Anniversary

Wednesday, October 31, 2012

Kursus Team Building

19 hingga 21 Oktober 2012 hari tu, aku gi kursus Team Building, kat PNB Ilham Beach Resort, PD. Kursus ni dah siri 2 untuk tahun 2012,  wajib hadir, dibahagikan mengikut gred jawatan, turn aku kali ni hanya untuk gred 27-36 sahaja. Tempat kursus memang cantik giler, kawan aku kata dekat ngan blue lagoon, tempat orang selalu main kayak ngan naik Banana Boat, memang best la katanya..aku selalu gak gi PD tapi tak pernah sampai ke hujung PD tu, dah masuk sempadan  ke Melaka.. resort ni, cam appartment, dalam 1 rumah ada 3 bilik, setiap bilik ada bilik air, memang selesa gilew ko..besar lak tu, boleh muat dalam dua ke tiga family yang besar, sewanya pun leh tahan gak regenya, sebab ada member aku  nak bawak family, kene bayar lam 700, ish..tak mampu aku tu der..aku selalu gi hotel kecik-kecik jer, kalau bercuti pun janji leh muat aku lima beranak dah cukup. Dalam 1 appartment ni, aku dok berempat, aku, Aida,Jenor ngan Kak Sue.  Semua PA, biasa la senang nak bergosip, kebetulan dok ngan geng-geng, memang tuah aku la kali ni, risau gak takut dok ngan orang tak kenal, tapi dah nama team building patutnya dok la ngan orang tak kenal baru leh nak membina kumpulan, ni tak, masing-masing nak duduk ngan orang kenal..

geng serumah dari kiri Kak Sue, Kak Jenor and Aida..tepi sekali tu aku la kannnn..

View dari my bilik


Bilik kitorang


tengah kira berapa ketinggian nak terjun terus ke pool
geram dah nak terjun nih..
Yang best lagi tu bilik aku facing pool, memang dah plan ngan kak Jenor, plan nak sampai awal skit, sebab nak terjun kolam petang tu, lagipun dah lama kot aku tak swimming, memandangkan swimming suit aku seksi meksi, aku pun mencilok swimming trunks En. Khush, si Jenor ngan Aida gelakkan aku kata nampak tutttttt...ye la mana nak sorok tempat laki punya tu..buh aku punya..tak sesuweiii you...tapiii.....ada aku kisah, janji aku dapat terjun ke pool tu, ish nampak sangat kejakunan di situ, ye lah..bukan selalu pun leh berenang-renang, sambil mimpi cam anak orang kayes gitew. Dalam sejam kitorang menyelam, berenang,semua style renang kuar tiba-tiba hujan turun..adoiiii..spoil btul la..kalau dah hujan sah-sah la kene halau dari pool tu, sakit ati mak tau..tepaksa la naik bilik, mandi-mandi..solat maghrib..terus gi makan sebab ada kelas malam.


Kalau bunyi Team Building jer mesti la syokk..sebab ingat tak der ceramah-ceramah, rupanya sehari dok dengar ceramah dari BTN, ngantuk tahap gaban aku, asik dok kuar masuk bilik air jer, pastu dah tak tahan sangat aku naik bilik tidor, aci tak?, bila diorang tanya aku kata sembelit tahap kronik kene gi tandas kat bilik, senang nak bukak habis seluar baju, hahahaha..bab auta nombor satu.  Dalam pada dok dengar ceramah tersengguk-sengguk dan terhangguk-hangguk tu, sempat jugak aku berdengkor lam dewan, ye arrr..sapa tahan dengar ceramah pasal politik, aku dah la tak minat sejarah, sumer kuar sejarah Tanah Melayu la, apa la, perjuangan la, memang aku hanyut la kan.  Lepas habis ceramah baru la segar mata aku sebab aktiviti petang kitorang, gi jungle treking, memang best giler la..panjat-panjat bukit, masuk hutan.  Aku and the geng akan meneroka alam semulajadi di Hutan Simpan Tanjung Tuan, panjat sampai rumah api.
  

Menuju ke Rumah Api Tanjung Tuan, tu...kat sebelah aku
tuuu..minah ngandung 3 bulan tapi lasak giler, siap treking lagi.
.

Ni pulak dahan besar melintang jalan, memang kene terbongkok-bongkok, nak lalu sini.

Ni perigi apa ntah, marshal kitorang tu kata..perigi ni tak pernah kering airnya..kalau dah ada mata air memang tak kering la kan..

