Tuesday, November 6, 2012

TASKA vs BIBIK

Hari ni rasa cam sedikit angin ngan cikgu-cikgu kat nursery Danny ngan Ayish..dah la hari Isnin, memang la budak tak nak masuk nursery lepas cuti dua hari sebab dah berkepit ngan mak apak hujung minggu tu, cuba  laa pujuk skit budak-budak ni, ni tak diorang biar jer..sakit ati aku nengok nya..sian kat anak aku yang kecik tu, nangis tak nak masuk, mana aku sampai ati nak nengok budak tu menangis kat situ, mesti la aku pujuk elok-elok, bagi susu, letak kat kusi, peh tu amik bubur suap dulu, yang lagi aku angin tu, pengasuh-pengasuh kat situ still wat derkkkk jew..kemain lagi suh panggil cikgu kat diorang neh, tapi wat kerja cam nak tak nak jer, dah ko tu nak keje kat situ cuba la ikhlas sikit, bukan aku tak bayar pun, dah la bayar mahal tapi keje pemaleh, kadang-kadang tu aku tengok rambut anak aku kemain berminyak lagi, tapi sebenarnya korang tak mandikan pun, letak minyak jer lebih, adui..nak komplen kang nanti anak kita lagi terbiar, saba Risha..sabar..

Tapiiii..letak nursery ni ada kebaikkan nya jugak, Danny dah boleh baca dua suku kata walaupun baru umur 4 tahun, walaupun aku tau, budak-budak sebaya Danny yang dah sekolah dah boleh baca pun, tapi ada aku kisah anak orang lain, sebab Danny aku nak hantar sekolah tahun depan, malas la aku baru empat tahun dah mengeletik suh anak pandai itu, pandai ini, bior ler kehendak dia sendiri, tapii..letak nursery jugak la Danny pandai pakai baju sendiri, mandi sendiri, bukak baju sendiri, amik air sendiri, makan sendiri, tak payah semua benda kene suap, cuma yang buat aku sakit hati, tengok cikgu-cikgu a.k.a pengasuh-pengasuh kat nursery tu, wat cam nak tak nak jer..macam tu la jugak si budak tenit Ayish, baru setahun setengah tapi dia dah pandai amik beg dia sendiri, amik botol susu sendiri, simpan botol susu sendiri, buang sampah dalam tong sampah, bukak pampers sendiri bila masuk bilik air, pastu buang pampers dia lam tong sampah, semua dia dah pandai.

Yang lagi best dalam setahun setengah, Ayish dah pandai nyanyi Twinkle-Twinkle la, Dancing Bones la, bunyi haiwan la, walaupun pelat, tapi tetap dengar melody-melody yang dia nyanyikan tu.  Aku terfikir jugak nak amik bibik, tapi En. Khush cakap, boleh nak amik bibik tapi boleh tak amik orang tempatan, sebab dia tak percaya 1000% kat orang Indon, lagi satu dia rimas bila ada orang asing dalam rumah. Nak peluk-peluk, cium-cium, nak dok terkangkang kiok kat hall pun rimas.  Mana ada budak-budak skang ni nak keje rumah orang En. Khush oiiii...baik diorang keje kilang, ada gak time off nya.  Tapi ok jugak kalau diaorang nak keje umah orang dari pukul 7.00 pagi sampai 6.00 petang, tak payah tidur kat umah majikan just gi keje cam orang keje-keje opis tu, tapi tak ader kan? Bila tengok citer kat TV tu senang pulak diorang dapat Pembantu Rumah, cam Mak Jah la..Mak Timah la, Mak Jemah la, mana diorang cari ek, kita ni kemain susah lagi nak cari, orang-orang cam Mak jah tu tak der pulak nak datang mintak keje ek? dah nama nya pun drama..mek Risha oiiii..aku pun pening..lagi bagus kalau aku boleh dok umah jaga sendiri anak-anak..lagi bagus, tapi nak keje,,sebab dok rumah rimas..cuti bersalin 3 bulan pun aku boleh sampai 70 hari jer..sebab dah tahap maksimum keboringan.  Hakikatnya buat masa ni tahan jer la dulu letak anak kat taska..sampai aku boleh move dari Mesia ni..

3 comments:

  1. betul tu beb, aku pun cam kau..aku kemain byk tgk drama melayu..takde ke mak timah yg takde laki ke atau mak jah yg laki boleh lagi bwk kete ke kan..boley la amik dorg sorg jadi maid sorg jadik drebar kew kekekek kira kita bg tempat tinggal la jugok kan...hahaha byk sgt tgk drama melayu aku neh hahahaa

    ReplyDelete
  2. anta anak kat taska ni.. ada pro n contra

    ReplyDelete
  3. Aleeya : kannnn..sama la cm aku tgk TB asal org gaji jer mak jah..baik lak tu

    Blue Roses : btul..btul...

    ReplyDelete

jangan segan-segan nak kritik..i like..