Anniversary

Friday, January 9, 2015

Enrty tak der modal

Hari-hari update blog, rajin tak aku??..macam nampak sangat ke'free'an aku ni, rasa nak lempang diri sendiri pun ada, korang jangan fikir..wahhhh freeee nya sampai bule tulis blog.  Kerojer tu ada, tapi tak sesibuk sebelum ni, sebab sumer aku dah kemas, so sumer up to date, tu yang bila keje datang terus buat, terus filing, terus kemas, jadi tak der dah yang tertangguh, aku sepatutnya amalkan situasi begini bila berada kat luar nanti, baru la keje kemassss sentiasa.  Yang jadi filing banyak tu bila ada perasaan, esok la..esok la, last-last sebulan, hahhh ko..surat meninggi nak filing.  Kena masukkan dalam azam tahun baru ni untuk sentiasa menyelenggara fail-fail opis (tangan di dada mata ke atas) .

Tak yah la nak merepek banyak sangat, aku nak citer hal semalam.  Semalam aku lambat datang opis, lepaih tu datang-datang tekocoh-kocoh masuk jamban.  Rutin biasa masuk jamban nak mekap, sebab mekap kat keter teconteng sana sini, so kemaskan kat jamban opis gitu.  Makanya lepas mekap bagai amik beg masuk la opis. Sampai ler ke petang dok opis sebab aku lambat tak der la nak kuar opis, makan kat cafe jer.

Lepas tu dalam kul 3 petang terjadi la situasi seperti di bawah..malas aku nak citer lagi sebab aku dah citer kat FB semalam.  Baca caption tu je la ek, nampak sangat tak der modal nak citer, tak kisah la janji ada entry..
 
Moral of the story, bagus jugak letak tag nama kat kunci kete ni, at least ada jgak leh bagitau, lagi satu yang jadi kemusykilan aku, naper dia tanya suami siapa? agaknya bila dia masuk opis tu dia nampak sumer pompuan yang tengah bergosip, bergelak agaknya.  Apa-apa pun terima kasih la pada pemaklum tersebut, sebab lepas dia bagitau tu, dia terus blak, tak sempat nak cakap terima kasih.  Siapa dia aku tak cam dah.

Ok..tu jer citer pendek aku untuk hari ni..yang ntah haper-haper..sekian

Wednesday, January 7, 2015

Cerita Danny sepanjang tahun 2014

Semenjak nak berangkat ni, opis aku ni macam wat tak kisah jer kat aku.  Aku nak hilang ker, aku nak datang ker, keje pun cam tak bagi sangat dah, sebab aku dah ada pengganti.  Aku pun asik meround opis jer.  Aku keje dalam 5 hari jer lagi, lepas tu aku cuti sampai la aku depart 23 Januari nanti.  Aku ni macam ada tak der jer, so aku pun belek ler blog.  Belek punya belek, rupanya banyak entry-entry aku yang berstatus draft, dan kebanyakannya adalah cerita pasal Danny.  Rupanya aku tulis tak siap-siap pehtu aku lupa.  Cerita pasal First Day dia kat Pre-School, cite besday dia, citer graduasi dia, maknanya sepanjang 2014 nak cerita pasal Danny memang tak ter'publish'.  

Nak sambung balik pun dah lupa pe kebenda.  So aku gabungkan jer la, gambar-gambar dia sepanjang pra-sekolah. Gamba besday x der plak dah.  Senangkan, setahun punya cerita.  Yang jadi terbelek ni, sebab tengok ramai plak yang post pasai anto anak daftar sekolah. Tak kisah la, anak masuk tadika ker, anak masuk pra-sekolah ker, anak masuk dajah 1 ker, sumer mak ngan apak yang telebih excited.  Elehhh..Aku dulu pun cenggitu jgak, lagi excited anak first time masuk sekolah.  Patutnya tahun ni, Danny masuk darjah 1, kat SK Presint (18) 1, sama ngan abang dia.  Tak pe la nanti aku upload time dia masuk kat sekolah lain.  Tapi takut aku yang makan hati,  tempat yang aku gi tu, tak boleh nak update status, huhuhu..merana mak..tapi apakan daya menyepi diri la jawabnya..

