Thursday, November 1, 2012

Tragedi Oktober


Bulan Oktober ada dua tarikh istimewa dalam family aku, 5 Oktober besday En. Khush dan 29 Oktober besday Abang Long, tapi yang 5 Oktober tu aku wat-wat lupa jer, dah besar panjang tak yah la nak beria-ria potong kek bagai la hai, sekadar open table untuk aku anak beranak kira ok dah, tapi kalau besday anak-anak tak leh la wat cenggitu kan..nanti asik berbisik jer kat telinga, naper tak potong kek.  hamboi..tau-tau jer budak-budak zaman lo ni.  Pejam celik pejam celik, dah besar panjang dah anak-anak mummy ni, mummy still ingat lagi 15 Ramadhan, bersamaan dengan 29 Oktober 2004, jatuh pada hari Jumaat, sama dengan 8 tahun yang lalu, mummy bertarung nyawa jam 6 pagi hingga 11 pagi untuk mengeluarkan seorang baby yang diberi nama Ahmad Aliff Daniel, baby pertama dalam hidup mummy ngan papa, baby yang telah menaiktaraf gelaran untuk Puan Risha ngan En. Khush menjadi gelaran mummy and papa.  

Jam 6 pagi lagi mummy dah siap mandi dan siap-siap nak gi kerja, walaupun masa tu dah rasa sikit-sikit macam sakit perut nak berak, tapi tak berak-berak pun, En. Khush siap nak gi keje,  lagipun aku tak bagitau dia pun yang aku dah rasa memulas-mulas. Masa tu pulak bulan puasa, jadi awal masuk opis, tapi hati ni rasa tak sedap, tengok due lambat lagi, nak bersalin dah ker, maklum lah beranak sulung mana nak tau sakitnya cam mana.  Call mak kat kampung tanya, tapi mak cakap better gi sepital, baru tau dah dekat ker cam mana ker.  En. Khush pulak siap pesan, "abang gi keje ya, nanti apa-apa hal call abang" laa..abang nak gi keje..eh eh boleh pulak cenggitukannn.., rasa sakit  cam makin terasa, mak cakap gi la minum air zam-zam Insyaa Allah dipermudahkan, aku pun buka la puasa untuk hari itu, sekali lagi En. khush cakap, "nak buka poser ker?" laaa..aku ni dah la nak beranak boleh pulak dia tak kasi aku bukak poser..cam tak panik langsung, aku tengok kalau dalam TV tu, bini nak bersalin, laki bukan main panik lagi, tapi En. Khush ni, cam tak der perasaan langsung...ayoooo laaaa..saba je aku. Lepas tu aku terus siap-siap nak gi sepital, sampai kat Dewan bersalin Hospital Putrajaya, dulu sepital Putrajaya tak la sesesak cam skang ni, siap leh lengang lenggok lagi nurse-nurse kat situ, daftar masuk dan bagitau nurse yang aku ada contraction, terus panggil doktor cek bukaan, masa tu aku tak kisah pun apa diorang buat kat aku, berserah jer la, yang lagi bestnya doktor cakap "anak sulung kan?, lambat lagi ni, saya bagi MC hari ni, lepas tu kalau makin kuat datang balik sepital ya"  bongok apa doktor ni, aku dah nak beranak kot, boleh pulak ko suh aku balik-balik, tapi aku dah nekad dah, nak dok situ, kalau rasa nak teran aku teran jer nanti, ko ingat apa!! boleh tahan-tahan ker?, tapi nasib baik la ada sorang nurse tu tengok aku lain macam jer, sekali dia kata meh la saya tengok lagi sekali, so aku ikut jer la dia, sekali cek dah terbukak 7cm, terkejut giler nurse tu cam mana leh cepat, terus dia panggil balik doktor tadi dan bagtau yang aku dah 7cm, Doktor yang agak pakar tu(buweekkkk) pun pecahkan air ketuban dan terus ke labour room.  Tak der la lama pun nak tunggu bukaan ke 10cm, rasa sakit tak la seteruk yang macam citer lam TV tu sampai terjerit-jerit, melolong-lolong, aku siap boleh gelak-gelak ngan nurse tu dan siap halau En.Khush kuar dari labour room tu, tak payah la nak pegang-pegang tangan aku, nak bagi semangat kat aku bagai, kalau En. Khush ada kat sebelah, lagi rimas aku rasa, menyemak jer kat sebelah, biar lah aku sorang-sorang jer nak teran, ko tak yah la nak susah-susah macam merasai apa yang aku rasa kan..sekadar doakan bini abang ni selamat melahirkan pun dah cukup, tapi sebelum En. Khush keluar, aku minta maaf minta halal makan minum dan segala-segalanya, maklum la nak berjuang ni, jadi En. Khush pun tunggu la kat luar, jangan risau ek, ayang boleh tahan lagi dan Alhamdulillah Allah berikan aku rasa sakit tak lah selama sesetengah orang yang menjangkau masa berjam-jam dan ada yang sampai sehari semalam, aku rasa betul-betul sakit masa nak teran jer, sekali lagi Allah permudahkan urusan aku, bila dua kali push jer, baby seberat 3.6kg tu dah keluar, anak sulung, besar pulak tu, luka kat situ tak payah cakap la,rasa cam rabak jer..  nak duduk pun sakit, tak boleh duduk dengan betul, bila dah kuar baby, semua sakit dah hilang, tapi sakit kat situ pulak yang terlebih sakitnya, setiap malam nangis sebab berdenyut kat tempat jahitan tapi setiap kali nampak muka Abang Long cipung tu sakit pun terus hilang.  

