Anniversary

Wednesday, February 27, 2013

Hari Yang Kalut

Haihhhh..ari ni kelam kabut mak...taska Danny pulak tutup untuk transit tengah hari lepas sekolah, maknanya van tak der lah jemput dia tengah hari ni, adoiiii..pening..jauh la pulek nak kene balik ambik,  rushing amik dia tu tak der la kisah sangat, pasal mana nak letak lepas sekolah ni yang aku ngan En. Khush tengah pikir nih, taska pulak tutup 3 hari, fengsan la nak letak mana, bab-bab bayar yuran nak cepat ajer, ni tutup pulak ni, yuran kira macam mana ni.

Aku bukan lah  kata aku ni bagus sangat, tapi hakikatnya aku tak pernah pun berkira bab-bab duit yuran taska or nursery anak-anak aku, asalkan diorang boleh jaga anak aku dengan baik, lepas tu anak aku tak merungut pergi nursery aku dah bersyukur sangat-sangat.  Tapi penjaga or pengasuh kat nursery ni,  kadang-kadang melampau jugak, ni nak tutup suka suki ati diorang jer, tak kan la aku nak cuti lagi, CNY ari tu dah cuti 3 hari, tak leh la asik cuti jer.  En. Khush cakap tak per la amik jer nanti letak opis dia.  Salah satu faktor aku tak kasi En. Khus bertukar opis, bila ada kes-kes terdesak macam ni la, aku rasa boss En. Khush kategari yang memang baik hati sangat-sangat, sebab boleh dikatakan Abang Long akan dok kat opis dia sekurang-kurangnya 2 hari dalam seminggu, time tak der kelas agama petang.  Tapi boss dia memang tak kisah, tapi kalau dah boss baik hati tak kan nak amik kesempatan pulak, Abang Long petang ni tak der KAFA, kalau hantar si Danny godek tu kat opis dia, dah jadi macam taska pulak nanti, budak berdua tu bukan boleh jumpa, nanti main kejar-kejar macam dok kat umah.  Tak sedap la kan...nak dok opis mummy susah la skit, sebab opis mummy bukan cam dulu, kalau kat Cyberjaya nu, bawak si kenit tu ada jer yang tukang jaga..huhuhu saat ni tetiba rindu opismate lama.

Sian la..anak-anak aku ni asik kene ngikut jer mummy ngan papa, sib baik la keje gomen, boss boleh tolak ansur, kalau swasta dah lama dah kene pecat, ermmmm..motif tak nak maid, aku rasa lagi susah bela maid kot, daripada aku terpaksa tungkus lumus, ke hulu ke hilir dengan anak-anak aku, tak per asalkan anak-anak selamat depan mata.

Tapi Allah tu Maha Berkuasa lagi Penyayang kepada hamba-hamba-Nya, Dia tau aku susah dan anak-anak itu adalah amanah dari-Nya untuk aku ngan En. Khush, ditakdirkan mulut aku ni ringan jer tanya kat tadika Abang Danny pagi tadi, boleh tak jaga untuk 3 hari, sebab taska untuk transit dia tutup, Alhamdulillah cikgu tu kata ok, sebab dia memang ada kat tadika sampai petang, aku siap cakap, tak per cikgu nak kira OT berapa ringgit sejam pun saya bayar, cikgu tu cakap tak per kak, boleh jer nanti kita masukkan dalam yuran bulanan, Alhamdulillah, selesai masalah Abang Danny, tapi kene la aku suh En. Khush balik cepat-cepat skit, jangan lama-lama sangat Danny kat tadika tu kalau tak nak bayar mahal, tapi En. Khush cakap, bayar jer lah..fuhhh lega..tapi disebabkan banyak borak ngan cikgu, amik baju kat umah untuk dia ganti kat tadika, itu ini, lambat jugak mummy gi opis, haiiihhhh..setiap pagi kalut..

Sambil sampai opis..mood bepeluh ketiak..berlari naik tangga gara-gara lif lambat..ermmm..legaaa...





Sunday, February 24, 2013

My weekend..

Jom berenang di hujung minggu..

Minggu ni baru lekat dok kat umah, selepas 2 minggu bz kat opis, coz my boss kene pegi visit ke ombesea, and aku tepaksa keje hingga weekend nak siapkan dokumen, tak per la, dah nama pun keje kan, lepas tu plak sambung cuti CNY, aku pulak balik kampung, kebetulan my sister datang sini  so, habiskan masa dengan my sister sampai la aku balik kampung, rumah pun tak sempat nak berkemas, asik tak dok umah jer..

memandangkan minggu ni baru aku boleh lepak-lepak kat umah, kemas umah sikit-sikit, lipat baju yang berlonggok dah macam busut jantan tu, makanya nak la jgak hilangkan stress, aku ajak En. Khus gi swimming, tapi tak bagtau kat hero-hero lagi, sebab nanti kalau tak jadi my hero ni akan bising cakap mummy janji tapi tak pegi pun, mummy ni tipu la..lepas tu Abang Long akan berbunyi sampai la esok, lusa, tulat dan may be sampai seminggu dok ulang mummy mungkir janji, tak baik la cenggitu kan, kene jadi contoh yang baik kat anak-anak..kui..kui..kui..

