Hai semua..nyanyi lagu raya sket..
Selamat Hari Raya..jeng..jeng..jeng...kepada saudara serta saudari..jeng..jeng..jeng...
Dah dengo lagu raya ni rasa dah mengeletik nak balik kampung. Kalau la tetiba En. Khush cakap ok la tahun ni, kita balik Kelate dulu, perghhh..dengan sepantas kilat dan selaju cahaya ari Jumaat lagi zasss balik kampung. Tapi tak boleh la kan, dah nama pun hidup berumahtangga, kene la gilir-gilir, so tahun ni aku akan beraya di Seremban dulu. Insyaa Allah hari raya kedua aku berangkat ke Kelate. Tahun ni semua anak-anak buah aku and kakak aku berkumpul kat kampung. Ahli baru pun sambut raya kat kampung. Dah boleh bayangkan muka mak ayah aku sengihhhh sampai ke telinga di pagi raya tengok cucu-cucu dia bersiap di pagi raya. Mak aku semestinya akan melayan cucu-cucu pompuan dia dengan jangok habis-habisan. Ayah aku yang tak sihat pun akan sihat tengok keriuhan di pagi raya. Tapi aku tak der di pagi raya untuk menambahkan kekalutan dan keriuhan tu. Tengah menulis ni pun aku dah tersengih sorang-sorang bayang telatah masing-masing.
Tahun ni aku nak sambut raya habis-habisan dengan family. Manalah tau tahun depan kene beraya di perantauan..boleh nangis mak tau...sib baik dekat jer, kalau dapat cuti boleh balik..eh..eh..tetiba lak er..er..er..ermmmmmm....
Oklah dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin, di atas segala salah silap samada disengajakan atau tidak. Tak kisah lah kesalahan tu dari segi perbuatan, tulisan atau perkataan mohon diampunkan segalanya.
Selamat Hari Raya for my friends for ever yang skang dah pun berada di Lubnan, Senegal dan Indonesia, rindu korang sangat-sangat. Pada Kak Nor and Kak Sue, sorry sangat-sangat tak boleh nak hantar korang kat airport sebab korang pegi masa aku tengah bercuti raya lagi dan teruskan sambut raya di Poland and Qatar nanti yer. Jangan lupakan aku di Mesia ni.
Tak lupa kawan-kawan DSK aku..SELAMAT HARI RAYA untuk semua yer...jemput la datang beraya umah aku nanti tau..sebelum datang calling-calling dulu, nanti kang korang datang aku tengah bekain batik ada plak yang ngambik gambor.
Seperti biasa, mesti lah ada kad raya speSIAL dari aku untuk korang-korang semua. Tema raya untuk kad ni masa raya tahun lepas.
Kalau korang nak tengok kad-kad raya aku untuk tahun-tahun sudah KAT SINI ek..tiap tahun ada kad raya...eksen tak eksen tak..tadi baru mintak maaf..haihhh..
Ok la..sekali lagi SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN DARI AKU AND FAMILY..berhati-hati di jalan raya, dan semoga raya tahun ni lebih bermakna.
Gemersik takbir mengundang hiba
Salam diutus tanda ingatan
Syawal dinanti menjelang tiba
Salam diutus pohon kemaafan
Tuesday, July 22, 2014
Monday, July 21, 2014
Ayish Lagi
Sepanjang bulan puasa ni, aku masuk kul 7.30 pagi sebab nak balik kul 4.30 kan. Tapi namanya jer balik kul 4.30 petang tapi dok ajing pung buleh balik tajam(sharp) kul 4.30 petang. Aku ingat kul 4.30 petang tu tayar golek doh tubik dari Wilayah Wisma Putra neh. Tapi dok ajing buleh pung, kul 5.00 petang gok la baru buleh balik. Tapi tak per la, kul 5.00 petang pun kategori awal doh.
