Wednesday, December 31, 2014

PENUTUP TAHUN 2014

Seminggu aku balik kampung nak jemput Abang Long yang dah selamat bersunat ngan Abang Danny yang setia menemani abangnya, walaupun mak aku cakap gemor menangis memanjang.  Memang le Abang Danny tu kememe, manja, tak bole lasak-lasak, merengek jer kerojenya.  Aku balik Sabtu 20 Disember.  Masa tu pun dengarnya dah ada kawasan-kawasan yang aku lalui tu dah mula naik air.  Tapi Alhamdulillah aku selamat sampai ke kampung dengan selamat.  Balik kampung sambil-sambil nak beli barang-barang nak bawak gi 'posting' sekali.  Hari Ahad dok umah lepak-lepak sambil rehatkan badan dulu sebab seharian dok dalam kete hari sabtu tu.

Hari Isnin, aku ajak kakak aku gi beli barang kat KB.  Hujan kat KB renyai-renyai dan kadangkala lebat sepanjang aku ke KB hari tu.  Amboi cam tukang lapor kaji cuaca plak.  So aku beli ler sumer barang-barang yang nak bawak.  Sambil tu beli barang nak wat kenduri hari Khamis, sebab mak aku ingat nak makan kambing.  Dari pagi sampai petang aku kat KB hari tu, kiranya setlekan terus barang yang nak beli, malas nak ulang alik lagi.

Esoknya Selasa, aku sambung beli barang kat Jelawat plak, sebab ada jgak barang kat KB murah ada jgak barang kat Jelawat yang murah, so aku beli plak kat Jelawat, siap jumpa bekas Pengerusi Proton lagi, beli barang kat pasor Jelawat, rileks jer, bawak barang penuh tangan cam orang biasa, dan aku pasti orang kampung tak kenal pun dia, sebab aku cakap kat kakak aku, tu, Tengku Mahaleel, kak aku cam tecengang sapa pulak katanya, sah la tak kenalkan, rileks jer bawak kete GTR masuk paso, aku jer la yang kagum sebab dia sempoi giler, orang lain mana nak kenal pun sapa dia, silap aku tak gi selpie ngan dia. Dah habis beli kat Jelawat aku balik rumah, lepak-lepak, gelak-gelak sambil cerita-cerita ngan mak ayah aku.

Hari Rabu, dah mula keluar berita Kuala Krai, Gua Musang dah mula dinaiki air, masa tu hujan masih lagi renyai-renyai.  Dalam satu hari, hari Rabu tu, sekejap jer dengar cerita air dah makin melimpah. Dok borak-borak ngan family aku, mungkin air dari hulu tu, air lalu, sekejap jer kot.  So kitaorang pun dengar berita jer dari semasa ke semasa yang paras air makin meningkat dan ramai yang dah dipindahkan.  Sampai la ke saat aku menulis ni masih ramai lagi yang dipindahkan, sampaikan malam Sabtu yang aku nak balik KL, semua stesen minyak dah kehabisan minyak, bepusing aku cari pam minyak yang ada kat sekitar Bachok nak isi minyak untuk balik esoknya.  Ruang udara rumah aku kat kampung memang macam tengah perang sebab dengar helikopter sepanjang masa.  Sedih tengok kawasan yang terlibat.  Ayah mertua aku kat Seremban pun tanya khabar, Alhamdulillah kampung aku selamat dari banjir, tapi bekalan minyak, kedai, pasar dah mula kekurangan bekalan sebab terputus hubungan untuk suply barang-barang.  Nasib baik aku cepat beli barang-barang hari tu, kalau tak memang tak boleh nak beli, sebab KB pun air naik.

Hari Khamis mak aku wat kenduri, saudara aku dari Tanah Merah datang bagitau yang kawasan dia pun dah terjejas teruk, letrik dah terputus, line telefon dah tak der, tapi, ye la orang kampung situ masih tau mana jalan yang boleh keluar.  Saudara aku kat Pengkalan Chepa call, dia langsung tak boleh keluar sebab air depan rumah dia dah paras lutut. Padahal rumah dia tinggi.  Memang luar biasa banjir tahun ni, sebab jalan penghubung dari rumah aku ke Airport pun air naik dengan laju.

Hari Sabtu, aku nekad nak balik KL, walaupun aku tau mak aku risau sebab dalam keadaan cuaca tak menentu ni, tapi aku kene balik sebab Isnin dah mula kerja.  Satu-satunya jalan yang boleh keluar dari Kelantan masa tu, melalui, susur jalan pantai ikut Terengganu.  Alhamdulillah, sepanjang jalan tak der plak kene banjir, sampai la kawan aku wat sap kat grup DSK, jalan exit ke Temerloh dah tutup sebab banjir.  Tapi masa tu jalan lama ke KL yang melalui Maran kuar tol Lanchang bukak lagi. Pecut la En. AKAR nak suh cepat sampai sebab takut jalan situ pun tutup.  Masa tu kitorang tak terfikir langsung jalan ke Kuantan ikut Muadzam Shah masuk felda tu sumer, padahal jalan tu kitorang penah lalu.  Masing-masing cam bengap kejap.  Dalam pukul 4, sampai tol maran dengan redah jam bagai, gigih nak sampai jugak ke Jalan Kampung Sawah.  Apa, tekaan kitorang betul, sampai jer kat Kg. Awah polis dah suh patah balik, air melimpah dengan lajunya.  Bengap tak aku laki bini di situ, padahal kalau aku tak lalu LPT terus masuk Kuantan, dah lepas ke KL, sebab masa aku sampai kat Exit ke Temerloh tu baru pukul 4 petang.  Tapi dua-dua bongok redah jugak, kitorang rugi masa 3 jam redah jamed.  Tak per la redho, ada hikmah di atas semua yang berlaku.

So, aku patah balik ke Kuantan, korang bayangkan patah balik ke Kuantan dalam 84KM dari Maran. Sampai Kuantan dah pukul 10.00 malam, bepusing pulak cari hotel. Last-last dapat Duta Sands kat Jalan Beserah.  tido la semalam kat Kuantan.  Esok tu nekad lalu Muadzam Shah.  Pagi-pagi dah kuar hotel, breakfast pun dalam kete jer, sebab tak nak buang masa.  Berhenti pun time isi minyak jer. Lalu la jalan Muadzam Shah, masuk Serting, Felda Palong, Bahau, Batu Kikir, Kuala Pilah dan terus ke Seremban.  Sampai Seremban pukul 1 tengah hari.  Kitorang singgah umah Pak Mertua aku.  Badan dah tak larat.  Masing-masing tebungkang tido sampai kul 6.00 petang.  Lepas tu baru aku balik Sepang.  Abang Long ngan Danny aku tinggal kat Seremban.  Diorang pun dah cemuih naik kete, so diorang tak kisah pun aku tinggal umah atuk kat Seremban.  Lepas tu baru aku call mak aku kat kampung bagitau dah selamat sampai KL.  Perjalanan aku 2 hari yang amat memenatkan.  5 negeri aku lalu nak sampai umah aku.  kelantan, Teganu, Pahang, Negeri Sembilan baru la Selangor.  Jalan-jalan, pusing-pusing Pantai timur betul aku.  Lalu 5 negeri habis minyak begelen-gelen.  Tak per la penutup tahun 2014 aku di Mesia katenye.  Yang penting aku and family selamat.

No comments:

Post a Comment

jangan segan-segan nak kritik..i like..