Anniversary

Friday, March 27, 2009

ANONYMOUS

Aku benci betul dengan anonymous ni, suka comment tapi tak tulis nama, konon x nak orang tau la sapa dia, ni pesen baling batu sorok tangan kat belakang la ni, tak berani nak berdepan, tapi nak tahu pasal orang, orang macam ni pun ada, orang yang menggelarkan diri dia anonymous ni, orang yang tak berani berdepan,tapi nak bersuara, tak nak orang tahu sapa dia, ala-ala kalau pergi dengar ceramah, dok pot pet..pot pet kat belakang, bila orang tanya ada masalah, tak berani pulak nak bersuara...sudah la..kalau nak baca-baca jer la..kalau nak kritik ker..komplain tentang penulisan orang lain ker, bagitau la..tak yah nak menggelarkan diri sebagai 'anonymous', pengkritik politik pun berani mengkritik di khalayak, ini yang x nampak muka pun tak berani nak bagi nama..eh..pooo dahhh...sibuk jer...aku punya blog aku punya suka la nak tulis apa pun..sekadar lepas perasaan, daripada perasaan tu terjeruk sendiri, baik aku jeruk dalam blog aku...kecoh lak...kalau 'anonymous' tu jantan, makanya dia seorang yang penakut, jantan penakut, baik x yah ada 'telur' nak comment tapi x nak publish, baik tak yah jadi jantan, kalau 'anonymous' tu pompuan, memang dasar suka jaga tepi kain orang la, mesti memang kaki mengumpat dan mengata ni, tak pun pompuan yang jenis tak ader idung sebab malu nak berdepan..

