Anniversary

Sunday, January 6, 2013

MY HAIR STYLE

Menate btul lah..aku dah tulis banyak dah pasal style rambut aku nih..alih-alih internet lost semua yang aku tulis lost..vavi betul la...!@#$%^&;*#$%*&;  lepas perasaan kejap..malas dah la..

Nak gi bakery dulu lah sebab skang tengah berangin giler nih..sakit ati dengan internet ilang-ilang nih..dok membebel kat En. Khus, lepas perasaan kat dia kjap..dia lah suka sangat main game kat komputer nih..internet pun pening..jahanam sumer yang aku tulis dah tak dok...uwaaaaaa.....

Dengan hati yang hiba tulis balik lah..nate beruk sungguh la..lepas balik bakery tadi singgah umah tukar baju gi kenduri kawin lak..sebab lapo tahap gaban banyak giler aku makan..malu kat oram..


K lah berbalik pada style rambut aku, walaupun aku bertudung tapi aku tetap jaga rambut, dah kata mahkota wanita..kang botak tak der la mahkotanya..so aku akan ke salon..wat treatment rambut sekurang-kurangnya 2 ke 3 bulan sekali, lagipun rambut aku ni jenis lurus dan lebat, kalau aku tak gi trim rambut sikit dah jadi cam orang sakai..aku pn tak tau sakai tu apa, tapi En. Khus selalu cakap cam tu tiap kali aku bangun tido dengan rambut mengerbang cam pontianak, dia bukan boleh tengok rambut aku cenggitu..dia lak yang sakit ati adoi..


memandangkan rambut aku ni lurus, aku memang teringin sangat nak rambut yang curl kat bawah tu, tak der la kerinting ketak-ketak cam maggi tu..tapi wave sikit..dah banyak salon aku gi sumer ckp tak leh wat kekal, kalau betahan pun dlm seminggu jer..apa jadah bayor mahal-mahal tahan seminggu jer..mencik acik, stylish salon pun pelik, dia cakap orang lain sibuk rebonding, u sibuk nak ketak-ketak..haihhh..aku bukan nak ketak la..aku nak wave..eee geram boto la..dia cakap boleh kalau nak wat cam tu..tapi nanti jadi kerinting terus..makan masa la baru nak jadi perm..tak nak lah aku, aku dah la pemalas, nak cuci muka pun malas ini kan pulak nak kene blow rambut hari-hari..tak kose mak jemah..last aku pergi hair salon bulan 9 tahun 2012, dah lama giler baru aku pergi balik untuk permulaan tahun 2013

Aku pergi ni time lunch hour sebab dah tak tahan rambut aku dah mengerbang sana mengerbang sini, dah start gugur pun yer jugak, aku ni dah la tak suka tengok rambut atas lantai,  dan skang rambut suka bersepah sepah di lantai, sakit jiwa mak jemah tau, punya la dia garu kulit kepala aku tu sebab dah kuar sikit dandruff, haish..puanya la lama dia mengerjakan rambut aku, sebab dah lama giler tak treat...



Lepas dah cuci, basuh sumer, boh vitamin kat kulit kepala, boh serum kasi rambut sihat dan segar kembali. Tengok sampai 2 orang mengerjakan rambut aku sebab susah nak sikat, punya la lebat, ditonyoh-tonyoh nyer kepala aku ke kiri ke kanan, redha jer lah kannn...aku pun terasa segarnya..last-last rambut aku dah jadi cenggini..





Tadaaa...perasan la kan wave kat bawah tu, sebenarnya tak kekal pun, eeee...sakit ati aku, sebenarnya salon ni jugak tak bagus, tapi nak dekat and cepat aku gi la jugak, sebab dah tak tahan kulit kepala cam rasa oily sangat-sangat, aku nak trim rambut aku pesen lain dia buat pesen lain..eeeee...



