Aku tertarik nak tulis cerita pasal obses ni, bila aku terbaca blog suzan(flipflop), yang dia sangat obses dengan katak, so aku pun nak citer la pasal anak aku yang sulung, Ahmad Aliff Daniel, yang kitorang panggil dia Abang Long atau cipung2(panggilan yang diberikan oleh wan dia, sebab,masa dia umur 4 bulan dia suka bila orang panggil dia Alip Cipong). Abang Long ni sangat obses dan terpengaruh dengan kartun BEN10. Ala kartun yang kat Cartoon Network di astro tu dan yang tayang kat TV3 hari sabtu kul 10.30 pagi, kalu x silap aku la. Tahap obses dia membuatkan aku dan husband aku pening kepala. Kalau kitorang gi Alamanda kitorang akan elak lalu tingkat 2, kedai yang nama O'kidz tu, sebab kalu singgah kat situ, sah-sah duit kitorang pun akan singgah kat situ. 5hb Januari ni dia akan masuk tadika, sekarang tengah bodek-bodek kitorang nak beg sekolah BEN10, aku gi la jugak jenguk2 kat O'Kidz tu, mak aiii..regenya bole taruk minyak keta aku sebulan, sekarang tengah servey beg tu yang murah-murah,merata kitorang jalan, mana nak dapat yang murah kalu beg macam tu, sampai sekarang beg sekolah dia tak beli lagi.
(Koleksi BEN10 yang berjaya dikumpul setelah membodek mummy n papa)
Abang Long ni selain daripada BEN10 dia jugak obses dengan 2 benda lagi, model-model kereta yang bersaiz kecil dan Play Station(PS 2). Kalau time cuti, bangun jer, pasang PS2, kitorang nak tido pun tak boleh sebab kalau dia main mulut dia tak diam. Aku pun naik pelik apa yang best sangat dengan PS2 ni. Tapi yang bagusnya Abang Long ni, kalu benda-benda yang dia sayang dia akan simpan elok-elok lepas dia main, sebab dia takut aku buang, aku pernah buang model-model kereta kesayangan dia melalui tingkap, sebab aku bengang bila terpijak, sebab tu model-model kereta, dia banyak simpan rumah wan dia kat Seremban, sebab bila balik Seremban dia senang hati sikit nak main, aku nak marah pun control jiwa lagi, ye..la..depan wan ngan atuk dia tak kan nak marah lebih-lebih, silap-silap aku yang kena balik. Korang cuba bayangkan model kerata Ferarri yang jual kat Shell dulu tu semua dia kumpul, yang kopaknya aku, kene tuang minyak RM40 dulu baru boleh beli kereta tu, kadang bengang jugak naper la umpan pembeli dengan benda-benda macam tu, kalau x perlu isi minyak dulu, x per la jugak, model kereta James Bond pun dia bodek jugak kitorang beli, tapi aku cakap "mummy dah tak isi minyak kat situ tak boleh beli", lepas tu dia punya la mengamuk sampai bergoyang kereta kecik aku tu, last-last dapat jugak sebijik.
Koleksi jam BEN10
(Tu baru separuh hehehe.......2 paruh lagi dia simpan kat Seremban)
Masa ni, dia tengah asyik main PS2, dari pukul 8 pagi sampai 12 tgh, last-last menangis sebab keypad PS2 dia kene sorok kat papa dia sebab tak mandi dari pagi sampai tgh. Dah la keypad sebelum ni dah rosak sebab obses sangat main, merayu kat papa dia beli baru, sifat papa yang berjiwa kebapaan ni pun beli la yang baru, kalau ikutkan hati aku, memang aku tak kasi beli, tapi kesian pulak sebab tu dah hobi dia selain buat bising dengan motor besar berkuasa bateri dia, pemberian wan dia untuk cucu sulung kesayangan. Seronok budak-budak sekarang ni, tak macam aku dulu, hobi, main masak-masak ngan kawan-kawan seangkatan dengan daun-daun kayu sebagai ulam nasi kerabu, tak pun main
polis sentry(btul ke eja tu). Tapi Bagus jugak main benda-benda camtu dulu, sekurang-kurangnya menjadikan aku seorang yang aktif dan produktif, hehehe...kiranya ada la aktiviti sukan aku dari sekolah rendah, menengah,Politeknik, sampai la aku dah beranak dua sekarang ni, still aktif, sebab tu la aku tak kisah sangat kalu anak-anak aku nanti nak aktif macam aku, kurang-kurangnya ada bidang yang dia pandai,kan..kan..kan...
P/S - Sekarang tengah bodek nak kumpul lagi koleksi BEN10, huhuhu..penin palo den...
mmg abg long obses Ben10. nak tgk tv pn tak boleh. org men PS2 die nk men jgk. pastu tgk tb die plk dok kaco kate ade cite Ben10 tu. adoii... ahaha. jgn si Dani plk join... =p
ReplyDelete