Hati seorang wanita

Hari ni aku didatangi seorang kawan lama, kawan yang begitu lama aku tak jumpa, last jumpa 7 tahun lalu sebelum aku dan dia kahwin, masa kitorang jumpa dulu dia bawak balak dia yang sekarang merangkap suami dia, aku masa tu 'lone ranger', sedang mencari-cari yang sesuai..hehehehe..kebetulan minggu ni dia ada kerja kat KL,so, dia amik kesempatan jumpa aku, memang teruja sangat sebab masa belajar dulu,dia la kawan sama-sama meronggeng ngan aku,
.
Masa jumpa dia 7 tahun dulu badan dia montok, sama macam belajar dulu..dan dia memang rebutan semua jejaka Malaya, tapi hari ni..kawan aku tu memang lain sangat, kurus, cengkung, pucat..dah macam zombie pun ada. Terkejut gila aku tengok dia, dia pun sekarang anak dah 3, selalunya orang bila dah bersalin makin kembang la sikit, tapi dia makin kurus dan cengkung, mula-mula dia tak nak bagitau aku, tapi last-last dia story jgak kat aku...tapi sebenarnya aku memang dah lama tak berkenan ngan laki dia tu, dari dulu lagi, masa belum kahwin lagi, laki dia tu suka sangat mengongkong, nak gi situ kene bagitau, nak gi sini kene bagitau, aku pun naik rimas, kadang-kadang keluar ngan sama-sama perempuan pun bole jadi kes besar kalau tak bagitau, tapi kawan aku dah macam kene cucuk hidung ngikut jer apa kata balak dia ni, aku ingat lepas kahwin dia berubah, rupanya tak, tambahan pulak kawan aku ni gaji besar la jugak berbanding laki dia tu, yang lebih menyedihkan, dia pulak yang berlagak dengan harta benda kawan aku tu, mengikut kata kawan aku tu, buat masa ni, kaki tangan tak pernah la lagi naik, tapi penderaan dari segi emosi, kalau laki dia naik angin, kata-kata kesat tu dah biasa sangat.
.
Memang dari aku kenal, laki dia dulu lagi selalu menghamburkan kata-kata kesat kat kawan aku tu, tinggi-tinggi suara tu memang pernah la aku dengar, aku ingat lagi masa dulu, aku dan kawan-kawan yang lain pernah nasihatkan dia tinggalkan boy friend dia tu, tapi yang tu jugak pilihan hati dia, berkenan tang mana aku pun tak tahu, kalau gaduh, bab-bab pujuk memang manis bahasa, depan rumah sewa kitorang dulu pernah berembun sampai tengah-tangah malam, semata-mata nak pujuk kawan aku tu, last-last cair jugak hati seorang perempuan ni, masa dia bagitau aku tu, memang menyirap darah aku ni, dan aku tanya dia, sampai bila dia tahan dalam keadaan macam ni, dengan senyum dia jawab kat aku, sampai dia tutup mata, Insyaa Allah dan sebab dia sayangkan anak-anak dia, dia tak nak anak-anak dia membesar tanpa seorang ayah, murni sungguh hati perempuan ni, kalau aku, usahkan sampai kahwin, belum kahwin lagi aku dah tinggalkan dia, sepanjang aku kenal dia dulu, memang dah macam-macam laki ni buat kat dia, tapi macam tu la..gaduh-gaduh..baik..gaduh-gaduh baik, kawan aku ni memang cantik, lawa, dia free hair, kalau tgk dengan tinggi lampai dia, memang macam model, tapi macam ni jadinya.
.
Aku betul-betul tak sangka, mungkin Tuhan nak uji dia, sebab dari segi kehidupan, kawan aku ni, ada segala-galanya, senang cerita senang lenang la, tapi Tuhan uji kehidupan dia dalam keadaan macam ni, buat masa ni family kawan aku ni tak tahu lagi masalah diorang ni, sebab kalau kawan aku balik kampung pun jarang sangat laki dia ikut, alasan yang kawan aku bagi, suami dia kerja tak leh cuti...tak kan la dalam setahun 365 hari, bersamaan dengan 12 bulan langsung tak leh cuti, balik kampung sama-sama. Kawan aku cakap dia takut nak bagitau family dia, sebab dulu pun mak ayah dia pernah tentang perkahwinan dia ni, kalau dia berpisah ngan suami dia lagi la, mak ngan ayah dia akan balikkan pada dia atas apa yang berlaku. Kalau aku jadi mak dia pun aku pelik..sebenarnya banyak yang dia cerita kat aku, cerita yang memang menyedihkan, dan membuatkan darah aku sentiasa menyirap..tapi itu dah jalan kehidupan yang dia pilih..lelaki kalau sebelum kahwin perangai dah macam 'nates'(terbalikkan) sampai dah kahwin makin la keluar 'nates'nya..
.
Nak nasihat pun dah tak ada gunanya, sebab semuanya dah berlaku, nak tak nak kene telan jugak, lepas dia balik aku terfikir sendiri, kadang-kadang nasihat orang lain, nak-nak orang tua memang banyak gunanya, kalau kita ikut cakap orang tua, Insyaa Allah, Allah akan bagi ganjaran untuk kita, sebab kebanyakan yang ikut cakap orang tua semuanya hidup aman dan bahagia, tapi kalau soal pasangan memang banyak tak ikut cakap orang tua, (termasuk aku), dari segi kebahagian, Alhamdulillah aku hidup bahagia, tapi dari segi kesenangan hidup, tak la senang sangat dan tak la susah sangat, setakat cukup-cukup makan tu o.k la, mungkin aku diuji dari segi begitu plak. Ntah la sebab manusia tak bole meramal masa depan, kalau kita dah tahu mesti kita tak buat kan?, sebab tak boleh meramal masa depan dan tak boleh nak menterbalikkan masa la, kita kene fikir dulu apa yang kita buat..sebab kita hanya mampu merancang, yang tentukan adalah Dia yang Maha Agung..

Buat Renungan..

Anda mungkin mempelajari sesuatu dengan membacanya!!!...ini diambil dari email ntah sapa-sapa bagi..tapi sedikit sebanyak yang aku baca tu ada betulnya jugak..
Renung-renungkan dan selamat beramal..hehehehehehe(macam hot fm lak)
.
PERTAMA
Bersedekahlan kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
.
KE-2
Kahwinilah lelaki/wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu sama lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
.
KE-3
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
.
KE-4
Apabila kamu berkata ' aku cinta padamu' maka tunaikanlah
.
KE-5
Apabila mengatakan, 'Maaf' tenunglah matanya.
.
KE-6
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
.
KE-7
Percayailah cinta pandang pertama.
.
KE-8
Usah tertawakan imipian orang lain..Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
.
KE-9
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
.
KE-10
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
.
KE-11
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
.
KE-12
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
.
KE-13
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya, 'Kenapa anda ingin tahu?'
.
KE-14
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
.
KE-15
Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang itu bersin
.
KE-16
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
.
KE-17
Berpeganglah kepada 3R (Macam siri TV lak)
.
1. Rasa hormat pada diri sendiri
2. Rasa hormat kepada orang lain
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua orang.
.
KE-18
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
.
KE-19
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
.
KE-20
Tersenyumlah ketika menjawab telefon..Pemanggil anda akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar
.
KE-21
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.
.
Adakah semua perkara diatas ada kene mengena dengan diri anda..kalau tak ada ambilah part yang anda rasa elok untuk diamalkan..semoga hidup anda CERIA SELALU..

