Semalam, opis aku ada anjurkan Symposium Psikologi kali ke-2. Kalau dibandingkan motivator tahun ni dengan tahun lepas, bagi aku tahun lepas lagi best . Tahun lepas motivator bagi ceramah siap dengan sound efek, siap dengan gaya, ada hubungan dua hala antara audience ngan motivator, tahun ni, lebih kepada mendengar. tapi tu bab lain, bab yang aku nak cerita ni motivator tahun ni retis ko. Dah kalau nama pun retis penuh la auditorium, sampai dok kat tangga-tangga lagi.
Aku tak kisah la sume tu, tapi aku gi pun sebab nak begambo jer, dah nama pun retis sapa tak nak dekat kan? patutnya Division aku ada meeting pagi tu, tapi aku ajak juga boss aku sebab yang rasminya KSU, kira lege la skit kan boss ikut. Lepas habis perasmian boss aku naik chair meeting bahagian, aku boleh la dengar ceramah. Balik pada cite nak begambar ni, aku rasa sume pun nak kan? tapi malu, tapi bila sorang begambo sume serbu, bole gitew. Tapi dah kalau buat kat opis, majelis opis mesti la ada protokol kan, bukan ko pegi konsert yang boleh kinja-kinja, so semua staff pun sopan jer, walaupun dalam hati masing-masing bergejolak nak bergambo. Haaa..lupa nak cakap symposium ni terbuka untuk ahli AKRAB di Kementerian lain jugak, so ramai jugak la dari Kementerian lain yang datang. AKRAB tu kalau tak silap aku Pembimbing Rakan Sekerja gitew la lebih kurang nya.
Motivator pagi Datuk Yusof Haslam ko, pengarah terkenal yang kaya raya gitew, mesti lah aku nak amik peluang tengok dengan lebih dekat kan, banyak la pengalaman yang dia kongsi, yang kita sendiri pun tak tau disebalik kejayaan dia sekarang ni, banyak jatuh bangunnya. Kebetulan yang jadi pegawai pengiring dia staff kat opis aku, gigih aku watsapp dia suh bagitau time Datuk balik then cepat-cepat roger aku, aku nak tunggu kat lobby. Aku makan pun tak kenyang ko, takut tak leh begambo, kalau telepas memang rugi giler la aku rasa, mesti bad mood sampai pagi ni bole gitew. Dah makan pun kelaut, kenyang ke tidak pun tak hirau dah, lepas jer nampak dia bangun nak balik, cepat-cepat aku tunggu kat lobby nak begambo. Memang gigih la kejo artis, dah macam budak-budak sekolah yang jakun dan kepeghakan gayanya. Tapi elok jer aku dok kat lobby tu, aku nampak jer Datuk Usop, aku terus cakap Datuk nak begambar, aku angkat jer camera henpon dia paham dah, ooo nak selfie, haaa meh-meh, dia pulak yang pegangkan tangan aku suh amik angel yang ok, yang lain apa lagi bila tengok jer aku buat gitew, sume nak selfie, tapi tak sempat dah dia nak balik kui..kui..kui..haa..tadi malu bebenor korang yer.
Ok tu cerita pagi, yang cerita belah petangnya pulak dengan Datuk Dr. Fazley. Alaaa..Dr. Fazley yang skang dah jadi motivator tu, yang menang Master Chef. tapi sebelum tu aku nak cakap yang dia memang hensem hookey. Masa time Dr. Fazley pulak lagi best, aku mintak nak selfie masa dia tengah nyanyi. Kebetulan lepas habis jer dia bagi talk, ada orang mintak dia nyanyi dan dia sangat..sangat..sangat sporting, nyanyikan untuk kitorang. Masa dia nyanyi tu dia jalan la keleliling Auditorium, aku tengah tungu jer ni, kalau dia naik atas memang aku ajak selfie, masa dia tengah jalan tu sorang pun tak berani nak bangun nak begambo dengan dia, just amik gambo dari jauh jer. Dia naik jer sambil tengah-tengah dia nyanyi tu, aku tunjuk henpon, dia angguk, terus dia gi kat aku, amik henpon aku, dia yang snap gambo kitorang. Walauwehhh..rasa nak pengsan ko, satu auditorium tengok aku, lepas aku salam dia aku duduk, dia duduk kat tangga, sorang pun tak nak gi snap gambo dia masa kat tangga, ishh..rugi la depe ni, tak nak guna kesempatan yang ada, agaknya diorang bukan jakun cam aku kot, tak heran pun retis-retis ni, so tak yah la nak gigih begambo cam aku.
Lepas habis jer talk dia, aku rasa mesti diorang nak wat trick cam aku tadi tunggu kat lobby, tapi sayangnya Dr. Fazley kene rushing sebab dia ada event lain kat Astro. yang mana sempat diorang snap je la masa dia tengah jalan nak balik tu, tapi aku puas hati sebab boleh selfie ngeh..ngeh..ngeh..sampai aku letak gambo kat IG, En. AKAR cakap wahhh..sampai belaga kepala begambo ngan retis, aku jawab sila jangan jeles yer sebab bini Abang memang jakun, bole. Pasrah je la. Sebab excited tak habis lagi, so aku nak tepek gok gambo aku kat sini.
K bye..
Datuk Yusof Haslam
Datuk Dr. Fazley
Yang ni sebab sonok leh beselpie ngan retis, so mood happy.
No comments:
Post a Comment
jangan segan-segan nak kritik..i like..