Ni..pulakkk tapak kaki Sang kelembai, betul ke idak tak pasti la aku, marshal kitorang pesan jangan suka suki nak gi ukur tapak kaki tu ngan tapak kaki sendiri kang tak pasal-pasal ikut balik baru tau..huhuhu..dok kat hutan nih jangan nak wat pasai..
Lepas Setengah jam dah sampai separuh bukit, hampir-hampir ke puncak
dannn.. akhirnya aku telah berjaya mendaki ke puncak bukit ini..
View dari rumah api Tanjung Tuan, indah sungguh ciptaan Ilahi

Akhirnya sampai la ke Puncak Bukit Rumah Api Tanjung Tuan, sambil menikmati terbenamnya fajar senja..wahhh ayat poyos -___-
Kumpulan poyo yang cemerlang mendaki bukit yang cam anak bukit jer pun ..


Hampir sejam mendaki akhirnya selamat la sampai ke Rumah Api Tanjung Tuan, kitorang dilepaskan naik ke Hutan Simpan ni, mengikut kumpulan, jadi... sebab aku kumpulan kedua dilepaskan jadi kitorang sampai awal ke puncak, lepas tu kene pulak tunggu kumpulan lain sampai untuk sama-sama turun, masa ni, dah  pukul 6.45 petang, memang kenyang la nyamuk kat situ dapat sedut darah aku yang manis lagi segar  ini..huhuhu..

Kak Jenor dah sampai terjelir, bukan penat mendaki, penat menunggu  group last yang tak sampai-sampai

Apsal ko Mek Da, sampai terjuih mulut tu..aku tau la penat..ko tengok Kak Sue tu, drama queen nak buat-buat pengsan kalau penat, tapi begambo jadi ayu..konon comel la sangat Kak Sue tu...uwekkkk...
Lepas jer sumer sampai..terus berambus balik resort, aku terus pecut laju-laju turun sebab nak kejar makan, aku dah tinggai depe nih..lantok korang la..lapo tahap gaban dah..lepaih dinner..mandi and siap-siap gi kelas malam lak..malam tu kitorang ada task kene wat wayang kulit ngan karaoke, patutnya aku pun kene nyanyi juga, sebab group aku sumer tak nak melalak, jadi aku dengan paksa rela sanggup la nak mengsumbangkan suara, tapi disebabkan masa tak mengizinkan nama aku tak kene panggil..huh..lega..kalau aku memang kene nyanyi malam tu, memang semua terus keluar dari dewan terus tercirit..sekurang-kurangnya tak kene kutuk ngan makhluk-makhluk tiga ekor kat ataih tu..kalau tak mampus masuk bilik kene kutuk gile-gile..diorang ni bukan leh pakai..pantang wat salah mampus la kene bantai..

ni group aku tengah tengok diorang menyumbangkan suara ..sampai tersengguk-sengguk aku..punya lah merdu suara masing..sambil tangan kat dada..mata pandang atas..
Hari Ahad aktiviti yang paling paling paling dan paling aku suka, sebab aktiviti gedik-gedik..panjat sana panjat sini, lompat sana-lompat sini, memang peberet aku la..sib baik aku kat Kementerian baru, kalau kat Kementerian lama, memang dah lama dah tudung aku terbang, kat sini aku control lagi laa..lagipun opis lama diorang dah kenai aku cam mana, kalau kat opis baru ni, kang tak pasai-pasai kene kutuk dari mulut ke mulut pulak..susah pulak..


discuss nak step lagu chiken dance tapi buat dengan cara tersendiri, aku jugak la kepalanya ..sebab dah nampak aku jer tergedik-gedik lebih, diorang ni pun ngikut jer la..
Lepas menari-nari tarian ayam..kene masuk kolam wat renang berirama pulak..adoi..aku dah la pantang masuk air..jadi mengeletis satu badan, rasa terus nak berenang kuak lentang..wat breast stroke ke..tak pun menyelam naik kaki jer kat atas..bapak best..dah la siap pasang lagu khabi kushi khabi gham..giler vavi tak hengat la aku dalam tu..plak tu dapat kumpulan yang sama giler jgak..ngikut jer apa aku mengeletik dalam air tuh..aku suruh angkat pun..diorang angkat, dah lah angkat hempas campak lam air camtu jer, sib baik cek ni leh swim swim katak..
tu dia..siap julang-julang hakak lagi..mamat dua ekoq kat bawah pun layan jer kepala giler hakak ni..