Wednesday, March 18, 2009

Kisah Jue Di Suatu Hari

Jue..jue kenapa la ko kelakar sangat...

Pagi...

Alamak dah lambat ni, tak sempat ni, nak kene tunggu bas lagi, ish...naper bole bangun lambat plak ni, antar sms kat Risha la tolong punch..

Risha kita lambat sikit..cam biasa la ek...

Ermmm..roger...(Suruh aku punch la tu)

bersiap ala kadar je la, nanti make up kat ofis....

Berlari-lari ke bus stand..tunggu bas....

Ish..ramai pulak orang ni, sumer lambat ker..tengok jam

BAS SAMPAI...

naik bas..duduk...

Lupa tadi nak pakai lotion baru beli kat APEX semalam..rasanya ada lagi dalam beg, (buka beg tengok-tengok dan cari-cari dalam beg, ada..lotion baby johnson colour purple, wangi gila), buka letak kat tapak tangan sikit, dan sapu-sapu, sambil action dengan orang sebelah lotion aku yang wangi..hahahhaha... tengah sapu-sapu, lotion tadi berbuih, makin lama makin banyak buih, ambik balik botol tadi baca, rupanya JOHNSON BABY BEDTIME BATH...
bila masa plak lotion ni bertukar jadi shower lak, cam mana plak nak sapu buih ni, biarkan kering kat tangan sampai opis terkocoh gi bilik air,basuh tanga dulu....

Tengahari...

Tak nak makan ke lapar ni..?

Eh mesti la nak..

berjalan dengan jue gi cafe blok E7...

" Jue naper sambal belacan ni ada dua, lain-lain ke ni"

" ah..ah lain, satu sambal belacan pekat, satu sambal belacan cair.." muka selamba dan selenga menjawab pertanyaan aku..

"ada plak sambal pekat, sambal cair, ermmm..x per la aku ambik yang pekat ni, nampak cam best.."

"kita ambik yang cair ni..."

Lepas beli, naik balik opis, makan kat store..

"bukan la jue ni, bukan sambal belacan cair, sambal belacan pekat, ni tempoyak la ngok...aduyai..ada plak sambal cair sambal pekat.."

muka Jue tetap selamba dan selenge...

Sambil menikmati makanan, sambil gelak-gelak..teringatkan perangai Jue dari pagi ke tengahari..

Tengok jam..kul 2.00 petang..masuk balik opis, sambung buat kerja..

"Risha...kuat betul bau sambal belacan ni, kita dah cuci pakai sabun pun tak hilang lagi..."

"ko cuci pakai lotion bedtime bath ker...?"

gelak....

Jue masuk bilik duduk...pastu aku gi jenguk dia nak amik air kat peti ais bilik jue..nampak jue tengah spray-spray bilik..

"nape ni spray-spray ni.."

"sambal belacan ni kuat betul, macam ikut jer mana kita pergi, rasa cam satu bilik bau sambal, risha tak bau ker"

muncungkan hidung sambil hidu-hidu..

"tak der pun"

Jue spray-spray lagi, sampai ke aku sekali dia spray pakai air freshner..

"oit-oit ko ingat aku x der minyak wangi ker?"

Gelak...

aku masuk bilik aku buat kerja balik...

tipon bendering..nombor 3004(jue) keluar kat skrin

"ada apa?"

"rishaaa....patut la bau belacan..rupanya belacan kene kat selendang kita..macam mana ni..busuknya..."

aku letak phone trus pergi kat tempat dia..aku tengok kat selendang dia ada melekat sambal belacan, elok jer, betul2 kat bawah dagu.."

perut ngan pipi aku rasa kembang..gelak kan dia..patut la bau tu ikut dia, rupanya belacan dekat ngan hidung...

ko memang lawak la Jue..

jue memang lawak gila..tengok wayang citer kelakar, tapi tak pernah gelak, 1 panggung gelak tapi dia muka selamba..bila tanya..tak lawak pun...aku pun tak tau benda macam mana yang dia anggap lawak..ko memang tak ada perasaan la JUE

Friday, March 13, 2009

Lepas Perasaan..dan perasan..