Lagi tak leh blah aku ni, time anak graduasi hujung tahun ari tu, aku tak leh nak attend, En. AKAR jer yang pegi, lepaih tu dia wat sap satu jer gambo kat aku untuk tatapan mummy yang kekonon sibuk bebenor ni, padahal keje PA cabuk jer pun.  Dah kalu time tu la bos busy nak buat macam-macam ko sampai hati ke nak cuti.  Aku tau ada jer yang cakap, family first, tapi ntah la, kalau bos dah bagi kepercayaan tu, aku susah nak cakap tidak.  Tak per la, aku sentiasa support anak-anak aku. Dan En. AKAR sangat-sangat memahami, sebab sepanjang 3 tahun Abang Long sekolah pun En. AKAR la segala-galanya, mengorbankan masa, tenaga untuk ke sekolah tak kira pagi or tengahari untuk tengok Abang Long.  Aku pegi jugak tapi bila time boss tak de kat opis, dengan kata lain time boss meeting ataupun cuti.  Itu je la, masa free aku.  Dah la malas nak sendu-sendu bagai, tepek gambo jer la. 


 2nd day sekolah kalau tak silap aku, Abang Long yang hantar sampai ke kelas.
 Aku tengok jer dua beradik ni, diorang tak perasan pun aku follow belakang, nak pastikan betul ke tak Abang anto ni.
  Alamak..kantoi, lepas Abang Long anto Danny, siap salam abang bagai lagi, baru abang long masuk kelas dia.
Ni, seminggu sebelum tutup sekolah.  Dalam bulan November 2014, time graduasi Ahmad Alim Danie. Dah tamat pra-sekolah.  Gambo papa watsap untuk tatapan mummy yang busy terlampau..

Tahun ni dah 7 tahun, kejap jer masa berlalu dan Abang Danny akan ke fasa baru dalam hidupnya.  Ok la tu, mummy pun tak merasa tau peluang cam anak-anak mummy akan lalui nanti.  Alhamdulillah rezeki anak-anak mummy la ni.  Mummy doakan anak-anak mummy akan sentiasa murah rezeki, dilapangkan pintu hati dalam menuntut ilmu.  Aminnn..

Babai..zaijian..

Tuesday, January 6, 2015

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1436H / 2015

3 Januari 2015 merupakan hari Keputeraan Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W. Sempena tarikh ini Malaysia mengadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan dengan mengadakan perarakan sambil berselawat ke atas nabi.  Semua agensi kerajaan akan terlibat dalam acara ini.  Sempena memperingati baginda yang merupakan insan teragung.  Alhamdulillah, tahun ni sekali lagi aku diberi peluang menyertai program ni di Masjid Putra, Putrajaya.  Peserta lelaki jer yang akan menyertai perarakan, tak silap aku dari KPDNKK sampai ler ke Masjid Putra, yang perempuan, akan berkumpul di ruang solat Masjid Putra, sambil menunggu ketibaan Yang Dipertuan Agong untuk acara perasmian.  Tapi tahun ni, Agong tak der pulak, tahun lepas Agong ada, so sumer penuh dengan protokol.  tapi aku sempat la snap gambo Agong sekeping dua.  Tahun ni yang rasmi TPM, may be sumer sibuk maklum la, dengan musibah banjir dan macam-macam lagi masalah yang menimpa negara semenjak dua menjak ni. Banyak la ceramah-ceramah ilmu yang diadakan kat masjid sementara menunggu ketibaan VIP.  Sebab majlis pun kat masjid so, aku tak der la nak snap banyak gamba, duduk pun ayu dan sopan gitu, mana boleh nak hu ha hu ha..layan jer la gambo-gambo gedik aku ni, sementara nak menuju ke Masjid.  Haa lupa pulak, kitaong kene bekumpul kat masjid kul 6.45 pagi lagi.  Sib baik ada makan, kalu idok lapo jugak teman ni.
Ni peserta wanita, yang lelakinya kene berarak.

nampak tak lengan aku yang sasa tu, nampak kegemukkan di situ huhuhu..
 
Kenangan ngan Yati, opismate aku, dia ke Phnom Penh, Cambodia, bila pulak bole jumpa kan???
Ayu kan???
Ehhh..tetiba jumpa geng, wefie dulu la kejap lagi baru masuk masjid.

Ok, sekian, nak balik kejap, packers nak datang sebey umah, harap dapat la packers yang nak datang sebey ni, senang berkira sebab bule kecek kelate, nak anta barang kat kelate pun senang tau jalan. Aminnn....

