengar.  tapi tu bab lain, bab yang aku nak cerita ni motivator tahun ni retis ko.  Dah kalau nama pun retis penuh la auditorium, sampai dok kat tangga-tangga lagi.

Aku tak kisah la sume tu, tapi aku gi pun sebab nak begambo jer, dah nama pun retis sapa tak nak dekat kan? patutnya Division aku ada meeting pagi tu, tapi aku ajak juga boss aku sebab yang rasminya KSU, kira lege la skit kan boss ikut.  Lepas habis perasmian boss aku naik chair meeting bahagian, aku boleh la dengar ceramah.  Balik pada cite nak begambar ni, aku rasa sume pun nak kan? tapi malu, tapi bila sorang begambo sume serbu, bole gitew.  Tapi dah kalau buat kat opis, majelis opis mesti la ada protokol kan, bukan ko pegi konsert yang boleh kinja-kinja, so semua staff pun sopan jer, walaupun dalam hati masing-masing bergejolak nak bergambo.  Haaa..lupa nak cakap symposium ni terbuka untuk ahli AKRAB di Kementerian lain jugak, so ramai jugak la dari Kementerian lain yang datang.  AKRAB tu kalau tak silap aku Pembimbing Rakan Sekerja gitew la lebih kurang nya.

Motivator pagi Datuk Yusof Haslam ko, pengarah terkenal yang kaya raya gitew, mesti lah aku nak amik peluang tengok dengan lebih dekat kan, banyak la pengalaman yang dia kongsi, yang kita sendiri pun tak tau disebalik kejayaan dia sekarang ni, banyak jatuh bangunnya.  Kebetulan yang jadi pegawai pengiring dia staff kat opis aku, gigih aku watsapp dia suh bagitau time Datuk balik then cepat-cepat roger aku, aku nak tunggu kat lobby. Aku makan pun tak kenyang ko, takut tak leh begambo, kalau telepas memang rugi giler la aku rasa, mesti bad mood sampai pagi ni bole gitew.  Dah makan pun kelaut, kenyang ke tidak pun tak hirau dah, lepas jer nampak dia bangun nak balik, cepat-cepat aku tunggu kat lobby nak begambo.  Memang gigih la kejo artis, dah macam budak-budak sekolah yang jakun dan kepeghakan gayanya.  Tapi elok jer aku dok kat lobby tu, aku nampak jer Datuk Usop, aku terus cakap Datuk nak begambar, aku angkat jer camera henpon dia paham dah, ooo nak selfie, haaa meh-meh, dia pulak yang pegangkan tangan aku suh amik angel yang ok, yang lain apa lagi bila tengok jer aku buat gitew, sume nak selfie, tapi tak sempat dah dia nak balik kui..kui..kui..haa..tadi malu bebenor korang yer.

Ok tu cerita pagi, yang cerita belah petangnya pulak dengan Datuk Dr. Fazley.  Alaaa..Dr. Fazley yang skang dah jadi motivator tu, yang menang Master Chef. tapi sebelum tu aku nak cakap yang dia memang hensem hookey. Masa time Dr. Fazley pulak lagi best, aku mintak nak selfie masa dia tengah nyanyi.  Kebetulan lepas habis jer dia bagi talk, ada orang mintak dia nyanyi dan dia sangat..sangat..sangat sporting, nyanyikan untuk kitorang.  Masa dia nyanyi tu dia jalan la keleliling Auditorium, aku tengah tungu jer ni, kalau dia naik atas memang aku ajak selfie, masa dia tengah jalan tu sorang pun tak berani nak bangun nak begambo dengan dia, just amik gambo dari jauh jer.  Dia naik jer sambil tengah-tengah dia nyanyi tu, aku tunjuk henpon, dia angguk, terus dia gi kat aku, amik henpon aku, dia yang snap gambo kitorang. Walauwehhh..rasa nak pengsan ko, satu auditorium tengok aku, lepas aku salam dia aku duduk, dia duduk kat tangga, sorang pun tak nak gi snap gambo dia masa kat tangga, ishh..rugi la depe ni, tak nak guna kesempatan yang ada, agaknya diorang bukan jakun cam aku kot, tak heran pun retis-retis ni, so tak yah la nak gigih begambo cam aku.

Lepas habis jer talk dia, aku rasa mesti diorang nak wat trick cam aku tadi tunggu kat lobby, tapi sayangnya Dr. Fazley kene rushing sebab dia ada event lain kat Astro.  yang mana sempat diorang snap je la masa dia tengah jalan nak balik tu, tapi aku puas hati sebab boleh selfie ngeh..ngeh..ngeh..sampai aku letak gambo kat IG, En. AKAR cakap wahhh..sampai belaga kepala begambo ngan retis, aku jawab sila jangan jeles yer sebab bini Abang memang jakun, bole.  Pasrah je la.  Sebab excited tak habis lagi, so aku nak tepek gok gambo aku kat sini.

K bye..

 Datuk Yusof Haslam 
Datuk Dr. Fazley
Yang ni sebab sonok leh beselpie ngan retis, so mood happy.