Perasaan dengki, iri hati, cemburu, dendam adalah perasaan semulajadi manusia, bila kita lihat orang lain berjaya, orang lain senang, orang lain lebih lucky dari kita, timbul semua perasaan macam tu..tapi kadang-kadang baik kita tak payah tahu kan, kalau seseorang tu punyai perasaan cemburu, iri hati, dendam pada kita..sebab bila kita dah tahu, kita akan rasa geram, bengang, marah dan macam-macam lagi, sebab selama ni kita pernah tolong dia, berbuat baik dengan dia..tapi last-last dia berdendam pada kita, lebih menyakitkan hati lagi bila beza taraf pendidikan juga, lebih tinggi pada kita, diri akan dipandang rendah...huhuhu sadis punya olang,tapi tak pe,at least walaupun rendah kita tak pernah menyusahkan orang, hidup senang, dapat apa yang diigini, malah nampak lebih'high class' , mau tak nampak 'high class' bila menjadi orang kanan pada golongan profesional, bergaul dengan dato'-dato' dan datin-datin, dalam diari pejabat pun, nama kita tertulis menjadi orang no 2 kepada golongan-golongan ini, tak bangga tu..of course la bangga..tapi walaubagaimanapun orang-orang yang bukan selalu melingkari persekitaran hidup kita selama ni tak kan tau semua tu, yang pasti dia akan kata..hanya dia sahaja yang terbaik..hanya dia yang lebih segala-galanya,tak kisah la semua tu, asalkan kita tidak menyusahkan hidup orang lain..ini kalau susah pada kita jugak datang mengadap, pada kita jugak datang menyembah dan mengadu, tapi perasaan dalam diri tu sentiasa dengki dengan kesenangan yang kita ada...
.

Kenapa aku dididik oleh ibu bapaku mesti sentiasa baik pada orang lain..mesti tidak buruk sangka pada orang lain..aku juga ada perasaan nak membalas dendam......
ish....tak baik berdendam, nanti payah rezeki nak datang, biar la orang buat kita, jangan sesekali kita membalasnya balik', tapi macam mana perasaan sakit hatiku ini, sesungguhnya didikan ibu bapaku terlalu murni, supaya aku jadi orang yang berguna, dan menjadi orang yang baik budi pekertinya..tetapi kenapa mesti ada jugak orang yang dok mengutuk, dan mengata belakang..mak aku cakap lagi " biar lah orang nak cakap apa pun, kita tak minta duit dia pun, kita tak pernah mintak tolong dia pun, malah kita tak pernah menyusahkan hidup dia, biar lah"



Memang la, kadang kala kita pun tak sedar kita ada menyakiti hati orang, sudah adat semulajadi manusia, tapi yang tetap pelik menjadi persoalan dalam diri aku ni, dok mengata, dok mengutuk, tapi datang minta tolong, bukan setakat tolong dari segi kewangan, kadang-kadang sakit pening pun datang jugak mengadap tu, adui..aku tak tau nak describe orang macam ni, orang jenis apa, setahu aku jenis tak tahu malu satu, lepas tu satu lagi jenis yang bodoh sombong, bodoh tak leh nak ajar, cerdik tak leh nak tumpang, ish tak baik aku berperasaan macam ni, sesungguhnya limpah kurnia yang diberikan adalah dari Dia yang berkuasa....

Andai kata mengguris rasa, andai suara terkasar bahasa, andai laku khilaf sifatnya, andai mata serong pandangnya dan andai hati tersalah tafsirnya, mohon ampun dan maaf kepada semua yang menegenali diri ini, sesungguhnya..sifat manusia tu selalu pelupa...

