Shuhhh..shuhhhh..halau labah-labah kejap, penuh sawang dah ni..
Bulan lepas sebulan aku tak jenguk blog
Padahal macam-macam benda aku nak kongsi dalam bulan Mei hari tu
Tapi kekangan masa yang tersangat terhad menyebabkan aku tak sempat nak berbloging
Tapi aku akan cuba qada' balik sumer aktiviti aku bulan lepas dalam entry-entry yang akan datang
Maklum la aku ni hangat-hangat tahi ayam
datang mood rajin, sampai 2 pagi pun boleh bersengkang mata
Tapi bila datang mood malas, balik keje pun aku tak mandi, terus terbungkang tido
So..kalau ada sapa-sapa yang sudi menjenguk blog usang ku ini, tungguuuuu...coming up next hehehe..
Macam la ada orang baca, aku jer kot yang baca sendiri
Tak per la, sekurang-kurangnya, esok-esok aku bukak balik blog ni, boleh ler remind aku yang sebenarnya, aku ni pemalas tahap dewa untuk menghapdet blog..
Ok..see u soon Rysha..
No comments:
Post a Comment
jangan segan-segan nak kritik..i like..