Monday, September 22, 2014

Aku yang Bergelar PA Cabuk...


Ni entry saje-saje tak der benda nak cakap, lagi pun hari ni boss cuti so, boleh la melayan persaan sekejap, daripada merayap tak tentu hala kang orang call tak der kat tempat baik aku melayan perasaan. Sambil kemas-kemas bilik tadi and filing apa-apa yang patut so skang time to rest la kejap.  Keje PA cabuk cam aku ni, time boss tak der la baru bole kemas-kemas sikit, buat filing, susun sana susun sini, Kalau time boss ada, nak gi tandas pun tak sempat, kadang nak bekpes pun kene kunyah cepat-cepat. Kadang-kadang tengah sedap  bekpes boss panggil, pas tu terus leka wat keje, dahhh lupa pasal bekpes, kadang sempat makan sesuap dua jer, peh tu yang bek pes tadi wat makan tengah hari, orang selalu cakap elehhh...PA bukan ada keje sangat pun, sekarang semua bos buat sendiri, taip surat sendiri, buat air sendiri, mana ada PA buat dah sekarang.  Tapi elaun dapat banyak, kerap sangat aku dengar sindiran-sindiran sinis cam ni.  Dah naik benanah dah telinga.  Korang ingat senang ke nak jadi seorang PA cabuk ni.  Kalau aku cerita mesti ramai yang akan marah aku.  Sindiran macam ni bukan hanya dari officer-officer bawahan jer, tapi dari kerani-kerani or whatever jawatan yang selalu nampak PA ni sebagai 'kaki ampu boss'.

Lantaklah orang nak cakap apa pun tapi aku memang seronok dengan tugas ni, walaupun PA ni kadangkala layanan di opis melebihi di rumah, but that is part of PA's job.  Bila kita seronok dengan tugas kita, makanya kita akan ikhlas dalam menjalankan tugas.  Sepanjang aku bergelar sebagai seorang PA, dah 3 tempat aku bertugas dah bertukar-tukar macam-macam jenis kerakter bos.  ada bos garang, bos baik, bos alim bos tegas, bos muka ketat, bos yang laju sangat, sampai kadang aku pun tak terkejar ngan cara keje dia, ishh..macam-macam lah.  tapi siyess aku sonok.

Jadi PA ni bila time nak cuti, sangat-sangat susah nak cari orang cover tempat, sebabnya takut ngan boss.  May be bukan takut ngan boss kot tapi sebab orang tu just ganti untuk angkat telefon, terima surat or taip surat so sometimes boss ni nak cari surat diorang nak cepat-cepat, time ni la orang yang ganti kene take time sikit, kalau aku sendiri dah tau kat mana file sume, tapi kadang aku pun kene pikir dulu mana aku humban surat-surat tu, tapi bila kita dah pernah terbaca kita senang la nak cari kan.

Aku ada  jugak dengar, yang satu hari nanti jawatan PA ni hanya attached ngan JUSA jer, tapi tu aku tak berapa pasti, tapi ada gak member-member cakap kat JPA dah buat dah cenggitu, tapi kat opis aku skang blum lagi, sebab opis aku ni ada melibatkan perjawatan kat luar negara, may be lambat skit la kot, ntah-ntah PA pun tak antar dah ke obesea, choiiii..mintak-mintak tak la kan.  Kawan-kawan aku sumer dah pegi ombesea dah, tingai aku jer masih setia di sini, ye lah, rezeki masing-masing kan, kalau belum sampai masanya lagi ada la hikmahnya tu.  Insyaa Allah, kalau ada rezeki kita cari la pengalaman kat luar pulak.  Dengan izin dari-Nya.  Kalau aku nak cerita suka duka aku sepanjang jadi PA ni, banyak sangat, boleh jadi emosi pulak. Tapi tu semua adalah pengalaman.  Pengalaman yang boleh menjadikan pelajaran dan pengajaran untuk aku yang bergelar manusia.  Walau apa pun I luv my job, walaupun sekadar PA cabuk.  Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi ini.  Syukur ke hadrat Mu kerana memberi kenikmatan ini untukku dan keluargaku.  Aku mohon padaMu agar dikuatkan hatiku, disihatkan tubuh badanku untuk sama-sama membantu suamiku dalam mencari rezeki yang halal demi membesar dan mendidik amanah yang telah Engkau berikan padaku ini. Aminnnn...







No comments:

Post a Comment

jangan segan-segan nak kritik..i like..