Anniversary

Friday, January 2, 2015

CARA BERLAUK UNTUK TAHUN BARU

1st entry aku untuk tahun 2015 ialah nak tulis resepi kuih cara.  Sebab aku takut lupa plak, memandangkan kuih ni aku belajar dengan biras kakak aku kat kampung. So resepi ni, kiranya dari kampung ler, tak tau ler kot-kot ada resepi dari bandor, dan aku rasa ramai jer yang pandai buat kuih ni.  Tapi ni untuk rujukan aku, sebelum aku hilangkan resepi ni entah ke mana. Baik aku share kat sini.

BAHAN-BAHAN UNTUK KUIH CARA BERLAUK

2 Ulas bawang merah - (Dipotong kecil-kecil atau orang kelate kato maye)

2 Ulas Bawang Putih

1 Biji Bawang besar (Potong Dadu)

Daun bawang - potong halus-halus

Cili merah - potong dadu

Daging Kisar

1 sudu rempah kari + 1 sudu kurma

CARA-CARANYA

Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan daging kisar, kacau dengan api yang perlahan sehingga daging tadi masak.  Kemudian masukkan rempah kari dan rempah kurma, kacau lagi sehingga sebati.  Kemudian masukkan bawang besar yang telah dipotong dadu tadi, dan cili merah, garam secukup rasa.  Setelah masak sejukkan.


Sementara menunggu inti tadi sejuk kita bancuh tepungnya.

BAHAN-BAHANYA IALAH;-

Acuan kuih cara yang macam kuih bahulu kecik tu.

2 cawan tepung gandum

2 biji telur (aku selalu guna gred A)

1 Sudu kecil minyak sapi

1/2 cawan santan (cikgu cakap tak der santan nak guna susu cair pun boleh)

1 cawan air

Secubit garam

Pewarna Kuning (Kalau nak buat yang hijau tu, warna hijau tu campur sikit dengan warna kuning, untuk nampak kaler tu cam lebam-lebam sikit kata cikgu, kalau tak nak, hijau je pun boleh)

Lepaih tu bahan-bahan tadi masukkan sumer sekali, kacau dulu dalam bekas supaya tak beketul dan sebati.  Tapi aku ni telah derhaka skit kat cikgu sebab aku ni pemaleh keroje nak cepat ajer, aku blend jer sumer sekali.  Kalau pekat sangat tambah jer air sikit, biar nampak cam sedang-sedang, jangan cair atau pekat sangat.  Agak-agak je la, sebab aku pun agak-agak jugak.
 
Cam ni la lebih kurang jadinya.  Bila dah sebati nanti kalau nak senang masukkan dalam jag kecik yang ada muncung tu, senang sikit nak tuang dalam acuannya.  Panaskan acuan kuih tu, sapu acuan tu dengan minyak sapi. Nak kasi naik bau, gunakan daun pandan untuk sapu minyak sapi kat acuan tu.  Aku kan pemaleh aku sapu guna berus jer.
Haaa..cam ni lah jadinya kuih cara berlauk.  Masukkan kan dulu bancuhan tepung tadi dalam acuan, lepas tu tunggu kejap, bila nampak tepi-tepi tu masak sikit, baru masukkan inti, lepas tu tutup.  jangan lupa tutup, acuan tu.  Tutup la guna tudung periuk yang kecik tu, asalkan betutup.  Kalau nak tau kuih tu dah masak ke tak, bila kita kuis dengan sudu, otomotik kuih tu lekang.  Api jangan besor sangat, nanti kan hangit, bior le sedang-sedang ajer.
Aku wat 2 jenis ari tu, cara berlauk ngan cara gula.  Kalau buat yang gula tu, kene tuang bancuhan tepung tu separuh dulu.  Lepas tu nampak masak sikit masukkan gula, Kemudian tunggu kejap, baru masuk separuh lagi, kasi penuh acuan tu.  Masak pun sama jugak, bila kita kuis dengan sudu tu lekang, maknanya masak la tu.

Senang jer buat kuih ni, cuma tak leh leka sebab cepat sangat masaknya.  Dah masak tu telangkup la kuih tu buat couple-couple gitu.

SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment

jangan segan-segan nak kritik..i like..