Wednesday, January 7, 2009

Apa yang tersirat difikiran LELAKI

Disini aku suka untuk berkongsi 1 cerita yang pernah aku baca, cerita ni member aku yang email kan kat aku, bila direnungkan, cerita ni ada betulnya, tapi Alhamdulillah selama aku bergelar isteri, memang suami cukup suka bila aku bergaya, nak-nak bila kita berjalan berdua dengan dia, pastinya akan ada mata nakal lelaki lain yang pandang, seolah-olah isterinya cukup cantik di mata orang lain juga, sapa tak bangga beb...sebab tu la, suami ku tidak pernah 'complain' cara aku berpakaian asalkan tidak menjolok mata, apatah lagi di rumah, kecuali kalau dirumah mertua, tak pun mertua datang ke rumah, of course la kene sopan, pakai kain batik jer, padahal cover seluar pendek kat dalam..hahahahaha...
Perenggan
Baca la cerita ni sebagai renungan untuk kaum wanita..kalau yang terkena tu ubah la ek...biar kita sentiasa dipandang tinggi. Kita sepatutnya berada dirusuk kiri lelaki sebagai tanda dilindungi bukan dijadikan pengalas kaki untuk insan yang bergelar lelaki...
Perenggan
Renungilah dan fikir-fikirkan bersama....
Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak,Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.. Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumahtangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dansetelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.
Tab
Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya. Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.
Tab
Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.
Tab
Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain. Dia dengan berani memberitahusaya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya berT-shirt dan berkain batik. Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yangdibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2. Tiada topik menarik separti temanwanitanya yg boleh bercakap pasal politik, carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenalidunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.
Tab
Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan. Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.
Tab
P.S. Penting di sini kita memahami erti perkahwinan.Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita.Perkahwian adalah sebahagian kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah..Insya' Allah. Jangan dah terlanjur baru nak terngadah.
Tab
Ayg :Nasib baik la, lepas masak baru ayang mandi, siap lawa-lawa kan bang kan..hehehehe...kadang-kadang abang plak pelik malam2 pakai make up, siap pakai bulu mata 'bling-bling' lagi...buang tebiat ke bini aku ni..hahahahaha
"nanti aku pakai bedak banyak-banyak baru kau tau"- petikan dari Filem Pendekar Bujang Lapok

4 comments:

  1. isteri wajib berhias untuk suaminya

    ReplyDelete
  2. Yahh kasi bubuh bedak banyak2.. baru jd Raja Kapur baruhhh.. Hahahaha

    ReplyDelete
  3. kapur baruh, sabun orang mati la..uiiii...seremmm..

    ReplyDelete

jangan segan-segan nak kritik..i like..