Nak ceritanya, sepanjang bulan Ramadhan, aku kene amik alih tugas En. Khus menghantar dak Ayish Kibung ke taska, sebab En Khush pun masuk kul 7.30 pagi, so dia akan lambat ler kalau kene singgah menyinggah. Al kisahnya bila aku menghantar budak tecit ni, aku akan bawak naik opis dulu, letak beg, bukak lampu, bukak pintu, baru aku antor Ayish. Al-kisahnya lagi, jalan nak ke taska dia tu, aku lalu jalan swimming pool, sebab dekat. So untuk hari pertama tu, aku pun suh ler dia begambo kat tepi swimming pool, ye ler, mummy nya nak letak kat IG, kekonon opis mummy ni ada swimming pool khen.
Makanya, gambo ini la yang telah mummy tepek kat IG, kekonon nak cerita lalu kat swimmping pool nak gi ke taska Ayish kat belakang tu. Bepago la kan, nanti tak pasal-pasal ramai pulak anak-anak terjun dalam ni, ok, tak kisah ler ramai yang komen kata canggih ler, best la, bla..bla..bla..
Mula-mula mummy memang seronok la sebab boleh begambo kat situ sambil lalu kat tepi-tepi pool gitu, ala-ala umah orang kaya kan. Tapi lepas kejadian ni, Ayish hari-hari nak begambo kat situ. Tetiap pagi hookey..mesti kena tangkap gambo dia kat tepi pool tu. Kalau tak dia akan merajuk tak nak bejalan ke taska. Tepaksa la aku layan tetiap hari begambo tepi pool, sampai cikgu kat taska perli, amboiii...Ayishhh, asik begamba jer yer.
Haaa..kejap aku buh gambo yang udah banyok aku amik sepanjang aku yang kene ngantor dia ke taska.
Macam-macam aksi kan? dengan botol susunya, dengan sengihnya, dengan merenung masa depannya, kalau tengok air kolam tu, dari kolam tu jernih, elok biru dah naik hijau belumut dah, ye la puasa kot, sapa nak bersihkan bulan-bulan pose ni. Tak per la aku layankan jugak, ada 5 hari je lagi, duty mummy ngantor ko dik, lepas ni pass baton balik kat papa. Naik motor ikut jalan atas nu, senang sikit.
Eh..tetiba ada gamba mummy..haihhhh nak jugek..pas tu cakap anak, padahal mummy tu lelebih, kalau boleh nak terjun dalam kolam tu. Ni la bila spesis tak boleh jumpa air. Mengeletik je rasa. 5 Kali lagi lalu, bukan amik gamba tepi pool, amik gamba dalam pool, pakai baju kurung, tetiba gelembung jer kat dalam air tu kikiki. Ok lah sekian meraban aku di bulan pose ni, menghitung hari untuk bercuti raya dah..yihaaaa...
Babai..
Nak ceritanya, sepanjang bulan Ramadhan, aku kene amik alih tugas En. Khus menghantar dak Ayish Kibung ke taska, sebab En Khush pun masuk kul 7.30 pagi, so dia akan lambat ler kalau kene singgah menyinggah. Al kisahnya bila aku menghantar budak tecit ni, aku akan bawak naik opis dulu, letak beg, bukak lampu, bukak pintu, baru aku antor Ayish. Al-kisahnya lagi, jalan nak ke taska dia tu, aku lalu jalan swimming pool, sebab dekat. So untuk hari pertama tu, aku pun suh ler dia begambo kat tepi swimming pool, ye ler, mummy nya nak letak kat IG, kekonon opis mummy ni ada swimming pool khen.
Mula-mula mummy memang seronok la sebab boleh begambo kat situ sambil lalu kat tepi-tepi pool gitu, ala-ala umah orang kaya kan. Tapi lepas kejadian ni, Ayish hari-hari nak begambo kat situ. Tetiap pagi hookey..mesti kena tangkap gambo dia kat tepi pool tu. Kalau tak dia akan merajuk tak nak bejalan ke taska. Tepaksa la aku layan tetiap hari begambo tepi pool, sampai cikgu kat taska perli, amboiii...Ayishhh, asik begamba jer yer.
Haaa..kejap aku buh gambo yang udah banyok aku amik sepanjang aku yang kene ngantor dia ke taska.
