Tuesday, February 3, 2009

KENAPA AKU MALAS????

Kenapa aku malas..????

Kenapa aku malas???

kenapa aku malas???


Pot..baik punya, time lunch or time aku x sihat-tido bawah meja


Semenjak 2 menjak ni, aku memang malas bebebor, gamaknya, aku malas nak bangun tido, aku malas nak lipat baju, aku malas nak kemas rumah, aku malas nak masak, aku malas nak mandi, aku malas nak gi kerja, bahkan aku nak gi buang air pun aku malas...pemalas tahap tenuk aku ni, tak tahu kenapa, bahkan nak bercakap pun aku malas, aduyaiii...datang opis hanya memenuhkan masa 8 jam berkerja, sedangkan aku tak bekerja pun(ish...gaji buta lak, tak berkat), tapiiiii....memang ya pun, aku datang buka bilik, buka lampu, buka komputer(mana leh buka),on komputer, aku lepak-lepak, lepas tu termenung, member sebelah bilik aku pun pelik apasal aku moody jer, aku pun tak tau kenapa aku berkeadaan macam ni, tak pernah macam ni rasanya, nasib baik Tuan Haji tak ada, meeting kat Saujana Resort Subang, 3 minggu, kalau dia tahu aku datang lambat hari-hari, aduh..parah aku. Surat-surat yang 2 bulan lepas pun aku tak failing lagi, korang bayangkan banyak mana surat-surat selama 2 bulan tak masuk fail..ish..dasyatnya aku ni. Lagi dasyat 2 dan 3 menjak ni, aku hantar anak aku ke nussery dengan tak mandi, ye la sekali fikir kesian dia pulak nak mandi pagi-pagi sangat, hidung pun asyik berhingus jer, tapi sememangnya pun aku memang malas nak mandikan dia pagi-pagi, pampers pun hunsband aku tolong tukarkan. Aku bangun pagi siapkan diri aku, angkat anak, aku gi keje, breakfast anak ngan husband aku pun, aku suruh dia gi kedai...sian dioarang, ni dah bukan pemalas tahap tenuk ni, ni dah pemalas tahap dewa dah ni, macam mana aku nak hilangkan rasa malas ni, entry ni pun aku amik masa 3 hari nak tulis, sebab dah malas sangat.




Surat-surat aku malas nak failing dari tahun lepas, kalu boss cari kejung aku nak belek satu-satu..aduyaii...pemalasnya aku



Tapiiii.... hari Sabtu lepas, aku jadi tak berapa nak malas dah, korang tau kenapa...ngeh..ngeh..ngeh...

Tadaaa......!!!!!



Hadiah Annivessary,kahkahkah...nasib husband aku paham kenapa aku malas nak masak, malas nak kemas rumah,dan malas segala-galanya, dah 2 minggu baru nak bagi, huhuhu sedihnya, jenama TITUS, aku tak tahu mahal ke murah tapi ada warranty bateri 5 tahun dan mesin dia 5 tahun, ahhh..aku tak kisah semua tu, yang penting, memang yang aku idam-idamkan nak blink-blink tepi and ada tarikh..yahoo....jenama TITUS tu ape????







8 comments:

  1. bestnyerrrr dpt adiah titus...
    titus ni mahal la sis...
    siyes mahal...
    haih, bertuah badan..

    ReplyDelete
  2. OOO...ye ker..x tau la pulak,tu la buta pasal jam, dengar nama cam cikai je, lain la CASIO ke, ESPRIT ke,GUESS ke..ni titus..anyway thanks dik..baru akak tau..wakakaka..(ore kelate kato darat)

    ReplyDelete
  3. ishh..jgn la slalu malas2 cenggini...bad habit la kalo pompuan malas....huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. hahahaha..ape kene nih..oo dah dpt jam ni ok lah eh...
    kalo nak tahu...satu hari asik duk telek jugak jam 'blink blink' dia tuh...ish ish..parah2...

    ReplyDelete
  5. Sibuk tanya Titus Tu jenama mahal ke..Baru tahu Mahal ke tak jam tu. So lepas ni jgn duk malas2 lagi.. Buat2 la rajin2. Tak berubah sejak muda lagi..

    ReplyDelete
  6. gile la. tido bwh meja tu... ahaha!

    ReplyDelete
  7. Penyakit "m" = penyakit malas...
    Penyakit ni adalah dari jangkitan makhluk halus dari bangsa jin yang juga dikenali sebagai "syai..n"... yg membisik2kan pada bangsa manusia supaya terus malas dan jadi rosak.
    Jangan layan sangat malas2 ni. Itu juga tanda tak bersyukur. Jangan bosan2 sehingga menebal jadi malas.
    Motivasikan diri sendiri...
    Sebagai muslim, obat yang paling mujarab ialah Quran. Baca surah2 yang sudah hafal, ulang2 dan tambahkan juga hafalan. Minda diisi dengan hafalan Quran walaupun tak banyak tapi terus usahakan supaya bertambah masa ke semasa walaupun sedikit tapi mesti terus istikamah.... sambung...

    ReplyDelete

jangan segan-segan nak kritik..i like..