Jumaat hari tu rezeki buat aku,
Alhamdulillah..macam ni la kawan-kawan,
dapat jugak merasa makan kat Seoul garden,
ni ler pes time makan kat Seoul garden sebenarnya,
maklumlah i kan peghak..
tengok canggih-canggih sikit,
takut nak masuk,
sat gi tak reti nak order,
lepas ni dah reti, siap lah
aku la pulak ajak En. Khush makan kat situ,
mu hahahaha (gelak jahat)
Sebelum tu, nak ucap banyak-banyak ler time kasih yer,
kat my pren Aida Najmuddin
sebab belanja aku makan kat sini,
semoga rezeki ko ngan family makin bertambah-tambah,
ecpecially baby yang dalam peyot tu
Lepas ni ko dah nak becuti lama
boring ler aku sesorang kat opis
tak de geng nak ronggeng and poya-poya
hah tengok penuh meja ko
semua aku nak melantak
sampai ke maggi pun aku bedal
tempat ni ala-ala Johnny jugak
tapi aku rasa sini lagi berbaloi
kalau johnny only steamboat ngan goreng-goreng jer
tapi kat sini steamboat ada, grill pun ada
makan buffet lagi and leh makan apa sajer yang ko nak
tinggalnya sampai tak larat nak makan jer
mungkin ni pes time aku makan kat sini
so aku rasa memang sedap giler
dagingnya lembut jer, ayam memang rasa marined
udang leh bako-bako
haihhh..pendek kata sedap banget
kitorang pegi berempat masa ni
tu yang makan tak hengat
sampai orang yang sama masuk ngan kitorang pun dah blah
kitorang tak habis-habis lagi
sampai terbabas ke pukul 2.30 petang
baru ler terhegeh-hegeh nak balik opis
sampai opis kul 3.30 p.m
dah la aku ada meeting
selamba jer masuk meeting wat muka cam tak bersalah
Dari segi regenya plak
bagi aku o.k ler
tapi ikut time
kul 11.00 hingga 4.00 petang regenya lain plak
4.00 petang hingga malam regenya lain plak
so, kalau nak murah
pegi ler kul 11.00 hingga 4.00 petang tu
murah ler skit
weekend pun rege lain plak
tak silap aku sekali ganda dengan rege biasa
kalau bawak sapa yang kuat makan
memang puas hati ler
boleh makan banyak-banyak
regenya aku tak snap plak gambo
kalau korang nak tau leh google jer
korang leh klik kat Seoul Garden ni
Semua ada,
menu, pricing and outlet
leh pilih mana korang nak pegi
Apa pun sekali lagi
Tima kasih daun keladi yer Aida Najmuddin
Lain kali kalau nak belanja
boleh ler ajak aku lagi
hehehehe..
...Adios..
No comments:
Post a Comment
jangan segan-segan nak kritik..i like..