Anniversary

Friday, September 26, 2014

Pemalas Tahap Langit Ketujuh

Sekarang aku memang pemalas tahap dewa, balik keje terus golek-golek atas katil, kalau aku rajin aku masak, kalau tak memang aku tak turun langsung ke bawah.  Kadang tetiba aku bau jer bau masak oleh En. AKAR.  Aku tak tau nape perangai aku cam dugong kekenyangan yang pemalas tahap langit ketujuh.  Dah sebulan anak aku lambat gi sekolah, yang sah-sah kul 7.45 ke 7.50 pagi baru sampai sekolah,ingat sekolah tu mak pak aku punya agaknya, yang paling aku tak paham, jam bunyik siap gegar lagi dah macam tahap begoyang bantal, sebab aku letak bawah bantal tapi aku bole buat donno jer, macam bantal tu gegar, sesaje dodoi aku tidor balik.  Memang tahap pemalas nak mampus dah ni.  Dah kalau ko bangun kul 6.30 pagi, dengan baju anak, baju laki tak begosok lagi, dah tentu-tentu la ko kalut kan.  Macam tak terurus rumahtangga aku dua tiga menjak ni.  Adoiii..osah gila aku ni.

Pagi ni Abang Long lambat lagi, aku tengok dia kene marah kat cikgu, memang aku perati dari jauh, cikgu belek-belek rambut dia, aku tengok rambut tak der la panjang lagi, may be cikgu tengah nasihatkan dia be a good boy, so aku tak nak la menggangu tugas seorang guru untuk mendidik anak aku menjadi insan berguna, its ok. Tapi aku tengok ada la dua tiga orang lagi yang lambat tak der la plak lama kene tahan.  Tak per lah aku paham rules is rules so cannot arguing no..no..no..is not good.  Yang salah mak pak ni hah, sapa suh bangun lambat, sian anak aku jadi masa keadaan. Tak per, abaikan cikgu nak marah ke apa ke, as long as, anak aku gi sekolah. Tapiiii nanti benda-benda tu maybe akan menggangu fikiran dia, sedikit sebanyak akan terjejas sesi pembelajaran dia, uwaaa...sian Abang Long.

Tak pe Abang Long Insyaa Allah, mummy ngan papa akan cuba bangun awal dan ubah sikap tak elok ni, we do the best to you.  Tabah dan sabar sikit jer lagi yer Abang Long, nanti mummy bawak abang Long ngan adik-adik cuba belajar suasana baru dengan keadaan yang serba berlainan Insyaa Allah.  Mummy sentiasa doakan anak-anak mummy berjaya dan sentiasa berusaha supaya anak-anak mummy mendapat pendidikan yang baik.

No comments:

Post a Comment

jangan segan-segan nak kritik..i like..