Anniversary

Wednesday, January 22, 2014

Happy annivessary sayang.

22 Januari 2014, genap 10 tahun ikatan perkahwiman aku ngan En. Khus, 10 tahun aku melayari alam rumahtangga bersama suka duka, bengkang bengkok dalam menjadi suri hidup En. Khus.  Sekejap masa berlalu dah 10 tahun aku hidup sebumbung dengan seorang lelaki yang bernama Ahmad Khushairy Ahmad Rajali dengan ditemani oleh 3 putera yang diamanahkan oleh Allah untuk kami jaga, kami didik dan kami asuh supaya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.  Alhamdulillah, dalam tempoh ini juga banyak perkara yang telah kami kecapi bersama.  Tipu la, kalau aku kata dalam tempoh 10 tahun ni kami tak pernah bergaduh.  Tapi seperti kata lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, sedangkan lidah lagi tegigit, inikan pula suami isteri.

Aku tak pernah harapkan apa-apa pun hadiah dari En. Khus, cukuplah mengingati hari bahagia kami ini, dengan ucapan Selamat Hari Ulangtahun dan ciuman serta pelukan darinya, itu pun sudah cukup membahagiakan hidup aku, dan itu lah yang aku dapat di pagi hari sebelum melangkah ke bilik air pagi tadi.
Masuk keter, senyum sorang-sorang bila ingat detik bersejarah dalam hidup aku 10 tahun yang lalu. Terbayang kembali saat diijabkabul, saat bersanding, saat dirai bagai raja, walaupun sehari, semua tu adalah kenangan terindah dalam hidup aku.  Syukur pada Mu Ya Allah, kerana memberi peluang untuk aku mengecap saat-saat bahagia ini.  Syukur pada Mu Ya Rabbi kerana mengurniakan kami cahaya mata yang comel, syukur pada Mu Ya Rahman kerana memberikan kebahagian yang cukup sempurna ini.  Semoga ikatan kami ini berkekalan hingga jannah.  Aminnn...

~HAPPY ANNIVERSSARY MY DEAR EN. AHMAD KHUSHAIRY~

Wednesday, January 15, 2014

Erin (..life after "i do") First Giveaway

Erin (..life after "i do") First Giveaway

Salam,

Are you ready?? Ok, get set go!!

TEMA GIVEAWAY


 Daddy and Baby Cool


SYARAT PENYERTAAN

Mode garang is on! keskes

1)  Follow blog ..life after "i do"

2)  Buat satu entry dengan tajuk Erin (..life after "i do") First Giveaway

3)  Copy seluruh entry aku ni termasuk gambar tema dan gambar hadiah dan paste ke dalam entry GA di blog korang (printscreen tak mau aaa) dan jangan lupa letak link blog ni dalam entry korang tu.

4)  Dah paste entry aku kat entry GA korang, bawah sekali baru korang masukkan gambar suami dan anak korang yang korang rasa paling cool dan menarik (suami dan anak sendiri sahaja ye, suami or anak orang lain ku tak terima, mak-mak jangan masuk dalam gambar, aku nak tengok ayah-ayah mithali pulak, asyik muka korangggg je..hahahaha)

5) Bawah gambar tu buat entry ringkas pasal gambar suami dan anak korang tu, mungkin boleh bagitau kenapa gambar tu ko rasa cool dan menarik sangat dimata ko (itu contoh ye). Nak merepek pun boleh, tapi jangan la panjang sangat.

6) Jangan lupa paste link entry giveaway korang tu di ruang komen entry ini, kalau lupa tak dapek den nak nolong..gahaha

7) First Giveaway aku ni akan bermula pada 15 Januari 2014 sampai 15 Februari 2014.