Ikutkan malas plak nak pergi sampai ke Putrajaya nun..tapi memandangkan dah lama aku tak membuai diri dalam air, aku pun pegi la jgak, suh my hero sumer tukar baju, terus pakai swimming suit, sampai sana terus terjun jer, tak yah nak tukar-tukar baju, temasuk lah aku, siap-siap pakai, golek-golek atas katil tertidur, sampai la Abang Long kejut, mummy ni nak tido ke nak pegi ni, adoiii..budak ni kan, sejak dah besar skang, asik membebel jer

 Akhirnya sampai jgak ke Pusat Kejiranan Putrajaya ni, slalunya aku akan ke swimming pool bersebelahan dengan Pullman tu, aku pun tak tau apa nama tempat tu, Presint berapa ntah, tapi kat situ hanya pool semata-mata, tak der gelongsor kecik untuk budak-budak tu, sebab kat situ pool nye lagi besar, ala-ala olympic style, kat sini more tu untuk riadah keluarga, kat opis aku pun ada pool tapi, anak-anak aku tak suka sangat, sebanya cetek sangat-sangat, tak puas aku nk swim dari hujung sini ke hujung sana, pool ni ada 2 kedalaman, yang biru cerah tu, tak silap aku tahap dada aku kot, yang biru gelap tu, tenggelam terus sebab tu tak der orang pegi kat situ.
aku suka amik port yang biru gelap ni, tak sibuk ngan orang, Abang Long suka ngekor, sebab nanti aku akan bawak dia sikit-sikit ke tengah, dia boleh berenang, tapi kene ada aku, sebab nanti dia cepat tak cukup nafas, senang nanti aku terus tarik ke tepi.  Abang Danny macam biasa la, budak penakut air, dok jer tepi sambil tepuk-tepuk air, selagi aku tak heret gi kolam kanak-kanak, kat situ la dia dok, dia start takut ngan tempat dalam sebab aku pernah lepas dia suruh dia survive nak selamatkan diri pegi kat tepi, tapi dia cepat panik, tertelan air, terus la nak lemas, tak macam Abang Long, aku campak pun pandai dia naik sendiri pegi ke tepi.  


budak kenit ni pun sibuk jgak, En Khus  plak malas nak join, dah la tu, baju pun tak bawak, tepaksa la aku melayan budak kecik ni dulu, letak lam pelampung tak nak, nak terjun lam kolam tu cam orang besar, kalu aku lepas dia, kolam orang besar pun dia gi terjun, tertelan air tak yah cakap la, sejuk menggigil pun nak jgak lagi berendam, sampai biru-biru mulut, tangan sampai kecut-kecut, last-last En. Khus amik balut ngan tuala, peluk kat tepi pool, baru dia diam, sambil tengok aku ngan Abang Long swimming.
Waaaa nikmatnya..dapat baring dalam air, sambil memandang langit biru ciptaan Ilahi, besar sungguh nikmat Allah, saat ni En. Khus jeles gile, tgk aku jadi dugong, siap dia cakap eksen..ini semua poyooooooo..hahaha...jeles la tu tak leh join, sebab kene jaga budak kenit yang kesejukan, aku suh amik gambo pun dia cakap, jangan nak poyo sangat lah..tapi amik jgak hahaha..ikut la kerenah bini abang yang sengal ni.
Dugong tengah berenang katak, gile penat dari hujung sana ke hujung sini, dengan rambutnya tutup google, berlagak kan? mua hahahaha (gelak jahat).  Aku berenang sorang-sorang boleh lah, nak selamatkan orang memang tak la, bukan lifeguard boleh selamat-selamatkan orang, En. Khush cakap " habis kalau abang lemas cam ner?" eh..eh dia lak yang cakap cam tu, patutnya aku yang cakap cam tu kat dia.
Haa..Abang Long, bergantung la kat tepi tu, tengok mummy ek..hehehe.
  Dah hampir sebulan kot aku tak swimming, kali ni, aku hanya boleh breast stroke jer, tak boleh nak free style sebab tak pakai cap, rambut tutup mata, nafas dah tak cukup, faktor usia dah agaknya huhuhu..
Ni la kojo En. Khus,  gambar aku menentang, meniarap, terkakang kiok, menonggeng pun dia snap, tapi tak leh la buh lam ni, 18sx plak, kat tepi ni tak der sangat orang join swimming, sebab tahap kedalamannya, hanya aku ngan ada la sorang dua lagi yang berenang ulang alik, best la skit leh swimming dengan tenang tanpa kene berlaga ngan orang lain, kalau dok kat tepi sana nun..baru dua tiga kali kuak,,panggg kene orang, baru nak baring dahh kene hempuk ngan budak-budak yang terjun tak hengatt..kalau aku menyelam plak kene pijak ngan orang yang berjalan dalam air..lemas makkk....

