Monday, June 16, 2014

Kursus

Akhir bulan Mei ari tu aku kursus kat Grand Lexis PD, aku lupa dah nama penuh hotel tu, tapi Grand Lexis, yang bilik ataih air tu ler..best gile, leh nampak air kat bawah lantai, dah lama teringin nak gi situ, tapi tak mampu, sib baik ler terpilih gi kusus situ, dapat ler merasa belagak cam orang kaya gitew.  Kursus selama 3 hari Jumaat hingga Ahad, tapi Ahad aku tepaksa skip sebab anak buah aku kahwin, tu pun tekejar-kejar sebab Jumaat petang dia nikah, lpas nikah aku terus pecut ke PD, perghhh..rasa cam drifter plak boleh zasss sana zasss sini.  Sampai-sampai PD terus masuk kelas, tu pun dah lambat.
 aku dok sebilik ngan Kak Sue, dia dah amik  bilik siap-siap untuk kitorang, malam Jumaat tu, aku tak sempat menikmati pemandangan sebab sampai pun dah malam, gelap gulita, mana nak nampak, tapi esoknya, macam teruja jugak la, menyaksikan panorama indah di pagi hari, nampak tak air tengah pasang kat bawah bilik kitorang tu.
Sebelum gi kelas ber'selfie' dulu kat lantai cermin, tapi tak nampak le pulak airnya kat bawah tu, Kak sue takut nak pijak lantai tu, takut pecah gebebush jatuh ke bawah, aku siap lompat atas lantai cermin tu, semestinya la kukuh kan, buatnya pecah cermin tu, mau satu opis riuh dengan kepeghakan aku, memang jakun.
 Ni lantai kat jamban, siap berdiri ataih tu, semata-mata nak menampakkan cermin kaca, muka Kak Sue cuak, aku suruh dia berdiri kat atas cermin sambil bermonopod, tak kisah la, mengikut kajian orang yang suka selfie tu orang sakit mental, aku selfie jgak, sebab masa ni la, aku nak simpan moment-moment aku dengan kawan-kawan yang sama-sama masuk wisma 3 tahun yang lalu, dan semua ni dah akan ke luar negara tak lama lagi.  Kalau tak der kursus cam ni, bila lagi kitorang nak kumpul sama-sama, dan lepas ni kitorang mungkin akan jumpa 5 ke 6 tahun akan datang, lepas semua kene campak keluar dari bumi Mesia ni.
(dari Kiri Kak Sue akan ke Doha, Qatar, Ismida ke Dakar, Senegal, Yaya ke Ankara, Turkey, Kak Ira ke Shanghai, China, Kak Nor ke Warsaw, Poland dan aku??? soonnn...bila tiba masanya nanti)

 Ni lah kawan-kawan aku, yang sama-sama melangkah masuk ke Wisma Putra tanpa ada pengalaman bertugas ke luar negara, kecuali Ismida, dia pernah ke Tokyo masa under JPA dulu, sekurang-kurangya dia dah ada pengalaman merasai bertugas sebagai penjawat awam di luar negara, membawa nama Malaysia.
Lepas gedebuk gedebak dengar ceramah dan tips menjadi seorang Setiausaha yang cemerlang, skang time kitorang mencekik la yer, sebelum mencekik kita selfie dulu, dah la masing-masing makan memang tak hengat, biasa ler, belagak orang kaya, makan ikut suka ye dak??
Dari angel yang sama dengan tadi, cuma bezanya pinggan kitorang dah kosong, see..penuh meja dengan pinggan, kemain lagi ko Yaya ek, dah kenyang siap tongkat dagu lagik.  Ye la orang kata kenyang perut suke hati.  Kursus ni memang best giler, ceramah pun tak boring, sebab yang bagi ceramah pun yang pernah jadi boss, so dia cerita apa yang boss suka kalau PA dia cam mana dan bagaimana.  Insyaa Allah tips tu semua akan dipratikkan dari semasa ke semasa..hihihi..
 Lupa nak cakap,  kalau nak balik dari kelas kat main entrance di Grand Lexis nak ke bilik kitorang kene naik buggy, sebenarnya tak de la jauh sangat pun, kalau dah lepas makan, nak bejalan sambil menikmati pemandangan tu boleh sangat la kan, tapi semua ni dasar pemalas nak jalan ditambah plak tetengah hari buta, yang panas leting tanpa angin, maklum ler, tepi pantai, memang tak la nak jalan.  So tunggu ler abang driver buggy tu hangkut sorang-sorang.  Satu buggy muat untuk 5 orang je, tapi semua baru lpas makan, better naik 3 orang sudah ler, kang merangkak buggy tu nanti.
 Kat atas buggy pun sempat lagi berselfie

Lepas rehat kelas start balik kul 2.30 petang,  perut tengah kenyang, kelas pulak tetengah hari buta ni, mengantuk nya la haiiii..puas aku sengkang mata dengan tutup pen, last2 kene panggil ke depan.  Nyanyi dulu seround lagu bang Pejal Gemuruh, lepas tu main telefon karat...haaa baru ilang sikit mengantuk nya.  Kelas habis kul 5.00 petang.
Lepas habis kelas, kitorang balik jalan kaki, sebab nak menghayati pemandangan la konon-konon nya.  Sempat ler aku snap gamba yang ala-ala perasan cam comey gitu..puiihhh...kalau koran perasan, gamba aku ni pakai baju sama je kan? sebabnya kejadiannya hanya satu hari aku berkursus, sebab malam tu aku dah chaw ke Shah Alam, kenduri anak buah aku, begambo sana sini, hu ha hu ha..sebenarnya nak menghiburkan hati yang tak tenang, sebab sumer tengah bekumpul kat Shah Alam, kakak aku yang no 2 dok mesej, bosan aku tak der, lagi ler hati aku tak tenang..kaki dah tegedik-gedik nak balik umah.
Maka..sekian la kursus aku yang sepatutnya 3 hari tapi aku dapat attended hanya 2 hari.  Baju pun tak bawak banyak, malam hari baju ni aku pakai, esok pun baju ni aku pakai...senamrobik petang tu tak der gamba sebab aku sibuk dok berzumba, Sekian, cerita aku yang ntah apa-apa ni..sebab lama sangat dok lam draf, aku pun lupa...tata..