Hari ini, tarikh yang sama tapi  berlainan tahun, maka usia Abang Long pun dah menjangkau 8 tahun, dah besar, asik bergaduh ngan mummy jer, adik nangis pun Abang Long yang kena, suruh itu ini pun Abang Long jugak yang mummy panggil, pergi kedai or pasar pun Abang Long jugak yang mummy bawak, sebab boleh tolong mummy angkat barang, ikut mummy main netball pun Abang Long jugak sebab boleh jaga mummy, teman mummy tengok wayang bila mummy mengeletis nak tengok wayang, Abang Long yang temankan setiap Jumaat masa lunch, pendek kata skang mummy dah boleh harapkan Abang Long. jaga adik pun abang long, mandikan adik pun Abang Long, kemas mainan yang adik sepah pun Abang Long, sampai kadang-kadang Abang Long cakap naper asik Abang Long yang kene, sebab Abang Long dah besar, dah boleh diharap untuk menjaga adik-adik. Abang Long pun dah tinggi sampai kat ketiak mummy, tinggi nya macam budak umur 11 tahun, mummy jugak nak Abang Long tau yang mummy sayang sumer anak-anak mummy.

Abang Long ni jenis tak banyak keranah, paling senang kejut bangun pagi gi sekolah, agaknya sebab lahir dalam bulan Ramadhan kot, Abang Long jugak senang kejut bangun sahur, puasa start dari 6 tahun lagi walaupun masa tu selalu tinggal puasa, tapi yang membanggakan mummy dan papa, dah dua tahun Abang Long tak tinggal puasa, kalau mummy marah, wat-wat cam tak dengar, masuk telinga kanan kuar telinga kiri dan buat mummy makin naik angin, tapi Abang Long tetap membanggakan mummy.  Yang susah nak berebut ngan orang, yang lurus bendul, kalau lambat datang sekolah siap gi bagi nama kat pengawas sekolah yang dok congok kat tepi pagar tu suh tulis nama, yang kuar sekolah paling lambat sekali, orang lain berlairi-lari keluar tapi Abang Long leh lenggang lenggok lagi, yang selalu main-main kalau mummy nak cepat, yang selalu kene bepaksa suh baca buku, yang dalam kepala asik pikir nak main jer, yang boleh buat air milo sendiri untuk bawak ke sekolah, yang tak pernah mintak tolong mummy nak bekpes pagi-pagi, janji ada susu dan coco crunch,Abang Long leh amik sendiri, pendek kata Abang Long sebenarnya tak pernah menyusahkan mummy dalam urusan seharian Abang Long, dan mummy bangga sangat dalam usia Abang Long skang ni Abang Long dah boleh buat sendiri semua, tak perlu mummy yang amikkan baju lepas mandi, tak perlu mummy susun buku ke sekolah, tak perlu mummy hantar makanan bila tengah hari sementara nak tunggu kelas KAFA, semua Abang Long manage sendiri...pandai anak mummy... dan....

Sempena Besday Abang Long yang ke 8 tahun ini, mummy doakan Abang Long menjadi anak yang berguna, anak yang soleh, anak yang boleh menjadi ketua untuk adik-adik, anak yang boleh menjaga mummy ngan papa dan anak yang semakin bijak dan matang.


HAPPY BESDAY AHMAD ALIFF DANIEL BIN AHMAD KHUSHAIRY
YANG KE 8 TAHUN, 29 OKTOBER 2012


happy besday abang Long, walaupun berebut ngan Danny nak potong kek,
tapi Abang Long tetap mengalah untuk adik-adik

hover tau Abang Danny, cam besday dia lak

ni jer yang mampu mummy ngan papa celebrate besday Abang Long

meh-meh danny, kita potong sama-sama yer,
sebab ni pun kek danny gak, terharunya mummy tengok Abang Long masa ni

dah jadi anak bujang dah anak mummy ni..yang bercita-cita nak jadi ustaz

nampak tak adik Abang Long tu, yang memang asik kelaparan jer, cam tak pernah makan seminggu tiap kali jumpa makanan, tak toleh kiri kanan dah..kibung..kibung..



No comments:

Post a Comment

jangan segan-segan nak kritik..i like..