Aku pernah citer kat My Hair Style last January kan..
pasal aku tergedik-gedik nak perm kan..
So..aku pun berusaha la lagi mencari salon-salon yang aku rasa agak-agak bole ke idok buat seperti mana yang aku nak..
dengan gigihnya pegi la pulak aku ke salon kat Seri Kembangan,
Merata salon aku cuba kan..
Means 3 bulan dah la aku tak treat rambut
En. Khush pun bising sbb rambut aku dah mula serabai..
Tapi kali ni, aku more to cuci rambut jer, maleh dah nak pk perm-perm ni
Aku pegi ke salon ni, sebab murah
Aida ler, yang tolong cari kat groupon salon-salon murah
So dapat ler salon ni
60 henggit je..hair tratment, like relaxing, scrub
Like basic-basic jer la
So..dalam hati aku nekad dah la, malas dah la nak tanya pasai perm ni..
Tapi, aku kan memang kemaruk nak cam japanesse perm tu..gayat btul la kak ton neh
So mulut ni gatai jugak la tanya
Mana la tau..kot-kot boleh..
jawapan yang sentiasa aku terima
"Aiyaa..mana ada kekal meh..paling lama pun 2 bulan ajer"
Ish..ok sangat la kalau dua bulan kan..
Soo..sekali lagi aku tergedik-gedik nak buat
Harga pun agak reasonable jugak la berbanding before this
Aku rasa amat teruja, coz before this tak der plak diaorang ni nak gulung-gulung rambut aku cenggitu
Tapi kali ni ada pulak gulung-gulung nya
Walaupun ubat yang dia letak busuk Ya-Rabbi
Aku redha jer laaa
Nak lawa la konon kan
Lepas tu ada pulak menatang UFO ni kat ataih kepala tu
dalam hati sah ler jadi perm aku kali ni
dalam hati dah bunga-bunga dah ni
Lama jugak ler nak tunggu UFO tu dok ataih kepala
Lepas tu diorang bukak gulung-gulung tu
Cuci rambut
Lega sikit lepas letak scrub, rasa berangin jer kepala
Lepas letak UFO, buh pulak menatang steamer ni
Lepas diorang cuci sumer, aku tak nampak lagi rambut aku ni begulung
konpius kejap aku
memang degil la rambut aku ni nak begulung sebenarnya
Diorang pun tak paham naper rambut aku tak bergulung
Diorang siap offer aku dengan ubat gulung-gulung lagi
aku pun tak tau ubat apa
Kat atas meja tu la ubatnya
Ntah jadi ke idok ni
Bukan leh percaya diorang ni
Sampai 2 orang mengerjakan rambut aku nih
pegi la mana-mana salon pun
pastinya akan ada dua orang mengerjakan rambut aku nih
Diorang cakap rambut aku tebal, hitam pulak tu
Diorang siap suh aku highlight lagi
Cantik katanya
Sebab rambut aku tebal, wat layer, lagi nampak comey highlight nya
Tapi aku tak nak
sebab En. Khush pesan dah
Buat ler nak buat apa, nak pendek ke, nak panjang ke, nak gulung ke, nak layer ke, nak rebonding ke
tapi jangan gatai-gatai or gedik-gedik nak warnakan rambut
mula lah laki aku ni tarbiah kan aku
mandi wajib tak sah kalau kalerkan rambut bla..bla..bla..
so aku mesti dengar ler kata laki aku kan
sat agi, balik umah langsung kepala aku jadi botak
ish..tak nak ler aku kan..
Korang nampak ker rambut aku jadi perm
Tak langsung kan..
rasa nak menyumpah pun ada
Yang gulung kat bawah tu, just sebab aku layer jer
lepas tu sebab diorang blow
memang menipu giler la budak salon dua ekoq ni
konon diorang punya alat dari taiwan la
tak der kat Mesia la
ubat untuk perm pun dari ginseng la
puiiii..membongak boto la
aku rasa tak sempat balik umah pun dah tak begulung rambut aku neh
Last sekali
inilah hasilnya lepas gulung berjam-jam tadi
tak begulung pownnn..
sakit hati aku
alah..,ko yang kat belakang tu
tak yah la nak sengih-sengih sangat
ingat jadi la tu
aku balik umah pun dah hilang tau tak?
konon tahan 2 bulan la sangat
pastu tak kasi aku cuci rambut 2 hari
sebab nak suh ubat ginseng tu bejalan konon
tapi lepas dua hari, aku cuci buh apa yang ko suruh buh
langsung dah hilang perm nya..
Adoiiii..sakit ati aku..
mana lagi salon aku nak gi nih
Nak..perm..nak perm...
sambil mengadu kat En. Khush
ketidakpuasan hati ku ini
tapi seperti biasala my laki neh
diam, sengih, senyum, sambil dengar aku pot pet..pot pet..
No comments:
Post a Comment
jangan segan-segan nak kritik..i like..