Salam Maulidur Rasul..

Friday, January 2, 2015

CARA BERLAUK UNTUK TAHUN BARU

1st entry aku untuk tahun 2015 ialah nak tulis resepi kuih cara.  Sebab aku takut lupa plak, memandangkan kuih ni aku belajar dengan biras kakak aku kat kampung. So resepi ni, kiranya dari kampung ler, tak tau ler kot-kot ada resepi dari bandor, dan aku rasa ramai jer yang pandai buat kuih ni.  Tapi ni untuk rujukan aku, sebelum aku hilangkan resepi ni entah ke mana. Baik aku share kat sini.

BAHAN-BAHAN UNTUK KUIH CARA BERLAUK

2 Ulas bawang merah - (Dipotong kecil-kecil atau orang kelate kato maye)

2 Ulas Bawang Putih

1 Biji Bawang besar (Potong Dadu)

Daun bawang - potong halus-halus

Cili merah - potong dadu

Daging Kisar

1 sudu rempah kari + 1 sudu kurma

CARA-CARANYA

Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan daging kisar, kacau dengan api yang perlahan sehingga daging tadi masak.  Kemudian masukkan rempah kari dan rempah kurma, kacau lagi sehingga sebati.  Kemudian masukkan bawang besar yang telah dipotong dadu tadi, dan cili merah, garam secukup rasa.  Setelah masak sejukkan.


Sementara menunggu inti tadi sejuk kita bancuh tepungnya.

BAHAN-BAHANYA IALAH;-

Acuan kuih cara yang macam kuih bahulu kecik tu.

2 cawan tepung gandum

2 biji telur (aku selalu guna gred A)

1 Sudu kecil minyak sapi

1/2 cawan santan (cikgu cakap tak der santan nak guna susu cair pun boleh)

1 cawan air

Secubit garam

Pewarna Kuning (Kalau nak buat yang hijau tu, warna hijau tu campur sikit dengan warna kuning, untuk nampak kaler tu cam lebam-lebam sikit kata cikgu, kalau tak nak, hijau je pun boleh)

Lepaih tu bahan-bahan tadi masukkan sumer sekali, kacau dulu dalam bekas supaya tak beketul dan sebati.  Tapi aku ni telah derhaka skit kat cikgu sebab aku ni pemaleh keroje nak cepat ajer, aku blend jer sumer sekali.  Kalau pekat sangat tambah jer air sikit, biar nampak cam sedang-sedang, jangan cair atau pekat sangat.  Agak-agak je la, sebab aku pun agak-agak jugak.
 
Cam ni la lebih kurang jadinya.  Bila dah sebati nanti kalau nak senang masukkan dalam jag kecik yang ada muncung tu, senang sikit nak tuang dalam acuannya.  Panaskan acuan kuih tu, sapu acuan tu dengan minyak sapi. Nak kasi naik bau, gunakan daun pandan untuk sapu minyak sapi kat acuan tu.  Aku kan pemaleh aku sapu guna berus jer.
Haaa..cam ni lah jadinya kuih cara berlauk.  Masukkan kan dulu bancuhan tepung tadi dalam acuan, lepas tu tunggu kejap, bila nampak tepi-tepi tu masak sikit, baru masukkan inti, lepas tu tutup.  jangan lupa tutup, acuan tu.  Tutup la guna tudung periuk yang kecik tu, asalkan betutup.  Kalau nak tau kuih tu dah masak ke tak, bila kita kuis dengan sudu, otomotik kuih tu lekang.  Api jangan besor sangat, nanti kan hangit, bior le sedang-sedang ajer.
Aku wat 2 jenis ari tu, cara berlauk ngan cara gula.  Kalau buat yang gula tu, kene tuang bancuhan tepung tu separuh dulu.  Lepas tu nampak masak sikit masukkan gula, Kemudian tunggu kejap, baru masuk separuh lagi, kasi penuh acuan tu.  Masak pun sama jugak, bila kita kuis dengan sudu tu lekang, maknanya masak la tu.

Senang jer buat kuih ni, cuma tak leh leka sebab cepat sangat masaknya.  Dah masak tu telangkup la kuih tu buat couple-couple gitu.

SELAMAT MENCUBA