dekat 2 jam swimming ke hulu kehilir, otot mula rasa kejang-kejang, lengan ngan bahu dah mula lenguh, kaki ngan paha pun mula sengal-sengal, walaupun tak berpeluh, tapi tahap kepenatannya lebih laju dari berlari 100 meter, habis laaa..esok mesti terkangkang-kangkang jalan ni, sampai ke tengkuk lenguhnya, maunya tak, dok dalam air seluruh anggota badan bergerak, ni la padahnya.

Apa pun..swimming boleh menguruskan badan, jangan plak lepas swimming cekik nasik 2 3 pinggan,  ni lah hobi aku yang paling best selain dari Bowling..selamat berhujung mingguuu..

Thursday, February 21, 2013

Lunch Hour di MAC

Comey tak? hehehe..gatai merenyam la hai..nyampah aku, kalau dah muka tu ada kesan jerawat tak yah la nak sibuk-sibuk tutup kesan-kesan tu..ermmm..tapi tak pe la kan, kejelitaan tu kan hak milik setiap insan, idok nape la nak wat apa pown kannn..sebenarnya x der la nak citer apa pon, suatu masa dulu aku memang pakai dah make up jenama MAC ni, tapi dulu sebab butik MAC ada kat KL jer, so kemalasan melanda tiap kali bila bedak habis.  Dulu aku pakai bedak bedak jer MAC, yang lain cam lipstik ker, eye liner ke, blusher ke, sumer aku campur, tak kira la murah ke mahai ke, aku sebat jer.

Lepas dah kemalasan melanda nak beli MAC, aku pun beralih arah pada Estee Lauder, so aku pakai jer la Estee lauder sampai la butik MAC dah bukak kat Alamanda nu, aku mula la mengeletis balik, sebab aku hanya biasa dengan bedaknya ajer, so niat di hati nak beli bedak jer la kan, ajak mek tok Aida tu, dia memang pakai MAC, kalau time dia menggila make up dah macam retis gitew, tapi masa awal-awal peknan ari tu mek tok tu malas nak make up, cam orang sakit ada aku nengok, hehehe..jangan mare ye mek Aida, kutuk ko kjap.

Dah nama pun butik kosmetik, budak promoter tu bkn main promote lagi kat aku itu la ini la, adui..mahai ni sumer2 ni, aku nak bedak jer, kalau setakat promote jer, aku tak de la kisah sangat sebab aku dah memang tak nak kan, tapiiii budak ni siap..haaa amoi mali-mali saya kasi test dulu, amoi punya kulit aaa..elok pakai yang ini, mali ltak skit looo..dia pun mula la letak eye shadow la, blusher la, mascara la, eye liner la..haaa citer pasal eye liner plak, mek tok aida tu jgak yang ajar aku, cari eye liner yang halus, sebab senang nak pakai, aku kan cam orang pakinson, nak ltak eye liner tu terketar2 sat gi habis comot, jadi cam hantu jerangkung..mek tok tu bagi aku Maybeline..memang senang nak pakai, sebab bulu dia halus jer..apa lagi..start drp tu la aku mula ber eye liner..nampak la skit besar mata aku yang sepet nih..

Haaa..sambung balik...
Masa ni aku dah siap dah di touch up oleh budak promoter ni, Aida plak sejak tau jantina baby dia ni, pun mengeletis jgak nak make up balik hihihi..tapi dia comey..oles sana..oles sini..makin cun melecun mek tok tuuu..time aku budak ni touch up tak der pun ko nak amik gamba aku kan..sibuk dok belek make up tu..huhuhu..
haaaa...lepas buh mascara..buh eye liner la..tgk lipstik penuh atas meja..try yang tu..try yang ni..
 
