Wednesday, July 2, 2014

Ramadan Menjengah Lagi

Salam Ramadan Al-Mubarak kepada semua,

Sekejap saja masa berlalu, pejam celik, pejam celik, kini Ramadan tiba lagi.  Hari ni dah pun bersamaan dengan 4 Ramadhan 1435H bersamaan dengan 2 Julai 2014.  Sudah masuk bulan Julai untuk tahun 2014.  Betapa cepatnya masa berlalu dan Alhamdulillah aku masih lagi dapat menempuh bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.

Di bulan yang mulia ini saya ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran dan semoga mendapat pahala yang berlipat-lipat ganda.  Mohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali diri ini dan yang membaca blogku ini.

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Dari Risha n Family.


No comments:

Post a Comment

jangan segan-segan nak kritik..i like..