Ni..rambut aku masa aku buat bulan 9 hari tu, cantik kan..kan..betahan la jugak 2 ke 3 minggu curly nyer tu, yang buat baru-baru ni, sehari jer kot, harganya lebih kurang, tapi yang aku wat tempat lama tu lagi banyak treatment aku buat, lagi puas hati, rambut tak gugur, dandruff hilang, huhuhu...tobat dah tak nak gi dah tempat yang baru tu, tak boleh lah bagitau kat mana kan..nanti menjatuhkan business orang tak baik la cenggitu kan..kan..tapi yang aku gi buat puas ati tu, aku wat treatment kat mines, dekat-dekat ngan Anakku, kalau nak cuba boleh ler gi situ..bagi aku memang puas hati la..


ni hasilnya masa aku wat kat mines tu, bezakan...tekezut kejap aku tengok aku sendiri kat cermin, aku kah ini..hahahaha..aku kan suka perasan, tapi yang ni, En. Khush suka, tak bebel-bebel sangat la walaupun habis beratus, tapi yang baru ni, rasa bingit tinga aku tak hilang lagi bila aku tunjuk bil kat dia, sakit jiwa mak jemah..


Last-last aku tunjuk gambar ni kat dia, aku cakap nak buat pesen ni, tapi orang salon tak reti, diorang kata ni tak kekal, ada pulak tak kekal, korang ingat aku bengap sangat ke, aku dah google-google kot, ni namanya korea perm, kene cari salon yang boleh buat cenggini, dan sekarang tepaksa la aku tunggu 2 ke 3 bulan lagi untuk kembali ke hair salon balik, sebab rambut kita tak boleh treat banyak-banyak kali dalam masa terdekat, nanti lagi rosak, kalau pergi salon pun diorang akan tanya bila last treat, sebab kalau dalam seminggu or 2 minggu kulit kepala pening nanti, 


gambar dari belakang korea perm or japanese perm, cantik kan? uwaaaa..nak cenggini jugak, gambar yang sebelah kiri tu sebiji cam rambut aku lurus ajer, tapi aku tak wat rebonding pun, original dari ladang hehehe..bezanya rambut aku hitam, mana-mana salon aku gi mesti diorang tanya ni rambut asli aku ke?, mesti la asli..habis korang ingat rambut aku ni cam orang asli ke? diorang cakap rambut aku cantik, hitam berkilat, lebat dan lurus, wahhhh..kembang aku, sib baik tak koyak kain orang puji lelebih, aku kan suka perasan, senyummm jer lah hahahaha..tu diorang pelik naper aku nak buat curly-curly lak, yer lah, dah rambut asal aku lurus, kalau aku buat curly, esok-esok tumbuhnya lurus la jgak, last-last bila dah makin memanjang makin hilang ler curlnya tu..dan buat apa aku nak rebonding lagi sebab rambut aku dah memang lurus, kalau aku rebonding ,makin ler patah sebab aku ikat, aku kan bertudung kene la ikat rambut masa pakai tudung, kat rumah boleh la, dan memang kat rumah aku suka lepas jer rambut kecuali bila malas cuci hehehehe..masa tu En. Khush akan cakap lagi aku mak enon, haih laa...laki aku ni suka tengok aku jangok..tak kan la setiap masa aku nak jangok..dok kat umah pun kene jangok..habis la bedak MAC aku..kalau nak tolong beli ok la jugak, ni kene menipu kalau nak mintak dia top up seratus dua..huh..

Lepaih ni, aku nak cari salon yang boleh buat korean or japaness perm baru aku nak wat treatment, kalau tak jangan harap ler aku nak buat lagi, nanti lagi sakit ati ada, bukan murah-murah sekali treat..kalau masuk salon, tanya-tanya cakap tak leh buat, terus kene cepat angkat kaki, sat gi diorang mengempen kat aku, itu la, ini la, mula lah aku rasa lembut ati..aku bukan boleh..



Cantikkan japanese perm ni, huhuhu...tengah makan ati la tengok gambo-gambo cam ni..sabo-sabo..bulan 3 or 4 nanti mesti kene buat cam ni...sempat la rambut aku panjang and melebat balik..

No comments:

Post a Comment

jangan segan-segan nak kritik..i like..