hah ko..tgk berapa banyak aku rembat..budak MAC ni memang la..dia ckp apa tau..u aaaa amoi..kalau mau make up tahan lama aaa..uuu kena bubuh ini looo..ermmhhhh...aku apa lagi buh itu buh ini..last-last aku rembat sumer..adoiii..sakit kepala mak jemah ni nengok rege..nak sedapkan ati lagi..budak MAC ni brain wash aku lagi..amoi aaa..talak apo looo..ini kad saya..nanti kasi fully make up flee sama uuu...lu mau make up kasi appointment lulu la..nanti saya kasi make up looo..sekali lagi mak jemah telah dihasut..tapi sampai laaa niii...aku tak pi pun lagi flee make up..cam mana nak pegi, dah kalau make up amik masa 2 jam..kalau aku gi petang rugi la make up, sekejap make up dah nak mandi, nak tunggu ada dinner..ntah bilanya ada dinner dah skang ni..asik kat opis jer..nak tak nak..i make up la sendili amoi MAC oiii..

Tapiii serius u olsss..memang awesome make up dia, sejak pakai MAC ni, balik kg gi kenduri ke..jalan-jalan KB ngan kakak aku ker..mest orang tanya..eh!!! kak paka make up gapo eh..comey la..kadang tu orang kata..eh!!! mung mila, napok koho mudo  lo ni..hahaha..perasan tak habis-habis..nyampah aku ko ni rysha oiiii..puiiii..bak kata Abang Long mummy ni suko koya..hehehe..

p/s : psssttttt...rasa cam nak pegi lagi ni merewang ke butik MAC..

Wednesday, February 20, 2013

Instagram..Instaplace..Instaweather

Skang ni macam-macam application yang kuar kat telepon pintar ni, aku rasa bukan telepon yang pintar tapi manusia yang mencipta software tu yang pintar, salah satu faktor manusia ni tidak pernah puas dengan apa yang dia ada, sebab benda-benda cam ni lah, nk ikut trend la katakan, manusia makin maju dan sistem pun makin canggih, telefon pertama aku dulu Nokia 3310 yang boleh baling kepala anjing pun pengsan, sejak dari tu boleh dikatakan setiap tahun telepon aku akan bertukar, hingga la bila kuar telefon jenis slide2 jer kat screen, memang benda-benda gadget ni banyak menjahanamkan duit aku, skang aku dah tak bertukar lagi phone, still with my iPhone, sebab aku rasa friendly user, lagipun keje aku banyak melibatkan emel, aku terus sycronize emel aku direct ke phone, so mana-mana aku pergi pun aku tau emel masuk

Kalau dulu sibuk dengan instagram, amik gambar post kat intagram terus boleh link ngan FB, instagram pun makin lama makin hapdet plak tu, leh wat frame la, leh edit-edit la, wah canggih-canggih, lepas tu semenjak dua menjak ni plak, sumer orang kat FB dok post guna instaplace la..instaweather la..siap leh buh tulis2 lagi cam greating la, chears la, delecious la..hamboi canggih ler plak, makanya aku terus la gi kat Application tu cari apo bondo jenis eh yang diorang guna nih, waduh-waduh leh siap detect mana tempat ko pergi, yang lagi syok aku dok kat bilik tidur pun leh kuar location 'bilik tidur' wahhh hebat diorang ni, sumer location hado..

Kalau dah namanya benda baru, jadinya aku pun gatai la amik gamba sendiri la, berangan ala-ala model syok sendiri, maklum la benda baru, dok kat opis pun sempat lagi amik gambar sendiri, tapi tak guna application ni pun, sejak-sejak pakai FAREEDA ni, suka sangat amik gamba sendiri post kat FB, aku tgk aku sendiri pun meluat, sah kan orang lain tgk, aku rasa 40 ratus kali meluat, tapi lantak ler..aku buat jgak..

Letak gamba En. Khush lak, guna Instaplace

sibuk jer budak kenit kibung tu nak wat peace, tapi cam babai jer

ha..ko..sumer gamba anak branak nak sumbat, kalu boleh nak buh penuh gambar jer..ni guna instweatherpro plak, siap location,degree's,date

Lepas ni kuar apa menatang plak aku x tau la. Semua application ni, leh link ngan FB or Instagram trus, kalu rasa-rasa x nak post pun x per, just save image, untuk kegunaan nk tengok suhu jer pn boleh, macam-macam lagi lah, tapi walau apa pun, iPohne aku ni cuma 32GB, ni pun dah full storage, macam-macam aplication aku install, yang banyak game la, huhuhu, menyesal lak tak beli 64GB macam iPad ari tu, kalau iPad tu leh wat call tepaksa la aku hangkut buh lam handbag.  Skang iPad tu dah jadi milik anak-anak, nak-nak si kenit tu, sibuk nak tengok lagu dok mano, memang orang kelantan la budak kibung mok mok ni..