Thursday, July 17, 2014

Royal Belum, Grik Peghok..

Ok..ni cerita dah basi ok..tapi nak cerita jugak sebab nanti aku boleh baca balik esok-esok kan.

Ni trip Biro Reakreasi, opis aku, First time aku join trip dengan Biro Reakreasi ni, sebab apa??? sebab ada air, aku kan suka main air, bukan boleh dengar gi bekubang lam tasik ni...tahun lepas biro reakreasi banyak wat aktiviti panjat-panjat gunung, aku tak suka panjat-panjat ni, panas-panas, penat-penat, eee..tak kuasa mak nak..hujung tahun 2013 tak silap aku depe gi panjat gunung Kinabalu kat Sabah nuuu..tak kisah la diorang cakap best ke hape ke..mak tak gemor manjat-manjat..eksen tak?? Tapi bulan April hari tu aku dengor depe nak gi Tasik Banding, Gerik Peghok nu..aku memang tak gemor mancing, tapi sebab air. Dok atas boat house plak tu, perghhhh gile tak nak merasa.

Kami gi naik bas KLN, betolak dari opis ke Grik kul 11 malam.  Naik bas jer mata pun lelap, naik bas opis, dok  sorang satu kusi, tak der la rasa penat sebab ko bule nak tekangkang kiok, so sampai kat jetty dalam pukul 10 pagi esok nya.  sebenarnya selain pegi suke-suke ni, diorang pegi bawa sumbangan ke perkampungan orang asli yang kitorang akan terjah nanti.  Rumah orang asli tu jauhhhhh.. Kalau dari jetty tu dalam 2 jam perjalanan.
Ni barang-barang yang kitorang bawak, sumbangan dari warga Wisma Putra, betapa banyak giler nak pikul turun ke bawah tu.  Aku becekak pinggang tu, sebab tengah pikir guane nok punggoh barang tu sume bawak turun ke jetty nung, gile nok punggang, cabut lutut weii..dah la bebukit.
Tetiba..toinggg..datang abang-abang acekar, dari mana ntah kebetulan nak trun ke jetty, apa lagi kitorang suruh la hero-hero Malaya ni punggah turun.  Rileks jer abang-abang acekar ni angkat kotak-kotak yang berat nak mampus tu dengan sekali hangkut jer..terus setle.  Bagus abang-abang acekar ni...kitorang tunggu boat house sampai lama jgak ler, naik bepeluh melekit-lekit, sebab tak mandi.  Dalam 2 jam kot, panas giler, dah berapa kali aku order air kat gerai tepi jetty tu.
Ni boat house kitorang, sebenarnya Ketua Biro Reakreasi, booking boat house 2 tingkat, kiranya banyak la bilik, so boleh la tampung untuk 20 lebih orang, tapi ntah macam mana tauke boat house tu ilang ke boat rosak ke ntah macam mana ntah, last minute kene cari boat lain.  Sib baik ada boat ni, boleh la jugak kami belayar mengelilingi tasik banding yang tak tebanding keindahan ciptaan Ilahi ni.  Boat ni sebenanya ada 4 bilik, still bole tampung lagi, peserta seramai 20 orang.
Dalam 2 jam perjalanan, aku sampai di perkampungan orang asli, Tasik Banding.  Perkampungan ni, betul-betul kat tengah-tengah tasik.  macam satu pulau kecil, cantik sangat, duduk kat perkampungan ni aku rasa aman sangat, berangan kalau lah aku ada pulau peribadi macam ni, memang best giler.  Perkampungan tu, simple jer, tak der letrik, sumber air daripada tasik tu la, bekalan makanan, diorang cakap sumbangan daripada pengunjun-pengunjung yang singgah, sebab diorang nak keluar pun kene ada boat.  Kadang-kadang aku terpikir, macam mana diorang boleh hidup terasing tanpa kemudahan, dan haaaa satu lagi, kat kawasan tasik ni no coverage ok, 3 hari aku terbuang dari dunia internet.  Tak de panggilan telefon, tak der internet, tak ader update status kat FB ...tak boleh dengar suara suami n anak 3 hari ok..
Nama kampung ni, Kampung Aman Damai, memang aman dan damai sangat,  lagi satu original people ni, kalau kita datang kat tempat diorang tak boleh main terjah jer tau, diarang sangat-sangat tak suka, nak amik gambar sekali pun kita kene minta izin, jumpa tok batin, mintak izin nak tengok-tengok perkampungan and mintak izin amik gamba.  Kalau tok batin kata "boleh jak"..baru boleh, kalau dia kata.."sik boleh"..sila la ko nyah dari situ, cam cakap sarawak plak dahhh..hihihi..
 
Ni plak, cam kat dewan diaorang, sume guna buluh, tapi buatannya sangat-sangat kukuh, cuma aku jer takut sebab takut tekepit bontot..so dok pun sopan, tak gerak-gerak dah..yang baju kuning tu la tok batinnya.  Jumpa tok batin dulu baru kitorang gi tinjau kawasan sekeliling.  Sebenarnya tak besar pun perkampungan ni, ada la dalam 15 ke 20 buah pondok.  Pondok tu muat la sekeluarnga, tapi pintunya kecik ajer..muat ler nak masuk tapi kene tunduk sikit, kreatif, sebab diorang bina sendiri rumah-rumah tu guna kayu-kayu disekitar...jom tengok jer la apa aku buat kat situ..ceh..cam lam tb plak..
(abaikan skaf aku tu, angin kuat kat situ, habis sumer melayang-layang)

Kitaorang kat perkampungan tu lebih kurang 2 jam, gedebuk gedebak, tengok kawasan sekeliling, moh ler kita balik, nak mandi plak ni, dari pagi idok mandi, belengas habih doh.  Korang layan je la gamba-gamba aku tengah bekubang ni, lepas bot parking jer kat tengah-tengah tasik tu, kami sumer keceburrr..dalam air, life jacket tu sume di paksa pakai oleh boatman, sebab ni tasik ok..tasik yang belum diteroka..lagi satu, air tasik ni menarik ke bawah,  Kak Shima ngan Kak Rozalah, membebel dipaksa pakai life jacket, sebab susah nak gerak, terapung jer, tak leh swim, so dalam pada dok lam tasik tu depe lucut jacket, aku nak bukak tapi bila boatman tu cakap menarik ke bawah, sauk balik jacket kikiki..tapi memang best..menikmati panorama tasik Royal Belum ni. 
 
 
 
 
Kitorang berendam sampai nak ke malam, naik-naik lapo kebulur.  Ok lah nanti aku sambung, sebab esoknya tu  mandi kat air terjun sambil bagi makan ikan kelah.  Kat air terjun tu kene gi naik bot laju sebab masuk ke dalam..so..macam biasa tunggu kerajinan..

Babai..

No comments:

Post a Comment

jangan segan-segan nak kritik..i like..