Wednesday, January 28, 2009
Life Begin 40
Thursday, January 22, 2009
aNniVerssaRy...
Berkenalan...
Saat ayang kenal abang, bukannya trus tangkap cintan, nak kata hensem..ermmm..bole la(jahat tak), nak kata banyak duit, bole tahan la..coz dah bawak kereta gi kerja, nak kata macho..ermmm..sopan sangat..tapi masa tu belum kenal sepenuhnya, tapi disebabkan abang sopan dan baik hati, baik ayang ngorat abang dulu kan? first time kuar ngan abang pun, kuar ramai2 saje nak test, macam mana, so far OK. Lepas tu, ajak abang kuar berdua lak, masa ni la yang buat ayang teruja sikit ngan abang, bila seronok jalan2, abang singgah masjid untuk semayang Zohor, masjid As Syakirin kat KLCC. Lepas tu pusing2 lagi kat Lake Garden, abang singgah lagi kat Masjid Wilayah Jalan Duta, semayang Asar. Start daripada tu la ayang terus ngorat abang dulu, sebelum abang kene kebas hahahahaha...yang lain tak penting, asalkan abang boleh didik n bentuk ayang jadi wanita solehah...eceh...
Bercinta....
Lepas tu SMS ngan abang, yang best abang tak berkira ngan ayang, calling2 ayang setiap masa dan ketika, lepas tu plak hari minggu abang sanggup turun dari Seremban ke KL(masa tu minyak n tol murah lagi), masa tu ayang layan2 gitu jer abang kan? tapi abang bagus tak putus asa, tiap kali keluar ngan abang semua masjid ayang kenal(bangga nya masa tu kalau dapat suamikan orang cam abang)sampai masjid, kat masjid India yang penuh sesak ngan India2 muslim tu pun abang bawak ayang semayang kat situ, abang ni la..ikut2 dan. Tiap kali nak kuar abang mesti pesan kat ayang bawak telekung, abang sanggup galas beg galas ayang kan?syoknya masa tu...
Tuesday, January 20, 2009
Tag????
The rules are to post the 4th picture from the 4th folder on your computer where you store your pictures*, explain the picture, then tag 4 of your friends to share their pictures, too. Don't forget to let them know they've been tagged by leaving them a comment on their own blog.
Rules petama kene post gambar
So...aku post gambar ni..
Rules kedua, explain gambar...
Gambar ni, aku amik masa nak gi Penang untuk Sukan MSKPPM, aku suka gambar ni sebab ni gambar ngan kawan-kawan kaki bowling, walaupun aku tak berapa reti main, tapi diorang ni la yang selalu aku join untuk tambah pengetahuan,2 orang tu players bowling MESCA,aku plak pemain netball yang tak asing lagi la, hehehehe yang tengah dokong anak aku tu nama dia Finas,kerja kat bahagian Audit Dalam, KPM, dia memg star bowling, pernah wakil Perak, memang terer la dia,yang tengah tu nama dia Wan Rosliza, aku panggil dia Kak Liza, players bowling MESCA yang lemah lembut dan sopan santun,tapi bila baling bola bowling dengan keberatan 13 paun laju tahap tenuk,dia la yang selalu teman aku main bowling tiap-tiap hari Jumaat,waktu tengahari, main dengan pakai baju kurung dan berkebaya, tapi tetap champen..
Rules ketiga tag member lain..
Tak tau la nak tag sapa, coz nanti kalu aku tag anak2 buahku, nanti dok ulang alik jer, so aku tak der sapa yang nak ditag, rules yang ketiga ni nanti lain masa aku ikut, bila aku ngikut dan berkenalan ngan blog2 lain k...
Monday, January 19, 2009
PEKAK KAH AKU?
Boos : Risha, transport saya hari ni pukul berapa?
