Anniversary

Tuesday, November 20, 2012

DANNY YANG KEMEME..



Nama saya AHMAD ALIM DANIE, hobby saya menangis..cite-cite saya nak jadi otomen, umur saya 4 tahun..
Danny yang kememe...apa maksud Danny kememe tu aku pun tak tau..tapi aku panggil dia kememe sebab dia suka nangis, kuat merajuk, manja, pantang kene usik, kuat mengadu, suka merengek..semua ada pada AHMAD ALIM DANIE nih.  apa punya perkataan aku kutip.. kememe tu pun aku tak tau..tapi dengan suka merengek Danny ni, kadang-kadang wat aku hilang sabar, geram dan macam-macam.  Dalam satu hari dia tak pernah tak menangis, bukan sekali dua, tapi berkali-kali, sometimes setengah jam sekali, Adik dia si Ayish kibung pun tak cenggini, kuat jeles pun iya jugak, sebab dia anak tengah ke? sebab ramai orang kata anak kedua ni, memang perangai dia lain macam sikit, iya ke? aku tengok Mak Ngah dia anak kedua, ok jer, lemah lembut, sopan santun, lembut hati..tapi si Danny ni, dia la yang paling keras hati, kalau dengan Abang Long aku boleh pot pet..pot pet, dan Abang Long sepatah pun tak kan menjawab, semua yang aku cakap Abang Long akan dengar, walaupun aku tak tau la masuk telinga kiri kuar telinga kanan..sekurang-kurang nya tak der la kita rasa panas hati bila dia diam, tapi Danny ni, kalau berkeras, dia akan berkeras balik dengan kita, sekali aku cakap 4 kali dia jawab, ada jer jawapan bernas dia bagi kat aku, tu baru 4 tahun , besar nanti cam mana ler nih..kalau keluar gi mana-mana, dia akan ikut kaki dia jer..tak hirau orang..pernah satu kali tu..ada peristiwa  yang tak boleh aku lupa dengan Danny ni, tapi aku tak leh cerita, sebab tak sanggup nak ingat balik peristiwa tu..boleh jadi giler aku...uwaaaa....

Ni dalam masa satu hari tapi berlainan waktu, ada jer yang akan wat dia menangis
Dengan Danny ni aku kene banyak berdiplomasi, kene reverse psikologi..kalau nak suruh dia tak boleh dengan cara menyuruh or dengan cara keras, mesti kene lembut-lembut, bagitau elok-elok, macam tu la jugak kalau nak mintak barang dia, kene mintak elok-elok, lepas tu kene pulang balik kalau dah tak nak main atau dah tak nak guna, macam tu la yang selalu Abang Long buat, kadang-kadang Abang Long geram, dia sorok terus mainan dia, mula lah bising satu rumah dengar dia mengamuk, pagi-pagi nak gi nursery pun satu hal jugak si Danny nih, kalau Abang Long aku boleh kejut panggil nama dari jauh jer..Abang Long dah boleh bangun, tapiii..Danny, kene pergi kat dia..usap badan dia elok-elok..cakap nak gi nursery belajar.. nanti pandai, kene mandi..baru dia bangun dengan ceria, tapi kadang-kadang bila aku dah lambat, terus aku kejut jer..apa lagi mengamuk la..tu belum lagi aku mandikan dia, cam mak tiri aku neh..huhuhu..nak wat cam mana, terpaksa dah, tu belum lagi baju yang dia tak nak pakai, kene ambik baju lain, bila dia amik baju sendiri, ntah apa-apa pulak, bila aku tak kasi, mengamuk lagi, mainan tak jumpa pun mengamuk, tak der bekal gi nursery pun mengamuk..tahap dia suka mengamuk tak kira tempat, umah orang pun dia leh mengamuk, kuar makan dia leh mengamuk, tempat makan tu panas dia mengamuk, hamboii..kemain demand lagi, tu yang menyebabkan En. Khush jarang nak kuar makan kat luar, sebab mikir 3 hero dia nih leh tak kenyang makan..
wajah-wajah Danny yang kememe..huhuhu..
Mak Ngah ngan Mak Lang dia pun kalau nak bawak gi mana-mana susah nak jamin budak Danny neh, sebab dia tak kira orang dia akan pasang volume radio dia di mana-mana saja..hahaha..tapi walaupun dia ketegaq sikit, kememe, kuat merajuk, menangis, tapi...dia pick up dalam segala hal, dia cepat tangkap apa yang aku cakap, baru umur 4 tahun dah boleh baca 2 suku kata, padahal aku tak der hantar dia tadika pun, ingatan dia kuat, apa yang aku cakap, mana tempat aku bawak, apa yang pernah aku bagitau, dia akan ingat setiap perkara, malah dia boleh ulang balik kat aku sebiji-sebiji macam yang aku cakap kat dia..dia gak terlalu sayangkan Abang Long, dia akan menagis tak hengat dunia, kalau tinggalkan Abang Long kat umah atuk or kat kampung aku, dengan Ayish pun dia akan mengalah, dia akan bagi apa yang Ayish mintak kat dia, tapi akan menangis kesedihan, tak nak bagi, kesian... sebab adik nak, kalau bagi dia sayang pulak, last-last dia bagi jugak, tapi dia akan nangis kesedihan..Danny..Danny..macam-macam.., cam ni la ragam anak-anak,  tiga anak, semua lain -lain perangainya, sebab tu la sebagai ibu bapa, kita kene sabar dengan karenah anak, sebab diorang adalah amanah yang harus dijaga.  Tapi apa pun diorang tetap mewarnai hidup aku dan En. Khush dengan ragam dan perangai masing-masing..sometimes berkeras juga perlu untuk kebaikan diorang, bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya..kalau dah jadi buluh, semua dah tak guna, ewahhh..siap dengan pepatah-pepatah bagai lak..


tak kira tempat, waktu dan masa..hobby saya adalah menangis hahaha..
Percaya tak? Danny tak pandai makan nasi guna tangan, dia akan makan guna sudu, cam omputih lak aiii..setiap kali nak makan nasi kat umah dia akan mintak sudu, sebab kalau pakai tangan dia cakap tak kenyang..hahahaha..Danny...Danny..cam macam la awak neh..

Tapi kalau time dia tak mengamuk..muka kemain manis lagi, makin hensem....tambah pulak ngan kepetahan bercakap dia tu..memamg tak terlawan, ader.. jer ayat-ayat baru dan power kuar..


Danny gak pandai memujuk, kalau dia mengamuk lepas tu aku tak layan, lama-lama dia yang datang balik kat aku, En. Khush pun bole cair kalau dengar ayat-ayat power dia, ermmm..yo lah Danny.. jangan jadi mat romeo dah la yer..

No comments:

Post a Comment

jangan segan-segan nak kritik..i like..