Anniversary

Thursday, November 8, 2012

MACAM-MACAM AYISH KIBUNG

Semenjak dua menjak ni budak tenit Ayish kibung ni dah rase makin besar, , makin menjadi-jadi perangainya, kalau time aku cuti weekend, pandai plak bagun tido pagi-pagi lagi, lepas tu turun bawah gi sepah umah, pantang atas meja makan ada lauk ker..pinggan ke..semua dia kombah campak ke bawah.  Dah la budak suka menyampak barang kata Abang Danny.  Baru-baru ni pun dia ada mencampak iPad aku dari atas sampai ke bawah, aku hanya mampu mengelip-ngelip mata sambil melelehkan air mata tengok iPad yang terpaksa aku beratur untuk dapatkan dulu berderai..uwaaa...tak leh ingat time tu, nak marah pun dah tak mampu, kalau marah pun bukan budak kenit ni paham pun habis tinggi dia wat muka sambil sengih-sengih berlari ke sana ke mari keliling rumah.  Sudahnya aku membebel kat En. Khush suh baiki jugak iPad tu, puas la En. Khush google sana, google sini nak cari mana bole baiki screen iPad tu, tapi sampai skang pun idok membaiki lagi,,haihhhh..

Kalau time pagi-pagi nak gi nursery, asik berperang jer dalam keter, skang dia wat perangai nak pegang streng, konon-konon dia la yang bawak keter, salah aku jugak, masa aku brestfeed (BF) dia dulu, aku selalu BF dia sambil bawak keter, ye la, kalau dah dia melalak tahap tak hengat, sampai cam nak terkoyak anak tekak, tak kan aku nak bior jer, mesti la aku angkat and sua nenen, lagi satu budak tenit nih, kalau aku ada memang langsung tak nak botol, nak berenti tepi jalan takut, mana la tau tiba-tiba datang perampok kasi samun aku..ishhhh mintak jauh lah, En. Khush selalu marah kalau aku BF sambil drive, bahaya kot..tapi nak wat cam mana terpaksa. Kalau ada roadblock aku sorok dia lam shawl..

berperang berebut streng ngan budak tenit ni, tukang amik gambor, Abe Danny..hahahaha..
Satu lagi hobby budak kibung ni suka wat muka kalau orang tangkap gambar, sebab dia suka tengok muka dia kat screen time aku nak amik gambor tuh, suh senyum elok-elok dia wat muka lak, bila aku cakap..meh-meh amik gambar, automatik terus wat muka, belum snap lagi tu..lepas tu berebut tipon, dia pulak yang nak amik gambo aku.  Tak pun suh buka you tube nak tengok peberet muzik, gummy bear.  Kadang-kadang sampai melalak-melalak bila aku tak kasi dia pegang phone, ye la aku dah serik, takut jadi cam iPad, tak mampu dah mummy nak beli lagi nak oiiii...tu pun berikat perut, berhempas pulas mummy nak dapat tu, uhuk..uhuk..uhuk..jadi setiap kali dia tengok  muzik video peberet dia aku kene ada sebelah, takut sat lagi handphone aku dah ada lam sinki kat dapur.  Pernah satu hari tu aku bangun pagi nak gosok gigi, cari-cari berus gigi dah tak de, terpaksa la guna berus gigi En. Khush untuk hari tu, tak kisah pun bergilir-gilir berus gigi, dah nama pun laki, benda lain ko boleh kongsi-kongsi, ni kan pulak berus gigi kan, cari punya cari punya cari, rupanya si budak tenit ni  dah campak berus gigi aku lam lubang jamban masa dia mandi ngan abang-abang dia, adui, termasuk yang dia buang tu dah 3 kali aku bertukar berus gigi, yang buat aku sakit ati tu, asik berus gigi aku jer yang dia amik, berus gigi En. Khush tak der pulak campak sana sini,  berus gigi dia lagi la, gi tonyoh-tonyoh kat dalam lubang saliran air kat jamban tu adoiiii..sabo jer lah..satu hari tu aku ngan family tengah bersantai-santai kat hall, rumah aku ni 24 jam asik citer kartun jer, bukak jer TV chanel cartoon, bukak jer TV chanel cartoon, cartoon chanel  bukak TV,eh eh.. lepaih tu En. Khush cari la remote Astro, satu hari satu malam kot dok mencari, nak tukar chanel pun payah..last-last dia terpikir nak cari kat tong sampah, sah remote tu elok jer dah bergelumang ngan sampah lam tong tu, dalam dok mencari remote tv tu, terjumpa pulak remote kipas sekali, nak tak nak kene la gali sampah tu nak keluarkan remote kipas, kalau astro tu tak per la, leh gi beli baru, tapi kalau kipas, kene la amik jgak, mana boleh ganti-ganti lain..nak tak nak amik dua-dua remote tu, tapi kalau aku memang tak la, En. Khush yang amik remote tu dan bersihkan elok-elok.


haaa..tengok la muka dia tu, bila tala camera, ada jer muka shomel tu buat mimik

wat muka kat screen phone

suka berangan cam mummy gak, dok depan cermin sambil nyanyi-nyanyi,
kat tangan tu pegang sikat konon-konon mic
suka main sorang-sorang, lepas tu datang abang dua orang tu kacau, mengamuk lagi sambil campak-campak sumer keter kat abang-abang dia
 Budak tenit kibung ni suka main sorang-sorang, sebab abang-abang dia suka kacau, nak-nak Abang Long, bila aku marah dia kacau adik, dia kata mummy.. adik comey la bila nangis, ada pulak cenggitu, tapi bila aku pulak yang usik, Abang Long pulak yang marah aku, siap pujuk adik dia lagi, sambil dokong adik yang besar tu, bawak gi main tempat lain, tapi tu sekejap jer la, lepas tu dia la pulak kacau, sebab nak tengok adik merajuk, nangis, pastu dia nak pujuk.  Macam-macam diorang neh.  Tapi tiap kali tengok diorang ni la, balik keje penat-penat, tengok budak-budak ni kat pintu terus hilang penat.  U all permata hati mummy, walau mummy ni dah cam tarzan kat umah, tapi korang la penyeri hidup mummy ngan papa...muah..muah..

5 comments:

  1. kannnn..macam2 perangai diorang neh..leh stress

    ReplyDelete
  2. come come ayish..ayish suh mama amik gamba byk skit..leh tepek byk2 skit..

    ReplyDelete
  3. buat citer abang danny pulak ye. yang suka mengamuk + nagis.

    ReplyDelete

jangan segan-segan nak kritik..i like..