Aku : Apa dia, Tn Hj, x berapa jelas la..( Tn Hj aku ni dia memag cakap perlahan, ye la nama pun Tn Hj)
Boos : Transport saya pukul berapa?
aku x dgr lagi, aku pun jalan la sikit, sampai btul2 kat meja dia
Aku : Apa Tn Hj?
Dalam hati, alamak mesti tn hj ni cakap, apa la dapat PA pekak plak..
Boos : Transport saya ke Cyberjaya pagi ni pukul berapa?
Aku : Ooooo...pukul 8.15 Tn Hj, sorry la Tn Hj, telinga saya x brp clear hari ni, sebab pagi tadi masuk air dalam telinga, skang ni pun bunyi..doinggg..doinggg...doinggg...lagi..hehehe..
Tn Hj, buat muka selamba jer..
Aku : Ermmm...sayaa..sayaaa...keluar dulu la ya...(sambil aku tersengih-sengih keluar)
Sebenarnya aku nak cover sebab aku x dgr apa yg boos aku cakap, terpaksa la, cakap macam tu, ntah macam mana leh keluar plak idea mcm tu...hahahahha
Thursday, January 15, 2009
Tuesday, January 13, 2009
SYMP
Saturday, January 10, 2009
Panggilan Manja Anda
Friday, January 9, 2009
BOIKOT
Lawak Opis
Wednesday, January 7, 2009
Apa yang tersirat difikiran LELAKI
Adikku 'DANNY'
Tengok la jari dia dok tekan-tekan tu, sampai tercacak jari telunjuk, yang kelakarnya TV game ni dah rosak, gambar di screen hilang-hilang, so bila hilang, papa dia akan ketuk TV ni, maklum la, TV ni dah tua, zaman arwah wan belah abang lagi, tapi masih boleh bernafas lagi, sementara nak tunggu dia terus kondem, wat tempat main game la, sebab TV besar kat depan, aku haramkan, digunakan untuk bermain game, takut nanti cepat rosak, orang kata, TV kalu wat main game lagi cepat KO,bila screen hilang-hilang, yang si kecik ni la tukang ketuk. Kadang-kadang, screen tak hilang pun dia ketuk jugak..hahahahaha...adik..adik...
****"kakar la, adik ni"*****(tiru gaya bang long cakap)
Tuesday, January 6, 2009
1st Day Bersekolah
Saturday, January 3, 2009
Friday, January 2, 2009
Sabar itu Separuh daripada imannnn...
Aku : Selamat pagi, Pejabat Pengarah
Pelanggan : Bole saya cakap ngan bos awak!!!( dalam nada yang keras)
Aku : Minta maaf encik Dato' x der, dia sekarang tengah bercuti haji, ada apa2 yang bole saya bantu ker.
Pelanggan : Bos awak x der, x kan x der pengganti!! ( nada keras lagi)
Aku : Ada encik, tapi sekarang dia meeting. Ada apa yang bole saya tolong encik ker (nada yang cukup ayu seayu ayunya)
Pelanggan : Habis tu kalu yang tu cuti haji, yang ni meeting, tutup pejabat la!!!
Pelanggan : Saya nak dapatkan salinan sijil SPM anak buah saya, minggu lepas saya dan pergi pohon, orang kat kaunter cakap boleh dapat 2 minggu lagi.Tadi saya call la kaunter tu, orang kat kaunter tu cakap minggu depan baru siap. Ni macam mana kerja ni, kejap 2 minggu kejap 3 minggu, anak buah saya dah nak guna sijil tu, nak guna untuk interview ni, tapi jawapan yang saya terima tak siap. Benda ni takkan tak bole siap, lagipun dah dua minggu, buat kerja ke tak ni, macam mana kakitangan kerajaan kerja LEMBAB ni, tolong la buat kerja dengan Ikhlas kerana Allah, bukannya buat kerja nak dapat gaji makan bulan-bulan tak berkat rezeki awak tau, ini cuti la, x der pejabat la, macam mana nak berurusan macam ni, so macam mana saya nak dapat keputusan samada bole ke tak saya dapatkan sijil tu petang ni.