8) Sila baca syarat penyertaan betul-betul, tak lengkap kalu, reject la jawabnya. Sebarang surat menyurat, whatsapp, sms, kolling-kolling tidak akan dilayan (paling muka ke tepi) kahkah..hoihhh garang sangat ni. Boleh je nak tanya apa-apa, komen je kat sini, nanti aku jawabkan, nak email pun boleh, nak whatsapp pun boleh, saya tak garang, baik je..huhu

9) 3 orang pemenang dengan gambar paling cool dan menarik sahaja akan dapat hadiah ini



Boleh gantung di playroom anak :)

Ok, tu je, join ramai-ramai ye, bye!


Haaa..ko..datang pulak contest baru..nak join!!..nak join!!..best la macam-macam ader..
Papa ngan Ayish, gi potong rambut, sebab dah panjang sesangat, tapi dak Ayish ni takut ngan orang, langsung tak nak ngan pak cik gunting rambut tu.  Masa nak gunting tu, kene la papa pangku sambil tenangkan Ayish yang nangis dah macam kene dera, walaupun nangis tak hengat, tapi masih tahan kepala untuk digunting rambutnya sebab papa dok pujuk-pujuk, sampai baju papa belumuih ngan rambut Ayish. Steady la papa, still cool layan kerenah Ayih Kibung ni. 

 Mithali la sangat kan?? (tangan di dada mata pandang atas)

Umie Sue 2nd Give Away

Assalamualaikum semua..

Sejak aktif semula berblog ni, saya mula melayari dan berjalan ke blog-blog lain sambil mencari pengalaman dan ilmu dari bloger-bloger lain yang dicurahkan melalui penulisan.  Dalam berjalan tu tersinggah blog UMMI SUE untuk pertandingan Give Away bertemakan anak soleh dan solehah.  So try la join mana la tau rezeki Ayish dalam dunia blog mummy yang baru nak berjinak-jinak ni.

Sapa yang nak join sekali pun boleh..

SYARAT PENYERTAAN

- Follow Blog [ http://insyimanhafiz.blogspot.com/ ]
- Letakkan Link [ http://insyimanhafiz.blogspot.com/ ] di blog list (wajib)
- Letakkan SATU GAMBAR SAHAJA
- Entry ringkas dan di bawah gambar sertakan doa untuk anak
- Add Link enrty di blog UMMIE SUE bersama nama anak
- Sebelum 20 JANUARI 2014

Doa untuk kesayanganku AHMAD ALHAM DARIS

Bismillahirrohmanirrohim
Ya Allah Ya Salam

Ketika Engkau menebar keselamatan pada hari ini,
maka dahulukanlah untuk anakku ini…
tambahkan kesabaran dan beningkanlah hatinya ketika semua manusia dalam keadaan kekaburan..

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Indahkan kehidupan kami dengan kesolehan anak-anak kami
Peliharalah anak-anak kami yang kecil
Kuatkanlah anak-anak kami yang lemah
Sucikanlah kalbu mereka
Bersihkan kehormatan mereka
Sihatkan tubuh badan mereka
Cerdaskan akal mereka
Indahkan akhlak mereka

Wahai Zat yang nama-Nya menjadi pengubat
Jadikanlah ia dalam golongan orang yang selalu menerima rahmat kasih sayang-MU
kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang berjuang demi agamu-Mu

Gabungkanlah mereka bersama orang-orang yang bertakwa kepada-Mu
yang mencintai Nabi-Mu, keluarganya yang suci, dan sahabatnya yang mulia
yang berbakti kepada orang tuanya
yang bermanfaat kepada bangsanya
yang berkhidmat kepada sesama manusia

~ Amin Ya..Rabbal 'Alamin ~




Tuesday, January 7, 2014

Sebenarnya Dia Suami Sayer

Haluuuu...

Tetiba nak up entry pasai En. Somiku sayang, sapa lagi kalu bukan En. Khush..
Ni gara-gara, aku cek photo kat phone aku ngan Ipad, penuh ngan gambo candid aku ngan En. Khush, dalam camera pun banyak gamba-gambar  dan adegan-adegan yang tak patut anda lihat kih..kih..kih..
Ni semua keje anak jantan sulung aku ler, suka snap sana sini, bukan takat gambo jer, video pun ada, time aku dok membebel kat kereta, time aku kat dapur, time aku borak ngan En. Khush, eh banyak ler, kalau orang selongkar phone or Ipad boleh mendatangkan kemaluan yang teramat besar sekali.  Haih la Abang Long..Abang Long..

