Anniversary

Monday, July 21, 2014

Ayish Lagi

Sepanjang bulan puasa ni, aku masuk kul 7.30 pagi sebab nak balik kul 4.30 kan.  Tapi namanya jer balik kul 4.30 petang tapi dok ajing pung buleh balik tajam(sharp) kul 4.30 petang.  Aku ingat kul 4.30 petang tu tayar golek doh tubik dari Wilayah Wisma Putra neh.  Tapi dok ajing buleh pung, kul 5.00 petang gok la baru buleh balik.  Tapi tak per la, kul 5.00 petang pun kategori awal doh.

Nak ceritanya, sepanjang bulan Ramadhan, aku kene amik alih tugas En. Khus menghantar dak Ayish Kibung ke taska, sebab En Khush pun masuk kul 7.30 pagi, so dia akan lambat ler kalau kene singgah menyinggah.  Al kisahnya bila aku menghantar budak tecit ni, aku akan bawak naik opis dulu, letak beg, bukak lampu, bukak pintu, baru aku antor Ayish.  Al-kisahnya lagi, jalan nak ke taska dia tu, aku lalu jalan swimming pool, sebab dekat.  So untuk hari pertama tu, aku pun suh ler dia begambo kat tepi swimming pool, ye ler, mummy nya nak letak kat IG, kekonon opis mummy ni ada swimming pool khen.
Makanya, gambo ini la yang telah mummy tepek kat IG, kekonon nak cerita lalu kat swimmping pool nak gi ke taska Ayish kat belakang tu.  Bepago la kan, nanti tak pasal-pasal ramai pulak anak-anak terjun dalam ni, ok, tak kisah ler ramai yang komen kata canggih ler, best la, bla..bla..bla..

Mula-mula mummy memang seronok la sebab boleh begambo kat situ sambil lalu kat tepi-tepi pool gitu, ala-ala umah orang kaya kan.  Tapi lepas kejadian ni, Ayish hari-hari nak begambo kat situ.  Tetiap pagi hookey..mesti kena tangkap gambo dia kat tepi pool tu.  Kalau tak dia akan merajuk tak nak bejalan ke taska.  Tepaksa la aku layan tetiap hari begambo tepi pool, sampai cikgu kat taska perli, amboiii...Ayishhh, asik begamba jer yer.

Haaa..kejap aku buh gambo yang udah banyok aku amik sepanjang aku yang kene ngantor dia ke taska.








Macam-macam aksi kan? dengan botol susunya, dengan sengihnya, dengan merenung masa depannya, kalau tengok air kolam tu, dari kolam tu jernih, elok biru dah naik hijau belumut dah, ye la puasa kot, sapa nak bersihkan bulan-bulan pose ni.  Tak per la aku layankan jugak, ada 5 hari je lagi, duty mummy ngantor ko dik, lepas ni pass baton balik kat papa.  Naik motor ikut jalan atas nu, senang sikit.
Eh..tetiba ada gamba mummy..haihhhh nak jugek..pas tu cakap anak, padahal mummy tu lelebih, kalau boleh nak terjun dalam kolam tu.  Ni la bila spesis tak boleh jumpa air.  Mengeletik je rasa.  5 Kali lagi lalu, bukan amik gamba tepi pool, amik gamba dalam pool, pakai baju kurung, tetiba gelembung jer kat dalam air tu kikiki.  Ok lah sekian meraban aku di bulan pose ni, menghitung hari untuk bercuti raya dah..yihaaaa...

Babai..

No comments:

Post a Comment

jangan segan-segan nak kritik..i like..