Macam-macam aksi kan? dengan botol susunya, dengan sengihnya, dengan merenung masa depannya, kalau tengok air kolam tu, dari kolam tu jernih, elok biru dah naik hijau belumut dah, ye la puasa kot, sapa nak bersihkan bulan-bulan pose ni. Tak per la aku layankan jugak, ada 5 hari je lagi, duty mummy ngantor ko dik, lepas ni pass baton balik kat papa. Naik motor ikut jalan atas nu, senang sikit.
Eh..tetiba ada gamba mummy..haihhhh nak jugek..pas tu cakap anak, padahal mummy tu lelebih, kalau boleh nak terjun dalam kolam tu. Ni la bila spesis tak boleh jumpa air. Mengeletik je rasa. 5 Kali lagi lalu, bukan amik gamba tepi pool, amik gamba dalam pool, pakai baju kurung, tetiba gelembung jer kat dalam air tu kikiki. Ok lah sekian meraban aku di bulan pose ni, menghitung hari untuk bercuti raya dah..yihaaaa...
Babai..
Thursday, July 17, 2014
Royal Belum, Grik Peghok..
Ok..ni cerita dah basi ok..tapi nak cerita jugak sebab nanti aku boleh baca balik esok-esok kan.
Ni trip Biro Reakreasi, opis aku, First time aku join trip dengan Biro Reakreasi ni, sebab apa??? sebab ada air, aku kan suka main air, bukan boleh dengar gi bekubang lam tasik ni...tahun lepas biro reakreasi banyak wat aktiviti panjat-panjat gunung, aku tak suka panjat-panjat ni, panas-panas, penat-penat, eee..tak kuasa mak nak..hujung tahun 2013 tak silap aku depe gi panjat gunung Kinabalu kat Sabah nuuu..tak kisah la diorang cakap best ke hape ke..mak tak gemor manjat-manjat..eksen tak?? Tapi bulan April hari tu aku dengor depe nak gi Tasik Banding, Gerik Peghok nu..aku memang tak gemor mancing, tapi sebab air. Dok atas boat house plak tu, perghhhh gile tak nak merasa.
Kami gi naik bas KLN, betolak dari opis ke Grik kul 11 malam. Naik bas jer mata pun lelap, naik bas opis, dok sorang satu kusi, tak der la rasa penat sebab ko bule nak tekangkang kiok, so sampai kat jetty dalam pukul 10 pagi esok nya. sebenarnya selain pegi suke-suke ni, diorang pegi bawa sumbangan ke perkampungan orang asli yang kitorang akan terjah nanti. Rumah orang asli tu jauhhhhh.. Kalau dari jetty tu dalam 2 jam perjalanan.
Ni barang-barang yang kitorang bawak, sumbangan dari warga Wisma Putra, betapa banyak giler nak pikul turun ke bawah tu. Aku becekak pinggang tu, sebab tengah pikir guane nok punggoh barang tu sume bawak turun ke jetty nung, gile nok punggang, cabut lutut weii..dah la bebukit.
Tetiba..toinggg..datang abang-abang acekar, dari mana ntah kebetulan nak trun ke jetty, apa lagi kitorang suruh la hero-hero Malaya ni punggah turun. Rileks jer abang-abang acekar ni angkat kotak-kotak yang berat nak mampus tu dengan sekali hangkut jer..terus setle. Bagus abang-abang acekar ni...kitorang tunggu boat house sampai lama jgak ler, naik bepeluh melekit-lekit, sebab tak mandi. Dalam 2 jam kot, panas giler, dah berapa kali aku order air kat gerai tepi jetty tu.
Ni boat house kitorang, sebenarnya Ketua Biro Reakreasi, booking boat house 2 tingkat, kiranya banyak la bilik, so boleh la tampung untuk 20 lebih orang, tapi ntah macam mana tauke boat house tu ilang ke boat rosak ke ntah macam mana ntah, last minute kene cari boat lain. Sib baik ada boat ni, boleh la jugak kami belayar mengelilingi tasik banding yang tak tebanding keindahan ciptaan Ilahi ni. Boat ni sebenanya ada 4 bilik, still bole tampung lagi, peserta seramai 20 orang.