Aku ngan En. Khush ni jenis selamba jer depan anak-anak, selamba tu maksudnya bukan ler outspoken ker..gaduh ker..marah ker..depan anak-anak.  Tapi cam bergurau ker, peluk-peluk ker,sayang-sayang ker..cium-cium ker..dengan kata lain menunjukkan kasih sayang.  memandangkan Abang Long dah umur 10 tahun, jadi dia banyak faham, apa yang kitaorang cakap, apa yang kitorang buat, jadi kitorang perlu jadi contoh untuk dia.
(antara aksi-aksi terlampau aku ngan En. Khush yang telah di'snap' anak jantan betuah)

Lagipun En. Khush tu bukan jenis romantik pun, aku yang suka buli dia, haiipppp, bukan buli cam gengster tu, buli-buli manja la, bergurau, kadang time makan suh dia suap, cam tu la, dan satu lagi perangai buruk aku, time En. Khush makan tu aku suka sepinggan ngan dia,  yang dia makan tu la yang aku nampak sedap, kalau makan kat kedai cam tu jugak, aku order lain, En. Khush order lain, alih-alih, aku makan dia punya dia makan aku punya, boleh cenggitu, buruk perangai punya bini kan? jadi sebab aku dah terbiasa macam ni jadi, anak-anak aku pun dah biasa sangat tengok aku ngan En. Khush over acting, kadang-kadang Abang Long sound, mummy ngan papa ni asik dakap jer, boleh gitu?

Tapi En. Khush is the best husband forever and ever, dia la pendamping aku saat suka duka aku, berkongsi cerita, pendengar yang setia time aku tensen, penasihat  aku time aku hot, may be this is what we call relationship.  Aku jarang bergaduh ngan En Khush, sebab dia lebih banyak diam kalau aku lepaskan ketidak puasan hati, so bila dia diam, keadaan back to normal.  Anak-anak pun rapat ngan dia berbanding ngan aku, terutama si kecik Ayish kibung tu, memang rapat tahap gaban.  Kalau aku nak kuar rumah gi kedai ke, main netball ke, Ayish siap 'babai mami', tapi kalau en. Khush keluar, even nak jemur kain je pun, si kecik tu akan ngekor dari belakang, pendek kata kalau En. Khush bergerak, sekaki sekaki si kecik tu membontot dari belakang.  Sampai En. Khush cakap, budak Ayish ni keluar dari perut papa agaknya.

 Hampir 10 tahun aku hidup dengan En. Khush tak pernah walau sekali pun aku betul-betul merajuk ngan dia.  Banyak kajian yang aku baca, dan ceramah yang aku dengar, kalau suami peluk isteri sekurang-kurangya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya 5 tahun, aku ngan En. Khush kalau nak gi keje lepas salam peluk 15 minit..Insyaaa Allah..panjang umur kami..ada jugak yang aku baca kalau suami peluk isteri, isteri boleh kurus, patut lah aku menten, sejak kawin 10 tahun yang lalu, (yang ni perasan tahap gaban) rasanya tu dah memang rutin aku ngan En. Khush kot.  Sebab tu anak-anak pun dah lali.  Ni bukan nak bukak pekung didada, tapi untuk sama-sama berkogsi bahawa kajian-kajian tersebut ada benarnya.
(Ini bini manyak buat dosa oooo..
hari raya jer mintak mahap peluk cium bagai...
sekali setahun menyesal pompuan nih, lepas tu buat balik)

tengok pak mertua aku tu..senyummmm jer..dia tau menantu dia ni manyak dosa, tu mintak mahap beria.

Tak lama lagi nak anibeseri yang ke 10 nih, wahhh dah 10 tahun aku sembumbung ngan En. Kuyus Khus ni.