Anniversary

Friday, November 9, 2012

JOM KITA MENCEKIK

Kalau sebut pasal makan dah macam-macam tempat dah budak 2 ekor neh bawak aku makan, maklum la aku ni kan peghak sket, mana nak tau sangat bab-bab tempat makan neh..yang aku tau, Subway, McD, KFC, Rasa Mas, itu je la yang aku tau, tempat pelik-pelik sikit, aku takut nak masuk, sat lagi tak reti nak order..malu la..pakai vougie da vass blink-blink tetiba tak reti..wa kah..kah..kah..

Tapi tiap kali aku gi Alamanda, aku ada perasan Restoren Bumbu Desa tu, bos pun pernah suh  aku wat reservation kat dia nak makan kat situ, tapi aku tak pernah lagi try makan kat restoren tu, makanannya ala-ala Indonesia ya buk, tapi bila ku bilang sama bapaknya En. Khush, mau cuba makan di situ, dia enggak mau, katanya ish..makan gimana neh..

Adoi..En. Khus ni..lagipun dia bukan suka gi tempat pelik-pelik, nak-nak bila sebut nak makan kat luar, kene tanya 40 kali kalau nak kuar makan ngan dia, sebabnya, anak-anak dia cam ulat, nak makan pun tak kenyang..
Budak Aida ngan Budak Kak Jenor, makan asik nak tempat ber'aircond jew,,aku makan kat sup power pun dah sodap..ish..ish..
Memandangkan Aida bermurah hati nak belanja aku ngan Kak Jenor, so aku pun pollow jer la mak cik dua orang neh, Aida lak sejak dia peknan neh, makan asik nak ala-ala kampung jew, ish datang mana peel cam tu aku pun tak tau, ko cuti la wei balik dok kampung makan lam kobun doroan..sodap wehh..

Pilih ler..nak lauk apo, den pollow jew..tak ghoti nak nyobut eh..maklum la pes time, tengok la bilo den pandai nanti..
Disebabkan budak dua orang ni reti serba mak nenek lauk pauk kat sini, aku ngikut jer la korang makan apa pun, sebab tekak aku ni belum pernah lagi menolak apo jenis makanan pun, kecuali kalau ko goreng batang kayucelup tepung  jo, mungkin aku tolak, hehehehe

Sebahagian lauk pauk masakan Indonesia ya..

Waduh..banyak bener deh 

Cepat buk..pilih apa lauk nya..bagi yang enak-enak ya..
Diorang dok pilih lauk aku peghak tengok keliling kat situ,
Cam boleh makan jer timun ngan Apple ni, kalau aku rembat rasanya diorang tak perasaan kot mata menatang ni buta sebelah nanti

Lepas pilih lauk kita dok pilih air lak

Lepaih tu aku tak tahu la jenis apa lauk  yang diorang ni pilih, sebab si kak Jenor sampai ke halia orang buh dalam sayur pun dia cekik, ish..ish sampai ke situ sekali dia punya lapo..hahaha, macam-macam lauk. diorang ni pilih tapi aku makan kentang yang masak sambal tu campur tempe je, sedap giler, nasi panas-panas pulak tu, siap mintak ngan Aida nak tambah lagi lauk tu..disebabkan dah kelaparan dan ke'excited'kan nak rasa lauk-lauk kat situ, lupa pulak nak snap gambar-gambar lauk yang diorang pilih, tapi yang aku ingat paru, udang,kailan dan sumer dimasak dengan cara Indonesian ya..

hah ko..licinnn daaa...Air kelapa nya memang enak banget..
Apa pun tima kaseh la pada yang tukang kuorkan bajet untuk jamu 2 ekor makhluk yang cam kelaparan ni ya, moga murah rezeki, tambah-tambah pulak bawak baby, sejuk baby dok lam perut tu, sebab mak dia dah amal kebajikan hehehe..nanti lain kali, panggil-panggil la lagi yer kalau rasa nak kuorkan bajet lagi, perut aku ni sentiasa alu-alukan..ha..pada sapa-sapa nak keselesaan pun boleh try makan kat sini, tapi aku rasa kalau bawak hero-hero aku tu memang tak kenyang makan kat sini sebab sumer guna kaca, jap lagi pinggan, cawan, sudu, jatuh berderai kat lantai, jadi nanti kalau nak berdua-dua ngan En. Khush boleh ajak dia makan kat sini.  nanti kita gi ye bang..(sambil kelip-kelip mata).








No comments:

Post a Comment

jangan segan-segan nak kritik..i like..