Hai semua..nyanyi lagu raya sket..
Selamat Hari Raya..jeng..jeng..jeng...kepada saudara serta saudari..jeng..jeng..jeng...
Dah dengo lagu raya ni rasa dah mengeletik nak balik kampung. Kalau la tetiba En. Khush cakap ok la tahun ni, kita balik Kelate dulu, perghhh..dengan sepantas kilat dan selaju cahaya ari Jumaat lagi zasss balik kampung. Tapi tak boleh la kan, dah nama pun hidup berumahtangga, kene la gilir-gilir, so tahun ni aku akan beraya di Seremban dulu. Insyaa Allah hari raya kedua aku berangkat ke Kelate. Tahun ni semua anak-anak buah aku and kakak aku berkumpul kat kampung. Ahli baru pun sambut raya kat kampung. Dah boleh bayangkan muka mak ayah aku sengihhhh sampai ke telinga di pagi raya tengok cucu-cucu dia bersiap di pagi raya. Mak aku semestinya akan melayan cucu-cucu pompuan dia dengan jangok habis-habisan. Ayah aku yang tak sihat pun akan sihat tengok keriuhan di pagi raya. Tapi aku tak der di pagi raya untuk menambahkan kekalutan dan keriuhan tu. Tengah menulis ni pun aku dah tersengih sorang-sorang bayang telatah masing-masing.
Tahun ni aku nak sambut raya habis-habisan dengan family. Manalah tau tahun depan kene beraya di perantauan..boleh nangis mak tau...sib baik dekat jer, kalau dapat cuti boleh balik..eh..eh..tetiba lak er..er..er..ermmmmmm....
Oklah dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin, di atas segala salah silap samada disengajakan atau tidak. Tak kisah lah kesalahan tu dari segi perbuatan, tulisan atau perkataan mohon diampunkan segalanya.
Selamat Hari Raya for my friends for ever yang skang dah pun berada di Lubnan, Senegal dan Indonesia, rindu korang sangat-sangat. Pada Kak Nor and Kak Sue, sorry sangat-sangat tak boleh nak hantar korang kat airport sebab korang pegi masa aku tengah bercuti raya lagi dan teruskan sambut raya di Poland and Qatar nanti yer. Jangan lupakan aku di Mesia ni.
Tak lupa kawan-kawan DSK aku..SELAMAT HARI RAYA untuk semua yer...jemput la datang beraya umah aku nanti tau..sebelum datang calling-calling dulu, nanti kang korang datang aku tengah bekain batik ada plak yang ngambik gambor.
Seperti biasa, mesti lah ada kad raya speSIAL dari aku untuk korang-korang semua. Tema raya untuk kad ni masa raya tahun lepas.
Kalau korang nak tengok kad-kad raya aku untuk tahun-tahun sudah KAT SINI ek..tiap tahun ada kad raya...eksen tak eksen tak..tadi baru mintak maaf..haihhh..
Ok la..sekali lagi SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN DARI AKU AND FAMILY..berhati-hati di jalan raya, dan semoga raya tahun ni lebih bermakna.
Gemersik takbir mengundang hiba
Salam diutus tanda ingatan
Syawal dinanti menjelang tiba
Salam diutus pohon kemaafan
No comments:
Post a Comment
jangan segan-segan nak kritik..i like..