Anniversary

Saturday, November 17, 2012

Spent time With Abang Long

Title oram putis ko..hamboiii..tak hagak-hagak..sepanjang cuti seminggu hari tu, tak ader apa yang dapat aku isikan selain pegi ke rumah mak cik pareedah kat Bangi tu, sampai kan Abang Long bising, mummy ni asik-asik gi beli tudung, boring la..  di sebabkan rengekan dan omelan Abang Long, kesian pulak nengok anak jantan aku neh..sementelah (apa perkataan ni, bedal je la asalkan bunyi sedap) dia dah besar looo ni..aku selalu asik kene bebel kat Abang Long, kadang-kadang kalau aku bertekak ngan En. Khush dia yang cakap kat aku balik, alaaa..mummy ni, biar lah papa nak buat apa pun, dia dah besar, ishh mummy ni.....ada dia leh cakap cenggitu kat aku..hamboiiii pandai awak ek, bebel kat mummy balik..ye la..ye la..sebab memang geng papa, geng main game, geng kumpul keter  mainan, geng main kete kontloi (cara Danny cakap, sebenarnya kete kontrol) mummy jgak la yang tak der geng..huhuhu..

Jadi disebabkan rengekan Abang Long makanya aku pun bawak la dia jenjalan nak lepaskan gian dia, asik kene tinggal kat umah jer..disebabkan mummy berangan suatu hari nanti kot-kot boleh menjegok ke negara bersalji, jadi mummy pun bawak la Abang Long main ais skating kat Sunway Piramid, dah la time cuti sekolah, nak cari parking pun susah, naik stress dibuatnya, tapi sebab anak jantan neh..ikutkan ajer ler..sok-sok aku dah tua kang dia plak tak nak bawak aku..kene ingat tu..

main tak hengat..bila leh pusing kat lantai berais neh..
siap slight-slight..
Aku ingat lagi pest time, bawak dia main menatang nih, konon aku yang nak main, sebab aku boleh main roller blade, tapi bila main menatang neh aku tak reti, asik berpaut kat tepi-tepi dinding jer..jenuh try lepas tangan, jatuh begolek,malu plak aku, terus fed up tak nak main dah, tapi budak Abang Long neh, sungguh aku suprise nengok dia bole mengelincir dengan rileksnya..heran campur pelik plak.. memang ler dia boleh main roller blade dengan hebatnya, tapi tu kat simen, tahap kelicinan tu tak der macam ais skate neh, tapi boleh jer dia main cam rilek jer, adoi..jeles-jeles..siap leh pusing-pusing lagi..

budak ni suka gi tempat orang yang ramai-ramai sebab boleh elak-elak..eh..eh gemor plak wat cenggitu,,muka   Abang Long mummy nampak tu memang saje nak tunjuk kat mummy kan..kan..kan..haishhhh..jeles melampau mummy neh..
Tak per Abang Long, siap la..mummy nak mintak coach nanti..walaupun Abang Long rela hati nak pimpin mummy masa main neh..mesti la Abang Long tak larat..nanti kalau mummy tergolek, konpom-konpom Abang Long pun tergolek sama..jadi untuk hari tu aku pun tak main le..huhuhu..sedih tau..


Sambil menunggu Abang Long, mummy pun posing sendiri la..nak main kang..tergolek tak der orang nak selamatkan plak.



Tak lupa gak bawak dua orang anak buah aku yang muka bengang masa suh beratur kat umah mak cik Pareedah kat Bangi tu, sebagai upah terpaksa la maniskan muka ketat budak dua orang neh bawak jgak main kat sini, best la korang ek leh pimpin-pimpin tangan main, lepas tu nak tergelincir, sajer jer masa kat jejaka-jejaka hensem, siap korang pegang tangan diorang lagi..ish..ish..tak patut..tak patut..tapi kalau Che su anak dara pun Che Su wat gak cenggitu, dah anak tiga neh, kalau wat kang ada yang kene plak..hahaha..ermm..dah sumer main..tinggal la aku sorang-sorang congok kat luar tunggu beg-beg diorang..huh..jeles hakak tau..


Hah..tengok....nak!!! main jugakkkk..uwaaa..sambil hentak-hentak kaki, tapi ok la kan..mummy leh gak begantung kat tepi dinding..cer suruh En. Khush, langsung tak nak try..haaa..takut ler tu hilang kejantanan..hihihi..

No comments:

Post a Comment

jangan segan-segan nak kritik..i like..