Kesedihan yang teramat sangat bermula sekembalinya 20 jenazah ke tanah air pada 22 Ogos yang lalu. Sampai bengkak dan sembab mata. Malam aku nangis lagi tengok berita kat TV and FB dengan gambar anak-anak yang meratapi pemergian orang tersayang ditambah lagi dengan anak-anak yang masih tak mengerti apa yang terjadi pada orang yang disayangi. Makin terasa sebab aku pernah ditugaskan di bilik operasi MH17 di Wisma Putra. Itu yang menyebabkan aku terasa dekat dengan situasi ini. Tapi aku bangga sebab dapat sama-sama memberikan sumbangan tenaga dalam proses ini. Sumbangan aku terlalu kecil, berbanding dengan yang lain-lain. tapi aku syukur kerana diberi peluang memberikan sedikit khidmat.Walaupun penat terpaksa bertugas 12 jam tanpa henti dan ditambah pula di dalam bulan puasa tapi aku puas, sebab aku boleh menjadi sebahagian penyumbang di saat Malaysia melalui saat yang getir ini.
Didoakan semoga roh semua penumpang dan anak-anak kapal MH17 dicucuri rahmat dan semoga keluarga arwah tabah menghadapi ujian Allah ini. Sesungguhnya Allah memberikan ujian kerana Dia tau kemampuan hambaNya.
Al-Fatihah..MH17 dalam kenangan.
No comments:
Post a Comment
jangan segan-segan nak kritik..i like..