Thursday, August 14, 2014

Terjah Raya

Belum terlambat lagi aku nak ucap Selamat Hari Raya kan? sebab aku baru raya kali kedua hari ni, Alhamdulillah dah selesai puasa enam plus puasa ganti, tahun ni rajin nak habiskan terus puasa sebab tahun ni kurang skit jemputan makan-makan raya kat opis, may be sebab menghormati MH17.  Kementerian aku pun tak de wat majlis raya.  Tapi mesti rumah-rumah lain stil meriah kot dengan openg house..yer dakk? meriah hari minggu masing-masing dengan jemputan openg rumah, walaupun aku tak der pun yang menjemput untuk gi openg rumah. Hari sabtu lepas adalah Dato' TKSU Jabatan aku jemput gi open house dia, plan nak gi, siap pakai baju kurung dah pun, tup-tup, En. Khus cakap FIL aku nak datang umah.  Gila ko kalau aku gi jugak, kat Kajang plak tu, bila masa aku nak masak.  Nak tak nak terpaksa la bukak balik baju, buka exbox tengok apa yang ada.  Buat ala kadar jer, menu mee tom yam.  Lagipun yang wat open house orang beso-beso, kalu aku gi ke tak gi ke, bukan orang perasan pun.

Cerita hari Ahad pulak, ingat nak besenang lenang kat umah.  Rumah pun besepah sesangat, tapi aku rasa umah aku sentiasa besepah pun, tak tau la anak-anak aku ni, diorang cam sakit hati kalau tengok umah kemas, mesti tak sampai 5 minit lepas kemas, akan besepah balik.  Sakit ati agaknya tengok mummy kemas rumah cecantik.  Pagi tu, cam tak pagi dah pun, bangun tido, tengok tipon, geng-geng bebudak grup DSK nak datang umah plak, adoiii aku dah la baru tengok, masa tu dah pukul 11 pagi, kelam kabut kejap, cakap kat En. Khus, nak masak apa ni, tak der pa per dah ni, semalam pun last kopek bahan-bahan wat tom yam. En. Khush cakap, bagitau la kita tak der kat umah, eh-eh suka suki jer, ingat kengkawan aku ni cam kengkawan dia agaknya, kawan aku ni jenis laser punya zasssss..terus cakap "elehhhh tak kasi datang la tu" paham sangat dah diorang ni.  Dah la umah aku jauhhhh sesangat dari pasar, kat Salak Tinggi tu, kalau aku nak beli stok, aku beli kat Pasat Tani setiap hari Isnin ngan Khamis, hari Isnin aku beli stok sampai hari Rabu, pehtu hari Khamis aku beli stok sampai sabtu, begitulah seterusnya, sebab aku tak suka simpan lauk pauk lelama, tak sedap.  Buka exbox lagi sekali tengok ler apa yang ada, semalam pun sayur-sayur dah habis sebab wat tom yam, bukak-bukak tengok ada lagi ayam, timun ngan carrot.  Lepas la untuk 10 orang makan ni.  Belek punya belek lepas la nak wat nasi minyak.  So bernasik minyak la aku hari tu.  Kawan-kawan aku ni memang cenggitu, suka terjah-terjah, hari tu aku sakit, main terjah-terjah jugak, hahhh sekali berkain batik cam orang dalam pantang ko.

Besilat la aku kat dapur berkelentung kelentang, cakap kat Abang Long, Auntie Eta nak datang, sebab Isyraf nak raya ngan Abang Long, cecepat la dia tolong kemas umah, sebab aku siap cakap, malu jer umah sepah, kita gi umah Auntie Ta, umah dia kemas jer.  Bang Long jenis paham, dia panggil adik-adik dia main kat bilik sementara En. Khush nak ngemop lantai.  Kelentung kelentang maka siap ler nasik minyak aku yang tak seberapa ini.
 Abaikan rumah berconteng tu, maklum laa..anak semua nya pandai-pandai, semua nak menunjukkan hasil seni memasing, lantak korang ler, nanti mummy ngan papa kaya, kita cat la cecantik. Ni jer la yang mampu aku buat, sebab main terjah-terjah ni, kalau bagitau awal-awal, mau meja panjang aku sediakan..ngeh..ngeh..ngeh..so skang aku bole la bagi alasan sebab korang nak terjah ajer..
(Eta, my cosmate masa kat POLISAS)

Muka aku yang sememeh tak hengat tu pun abaikan, ni muka dok kat umah, ala-ala bibik gitu, tak kuasa aku nak bersiap, even si Fara cakap gi la bersiap sikit nak tangkap gambo ni, ishhh..tak kuasa aku, habiskan bedak aku jer, dok umah pun nak jangok-jangok..
 Belah kiri tu Kak Ma, tokey spa kalau sesapa nak ber'spa' boleh jumpa dia, nama spa dia, SPA AKMA, muslimah spa gitu, kat Sungai Buloh, aku tak pernah gi lagi, baru planing ngan diorang ni nak gi bila free nanti, yang kat tengah tu tokey kek, hamboi tokey-tokey sajer kengkawan aku neh, ni pun kawan cosmate jugak masa kat poli, sumer pun PA.  Tapi kaki business, aku jer tak pandai ber'business'.  Kalu nak tempah kek boleh gi kat blog Fara KAT SINI dan dia pun ada kedai hookeyyyy, kat Presint 16, kalau orang kat Putrajaya tau la Presint 16 tu, kat swimming pool tu, kat belah atas tak silap aku, amboiii siap promote ko, tak per la tolong kengkawan kan.
Ni, pulak geng suami-suami tengah berborak mesra, umah aku memang cenggini, lapang macam padang bola, sebabnya, kat hall ni, dah macam padang bola anak-anak aku, kalau diorang main bola, kitorang tak boleh cakap apa dah, betiga pun bunyi macam 10 orang.  Sliding door tu sebenarnya dah pecah kat tepi, kene baling dengan bola boling dak Ayish Kibung.  Nasib la kan, lantak korang lah, aku ngan En. Khush tak boleh nak cakap apa dah, anak tengah nak membesar, sabar je lah, sok-sok ada la tu rezeki lain nak baiki sana sini bila diorang dah besar.  Borak punya borak, tak sedar dah maghrib, lepas maghrib baru diorang beransur.  Sonok kawan-kawan datang kat umah, walaupun prepare skit-skit jer, nanti korang datang la lagi yer.  Sekian ler cerita aku di hari minggu.




No comments:

Post a Comment

jangan segan-segan nak kritik..i like..