Anniversary

Friday, September 5, 2014

RED VELVET HILANG STRESS AKU

Tajuk cam nak kongsi resepi, tapi nak cerita wat kek jer, sian orang yang google nak cari resepi Red Velvet nanti, tak per banyak korang boleh cari resepi kek ni, memang aku suka kek ni, nak buat pun senang, antara rajin ngan malas jer, tapi bila ko buat jadi  mesti rasa, wahhhh..teruja gitew..

Sekarang ni aku tengah stress, so aku kongsi tip cam mana nak lepa kek jadi lawo dah la yer, resepi buat kek korang cari ler, sebab aku rasa kalau tak der teknik nak melepe ni pun tak jadi jugak yer dakkk..

Actually aku kalau stress aku akan buat kek, sebab aku rasa masa aku buat kek tu akan hilang stress or masalah-masalah aku.  Siyes, kadang aku akan buat 2 biji kek dalam masa sehari.  Aku sanggup tak masak sebab nak buat kek.  Dan benda yang aku tak kan buat bila aku stress adalah masak, makan dan minum.  Kalau aku cakap tak nak masak hari ni, so otomotik En. Akar dah paham yang aku tengah stress hari ni.

Ok kembali pada cerita kek ni, actually aku buat kek ni masa majlis perpisahan boss aku baru-baru ni, dia dilantik jadi Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan.  So aku suprise kan dia ngan wat kek letak gambo Divission aku kat kek tu.  Pelikkan kalau stress buat kek, tapi skang tengah keje, so nak ilangkan stress sikit aku ngajo cara lepe kek, skang time lunch hour, jangan nak cakap aku tuang keje plak, boss aku tak dak gi kuar makan.

Wat kek memang stress kalau kek ko tak jadi, tapi aku time stress wat kek, kek yang aku buat menjadi sebabnya masa tu aku akan jadi penyabar, sebab tu kene sabar, step by step walaupun aku ni bukan jenis penyabar.  Apa daaa aku merepek.  Red Velvet senang nak buat tapi leceh sebab main dengan calour.  Ko bayangkan kek ni dah la fragile atau dengan kata lain gebus gebas, so, korang kene hati-hati bila nak layer kek tu, sebab nanti akan ada merah-merah nanti lekat kat spatula.
Korang potong la kek korang tu pada 3 ke 4 bahagian tengok pada nak tinggi mana kek korang tu, lepas tu layer-layer la jadi cenggini, caranya ko letak cream cheese tu tetengah lpas tu guna apatula sapu rata, buat la ulang-ulang sampai habis, lepas tu dah habis ko lumur creame chese tu tepi-tepi, eh tapi sebelum tu, korang nampak kan kek tu ada lebih-lebih tepi tu kan, korang rata kan dulu biar creame tu melekat nipis-nipis kat kek.
Lepas layer, korang lumurkan semua cream chese tu sampai jangan nampak pun kaler merah kek tu tadi.  Lebih kurang la ek, lepas tu ko kemaskan lah balik kek tu, masa ni bab yang paling aku suka, sebab masa ni semua benda tak der dalam kepala ko, ko mesti fikir nak kek ko cantik.
Ni pun senget-senget lagi cam tuan dia kan, sooo ko kemaskan la lagi, kalau nak nampak kek korang tu licin, korang panaskan skit spatula tu, supaya nanti creame tu licin, jangan panas sesangat, lain plak rasa cream tu karang.
Soo..lepas tu kek tu akan jadi cam ni, tu pun senget-senget sebab aku dah mengantuk, aku buat kek ni sampai kul 2 pagi kot, lepas dah siap korang deco la, aku memang failed bab mendeco ni, tangan keras, kene gi balajo la teknik mendeco kek.
tadaaa...jadi la gini, senget benget cam tuan dia, sebab mengantuks tahap dewa.  Boleh la nakkk..ilang stress aku, ni aku buat khas untuk majlis boss aku, aku tempah gambo tu last minit, sib baik sempat siap dalam masa 2 hari, nipun aku rasa nak tempah lagi untuk besday En. Akar awal bulan depan, tengah cari gambo yang sesuai nak adobe.
Ni aku buat untuk sekolah anak aku, gambo tu beli jer kat bakery melambaks, so tepek jer kat kek, tapi ingat kalau korang tak pandai tepeks, gambo tu akan kembang n gelembung-gelembung, so tak kasi dia gelembung, korang letak coklat masakan kat belakang gambo tu, tak kira la coklat putih ker itam ker, tapi korang lumur cam gam tu dulu kat belakang gambor tu, baru bila masuk peti ais tak gelembung kembang cam kene air, sayang kot gambo tu mahai jugak la kan, dah kembang tak cantik nanti, itu lah tip ilang stress versi aku, sekian aku nak gi wat ayor kopi, kjap agi nak sambung keje.

Babai..adiossss...

No comments:

Post a Comment

jangan segan-segan nak kritik..i like..