Aku : Nak mintak tolong orang tapi marah-marah macam ni,ish..geramnya aku
(cakap dalam hati)
Saya tak boleh buat keputusan encik,kene tunggu Timbalan Pengarah jugak ni, sebab dia saja yang boleh buat keputusan.
Padahal bukan aku tak boleh tolong tapi aku bengang sebab dia bekeng(garang) sangat,sebelum ni pun yang berstatus Dato' mintak tolong aku, tak pernahnya garang macam ni, dalam masa 3 hari pun aku bole buat,ini aku rasa orang kat kaunter tu malas nak layan dia sebab kurang ajar sangat. Sijil anak menteri pun aku pernah setlekan bila pegawai khas tu datang tapi bos aku tak ade,ok aje..
Dia masih membebel bla..bla...bla..hati ni panas ni, last2 aku letak gagang atas meja aku loudspeaker, aku pun buat kerja lain, tiba-tiba...
Pelanggan : Helo..helo..awak dengar ke tak ni, macam mana nak setlekan masalah saya ni.
Aku : Sapa suruh anak buah encik tu hilangkan sijil tu, dah tau sijil tu penting hilangkan buat apa, saya ni dah berpuluh-puluh tahun tinggalkan SPM,elok lagi sijil tu, siap laminate lagi, dah la nak interview, macam mana nak kerja kalu sijil pun boleh hilang, ntah-ntah bila kerja asyik cuai jer buat kerja..
(dalam fikiran je la, kalau lah aku bole luahkan perasaan marah aku ni, berapi-rapi aku marahkan dia dalam phone tu, baru padan muka..tapi sabar lagi..
Aku : Ye..ye..encik..ada apa2 lagi ker..
Pelanggan : Saya nak keputusan ni, macam mana bole ke tak?
Aku : Encik kalu sekarang saya bole buat keputusan, immediatly saya bole bagi, encik nak sijil apa, sijil SPM,PMR,UPSR..encik..encik..hello..encik..
Lor..talian terputus rupanya..aku pun letak phone..tiba-tiba telefon ringging balik..aku dah cam dah nombor yang tertera kat skrin tu, sebab telefon office aku ada nombor naik macam handphone jugak..
aku pun angkat..belum sempat aku cakap hello...
Pelanggan : Kenapa awak putuskan talian tadi..
Aku : Bila masa saya putuskan talian, saya cakap helo-helo encik senyap jer..kalau saya putuskan talian saya tak jawab panggilan ni..
Pelanggan : mana awak tau saya yang call..
Aku : Encik, telefon saya ni digital, keluar semua nombor...
Pelanggan : kakitangan kerajaan ni memang LEMBAB, tolong la ubah sikap sikit, jangan dicop sebagai kakitangan kerajaan yang LEMBAB, kerja sambil lewa jer..
Aku : Astaghfirullahalazim....!!!!!dengan nada yang tegang dan kuat
Pelanggan : Ermmm...baiklah nanti suruh bos awak call saya balik..
pap..!!! terus letak telefon..
Petang..Tn Haji masuk jer, aku bagitau, dia pun bercakap la dengan pelanggan yang hampeh tadi, siap mengadu lagi kata pegawai kaunter kurang ajar, aku dengar Tn Haji dengar jer, lepas letak telefon, Tn Haji call kaunter tanya sapa yang jawab call tadi, sapa nak mengaku, tapi aku rasa orang kat kaunter tak salah mungkin sebab dia tu kurang ajar, tu yang dia pun kurang ajar, Tn Haji..pun terkocoh-kocoh keluar tanya aku sapa boleh setle, aku pun call pegawai yang incharge dan dia bercakap dengan Tuan Haji, tu pun hari Isnin ni baru bole siap. Dalam hati aku padan muka dia..
* sakitnya hati aku kena maki LEMBAB, Tuhan saja yang tahu..