Hari ni dah 25 hari puasa, cepatnya masa berlalu, pejam celik, pejam celik dah hampir sebulan kita menjalani ibadah puasa..hari Ahad balik kampung..yihuuuu..tak sabar rasanya nak balik kampung n bercuti..
Walaupun kita semua sedang bergembira nak sambut raya, tapi jangan lupa yang berada di pusara sana, sedang mereka dalam kesedihan setelah berakhirnya Ramadhan..
Saat-saat macam ni, aku rindukan mak mertua aku, perginya di bulan yang mulia dan penuh berkat, seminggu di bulan Ramadhan, maknanya tahun ni dah 3 tahun pemergian ibu mentua tercinta...Al-Fatihah untuk mak..
Di bulan baik dan hari baik ni, aku pun nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang mengenali diri ini, dan kepada semua pembaca blog ni
Memandangkan jugak, aku dah lama tak ber'bloging' baru start semenjak dua menjak ni jer, so aku nak bagi kad raya kat korang dari tahun 2010 hingga 2013 hehehe.. semua kad-kad ni, aku post kat FB jer, tp tak tempek kat blog, punya la lama tak menulis kan..tapi jangan risau, aku dah buang dah sarang labah-labah dalam blog ni sikit-sikit..kiranya boleh dah la korang nak baca tanpa gangguan sarang spider tu kan..hihihi..
Ni kad raya tahun 2010, tapi gambar diambik masa raya 2009, gambar pun kecik jer, sebab aku ambik dari FB jer, gambar betulnya pun aku dah lupa mana aku simpan, so boleh la tu kan..
Ni pulak kad raya tahun 2011, tapi gambar masa raya tahun 2010, masa ni, si kenit Ayish Kibung tu tak der lagi, so, sebab gambar masa pakai baju raya dia masih dalam perut, so aku tempek jer gambo dia kat celah-celah kaki En. Khush tu, kira ok la tu, menunjukkan keluar lagi sorang hero..
Kad raya ni, tahun 2012, tapi gambo masa raya 2011, budak kenit Ayish Kibung tu pun baru 5 bulan, sibuk mak dia nak pakaikan baju melayu, pakai pun tak sampai 2 jam, sebab dia rimas, pastu panas mengamuk-ngamuk, masa begambo ni pun dia mengamuk nak tarik kopiah, sambil terjerit-jerit, tapi sebab mummy dia ni mewajibkan setiap tahun kene bagambo, so kene tahan le dulu, sambil begambo meronta-ronta sampai nampak perut dah tu ha..
Dan kad raya tahun ni......sila lah scroll ek...khas buat semua reader n kenalan yang mengenali diri ku ini, ceewaaahhh...
Katak Kenyang Lalu Tertidur
Gajah Pitam Lantas Terjatuh
Andai Tak Sampai Tangan Menghulur
Ku Pohon Keampunan dari Jauh
--------------- SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN-----------------
Tadaaaaaa......
Macam la suprise sangat..pui...mengada-ngada..eke..eke...eke..ni la kad raya tahun 2013, untuk semua facebooking n readers yang sudi menjengah ke blog ku, kat facebook dah post dah pun..dan seperti biasa gambo raya tahun 2012, dah comey la sikit budak kenit Ayish Kibung tu begambo, walaupun tak tengok camera, lantok la kan, asalkan elok jer dia pakai baju melayu dari pagi sampai petang. So seperti biasa baju raya kami anak beranak untuk tahun 2013 ni pun sedondon n berkedongdong jugak, temanya..tungguuuuuuu...hehehehe..akan wat kad raya tahun depan pulak..Insya Allah, kalau panjang umur.
Sekali lagi dari saya and family..
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN
Dan kepada yang memandu pulang ke kampung, hati-hati dijalanraya..
Tak lupa jugak, untuk member-member ku, yang berada di perantauan, semoga raya tahun ni, banyak buat kuih sendiri....maaf zahir batin dari aku di Malaysia ok..
Waasalam...
No comments:
Post a Comment
jangan segan-segan nak kritik..i like..