Wednesday, March 4, 2009

PINDAH



Kerja pindah rumah ni memang memenatkan, rasa macam banyak dah kemas barang, tapi bila tengok, macam tak luak-luak lagi, apa yang banyak pun aku tak tau, mungkin barang kecik-kecik yang banyak kot, masuk kotak senang, nak keluarkan dari kotak balik yang malas, dah bertimbun-timbun kotak kat umah baru aku yang belum aku kemas, nak buang takut nanti esok-esok cari balik, selalunya macam tu la, bila aku buang jer barang tu..esok lusa dah nak pakai, penat beb..lepas angkat barang besar-besar dari rumah lama(Putrajaya) ke rumah baharu, baru la aku rasa bersepah yang amat sangat, aduyai...penin palo den..jenis aku plak aku suka buat kerja masa orang tak ada, mean's orang tak tengok aku buat kerja, itu memang dah style aku, kalau bos ada kat depan pun aku jadi tak ader mood dah buat kerja, ye la aku ni bukan jenis menunjuk-nunjuk..tapi segala kerja aku selalunya dipuji oleh bos (kembang idung ni), maknanya walaupun aku tak tunjuk kat bos aku buat kerja, tapi bos tau la kan... tahap kreadibiliti aku sebenarnya..hehehe..(kembang lagi)...tapi tu la, masa pindah tu mertua aku ada, so dia la tolong kemaskan, katil-katil kat bilik pun dia yang pasangkan, biarla dia...senang skit keje aku( memang hidup nak senang jer), masa hari pindah tu aku buat nasi tomato, nak jamu kengkawan abang aku yang tolong angkat barang, sebab aku tak guna movers, aku amik lori KASTAM jer, dah ada kemudahan kat situ, kita gunakan la, kalau tak.. buat apa kerja ngan gomen, kalau tak ada kebajikan untuk pekerja...tul..kan..kan..kan?


Inilah pondok buruk indah ku, walaupun tak segah dan secantik mana pun, namun aku tetap bangga sebab aku dapat beli dengan hasil titik peluh, keringat aku( rasa tak berpeluh pun, 24 jam dalam aircond), ye la, tak la seperfect mana pun, tapi tak kisah la janji buat masa ni aku puas hati, pelan-pelan la buat, biar hutang ke atas rumah ni langsai, baru aku fikir soal lain, bagi aku suami isteri, dah cukup bersyukur Alhamdulillah, dapat tempat berteduh untuk kami anak beranak, kiranya dah lengkap la hidup aku suami isteri, ini la baru di panggil hidup berumah tangga, sebab berumah dan bertangga...hehehehe...

No rumah aku 69, memang lawa gila la..(ceh perasaan) tapi memang ye pun, bertuah dapat no tunggang terbalik ni, asalkan hidup kami sekeluarga tak tunggang terbalik dah la, tapi yang bestnya kat sini(bagi aku la) sebab semua komunitinya melayu, berdekatan dengan sekolah dan kedai-kedai, lagi pun aku pilih tempat ni dulu pun sebab aku tengok semua melayu, yang penting anak aku nak main basikal, nak keluar main tepi-tepi jalan tak takut dek salakan anjing, itu yang pastinya, sebab aku pun memang takut bunyi lolongan anjing di waktu malam, orang dulu-dulu kata kalau anjing menyalak malah-malam, ada yang tak kene, bila dengar camtu yang buat aku suspen tu, aku ni kan jenis penakut sikit, dan kawasan kat sini tak bising dengan hiruk pikuk kota, aku ni asalnya dari kampung, jadi jiwa aku masih lagi dengan suasana kampung, aku nak anak-anak aku membesar dengan suasana yang jauh dari hingar bingar kotaraya, ye la minda kanak-kanak perlu diasuh dengan susana dan persekitaran yang tidak menyesakkan fikiran, itu mengikut daripada apa yang aku baca dalam majalah la...majalah apa aku dah lupa, tapi confirm memang aku pernah terbaca...

Ni bilik anak aku, dia minta aku cat, tapi belum berkesempatan lagi nak mengecat, papa nya ada sedikit 'M' bila sakit pinggang cat bilik kitorang hari tu, bila dah ada katil n bilik sendiri, lepas tu aku letak cadar kartun kegemaran dia, siap ngan lampu tidur atas pilihan dia sendiri, Alhamdulillah dia dah nak tidur sendiri, mula-mula biarkan dia tidur berasingan, aku pulak yang takut nak tinggal kan dia sorang-sorang, tapi dia nak, asal kan aku temankan dia dulu sebelum dia tidur, aku ingatkan tengah2 malam dia merayap masuk bilik kitorang, tapi rupanya sampai ke pagi dia tidur....

Lampu untuk bilik tidur dia ni pun atas pilihan dia sendiri, aku bagi 100% atas pilihan dia, nak tengok taste anak aku macam mana, rupanya..macam mak dia juga...hehehehe..yang kelakarnya, wireman nak pasang lampu ni saje.. berpeluh 1 badan..sebab lampu kapal terbang tu pun menyala jugak..berklip-klip..sok2 kalau padam..tak tau la macam mana plak tu, penin aku nak baikinya plak..adus...














