Thursday, September 18, 2014

LPM Tempat Jatuh Lagikan Dikenang

Aku nak cerita pasal soalan bocor UPSR baru-baru ni.  Aku tau cerita ni dah basi pun, suspek pun dah kene tangkap, walaupun belum tentu besalah ke tak.  Tapi aku rasa terkesan sangat sebab Pengarah Lembaga Peperiksaan dan Timbalan Operasi nya di gantung kerja.  Kenapa aku terasa sangat-sangat dengan situasi ni sebab aku pernah berada di Lembaga Peperiksaan Malaysia lebih dari 6 tahun.  Aku pernah jadi PA kepada Timbalan Pengarah Pengurusan, lepas tu aku ke Timbalan Pengarah Operasi then jadi PA Pengarah sekejap sementara PA gred setaraf untuk JUSA B datang, kemudian back to my place di bawah Timbalan Pengarah Operasi balik.  

Aku kenal jugak la Timbalan Pengarah Operasi sekarang sebab masa aku di LP dia hanya sebagai Ketua Unit di salah satu unit di Pengurusan, masa tu aku jaga TPP Pengurusan, maknanya dari Ketua Unit dia naik ke TPP(O) sudah pasti bukan dalam satu tempoh masa yang singkat dia bersama LP, mungkin sudah lebih 15 tahun, semestinya dia dah masak sangat dengan SOP Lembaga Peperiksaan dan KPM.  Aku tau macam mana cara orang-orang di LP bekerja.  Aku rasa sedih sangat, dan aku anggap kalau aku masih lagi berada di LP bermakna yang digantung tugas itu adalah boss aku. Huhuhu...

Kenapalah orang nak buat aniaya tentang exam ni.  UPSR je pun,  orang yang tak pernah berada di Pengurusan Tertinggi LP diorang tak kan paham, dalam situasi ni aku tak tau la samada soalan tu memang betul-betul bocor dari soalan asal atau macam mana, sebab setahu aku, susah nak bocorkan soalan ni, kalau ada pun sesetengah cikgu yang sememangnya bijak dan pandai diorang hanya spot soalan tu, dah kalau kebetulan pulak soalan yang cikgu-cikgu tu spot masuk makanya bonus untuk pelajar-pelajar dia.  Entah lah hanya mampu mengikuti perkembangan semasa melalui surat khabar n TV jer.

Yang buat lagi bengang pulak, tak pikir ker implikasi pada pelajar-pelajar ni.  Kesian tau kat anak kawan aku, dia dapat posting ke Geneva.  Anak dia amik UPSR, so dia dah plan lepas anak dia habis UPSR trus fly ke Geneva.  tengok-tengok jadi macam ni, nak tak nak  memang kene jugak ke Geneva sebab mengikut perancangan pihak pengurusan memang dah kene report duty kat sana.  Aku tak tau la samada anak dia terpaksa balik ke tak untuk amik balik pada 30 Sept ni.  Ada tu pulak dah pegi haji pun.  Habis tu kira cam mana tu. Bukan boleh tunda-tunda.   Tak ke menyusahkan orang semua tu.

Ye lahh..kita pun hanya mampu merancang, segala-galanya Allah yang tentukan.  Jadi kita hanya follow the flow je lah.  Aku harap dalang disebalik kejadian ni, akan mendapat balasan yang setimpal, supaya perkara macam ni tak berulang lagi.

3 comments:

jangan segan-segan nak kritik..i like..