Anniversary

Monday, August 4, 2014

Raya 2014

Dah seminggu kita menyambut Syawal, Alhamdulillah dah selamat sampai Salak Tinggi dari Kelate malam tadi, 12 jam perjalanan kira kategori awal aku sampai KL tahun ni, berbanding tahun-tahun sebelum ni.  Tahun ni aku beraya kat Semban dulu. 3 hari kat Seremban, raya kedua  baru balik Kelate.  Dulu masa ada arwah MIL selalunya kitorang akan balik Kuala Pilah dulu on 1st raya, kg MIL aku, tapi sejak 3 tahun ni, just balik kg FIL aku jer, kat Kampung Jimah PD.  Sebab tu dulu raya ketiga baru aku balik kampung aku, tapi sejak 3 tahun ni, raya kedua aku dah balik Kelate, lepas beraya kat kampung FIL.  Sekarang sumernya berubah, Raya kitorang pun biasa-biasa jer, dah tak der takbir rumah ke rumah, tak tau la naper, may be FIL aku penat kot, sebab nak kene round satu taman, ye la dah berumur kan.

Pagi raya cam biasa, aku kejutkan anak-anak awal pagi, lepas solat Subuh, aku mandi besiap then baru siapkan anak-anak.  dah 10 tahun aku tak gi solat hari raya, lepas ada anak, anak-anak memang dah besar, cuma tinggal Ayish Kibung jer, tapi yer lah, budak kecit tu pun kene pantau, kalau tak ikut kaki dia jer, nak tak nak, En. Khush cakap dok umah besolek jer la, balik semayang raya baru salam-salaman.  Lepas makan, tunggu En. Khush ngan FIL balik semayang raya.

(Sesi salam-salaman anak beranak)
Ishhh..montot sape dari belakang ni, nampak gemuk benor ropenya..hishhhh..dah poser pun berat badan tak trun-trun jgak cam mana nih...
Ni Sessi pertama begambo family sebelum pegi bejalan raya ke PD.  Selalunya lepas salam-salam, En. Khush akan bawak anak-anak dia gi kubur arwah MIL, tapi, sehari sebelum raya tu dia dah ziarah so, kitorang terus betolak ke PD, masa lalu kat kawasan makam tu, Abang Long tanya kat En. Khush, "papa kita tak singgah tengok uwan ke? dah lama Abang Long tak jumpa uwan" petang tu jugak En. Khush bawak anak-anak dia gi ziarah pusara MIL.
Bila tengok gambar ni, ada peristiwa yang memang lawak tahap giler babi, muke diorang pun bukan main gelak lagi..hishhh sakit ati aku.  Ni kat umah biras aku kat Nilai, masa nak balik dari rumah dia kekononnya aku nk begambo family lagi sekali, punya la tegedik-gedik, aku pakai kasut tepeleot tesepak bucu kusi tu, jatuh tegolek trus, En. Khush cakap yang gelojoh sangat tu naper, hadoiii malu beb..dah la umah dia ada CCTV, sah-sah la aku akan jadi bahan lawak nanti,  CCTV beputar plak tu, bukan CCTV statik, malu..malu..jangan diorang buat viral video kegelojohan aku tu sudah la huhuhu..FIL aku kemain gelak sakan kat aku, ni bukan petama kali aku tegolek, dah banyak kali aku tegolek dari zaman cintan cintun ngan En. Khush lagi, dia memang tahu aku gelojoh, kalut tak memasal.  Satu hari aku beraya kat PD, petang baru balik Semban, sebab siap-siap nak balik Kelantan.
(adik-adik ipar a.k.a adik-adik En. Khush)

Lepas balik dari PD, Abang Long yang paling sonok sekali, actually dia memang suka beraya kat Semban, semenjak-menjak dah besar ni, nak tau naper? sebab ni la..jadi ketua tolong kira duit raya adik-adik sekali, bab tu tak per lagi, siap bagitau atuk, alahh..mummy tu pinjam duit Abang Long, erkkk..pinjam saploh hinggit pun kecoh, dah umur 10 tahun ni, duit raya tu pun aku tak pegang, nak tumpang sikit pun tak boleh, haihhh anak-anak, sampai si kecit tu pun ngikut nak letak duit dalam tabung, bagi singgit-singgit pun jadi la asalkan nampak bekeping-keping, sabo jer lah haku..
Raya keempat mak aku kat kampung wat open house, makan kambing, tiap tahun makan kambing, tapi idok ler, kambing golek, kambing gulai kawah, memang family aku kat kampung suka kambing gulai kawah, gambar tak der la plak sebab aku dikerah kene cabut bulu itik.  Bila masa aku nak begambo, satu badan bau itik, aku ingat tak nak mandi lepas cabut bulu itik tu, tapi satu badan ko bau itik, siap kene beshampoo bagai..tapi sedap gulai itik weiii..bukan itik liar, itik mak aku bela...  10 ekor itik mak aku kene sembelih..
Kasut yang aku pakai tu la buat aku tegolek, tak der la tinggi sangat pun, tapi ntah cam mana leh tegolek, hadoiii..malu mak..ni sumer tengah nak ngerjakan cabut bulu itik, aku nak gi reunion sekolah, bab tu nanti aku cerita lain, walaupun termasuk dalam percutian Hari Raya aku, sebab nanti panjang sangat pulak.
Yang lagi aku seprise sebab Cik Izzati sudi datang masa open house kat kampung, tak sangka dia datang, Cik Izzati ni, PTD kat Divission aku dulu, skang dia tengah kusus DPA kat Kemaman, mak dia orang Kelantan, kebetulan dia raya kat kampung, aku ajak la sekali, ni je la satu-satunya kawan aku yang datang, yang lain ermmmm..nan hado walaupun kemain lagi aku jemput, tak per la, may be diorang ada keje, maklum la musim raya, kakak aku siap perli..uihhh ramai nya kawan mu mari dikkk...sokmo gitu..esok tu aku ikut kakak aku gi beraya umah sepupu aku, lepas tu singgah kutip rambutan kat kebun, tahun ni tak banyak baju raya, aku ulang baju yang sama jer ler..
Ni semua anak-anak buah aku, ramai kan pompuan? family aku jer yang sumernya laki, tapi sebab anak-anak aku yang paling kecik, diorang ni ler yang jaga anak-anak aku, senang ati balik kampung, anak-anak tak kisah aku langsung, sibuk main ngan sepupu-sepupu dia.
Sayu pulak tengok gambar ni, tahun depan boleh ke sambut raya cam ni lagi, eh..lain macam pulak ayat aku tu, bukan apa, gamba ni cam dalam iklan tv pulak, haaa..satu lagi gamba cam dalam iklan, gambo yang paling-paling-paling aku suka, sah la tahun depan gambo tu akan jadi kad ucapan hari raya aku.
Cam iklan gedung pakaian pulak, tak der ke sapa-sapa nak amik kami jadi model iklan baju raya, ni idea En. Khus, lepas penat begambo family, sampai tegolek-golek nak cari shoot yang menarik, last-last En. Khus cakap bosan la tengok camera, apa kata masing-masing tengok tempat lain, pulak tu pandai pulak anak-anak aku ni, buat gaya sendiri, nak-nak yang tengah tu, kemain lagi, tahun depan gambo ni akan jadi kad ucapan hari raya, ngeh..ngeh..ngeh..

Sekian ler, ceritera raya aku untuk tahun 2014, semoga kami akan berjumpa syawal tahun depan Insyaa Allah...

No comments:

Post a Comment

jangan segan-segan nak kritik..i like..