Ini la bilik bilik tidur aku, my favorite colour, thanks la pada pencinta katak sebab bagi idea nak cat macam mana...i like....nyenyak la tido..hehehe..sebab aku ni bab-bab lain aku tak berapa kisah sangat, daripada aku bujang sampai la kawin, tempat tidur adalah tempat penting bagi aku, sebab tempat tidur adalah tempat untuk badan aku merehatkan diri secukup-cukupnya, setelah aku dah kerahkan seluruh anggota2 badan aku berkerja seharian so... tempat tidur yang selesa la hadiah untuk badan aku ambil tenaga semula, ceh...konon cam spa la..cam terapi gitu..tapi setengah orang tempat tidur tak penting asalkan bole lelap kan mata, sudah memadai, selain bilik tidur bilik kedua memang kene aku jenguk, kurang-kurangnya seminggu sekali adalah bilik air, kalau bilik air berlumut nak masuk pun geli, dari situ kita boleh nilai tahap kebersihan seseorang tu, kalau tempat paling simple macam tu pun tak boleh jaga, apatah lagi dapur, ruang tamu, dan sebagainya, tempat tidur aku bawah meja kat opis ni pun aku siap alas dengan selimut lagi, kasut pun tak pijak bawah meja ni tau...tapi itulah aku, kadang-kadang hubby aku pun naik pelik, bab-bab masak aku malas skit, malas tu ada sebab...ye la takut lantai berminyak..sapa nak mop kalau tak 'akak' jugak..so baik aku beli kedai kan...ala..nak makan pun dua mulut jer..membazir tenaga jer(cakap la malas) hua..hua..hua...
p/s-Insya Allah kenduri kesyukuran 21/3/2009(Sabtu) sebagai tanda dan memanjat syukur ke hadratNya dengan tulus dan Ikhlas diatas segala pemberian-Nya untuk dinikmati sementara ini adalah lebih afdal

Geng Pengembaraan Bermula..hah..betul..betul..betul

Jumaat 27 Februari 2009, jam 1.00 tgh aku bawak anak aku tengok citer ni, ye la..citer yang berepisod kat TV9 tu pun dia ikuti..sampai mira download kt komputer pas2 pasing kat aku pun, tiap masa dia nak tgk citer tu..pantang aku ngadap lap top suh bukak citer budak cam toyol ni...hehehehe..so..sebagai ibu yang memahami dan ibu moden..bawak la anak kesayangan ni tengok wayang, ermmm...kalau aku dulu mana la reti wayang2 ni, dah besar pun gi tengok Senario the Movie pun kene bebel dari petang sampai malam kat mak aku (btul tak yah?). Ye la orang tua, dia kata tengok wayang ni tak elok dalam gelap..padahal bukan buat apa pun, mungkin kat kampung aku wayang ni pusat maksiat,tapi tu dulu skang mak aku dah open dah..tapi yang pelik nya anak aku ni, ntah dari mana dia tau citer Upin Ipin ni keluar, aku pun naik heran, citer Tranformers, Batman, Cicakman pun dia tau, tiap kali citer-citer macam ni keluar terpaksa la aku jadi peneman yang setia bawak dia gi tengok..tapi sepanjang aku jadi peneman peribadi dia ni, tak ada pulak perasaan aku nak tengok citer ni ulang-ulang kali, tapi citer ni beb..wa cakap lu, memang world(cam Mawi lak), grafik, memang lawa, kalah citer move it..move it (Madagascar), Abang Long panggil move it..move it..hah!!!!... citer tu dia gi tengok ngan mak ngah dia, sib baik ada mak cik yang suka melayan anak buah dia yang cam ulat nangka ni...


kalau korang bujang ke..ada anak ke..bawak la dia gi tengok..nak tunggu DVD lambab beb..aku pun tengah bodek hubby aku gi tengok lagi sekali ni, tak puas tengok..sebab jalan cerita dia tak boring langsung, member sebelah bilik aku ni pun join sekali masa kitorang gi tengok, dia memang jenis tak ada perasaan, kalau orang buat lawak pun bukan nak gelak..tapi 1st time sepanjang aku gi tengok wayang ngan dia..dia puji cerita ni, padahal, sebelum gi, dia dok membebel..macam budak-budak tengok citer kartun....syok woo...1st time kartun malaysia yang pakai 3D high kelas macam ni..


Macam tengok citer real tu..waaa...puji melambung cam dibayar lak..tapi siyes beb..ada mutu...keunggulan...aku bagi 5 bintang untuk citer ni..so sokong la buatan Malaysia..hehehehe...