Dalam fikiran aku sekarang ni terlalu banyak yang tengah berselirat, aku tak tahu nak mulakan dari mana. Sama ada ini dinamakan masalah atau aku sekarang tengah diuji olehNya. Datangnya masalah itu adalah sebahagian daripada ujian dan dugaan dari Allah untuk aku, yaaa...mungkin. Alhamdulillah aku sebenarnya telah dapat apa yang aku inginkan, tetapi perjalanan itu tidak lancar dan tidak mudah, ada saja halangan dalam aku melalui untuk mencapai ke arah yang aku inginkan itu. Dengan itu aku terima ketentuan itu sebagai takdir qada' dan qadar Allah, yang mungkin itu adalah masih lagi bukan rezeki aku, yang penting aku bekerja dengan ikhlas, untuk mencari rezeki yang halal demi membesarkan amanah yang Allah berikan untuk aku, iaitu anak-anak.
Alhamdulillah, sepanjang aku bekerja dari tahun 2002 aku selalu dapat kepercayaan dari boss, dari Kastam membawak ke KPM lagi hingga lah aku bertukar Bahagian dalam KPM dan sekarang aku di KLN, aku masih dapat memberikan komitmen yang baik sebagai seorang setiausaha dan masih mendapat kepercayaan dari boss dalam melaksanakan tugas-tugas. Tapi mungkin kepercayaan yang boss berikan selalu disalah ertikan seperti aku gunakan boss untuk kepentingan peribadi atau kaki ampu, kaki kipas, kaki bodek dan segala kaki lagi. Itu dah lumrah kehidupan, so biarkan lah dan aku tak pernah kisah dengan apa yang orang-orang kata dan anggap terhadap aku, asalkan anggapan Allah terhadap aku adalah untuk bekerja dengan seikhlas hati, kerana itu adalah sebahagian daripada ibadah. Aku bukan kata aku ni baik, tapi untuk meraih kepercayaan boss bukan situasi yang senang. Aku pernah dapat boss yang garang giler, pernah campak fail atas meja, baling surat, lunch hour aku tak der sebab kene serve boss makan, kene jadi driver boss antar dia nak gi shopping, kene jadi nurse bila darah tinggi dia naik, and end up kitorang jadi kawan sampai sekarang even dia dah pencen.
aku jenis tak pandai pun nak ambik hati boss, sebab kadang-kadang aku tengok orang-orang lama, kadang-kadang boleh bergurau dengan boss, may be diorang dah kenal boss-boss tu dari zaman diorang gred bawah lagi, tapi aku memang tak pandai, apa yang boss suruh aku buat, nak bergurau gelak ketawa aku tak reti. Ok stop pasal tu.
Apa aku nak cerita skang Alhamdulillah, apa yang aku impikan sudah hampir tiba, iaitu bertugas di luar negara. Tidak pernah terduga sepanjang hidup aku akan diberi peluang untuk mencari pengalaman di negara orang. Negara mana akan aku bagitau nanti bila dah sampai sana, tak feel la bg tau skang hehehe... aku akan berhijrah bulan Januari 2015. Skang tengah bz prepare apa-apa yang patut. Apa yang aku terfikir skang adalah setiap kejadian yang berlaku itu ada hikmah-Nya. Sepatutnya aku kene pergi bulan Jun hari tu, tapi disebabkan banyak komitmen dengan tugas di opis so aku kene postpone dan akhirnya impian itu semakin hampir.
Nak kata seronok tak juga, macam-macam aku fikir skang ni, pasal En. AKAR yang tepaksa berkorban cuti tanpa gaji, sekaligus hilang servis kekananan. Fikir Abang Long ngan Danny, nak kene belajar cara hidup negara orang. Sekolah di negara orang. Dan yang paling aku terasa sekarang terpaksa meninggalkan mak dan ayah aku. Ayah aku selalu cakap yang dia dah makin tua, tapi anak bongsu kesayangan dia ni makin nak gi jauh. Tapi aku selalu cakap kat ayah dan mak aku, supaya redha kerana ini untuk mencari rezeki demi membesarkan anak-anak sebagaimana mak dan ayah membesarkan anak-anak mak dulu. Alhamdulillah diorang faham dan apa yang aku dapat ni adalah berkat doa yang tak penah putus dari mak dan ayah aku untuk tengok aku hidup senang.
Aku bersyukur kepada Allah yang memberikan rezeki yang tidak terhitung nilainya ini. Berkatilah kehidupan aku dan keluargaku walau di mana kami berada dan kuatkanlah iman kami untuk terus menuju ke jalan-Mu Ya Allah. Beri la aku kekuatan untuk aku membesarkan anak-anakku menjadi insan yang soleh di dunia dan akhirat. Aminnn....
No comments:
Post a Comment
jangan segan-segan nak kritik..i like..