Baru-baru ni, result UPSR 2012 dah kuar, semenjak dah tak dok LPM ni, aku kurang alert ngan tarikh-tarikh pengumuman exam neh, kalau dulu sebelum umum secara oficial, aku dah tau dulu bila result exam nak kuar, maklum ler, schedule tauke LPM lam pale..tapi skang sapa tauke kat situ pun aku dah tak amik kisah, walaupun aku still berhubung lagi ngan member-member kat LPM nun, expecialy Jue and my best technition LPM.
Family terdekat aku tak der yang amik UPSR, just anak buah kepada anak sepupu aku, aku pun tak tau dah apa title dalam family, kira dua pupu ker, cucu sepupu ker, berkupu-kupu ker, entah ler, tapi still dalam kategori keluarga la kan. Aku tak der call budak tu sendiri tanya result, just call mak cik dia jer, so borak-borak and borak-borak aku pun tanya la anak buah dia dapat berapa A, ye la nampak skit cam concern kan, so dia bagitau dapat 2A, 3B,1C. Aku pun cakap, ok ler tu, dapat gak A, lagi pun budak-budak skang neh standard pemarkahan tinggi, kategori pandai ler tu kan, tapi mak cik dia cakap, kalau ada kategori FB pun leh jugak dapat A, sebab dia ni, kuat sangat main FB. Eh..eh..sentap acik, salah ke main FB, bole jadi penyebab tak leh fokus ker kalau main FB. So dengan kata lain kalau tak cemerlang dalam exam seseorang tu tak leh berjaya ker..mana lah tau suatu hari nanti dia pulak boleh cipta rangkaian sesawang yang lebih hebat dari FB kannn..
Jadi memori aku terus terimbas semula ke zaman aku sekolah dulu, teringat balik aku ngan sepupu aku sorang lagi yang kuat main netball, terus terang kitorang kurang fokus dalam pelajaran, sebab kitorang suka bersukan, so..pendekkan cerita lepas SPM aku melanjutkan pelajaran dalam peringkat Diploma kat Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, sorang lagi ke form 6, sorang lagi amik exam balik,(tapi yang repeat exam tu sambung ke UiTM). Namun aku tetap diperkecilkan, sebab just POLI jer kot kan..ye la sapa la aku kan..yang form 6 pulak of course la ke Universiti, lepas aku habis Poli, aku menganggur dalam setahun, then bila aku dapat kerja, still lagi diperkecilkan, ye la gaji Diploma berapa sangat la kan...tapi aku enjoy with my job, yang kuar U masa tu still lagi kehulu kehilir mencari kerja, sedangkan aku masa tu dah dapat anak sorang dan sedikit stabil dengan pekerjaan yang tetap..ewahhh..
Dan skang walaupun dengan hanya gaji melalui seketul diploma tu, aku dah mampu miliki apa yang aku nak, apa sangat la yang kita nak kan bila dah berkeluarga neh, off coz la rumah untuk berlindung, makanya skang aku bersyukur sangat-sangat dengan apa yang aku ada, yer la maksudnya di sini, walaupun tidak memiliki ijazah sekalipun semua orang boleh berjaya, jangan lah perkecilkan orang, moral jugak untuk aku..jangan telalu sangat push anak sendiri untuk pandai dan mengikut apa kehendak kita, sebab kita masa dulu pun bukan ikut sangat kehendak mak ayah, kita buat apa yang kita nak buat kan..,dengan seketul diploma tu jugak la, skang aku telah hampir mencapai impian aku, walaupun mungkin lambat lagi, tapi aku happy dengan kehidupan aku sekarang, sebab aku tau doa mak aku selalu mengiringi setiap langkah ku..
p/s : tetiba lak emo tak tentu pasal uhuk..uhuk..uhuk..
p/s : tetiba lak emo tak tentu pasal uhuk..uhuk..uhuk..
No comments:
Post a Comment
jangan segan-segan nak kritik..i like..