ni plak cik kak dua orang ni pun tak hengat..sorang tu dah la bawak perut..leh lak angkat-angkat hakak nak campak lam air..ada style cam perenang berirama profesionale gitew..ahaks...
lepas korang campak aku..kita gelek la..gelek la...
Lepas aku dok meronggeng lam air ni, kene pulak bergerak ke tepi pantai, kene pulak berkayak ke tengah laut, sekali lagi main air, tapi bezanya air masin, sekali lagi la aku mengelitik dapat main lam air laut, panas ker..bahang ker..aku dah tak hengat, janji leh berendam.  Masa kat kayak tu kitorang diajar cara-cara nak selamatkan diri bila terjatuh dalam air, biarkan diri hanyut di buai ombak..wahhh.. hilang stress aku leh baring dalam laut..bukan nak eksen la kan, memandangkan aku leh berenang renang katak, aku dah tak kisah pun apa benda instructor tu cakap, aku layan jer ombak tu..sambil mendongak ke langit biru..rasa cam nyaman jer, melayan bunyi deru ombak..


ready-ready nak berkayak neh..lambat betul kayak sampai, mengelis dah hakak ni..
masa ni aku amik gambor je la..tunggu team ni gi kayak dulu baru la team aku amik turn




Lepas dari berkayak kat laut nun, group aku kene wat task ni pulak, sementara tunggu team ni siap aku pun amik ler gambor diorang, time team aku, tak der pulak orang nak amik gambo, masa wat task ni pun aku jugak la yang tukang panjat, memandangkan aku ni tinggi kan, dalam tayar tu ada air, kene keluarkan tayar dari tiang tu dan tak boleh air dalam tayar tu tumpah, bayangkan lah aku kene panjat tetinggi tu, sib baik la jejaka yang angkat aku tu gagah perkasa, tapi diorang ni, bila dah tayar tu keluar jer dari tiang,dah bersorak dulu, aku kat atas ni bukannya nak turunkan elok-elok, jatuh bedebuk cam nangka, sakit pinggang-pinggang hakak tau..rasa cam makan strawberry bila jatuh tergolek tu..tapi disebabkan jiwa kegeletikkan aku menjadi-jadi, tetiba lak jadi kebal tak rasa apa-apa, habis wat task ni, kitorang bergerak ke task seterusnya, task yang paling best sekali, teringat masa kecik-kecik main tembak-tembak ngan buluh buh biji lam tu..




time ni memang tak hengat la..padahal baju tu luar dalam basah, ada aku kisah basah ker apa ker, janji aku leh tembak, menatang peluru dalam tu sakit giler bila kene, cam kene tembak betul-betul, apa menatang ntah diorang panggil palet ker apa ntah, yang senapang tu pulak diorang panggil marker, pakai baju kalis peluru la konon kan, pegang marker, aku ingat marker pen ke haper ker..rupanya senapang tu yg marker, main cam betul-betul nak berperang ni, kene ambik bendera merah tu lepas tu bawak ker markas, mula-mula main memang aku tak hengat langsung bila dah kene tembak sekali mampus aku tak keluar dari kubu dah, sakit siot kene tembak, sampai lebam lengan aku, diorang ni pun sajer je tembak tempat tak berlapik.

kesan kene tembakan padu pain ball, seminggu tak hilang kesan ni, dah la sakit, hampeh btul sapa yang tembak aku tu..


Haaa..nampak-nampak, aku menonggeng tu..tengah syok dok wat highway guna straw, aku bab main-main ni memang aku suka.  Sooo..layan jer la gambar-gambar ni, sebab maleh dah  nak elaborate..time ni dah hari last, dah nak dekat balik, nak bagi sijil lepas tu terus berambus, tapi memori kat sini aku tak kan lupa, dapat kumpulan yang layannnn jew, then leh release stress kerja, hilang sekejap ada anak tiga kat umah ngan keje yang menimbun bila dapat mengedik dan mengeletis.



time ni fasi tanya sapa yang rindu anak sangat-sangat, aku orang pertama yang keluar ke depan, aku  kalau bab-bab melibatkan anak ni, jangan buat pasal la, bertarung nyawa pun aku sanggup, dalam ramai-ramai yang hadir tu, banyak ni jer yang rindu anak..ish-ish..apa nak takut, keluar jer la, ker..takut nak ngaku ada anak hehehe..


4 comments:

  1. buleh menang anugerah ko ni jah. anugerah pengarang citer terbaik, kalah adam hawo

    ReplyDelete
  2. hahaha...ish ekau ni..kalau buleh nak cito sumo..

    ReplyDelete
  3. nak gi lg teambuilding mcm nih...... best...enjoy...

    ReplyDelete

jangan segan-segan nak kritik..i like..