Thursday, April 18, 2013

Kesian

Wahhh..dah lama tak hapdet
cam ni la aku, suka hangat-hangat taik ayam,
dulu kemain lagi,
nak hapdet blog seminggu sekali konon,
nak abadikan konon-konon macam diari harian,
puiiiii...
skang usahkan seminggu sekali,
sebulan sekali pun payah..
haih..mula dah datang penyakit malas nih,
x suka bila penyakit malas ni menyerang,
sebab bila penyakit malas ni menyerang sume keje En. Khush yang buat,
gosok baju sekolah anak, basuh kain, angkat kain, masak..
cuma lipat kain jer En. Khush tak buat,
dah melonggok macam busut jantan kat atas sofa umah aku,
tapi ada aku kisah,
sampai laki nak cari spender pun kene gali,
haiiii sabo la bang oiii...
dapat bini cam ni,
dah la pemaleh,
sewel pun ada jgak,
hadap jer ler...

Nak citer pasal si kenit Ayish Kibung
Last Friday, tersepit jari kat pagar
Sampai tercabut kuku
tak tau la cam mana sakitnya bila tersepit tu
Aku masa tu baru balik dari opis,
En. Khush call bgtau Ayish tersepit kat pagar
Terus dia bawak gi klinik,
Aku tak yah cakap la, bawak keter cam orang giler
Aku dengar suara dia melalak on the phone
Cam nak tercabut nyawa rasanya masa tu
Masa tu boleh bayang macam mana sakitnya
aku terus  ke klinik

Sampai klinik nampak En. Khush tengah pujuk Ayish
Tak nak berhenti nangis
En. Khush cakap dia nangis sepanjang jalan
Ayish nampak jer mummy
makin kuat dia melalak
aku tengok jari dia berdarah
Jari dah bengkak

Kuku tercabut terus dari ibu jari kecik dia tu
Aku panik tengok jari dia nampak isi jer
Habis la kuku Ayish nanti
Macam mana kalau tumbuh tak cantik

Ayish asik menangis jer
Abang Danny rasa serba salah
Sebab dia yang tutup pagar sampai tersepit cari kecik Ayish tu

Masuk jumpa doktor
Lagi kuat Ayish melalak
sampai dah tak dengar suara
Doktor bersihka luka
letak ubat paastu balut
Makin kuat Ayish melalak
may be dia pedih bila kene ubat

Lepas dah balut letak ubat
baru Ayish berhenti nangis
maybe dia rasa kebas n sakit tu hilang
sampai umah, En. Khush bagitau kat mana jari dia tersepit
Rupanya lekat kuku dia kat celah pagar tu

May be lepas jari dia tersepit dia tarik tangan
sebab tu kuku tercabut
Esoknya En. Khush nak buka balut
Sebab nak letak ubat
Ayish nangis sekuat ati
rupanya jari dia still lagi bleeding
once tgk darah jer, En. Khush pitam
terkejut tengok jari kecik anak dia
dia terus lari n tido kat katil
tak sanggup nak tengok
yang pasti En. Khush pitam terus

Aku jugak la yang kene jadi nurse
haiihhh..patut la masa aku bersalin tak nak masuk kat labour room
sebab takut tengok darah

2 hari ayish tak gi nursery
Isnin papa cuti, selasa mummy cuti
so far tengok luka dia dah kering
tapi isi nampak kerutuk2
risau pulak nengok nya
tapi dah bgtau pengasuh kat nursery
jangan bagi kene air
hope everything ok

Jangan wat mummy risau lagi yer sayang..
tapi lepas letak minyak gamat, baru aku tengok luka dia kering
cuma still tak boleh kene air, risau tengok jari dia tu
Ayish..Ayish..






No comments:

Post a Comment

jangan segan-segan nak kritik..i like..