Dalam 2 jam perjalanan, aku sampai di perkampungan orang asli, Tasik Banding. Perkampungan ni, betul-betul kat tengah-tengah tasik. macam satu pulau kecil, cantik sangat, duduk kat perkampungan ni aku rasa aman sangat, berangan kalau lah aku ada pulau peribadi macam ni, memang best giler. Perkampungan tu, simple jer, tak der letrik, sumber air daripada tasik tu la, bekalan makanan, diorang cakap sumbangan daripada pengunjun-pengunjung yang singgah, sebab diorang nak keluar pun kene ada boat. Kadang-kadang aku terpikir, macam mana diorang boleh hidup terasing tanpa kemudahan, dan haaaa satu lagi, kat kawasan tasik ni no coverage ok, 3 hari aku terbuang dari dunia internet. Tak de panggilan telefon, tak der internet, tak ader update status kat FB ...tak boleh dengar suara suami n anak 3 hari ok..
Nama kampung ni, Kampung Aman Damai, memang aman dan damai sangat, lagi satu original people ni, kalau kita datang kat tempat diorang tak boleh main terjah jer tau, diarang sangat-sangat tak suka, nak amik gambar sekali pun kita kene minta izin, jumpa tok batin, mintak izin nak tengok-tengok perkampungan and mintak izin amik gamba. Kalau tok batin kata "boleh jak"..baru boleh, kalau dia kata.."sik boleh"..sila la ko nyah dari situ, cam cakap sarawak plak dahhh..hihihi..
Ni plak, cam kat dewan diaorang, sume guna buluh, tapi buatannya sangat-sangat kukuh, cuma aku jer takut sebab takut tekepit bontot..so dok pun sopan, tak gerak-gerak dah..yang baju kuning tu la tok batinnya. Jumpa tok batin dulu baru kitorang gi tinjau kawasan sekeliling. Sebenarnya tak besar pun perkampungan ni, ada la dalam 15 ke 20 buah pondok. Pondok tu muat la sekeluarnga, tapi pintunya kecik ajer..muat ler nak masuk tapi kene tunduk sikit, kreatif, sebab diorang bina sendiri rumah-rumah tu guna kayu-kayu disekitar...jom tengok jer la apa aku buat kat situ..ceh..cam lam tb plak..

(abaikan skaf aku tu, angin kuat kat situ, habis sumer melayang-layang)
Kitaorang kat perkampungan tu lebih kurang 2 jam, gedebuk gedebak, tengok kawasan sekeliling, moh ler kita balik, nak mandi plak ni, dari pagi idok mandi, belengas habih doh. Korang layan je la gamba-gamba aku tengah bekubang ni, lepas bot parking jer kat tengah-tengah tasik tu, kami sumer keceburrr..dalam air, life jacket tu sume di paksa pakai oleh boatman, sebab ni tasik ok..tasik yang belum diteroka..lagi satu, air tasik ni menarik ke bawah, Kak Shima ngan Kak Rozalah, membebel dipaksa pakai life jacket, sebab susah nak gerak, terapung jer, tak leh swim, so dalam pada dok lam tasik tu depe lucut jacket, aku nak bukak tapi bila boatman tu cakap menarik ke bawah, sauk balik jacket kikiki..tapi memang best..menikmati panorama tasik Royal Belum ni.
Kitorang berendam sampai nak ke malam, naik-naik lapo kebulur. Ok lah nanti aku sambung, sebab esoknya tu mandi kat air terjun sambil bagi makan ikan kelah. Kat air terjun tu kene gi naik bot laju sebab masuk ke dalam..so..macam biasa tunggu kerajinan..
Babai..
Thursday, July 10, 2014
Kenduri Anak Pak Jalal
Aadoii..tajuk pun dah poyo bunyi nya, ni kalau kawan-kawan aku baca ni mesti cakap, amboi poyo benor, ini pun nak cerita dalam blog. Ni namanya cerita yang x der modal, begini ceritanya..bulan Jun hari tu dapat invitation, dari Dato Jalalaluddin Hassan, sempena majlis kawin anak dia, actually buakan dia yg ngajak pun, tapi menantu dia. Aku sebenarnya bukan la hegeh-hegeh sangat nak pegi pun, masa member aku bagi kad tu pun, aku dah cakap, kalau ada geng-geng lain pegi, Insyaa Allah aku sampai, kalau tak, memang tak der la aku nak pegi. Ishhh..malu kot kan, aku teconggok se family lepas tu x der sapa pun kenai melainkan anak menantu dia jer pun yang kenai.
