Anniversary

Wednesday, August 20, 2014

EN. AKAR

Semalam kuar makan ngan En. Khush.  Borak-borak dalam keter tentang nama pena.  En. Khus cakap kalau dia jadi pencipta lagu cam Saari Amri tu, dia nak guna nama pena, lepas tu tak nak expose diri, biar nama saje yang meniti dibibir peminat.  Ewaahhh gitew, kemain lagi beranngan, mengalahkan Mat Jenin.

Nak tulis lagu konon, nak main alat muzik pun tak reti, eh ada yang dia reti main recorder ngan kerincing, ada ke alat muzik nama kerincing? Alaaaaa...yang bentuk bulat, yang bila kita goyang tu dia bunyi kecing...kecing..tu..ntah apa nama aku tak tau.  Kerincing la kot.

Konon En. Khus nak nama pena cam pencipta lagu Manusia Putih tu la, berangan tak hengatttt.  Pastu aku tanya, kalau abang jadi pencipta lagu nak guna nama apa? "abang  nak guna nama AKAR.  mbohhhh dah siap ada nama dah.  Pastu siap cakap lagi, "abang tengok lam blog ayang tu tulis En. Khus, tak nak la tak glemer, tulis la En. AKAR, nama pena, best jugak.  Errkkkk..blog aku plak jadi sasaran nak mengelemerkan nama dia.  Ye la..Ye la..mulai skang semua dalam penulisan ayang, dengan rasminya akan ditukar kepada En. AKAR.  Puas hati??? (sambil cebek muka)

No comments:

Post a Comment

jangan segan-segan nak kritik..i like..