Wednesday, August 27, 2014

Makan-Makan Opis

Cerita ni dah lama, bulan Februari lagi kot.  Entah ler, aku pun dah lupa, lama bebenor.  Tapi baru ada kerajinan nak meng'hapdate'.  Nak ceritanya sebab makan-makan ni buat kat umah boss aku.  Macam family day opis la, tapi buat kat umah boss, boss aku buat bakar-bakar yang selebihnya tu kitorang bawak sikit sorang makanan, cam pot luck.  Tapi bila dah campur-campur tu banyak gila makanan.

Sebenarnya dah dua kali dah buat kat umah boss ni.  Kali pertama buat, masa tahun 2011.  Masa tu aku baru masuk Wisma, tapi aku jugak yang organize.  Masa tu baru sangat-sangat lagi kat Divission ni.  Baru 3 ke 4 bulan cam tu la, tapi dah kene organize event.  Aku kene pikirkan nak buat permainan jer pun masa tu, yang selebihnya ada PSU aku buat.  Yang kali ni punya 100% tala ke aku, even dari segi makanan pun, aku yang tentukan orang ni bawak apa-bawak apa, sebab tak nak jadi macam yang lepas, sampai tak kehabisan sebab terlalu banyak.

Even ni kira santai-santai jer, nak mengeratkan lagi hubungan pegawai-pegawai di Bahagian aku.  Rumah boss aku lake view, so ada laman besar sangat untuk wat aktiviti sukan kat belakang umah.
Kitorang ber BBQ kat belakang rumah, ala-ala omputih gitu, backyard party la konon, 
tapi time tu panas Ya Rabbi, 

Sementara kaum lelaki dok berbakar-bakar, kita layankan anak-anak main dulu, bukan main seronok lagi main kutip gula-gula, yang excited lebih mak-mak depe nih, siap terjerit-jerit suh kutip, termasuk lah aku, tolong kutip sekali.
Main rebut kerusi
Nampak tak kat belakang tu tasik, kat tepi tu siap ada gazebo lagi, umah boss aku ni dalam taman, so memang best giler, cam dok kat negara omputih gitu, nak feeling-feling leh jalan kat tepi tasik sambil pegang tangan ngan En. Khush sambil tengok anak lari-larian, ermmm..mula lah berangan, aku kan gemor berangan cam lam drama.
 Tarik bola dalam gelung
Ikat kaki (muka Danny tak redho nak main ikat kaki, sebab dia memang tak suka nak main pun, tak macam Abang Long, suka join, tapi Danny cam biasa la dengan dunia nya.)
Ni kitorang makan yee sang, ni first time aku makan yee sang, ada opiser aku yang bawak, katanya kalau masa gaul yee sang tu gaul sambil angkat tinggi-tinggi, lagi tinggi lagi betuah katenya, so aku punya gaul angkat tinggi-tinggi kemain.
Sedapppp..aku suka, rasa masam-masam, manis-manis, aku ni pelik sikit, aku memang suka makan benda-benda cam ni, cam dim sum, shark fin, peh tu yang jenis masak kung pao-kung pao tu, memang aku suka, agaknya darah cina moyang aku mengalir kat aku kot.  Sebab tu aku sanggup belajar mandarin bertahun-tahun.  Masa aku kat KPM dulu boss aku Chinese, memang baik gile ngan aku, 100% dia percaya kat aku, sampai En. Khus cakap bukan senang nak dapatkan kepercayaan orang cina, entah la, aku pun tak tau, tapi aku memang serasi ngan dia, sampaikan masa dia naik pangkat pun nak bawak aku, aku jer tak nak, sebab aku nak mintak tukar, nak cari pengalaman lain.

Lepas makan, time orang dewasa lak nak main, ingat orang tua tak nak main ke?  Orang tua cam aku lagi la mengeletik nak main, dah namanya pun aku yang organize, haruslah aku pun  nak main.
Main plak ngan pasangan memang jahanam la khen, En. Khush kan pemalu, sebab nak layankan aku ni, terpaksa la dia menjoinkan diri.  Bini dia kan biol.  


update: ~~~~~~~~~~~~~~~~~~Gile lama citer ni dok dalam draft, sorry coz im quite bz just now, ditambah pulak PC kat opis ada problem, so sumer gambar-gambar and bideo-bideo dalam tu hilang semua, sooo...tak boleh nak tepek bideo..ini jer la yang sempat ditepek~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 



No comments:

Post a Comment

jangan segan-segan nak kritik..i like..