Set time ngan geng-geng lain, biar sampai sekali. Waktu aku sampai tu, cam biasa ler, Eta dah sampai, so tak ler rasa segan sangat. Lagi pun si Fadil dah entertain baik punyer.
Sebelum senduk menyenduk, kami berselfie dulu. Pantang jumpa selfie aje, pehtu send kat grup, dah naik nyampah dah orang dalam grup tu ngan muka kami ni. Tak kisah la, nak seng jugok..nunjuk gi kenduri Pak Jalal. Nampak beno kepoyoan di situ.
Toingggg...muncul sorang lagi mak jemah, Kak Yat menyusul kemudian. Emhhh..memang satu meja la kami makan. Tak der la malu sangat ye dok..sambil makan..sambil gosip..sambil ngumpat..tu memang dah hobi kami bila bekumpul. Actually dengan depe-depe ni, aku selalu sangat jumpa. Bila dah selalu sangat tu, dah tak der feel..hehehe..jangan marah ye..mengkome sumer..still ada feel bila time breakfast or lunch ngan korang kih kih kih. Gambo time makan tak de la, sebab kami kalau makan memang tak hengat.
Gedebuk gedebak, tengok orang nyanyi, tengok pengantin, kami pun nak balik ler, sebelum balik amik gambo ngan kawan-kawan dulu.
Tapi seronok la bila tengok gambar ni, ingat zaman-zaman kat Poli, dulu begambar tak der anak, skang ada anak, sonok bila anak-anak aku siap kenal lagi sapa kawan-kawan mummy dia, masa sampai kat dewan tu pun, Abang Long siap cakap, mummy tu auntie Eta dah sampai. Haaa koo..tengok kete pun dah kenai, tu menunjukkan selalu sangat mummy jumpa auntie-auntie sumer yer...
Last sekali..taraaaa..begambo ngan Dato' Jalal..nampak tak nampak tak kepoyooan di situ. Pegi kenduri ni, memang nak penuhi jemputan kawan lama ker, atau memang nak jumpa Dato Jalal? no..no..no..tak mau macam tu. Ishhh..sebenarnya memang la nak penuhi jemputan si kawan, tapi dah alang-alang tu, 2 dalam 1 la kan..tapi selalunya buat la apa pun, makan-makan kat luar ker, reunion ker, kami la yang selalu ada. Dalam grup pun cam tu ler, bila grup sunyi jer, salah sorang ni masuk, baru la bertubi-tubi mesej masuk, bila depe ni diam, grup pun kembali menyepi. Ye la, fikir yang baik-baik aje la, may be diorang tu sibuk dengan urusan masing-masing. Tapi at least say la hai ker..or korang borak la ye, aku busy ari ni. Tapi tak per la, sekurang-kurang nya diorang still in grup, daripada yang left terus. Ok lah dah banyak merapu meraban.
Sekian dulu la dari hamba ini.
12 Ramadhan 1435H.
Wednesday, July 2, 2014
Ramadan Menjengah Lagi
Salam Ramadan Al-Mubarak kepada semua,
Sekejap saja masa berlalu, pejam celik, pejam celik, kini Ramadan tiba lagi. Hari ni dah pun bersamaan dengan 4 Ramadhan 1435H bersamaan dengan 2 Julai 2014. Sudah masuk bulan Julai untuk tahun 2014. Betapa cepatnya masa berlalu dan Alhamdulillah aku masih lagi dapat menempuh bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.
Di bulan yang mulia ini saya ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran dan semoga mendapat pahala yang berlipat-lipat ganda. Mohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali diri ini dan yang membaca blogku ini.
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK
Dari Risha n Family.

Subscribe to:
Posts (Atom)